Khamis, 17 April 2014

Tapa oleh Swami Suryananda


Oleh Swami Suryananda dari Sivananda
Terjemahan oleh NG Groups

Bertapa dengan rupa legap boleh diperbuat untuk permulaan. Bertapa semadhi lah dengan sebarang rupa Tuhan pun. Pikirkan mengenai sifat-sifat Nya seperti Maha Kuasa, Maha Suci, Maha Sempurna dan lain-lain. Sedikit demi sedikit, minda pun akan bersedia untuk menerima tapa yang lebih tinggi yang arupa. Sabar, tabah dan cubalah tuai ketidakinginan untuk bertapa dengan membakar api keinginan menyedari-Nya. Lama kelamaan, kau akan memasuki tapa semadhi dalam.

Tapa itu adalah membebaskan minda dari pemikiran yang melibatkan bahan-bahan deria. Minda cuma berlegar mengenai-Nya dan Dia saja semasa tempoh tapa. Tapa mendalam cuma dicapai dengan kesempurnaan susila. 

Tapa itu mengikuti penumpuan dan semadhi (tahap lampau sedar) pula muncul selepas tapa. Beranilah kerana nanti kau akan terserempak dengan pelbagai halangan dalam pertapaan. Kau perlu jaya atas tidur, gangguan penumpuan, rasa keinginan kepada kesenangan kebendaan, kemalasan dan lain-lain. Latih diri dengan asana selalu. Buat latihan tratak (melihat) dan pranayama. Buat vichara (penyelidikan) selalu. Cuba dapatkan vairagya (tidak terikat). 

Semadhi merupakan tahap kesedaran murni, tahap karunia agung hinggap apabila jivatma bersatu dengan Paramatma. Makan ringan-ringan, tidak terikat, membedakan persekitaran, hubungan dengan acarya semuanya penting dalam amalan pertapaan.

Tapa itu jika dibiasakan diri dengannya dan senantiasa disempurnakan akan membawa pula kepada semadhi (kesedaran diri melampaui batas deria). Jika sedang ketegangan di pemikiran, terhalang dari bertapa, bolehlah membaca kirtan atau menyebut Nama-Nya. Dengan itu, pemikiran tegang menjadi tenang dan mudahlah memberi tumpuan. Kirtan itu amrutam untuk jiva. Kirtan menimbulkan cinta suci. Kirtan pun menumbuhkan bhava semadhi (kebaktian sejati).

Semadhi membawa kepada kesedaran tidak terbatas yang terus mengisi naluri kemanusiaan. Ia merupakan pengalaman kejiwaan (rohaniah) yang tidak terungkap oleh pemikiran atau ucapan. Sebab itu tuan-tuan sering melihat orang-orang suci sering berdiam diri walaupun di kelompok ramai. Yang mulutnya becok itu bukan ajar-ajar sebenar!

Seorang jñāni (orang alim yang sampai ke kearifan), akan sentiasa berada dalam semadhi walaupun terlibat dalam tindakan-tindakan keduniaan. Seseorang yang tidak mempunyai kesedaran diri penuh tidak akan mampu memasuki semadhi walaupun dia duduk padmasana berjam-jam lamanya. Tatkala semua idaman itu menghilang, tatkala seseorang itu mendapat pandangan seimbang, dia pun berada dengan penglihatan jñāna (gnosis/arif) dan kesukaan seorang Bramha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan