Panchangam Seva
Panchangam seva ini adalah lima syarat keperluan mendekati Tuhan untuk menyemahkan kebaktian...
1. Abhigamanam, mendekati pura.
2. Upadanam, kumpul bahan puja.
3. Yoga, mencapai jati jiva.
4. Ijiya, pujai.
5. Svadhyaya, baca pustaka suci.
Sat Suddhi
Diikuti enam sikap Sat Suddhi (menjaga kesucian)...
1. Sthana suddhi, kesucian tempat.
2. Dravya suddhi, kesucian bahan puja.
3. Atma suddhi, kesucian tubuh.
4. Citta suddhi, kesucian pikiran.
5. Mantra suddhi, kesucian mantra.
6. Murti suddhi, kesucian perumah semangat.
Terdapat juga nitya kriya iaitu panduan amalan harian anak-anak bakti Vaishnava, samskaram penyucian diri, samāsrayaṇam dengan pancha samskara diksha iaitu penyucian lima anggota luaran untuk menerima guru secara resmi dan sapuan dalaman. ini merupakan penjelasan upacara lima lipatan pengikut Vaishnava sampradayam. Perlu juga diketahui mengenai masa-masa bila yang kita tidak suci dari kekotoran untuk masuk ke pemujaan iaitu asaucham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan