Rabu, 2 Oktober 2013

Uposatha Sutra

Terjemahan dari Bahasa Bali oleh Nanawara Thera dan Bhikkhu Kantasilo, 1996
Terjemahan ke Bahasa Melayu oleh NG untuk Tatapan Penganut Buddha dan Hindu!


Maka aku dengari:

Pada suatu masa, Yang Direstui itu duduk di Jetawana, di Biara Anathapindika dekat Sawatthi. Ketika itu, Yang Direstui, memanggil segala bhikkhu duduk bersama lantas disebutlah baginda makanya: "Wahai bhikkhu!" Para bhikkhu pun seraya menjawab: "Arya!" Menunjukkan mereka sudah bersedia untuk menerima ajaran baginda.

Yang Direstui memperturun ajaran berikut berkenaan Uposatha.

"Bhikkhu sekelian. Uposatha ini mengandungi lapan perkara yang diamalkan oleh penuntut-penuntut Arya, pengamalan yang akan membawa buah dan kebajikan yang sinar gemilangnya". "Wahai bhikkhu, apakah itu Uposatha yang diamalkan oleh pelajar Arya sekelian, yang membawa kepada buah dan kebajikan bersinar gemilang?"

1. Wahai bhikkhu sekelian, pelajar Aryan dalam Agama ini merujuk kepada, "Segala Arahant, yang selama hidupnya, meninggalkan mengambil nyawa dengan sengaja atau panaatipaata. Cota dan pedang diletakkan. Malulah muka mereka memperbuat kejahatan dan belas kasihan pada segala makhluk tak mengira binatang, manusia, dewa atau jin setan.

Kamu semua sudah pun berniat meninggalkan mengambil nyawa dengan sengaja, meletakkan senjata semua, mempunyai rasa malu membuat kejahatan dan belas kasihan kepada segala makhluk. Untuk semua ini siang dan malam, dengan cara ini, maka dikenalilah sebagai golongan yang mengikut kepada Phra Arahant, dan Uposatha pun diamalkanlah oleh kamu. Inilah perkara pertama Uposatha.

2. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

Semua arahant, selama hidupnya bernyawa itu, meninggalkan mengambil sesuatu yang tak diberikan kepadanya atau adinnaadana. Mereka mengambil hanya yang diberikan, berniat hanya mengambil yang diberikan sahaja! Mereka bukan pencuri, penyamun, atau perompak. Sikap mereka tiada titik hitam.

Semua kamu sudahlah meninggalkan perbuatan mengambil benda yang tak diberikan, dan tak mengambil benda yang tak diberikan, dan berniat mengambil hanya diberikan, bukan penyamun pencuri. Sikap perangai kamu tiada titik hitam. Untuk seluruh hari ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu dikenalilah sebagai pelajar yang mengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun diamalkan oleh kamu. Inilah perkara kedua Uposatha.

3. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

Semua arahant, selama hidupnya bernyawa itu, meninggalkan perkara yang menjadi halangan bagi Bramhacari. Amalan mereka itu seperti yang diamalkan oleh Sang Brahma. Mereka menjauhi perbuatan hubungan kelamin, yang diamalkan oleh orang awam. Semua kamu yang meninggalkan segala yang menjadi halangan kepada Bramhacari itu berkelakuanlah seperti Sang Barhma. Kelakuan kamu menjauhi hubungan kelamin. Untuk sehari ini siang dan malamnya, dalam keadaan ini, kamu semua dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun diamalkan oleh kamu. Inilah perkara ketiga Uposatha.

4. Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

"Semua arahant, selama hidupnya bernyawa itu, meninggalkan perbuatan musaawada, menipu dan membohong. Mereka cuma bercakap yang benar melainkan yang benar dan berniat cuma untuk kebenaran! Kata-kata ucapan mereka itu teguh kukuh dan terkandung dalamnya sebab musabab. Ucapan mereka itu tidak merapu kedana dari kenyataan lokamaya dan ketetapan perjalanan loka". Semua kamu yang meninggalkan bercakap bohong. Kamu bercakap hanya yang benar dan berniat cuma untuk perkara yang benar. Ucapanmu itu teguh kukuh munasabah. Ucapan kamu tidak merapu kedana dari kenyataan lokamaya dan ketetapan perjalanan loka. Untuk seluruh siang dan malam ini, dalam cara ini, kamu dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun dijalankanlah oleh kamu. Inilah dia perkata ketiga pada Uposatha.

5.  Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

Semua Arahant, selama hidupnya itu, meninggalkan mengambil suraa meraya majja pamaadatthana, iaitu minuman memabukkan dan arak yang menyebabkan kecuaian. Jauhlah mereka daripada perkara yang memabukkan (termasuk dadah, bong, apium dan sebagainya). Semua kamu yang menghindari minuman memabukkan, tuak, dan yang mengkhayalkan. Kamu menghindarinya kerana ia menyebabkan kecuaian. Untuk siang dan malam sehari ini, dengan cara yang ini, kamu dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant, dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Maka ini perkara kelima Uposatha.

6.  Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

Semua Arahant, selama hidupnya itu, makan hanya sekali sahaja sehari dan tidak mengambil makanan lagi di petang harinya. Mereka mengelakkan wigaalaa bhojanam, mencapai makanan pada masa yang salah.

Semua kamu yang makan hanya sekali sehari dan tidak ambil makanan pada petangnya. Kamu mengelakkan makanan pada masa yang salah. Untuk sehari ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu akan dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant. Dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Inilah perkara keenam pada Uposatha.

7.  Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

Semua Arahant, selama hidupnya itu, meninggalkan menyanyi dan menari, dan bermain alat bunyian dan menonton rancangan hiburan, yang menjadi batu loncatan bagi segala yang disukai. Tidak juga mereka menghiraukan sangat dengan hiasan, bungaan atau wangian.

Semua kamu yang meninggalkan menyanyi dan menari, bermain alat bunyian dan menonton hiburan, yang menjadi loncatan kepada kesukaan. Kamu mengelakkan kepada benda hiasan, bungaan atau wangian. Untuk sehari ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu akan dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant. Dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Inilah perkara ketujoh pada Uposatha.
8.  Bhikkhu sekelian. Pelajar-pelajar Arya dalam Agama ini ternampak pada:

Semua Arahant, selama hidupnya itu, meninggalkan tidur pada katil yang tinggi dan besar. Mereka sudah bersyukur dengan tidur di kerendahan atau tempat tidur di atas rumput. 

Semua kamu yang meninggalkan berbaring atas katil tinggi atau besar, yang bersyukur dengan tempat tidur rendah atau diperbuat daripada rumput. kesukaan. Untuk sehari ini siang dan malam, dengan cara ini, kamu akan dikenalilah sebagai pengikut Phra Arahant. Dan Uposatha pun dijalankan oleh kamu. Inilah perkara kelapan pada Uposatha.

Bhikku sekelian! Uposatha ini mengandungi lapan perkara semuanya yang diamalkanlah segala pelajar Arya, dan mempunyai kebajikan dan buah gemilang bagi jiwa. Makanya beginilah yang disebut Yang Direstui dalam Uposatha. Para bhikkhu pertapa semua bersuka hati dan riang dengan kata-kata baginda. Sadhu... Sadhu... Sadhu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan