Memaparkan catatan dengan label pertapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertapa. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

Tapa oleh Swami Suryananda


Oleh Swami Suryananda dari Sivananda
Terjemahan oleh NG Groups

Bertapa dengan rupa legap boleh diperbuat untuk permulaan. Bertapa semadhi lah dengan sebarang rupa Tuhan pun. Pikirkan mengenai sifat-sifat Nya seperti Maha Kuasa, Maha Suci, Maha Sempurna dan lain-lain. Sedikit demi sedikit, minda pun akan bersedia untuk menerima tapa yang lebih tinggi yang arupa. Sabar, tabah dan cubalah tuai ketidakinginan untuk bertapa dengan membakar api keinginan menyedari-Nya. Lama kelamaan, kau akan memasuki tapa semadhi dalam.

Tapa itu adalah membebaskan minda dari pemikiran yang melibatkan bahan-bahan deria. Minda cuma berlegar mengenai-Nya dan Dia saja semasa tempoh tapa. Tapa mendalam cuma dicapai dengan kesempurnaan susila. 

Tapa itu mengikuti penumpuan dan semadhi (tahap lampau sedar) pula muncul selepas tapa. Beranilah kerana nanti kau akan terserempak dengan pelbagai halangan dalam pertapaan. Kau perlu jaya atas tidur, gangguan penumpuan, rasa keinginan kepada kesenangan kebendaan, kemalasan dan lain-lain. Latih diri dengan asana selalu. Buat latihan tratak (melihat) dan pranayama. Buat vichara (penyelidikan) selalu. Cuba dapatkan vairagya (tidak terikat). 

Semadhi merupakan tahap kesedaran murni, tahap karunia agung hinggap apabila jivatma bersatu dengan Paramatma. Makan ringan-ringan, tidak terikat, membedakan persekitaran, hubungan dengan acarya semuanya penting dalam amalan pertapaan.

Tapa itu jika dibiasakan diri dengannya dan senantiasa disempurnakan akan membawa pula kepada semadhi (kesedaran diri melampaui batas deria). Jika sedang ketegangan di pemikiran, terhalang dari bertapa, bolehlah membaca kirtan atau menyebut Nama-Nya. Dengan itu, pemikiran tegang menjadi tenang dan mudahlah memberi tumpuan. Kirtan itu amrutam untuk jiva. Kirtan menimbulkan cinta suci. Kirtan pun menumbuhkan bhava semadhi (kebaktian sejati).

Semadhi membawa kepada kesedaran tidak terbatas yang terus mengisi naluri kemanusiaan. Ia merupakan pengalaman kejiwaan (rohaniah) yang tidak terungkap oleh pemikiran atau ucapan. Sebab itu tuan-tuan sering melihat orang-orang suci sering berdiam diri walaupun di kelompok ramai. Yang mulutnya becok itu bukan ajar-ajar sebenar!

Seorang jñāni (orang alim yang sampai ke kearifan), akan sentiasa berada dalam semadhi walaupun terlibat dalam tindakan-tindakan keduniaan. Seseorang yang tidak mempunyai kesedaran diri penuh tidak akan mampu memasuki semadhi walaupun dia duduk padmasana berjam-jam lamanya. Tatkala semua idaman itu menghilang, tatkala seseorang itu mendapat pandangan seimbang, dia pun berada dengan penglihatan jñāna (gnosis/arif) dan kesukaan seorang Bramha.

Isnin, 13 Januari 2014

Wiweka Mārtaṇḍa bhg. 1


Keterangan

Viveka Martanda ini merupakan antara sastera terutama dalam Natha Sampradayam, tradisi Sang Natha. Ia menjelaskan mengenai amalan dan latihan para ajar-ajar Sang Natha. Kata Martanda itu diertikan sebagai "Matahari" atau pengarang-pengarang yang ramai. Kata Viveka diertikan dengan Kebijaksanaan, maka karya ini dinamakan dalam bahasa Melayu sebagai Kebijaksanaan Sang Mentari atau sebagai "Himpunan Kebijaksanaan dari Pelbagai Pengarang".

Banyak seloka dalam sastera ini sebenarnya serupa dengan GS, dan ada juga yang diceduk dari Hatha Yoga Pradipika dan Bhagavat Gitam. Ada juga cedukan dari Goraksha Paddhati. Setengah pengkaji menyokong pandangan bahawa sastera ini meminjam dari Goraksha Paddhati dan bukan sebaliknya. Dalam pandangan ini, nampak lebih masuk akal jika nama sastera ini diterjemah sebagai "Himpunan Kebijaksanaan Pelbagai Pengarang". Tiada alih tulisan di sini dan tiada juga tejemahan. Aku rasa mungkin mengambil masa buat terjemahan dari bahasa Sanskerta ke bahasa Melayu. Buat masa ini sesiapa yang teringin nak membacanya kena tahu lah bahasa Sanskerta.... Ada 203 sloka semuanya.... Jenuh hendak disalin....

विवेक मार्तण्ड

श्री गुरुं परमानन्दं वन्दे स्वानन्द विग्रहम्। यस्य संनिध्य मात्रेण चिदानन्दायते तनुः॥१॥ अन्तर् निश्चलितात्म दीप कलिका स्वाधार बन्धादिभिः यो योगी युग कल्प काल कलनात् त्वं जजेगीयते। ज्ञानामोद महोदधिः समभवद् यत्रादिनाथः स्वयं व्यक्ताव्यक्त गुणाधिकं तम् अनिशं श्री मीननाथं भजे॥२॥ नमस्कृत्य गुरुं भक्त्या गोरक्षो ज्ञानम् उत्तमम्। अभीष्टं योगिनां ब्रूते परमानन्द कारकम्॥३॥ एतद् विमुक्ति सोपानम् एतत् कालस्य वञ्चनम्। यद् व्यावृत्तं मनो भोगादासक्तं परमात्मनि॥४॥ द्विजसेवितशाखस्य श्रुतिकल्पतरोः फलम्। शमनं भव तापस्य योगं भजति सत्तमाः॥५॥आसनं प्राणसंरोधः प्रत्याहारश्च धारणा। ध्यानं समाधिरेतानि योगाङ्गानि भवन्ति षट्॥६॥अहिंसा सत्यमस्तेयं ब्रह्मचर्यं क्षमा धृतिः। दयार्जवं मिताहारः शौचं चैव यमा दश॥ ७॥तपः सन्तोषास्तिक्यं दानमीश्वरपूजनम्। सिद्धान्तश्रवणं चैव ह्रीमती च जपो हुतम् ॥८॥ नियम अथ वक्ष्यामि योगमष्टाङ्गसंयुतम्। सयोगं योगमित्याहुर्जीवात्मपरमात्मनोः॥ ९॥आसनानि तु तावन्ति यावत्यो जीवजातयः। एतेषामखिलान् भेदान् विजानाति महेश्वरः॥१०॥

चतुराशीति लक्षाणां एकम् एकम् उदाहृतम्। ततः शिवेन पीठानां षोडेशानं शतं कृतम्॥११॥आसनेभ्यः समस्तेभ्यो द्वयम् एव प्रशस्यते। एकं सिद्धासनं प्रोक्तं द्वितीयं कमलासनम्॥१२॥योनि स्थानकम् अङ्घ्रि मूल घटितं कृत्वा दृढं विन्यसेन् मेढ्रे पादम् अथैकम् एव नियतं कृत्वा समं विग्रहम्। स्थाणुः संयमितेन्द्रियोचल दृशा पश्यन् भ्रुवोर् अन्तरम् एतन् मोक्ष कवाट भेद जनकं सिद्धासनं प्रोच्यते॥१३॥वामोरूपरि दक्षिणं हि चरणं संस्थाप्य वामं तथा दक्षोरूपरि पश्चिमेन विधिना धृत्वा कराभ्यां दृढम्। अङ्गुष्ठौ हृदये निधाय चिबुकं नासाग्रम् आलोकयेद् एतद् व्याधि विकार हारि यमिनां पद्मासनं प्रोच्यते॥१४॥आधारः प्रथमं चक्रं स्वाधिष्ठानं द्वितीयकम्। तृतीयम् मणिपूराक्यं चतुर्थं स्यदनाहतम्॥१५॥पञ्चमं तु विशुद्धाख्यमाज्ञाचक्रं तु षष्ठकम्। सप्तमं तु महाचक्रं ब्रह्मरन्ध्रे महापथे॥१६॥चतुर्दलं स्यादाधारः स्वाधिष्ठानं च षड्दलम्। नाभौ दशदलं पद्मं सूर्यसङ्ख्यदलं हृदि ॥१७॥ कण्ठे स्यात् षोडशदलं भ्रूमध्ये द्विदलं तथा। सहस्रदलमाख्यातं ब्रह्मरन्ध्रे महापथे ॥१८॥ आधारः प्रथमं चक्रं स्वाधिष्ठानं द्वितीयकम्। योनिस्थानं तयोर्मध्ये कामरूपं निगद्यते ॥१९॥

Selasa, 1 Oktober 2013

Tapa Empat Kebenaran Mulia: Kedukaan

Swasti Srih!


Masukan kita yang ini diringkaskan dari Mahasatiprarthana Sutra dalam Perbincangan Panjang Baginda Phra Buddha Chao. Rakan penganut ajaran Buddha sekelian tolonglah ambil perhatian kerana ini adalah bahagian kemasukan ke Wisuddhimarga: Jalan Penyucian Diri. Seseorang itu mesti melalui setiap minit dengan membaca keterangan lanjut dengan teliti biar paham dan menghafal setiap bahagian ini dengan sebaik-baiknya.

Dalam pertapaan ini, cuba bacanya dengan berturutan dan uji setiap erti bagi setiap sabdawali atau istilah dan sahkan jika rakan-rakan sudah dapat menerimanya. Contohnya lah, tatkala baginda Phra Buddha berkata bahawa "kelahiran itu kesengsaraan". Rakan aku mestilah merenung, menyiasat dengan pemikiran sendiri dan bertanya kenapa kelahiran itu suatu kesengsaraan? Bagaimana pemerolehan pancaindera itu membawa sengsara dan seterusnya. Yang ini adalah cara bagi kita menganut ajaran Buddha. Kita bukan menganut membuta tuli sahaja tapi mesti bertanya kenapa baginda Buddha berkata begitu dan menggunakan pengalaman hidup kita sendiri bagi mencapai kebebasan jiwa dari loka kebendaan atau bahasa Arabnya, duniawi

Belajar perbincangan lain pula membantu rakan-rakan sedharma aku sampai kepada kesimpulan yang betul. Contohnya, dalam perbincangan berkenaan penumpuan dalam Sutra Skandha (Perbincangan Berhubung), baginda Phra Buddha Chao mengajarkan Asal-Usul dan Berlalunya Lima Fenomena seperti rupa, perasaan, pandangan, pembentukan kemahuan dan kesedaran. Didapati bahawa membaca perbincangan ini sangatlah berguna buat meneliti Pancaskandha kebergantungan kepada duniawi. 

1. Kebenaran Mulia Kedukaan

"Dan apa, wahai bhikkhu, Kebenaran Mulia Kedukaan itu? Jelmaan itu kedukaan, berusia itu kedukaan, kematian itu kedukaan, kesedihan, ratapan, kesakitan, dan tekanan itu kedukaan. Bersatu dengan yang tak menyenangkan hati itu kedukaan, berpisah dengan yang menyenangkan hati itu kedukaan, tak mendapat sesuatu yang diingini itu kedukaan. Pendek kata, Panchaskandha menggenggam itu kedukaan".

"Dan apa, wahai bhikkhu, jelmaan itu? Dalam sebarang makhluk, dari sebarang jenis spesis, ada sahaja jelmaan kelahiran, datang ke mari, datang ke depan, muncul dari Panchaskandha, pemerolehan semua dasar indera ini, wahai bhikhu sekelian, dipanggillah jelmaan".

"Dan apakah itu usia? Dalam sebarang makhluk, dari sebarang jenis spesis, ada sahaja usia, berkedut kulit, patah gigi, beruban rambut, bongkok tubuh, mengecut seiring usia, merosak segala pancaindera, bahawa itu, wahai bhikkhu pertapa sekelian, disebutlah berusia".

"Dan apakah kematian? Dalam sebarang makhluk pun, tak mengira spesisnya apa, adalah perkara yang berlalu, perluputan, pemutusan, kehilangan, kematian, mati, penghabisan, terputusnya segala deria pancaindera, habisnya perkembangan tubuh, maka itu wahai bhikkhu pertapa sekelian, digelar kematian".   

"Dan apakah kedukaan? Tatkala, seseorang itu dijejaskan oleh sebarang kecelakaan, sesuatu yang menyakitkan pada cirinya, meratapi, tertekan, sebak dalam dada, kecelakaan yang menyesakkan dada, inilah dia kedukaan".

"Apakah itu ratapan? Tatkala sebarang kecelakaan yang seseorang terjejas olehnya, dijejaskan oleh sesuatu yang pada cirinya menyakitkan dan dia berteriak, meratap, berbunyi esakan tangisannya kerana sedih duka, ratapan yang besar, itu, wahai bhikkhu pertapa sekelian, disebutlah ratapan".

"Dan apakah itu kesakitan? Sebarang rasa sakit pada tubuh, kesakitan pada tubuh yang menyebabkan rasa tidak selesa, kesakitan atau rasa tak selesa kesan daripada hubungan antara tubuh, itu, wahai bhikkhu, disebutlah kesakitan".

"Dan apakah itu kesedihan? Sebarang perasaan di sanubari yang menyakitkan, perasaan yang menyakitkan pada sanubari, menyakitkan atau memberi rasa tak menyenangkan hasil perhubungan dengan minda, itu, wahai pertapa bhikkhu semua, digelar kesedihan".

"Dan apakah itu tekanan? Wela mana, oleh sebarang kecelakaan itu, seseorang itu terjejas oleh sesuatu yang cirinya menyakitkan, tekanan, tekanan hebat, musibah dengan tekanan, dengan tekanan besar, wahai bhikkhu pertapa sekelian, digelar tekanan".

"Dan apakah, wahai bhikkhu pertapa, itu kesatuan dengan yang tak menyenangkan? Di sini, sesiapa yang tak diingini, tak disukai, bahan yang tak menyenangkan mata, bauan, bunyian, rasa di lidah, boleh dipegang, atau bahan pemikiran, atau sesiapa sahaja yang terserempak dengan orang yang suka melaknat, melaknat semoga terkena keburukan atau ketidakselesaan, atau ketidakselamatan, dengan mereka yang berhubungan dengan mereka, berkesatuan dengan mereka, bersua dengan mereka itu, wahai bhikkhu pertapa, digelarlah mereka yang terikat dengan yang tiada cinta kasih".

"Dan apakah, wahai bhikkhu pertapa, pemisahan daripada yang menyenangkan? Di sini, sesiapa yang mendapat yang diingini, disukai, bahan yang menyenangkan pemandangan, bunyian, bauan, rasa di lidah, benda boleh dipegang atau benda yang terdapat dalam pemikiran, aatau sesiapa sahaja yang bersua muka dengan yang mendoakan kebaikan, mengharapkan kebaikan, kesenangan, keselamatan, keselesaan, ibu atau bapa atau saudara atau saudari atau bangsa sepuak muda atau rakan mitra atau rakan sekerja atau sepelajaran atau yang bertalian darah, dan kemudian dinafikan pula hubungan atau kesatuan begitu, itu, wahai bhikkhu pertapa, disebut terpisah daripada yang disayangi".

"Dan apakah itu mendapat sesuatu yang diingini? Dalam makhluk yang tertakluk kepada kelahiran, wahai bhikkhu pertapa, timbulnya keinginan hati: Aduhaiii, bahawasanya, kita ini bukanlah yang tertakluk kepada kelahiran, bahawa kita ini tidak dilahirkan langsung!" Namun perkara ini tak dapatlah dicapai menerusi berharap sahaja. Ini bukanlah mendapatkan perkara yang diingini. Dalam makhluk yang tertakluk kepada usia, kepada penyakit, kematian, kedukaan, raungan kesakitan, kesedihan dan tekanan timbullah keinginan ini: Aduhai, jika kita ini tak ditakluki oleh usia.... tekanan, pastinya kita tidak akan melalui segala ini!" Namun perkara ini tak dapatlah dicapai dengan berharap dengan "jika" sahaja. Ini bukanlah mendapatkan perkara yang diingini.

"Dan bagaimana, wahai bhikkhu pertapa, pada ringkasnya, Panchaskandha ini menggenggam kedukaan sengsara? Seperti berikutlah caranya: Skandha menggenggam itu rupa, skandha menggenggam itu perasaan, skandha menggenggam itu pandangan persepsi, skandha menggenggam itu pembentukan keinginan dalam mental, skandha menggenggam itu pembentukan kesedaran pada mata benda lokamaya". Pendek kata, Panchaskandha menggenggam itu adalah sengsara. Dan bahawasanya, bhikkhu pertapa sekelian, disebutlah sebagai Kebenaran Mulia Duka.

Khamis, 26 September 2013

Mpu Satyendranath

Semahan ke padmapadam Seri Guru

Mpu Satyendranath, kini berusia 30 tahun

Guru itulah pencetus, pemelihara dan penmusnah! Dialah Parabramha. Semah tabik patik ke Seri Guru.

Isi itu tapa dalam rupa Sang Guru.
Isi itu segala puja pada tapak kaki suci Sang Guru.
Dasar segala mantra itu kata-kata Sang Guru.
Dan satu-satunya anugerah ke arah kebebasan itu dari Sang Guru!

Tabik semah kepada Sang Guru yang mendedahkan kepada aku Kebenaran itu, yang tak terpecah-pecah, tak terbatas keseluruhannya, tiada terperangkat pada masa nan suci, dan yang meresapi seluruh jagat raya; yang bergerak mahupun tak bergerak.

Tabik hormatku kepada anugeraha Kesedaran Agung, yang mengaruniai kebahagiaan tertinggi, diri jagat dan perupaan pengetahuan mutlak, bebas dari duaan, mengembang seperti langit jagat, hiasan indah dan dinyatakanlah dengan kata, "Kaulah itu!"

Yang kekal satunya, dan senantiasa dalam setiap kini, tanpa turun naik begitu sahaja, sesiapa pun dan di mana sahaja, saksi kepada ciri-ciri dan juga kepada minda, yang di atas segala loka perasaan, bebas tiga guna sattwa, raja, dan tama. Ku tabik engkau wahai Sat Gurudewa!

Wahai Iswara! Engkau sajalah ibu ku, bapa ku, saudara ku dan rakan ku. Kau sajalah pengetahuan, kemewahan ku sebenar. Kau segalanya buat aku. Kau sajalah segalanya, wahai Iswara!

Menulis tentang Mpu Sayendranath dari Kaulantaka Pitadeswara ini bagaikan cuba memasukkan lautan ke dalam cawan yang kecil yang pastilah mustahil dilakukan kecuali jika seorang itu adalah dukun. Namun, bodohlah kita jika langsung tak menceterakan mengenai beliau ini kerana jaranglah dapat dikongsi mengenai kehidupan seorang pertapa yogi yang tersembunyi.

Ceteranya itu sabermula pada 1983 tatkala perayaan Sri Kresna Janmastami dirayakan di seluruh loka. Kemungkinannya malam ke-23 bulan Ogos gelap bulannya samaya Bramha Murtham masa bertuah. Menjelmalah tuan terutama Mpu Satyendra ke dunia ini. Pada ketikanya, ibu pertiwi melalui perubahan yang berlaku ke atasnya itu dengan penyempurnaan semadi para yogi pertapa dan sadhaka di Himalaya. Menerusi wangsit Sang Hiyang Widdhi maka diterimalah pesanan agung awatara Nya itu oleh orang ramai. Tenang sahaja ibu pertiwi dan di awal terbitnya mentari di celah gelap awan malam itu bergemalah pesanan dari anakanda Sang Himalaya.

Mpu Satyendranath dilahirkan di sebuah kampung dekat dengan Kullu di Himalaya. Kampung itu hanya mempunyai beberapa buah rumah sahaja. Kelahiran beliau ini diketahui oleh Permata Agung di Pitham Kaulantaka, Mpu Sri Siddha Siddhanta Nath. Beliau ini bukan calang-calang orangnya tinggi widya nya. Beliau berada dalam gua pengasingan menjalani semadhi tanpa henti jauh dari tamadun manusia sejak berusia 22 tahun tanpa bekalan makanan atau minuman dari luar. Tatkala disedari kelahiran bayi di kampung Kullu itu, terus sahaja beliau langgar semadhinya. Beliau sudah lama menantikan ketika itu dan menunggu dewasanya anak itu.

Mpu Satyendra dinamakan pada upacara memberi nama seperti kebiasaan resmi orang Hindu lainnya. Beliau lahir pada kelihatannya Kumbha Rasi (Aquarius) dalam kelompok bintang Satabhisa. Susahlah neneknya menyebut nama beliau maka disebut sahaja beliau oleh nenek sebagai Satish atau Satya. Namun, dek karena nama Satyendra itu adalah nama yang diberi oleh pedanda keluarga beliau maka kedua-dua nama timangan dan nama resmi beliau pun diperguna jua.

Tempat turunnya nenek moyang Mpu Satyendra dipanggil Dharakhari di Kullu. Kampung ini jauh dari jalan raya utama ketika itu. Penduduk cuma mendaki bukit-bukit curam untuk bergerak. Keluarga beliau pun cuma keluarga yang mengamalkan pertanian sendiri sejak lamanya. Bapa beliau seorang ketua di Pejabat Perkhidmatan Pos India. Kehidupan sukar di pergunungan sebenarnya boleh menggoyahkan keyakinan walaupun seorang yang sangat berani. Tapi, ibu Mpu Satyendra sudah biasa bekerja di ladang-ladang cenuram. Semasa bermain dengan ibu beliau di padang, timbul pemikiran inin menjalani pertanian menurut kepada ajaran Wedika dalam diri beliau dan ia sentiasa membara. Datuk beliau meninggal pada sebelum kelahiran beliau lagi. Nenek beliau sahaja yang masih ada dan nenek beliau sangat sayang akan beliau. Bapa saudara beliau tinggal serumah dengan mereka. Jadi, Mpu Satyendra membesar dalam sebuah keluarga yang agak besar. 

Masalah yang dihadapi penduduk kampung ketika itu adalah ketiadaan jalan perhubungan darat yang menyebabkan sukar membawa keluar penduduk yang sakit atau cedera bagi rawatan hospital. Ramailah yang mati sebab itu. Sejak 2009, ada lah sebatang jalan kotor menghubungkan kampung dengan masyarakat umum. Maslaah kedua pula adalah ketiadaan bekalan air bersih. Mereka cuma memperguna perigi lama dua buah sahaja. Musim panas sahaja maka keringlah perigi.

Walaupun kampung itu mempunyai cuam dalam dan juga rabung yang sudah kering di belakangnya, nenek moyang penduduk kampung masih memilih berdiam di situ kerana ia berdekatan dengan singgahsana ibunda Totala. Ibunda Totala ini merupakan jelmaan Dewi Bhagawati Tara. Belakang kampung pula ada bukit suci bergelar Yoginigandha tempat diamnya dewi Ibu Bhramari yang menjelma dalam rupa lebah madu.

Rumah Mpu Satyanendra merupakan rumah bentuk tradisional di Himalaya, dengan rumahnya besar empat tingkat semua. Dewi yang menjadi penjaga rumah beliau pun dari jenis dewi Yogini Sakti dari Hamsakunda. Tuan tanah kampung itu pula adalah seekor Yaksa bernama Khahari. Nama kampung Dharakhari itu datang dari nama Yaksa ini. Nama tapak di telaga terkenal Kharibai pun datang dari nama Yaksa ini. Tatkala mendengar ini sepertilah kita mendengar Mahabharata dan Ramayana yang semuanya benar belaka bukan dongengan.

Di telaga Kharibai itu, Mpu Satyanendra sering pergi mengambil air untuk kegunaan rumah. Yaksa penjaga tanah memberitahu bahawa air akan berhenti terbit di kampung itu jika karma dosa penduduk kampung meningkat. Ada dewata penunggu lain yang menjaga hutan di situ dikenali sebagai Wanasira. Ada pura menyemahnya jua di kampung itu. Persekitaran yang penuh penghormatan kepada alam sekitar ini membentuk peribadi Mpu Satyanendra. Jika kita baca mengenai kehidupan datuk Mpu Satyanendra sendiri pun maka kita dapati bahawa beliau turut menghabiskan sepanjang usia beliau bersewah untuk kuladewata mereka, Sri Shesanaga. Rumah nenek moyang Mpu Satyanendra masih lagi kelihatan sampai hari ini.

Sekitar usia Mpu Satyanendra tiga tahun, datang seorang Sadhu tinggi lampai berambut panjang berjanggut tebal ke rumah mereka. Sadhu tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki yang lahir di rumah mereka itu ada cakra pada ibu jari kaki kirinya yang menunjukkan tanda bahawa kanak-kanak tersebut adalah jelmaan anak muridnya pada kelahiran lampau. Sadhu itu mendesak mahu melihat Mpu Satyanendra. Ibu bapa Mpu Satyanendra sendiri pun tak pernah sedar atau ambil berat mengenainya. Tatkala dilihat mereka, maka terkejut besarlah mereka kerana benar kata Sadhu. Sadhu meminta budak itu diserahkan kepadanya. Tapi ibu bapa Mpu Satyanendra tidak mahu kerana peristiwa ini terjadi mendadak. Selepas berbincang makanya Sadhu setuju supaya ibu bapa Mpu Satyanendra menjaga beliau tetapi selepas upacara kenaikan beliau maka Sadhu akan menjadi guru beliau. Sadhu itu sebenarnya tak lain dan tak bukan Mpu Siddha Siddhanta yang tadi bertapa dalam gua di rantau Himalaya. Jadi, Mpu Satyanendra sebenarnya sudah pun diangkat masuk ke tradisi Siddha Himalaya sejak berusia tiganya tahun. Gambar Mpu Siddha Siddhanta tiadalah tapi yang ada pun cuma lakaran muka beliau yang dipuja ikhlas hati oleh Mpu Satyanendra.

Kenaikan Mpu Satyanendra ini berlaku secara berperingkat dan amalan kerohanian beliau bermula sejak kecil. Beliau mendapat pengetahuan tulisan Tankari, tulisan Bhuta, tulisan Dewa dan lain-lain. Kerana beliau tidak mahir tulisan bahasa Hindu, maka beliau terpaksa mempelajari semua tulisan tersebut. Kemudian, Mpu Satyanendra mempelajari yoga, jiyotesa, tantra, mantra, wastu, karmakanda upacara, yantra, ayurweda, weda, purana, upanishad dan melalui segala aliran tantra. Sampai usia tujuh tahun, beliau bertemu dengan gurudewa di puncak Himalaya bagi amalan kerohanian lanjutan. Ketika itu beliau pun mula menjadi guru besar yoga Himalaya. Dengan sang guru, beliau melawat Uttaranchal yang ketika itu masih belum dipanggil Uttaranchal lagi. Kemudian berjalan sepanjang rantau Himalaya di Jammu dan Kashmir. Sepanjang Himachal Leh Ladakh serta melalui rabungan gunung bersalji di rantau itu.

Guru beliau yang melihat kemampuan beliau melalui amalan kerohanian tinggi dan sadhana, maka beliau memintanya mencari guru lain juga. Jadi Mpu Satyanendra pergi menemui 38 guru semuanya meminta pengetahuan dan mempertajam amalan. Mpu Siddha Siddhanta turut mengambil pelajar lain bersama iaitu sauadata kepada Mpu Satyanendra sendiri seperti Kirita Nath, Pragalbha Nath dan Sambhar Nath. Dengan petunjuk guru dan juga bantuan pahala kehidupan lampau maka Mpu Satyanendra pun menguasai semua amalan kerohanian yang dipelajari.

Pengetahuannya yang luas melampaui imaginasi manusia biasa. Ramai yang pelik melihat seorang budak lelaki hidup dalam suasana Himalaya yang liar itu dan ramai ketawa juga. Ada yang bimbang tubuh Mpu Satyanendra yang kecil itu dilukai. Rupa beliau itu menyebabkan sukar dipercayai yang beliau itu seorang pengamal Siddha Yoga.