Memaparkan catatan dengan label ajar ajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ajar ajar. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

Kukai: Samaya Muda



Kukai (Mahasamudra) atau nama lainnya Kobo Daishi merupakan seorang bhiksu Jepun, seorang pegawai kerajaan, penyair, sarjana, dan karyawan yang membawa masuk aliran Mantrayana di Jepun. Pengikut aliran Mantrayana selalunya merujuk guru ini dengan gelaran kehormatnya iaitu odaishi sama atau henjou kongou.

Kukai merupakan salah seorang ahli kaligrafi yang terkenal dan juga seorang jurutera. Antara banyak pencapaian yang dikaitkan dengannya adalah penciptaan aksara kana atau aksara suku kata yang digunakan sekali dengan tulisan Cina dalam penulisan bahasa Jepun. Dakwaan ini sebenarnya sudah tidak diambil kisah lagi dalam lingkungan sarjana walaupun menjadi kepercayaan umum.

Menurut tradisi, Iroha yang menggunakan setiap suku kata kana sekali sahaja itu merupakan salah satu puisi Jepun yang terkenal dikaitkan juga dengan Kukai. Kepercayaan ini tidak ada asasnya walaupun terkenal. Tulisan keagamaan Kukai ada sebanyak 50 karya itu menekankan tentang ajaran Mantrayana. Tulisan yang utamanya ada diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Yoshito Hakeda.

Samaya Muda

Kukai dilahirkan pada tahun 774 di daerah Zentsu-ji dalam bhumipada Sanuki di Pulau Shikoku. Keluarganya merupakan ahli keluarga orang besar Saeki, dari puak Otomo. Ada sedikit kemusykilan pada nama kelahirannya iaitu Toutomono yang bererti Yang Berharga disimpan dalam satu rekod manakala dalam rekod lain pula direkodkan namanya sebagai Mao atau Ikan Sebenar. Dalam pengajian moden, nama Mao sering digunakan merujuk kepada nama kelahirannya.

Kukai dilahirkan dalam ketika perubahan politik yang penting sekali dengan maharaja Kanmu (781-806) cuba untuk memperluas kuasa dan mempersatu negara. Baginda mengambil langkah seperti memindahkan ibu kota Jepun dari Nara ke Heian yang kini berada dalam Kyoto. Zaman kecil Kukai tidak banyak diketahui umum. Pada usia 15 tahun, beliau mula menerima pendidikan sastera Cina Klasik di bawah pantauan bapa saudara sebelah emaknya. Pada masa itu, puak Saeki-Otomo menjalani hukuman kerana tuduhan bahawa ketua puak mereka iaitu Otomo Yakamochi bertanggungjawab dalam pembunuhan saingan mereka, Fujiwara Tanetsugu.

Keluarga itu hilang tuahnya pada tahun 791 semasa Kukai mengembara ke Nara iaitu ibu kota Jepun untuk belajar di mahawidyalaya kerajaan iaitu, Daigaku Ryou. Pelajar biasanya dipilih berdasarkan kedudukan keluarga. Biografi Kukai memberi pendapat bahawa Kukai menjadi tidak berminat dengan pengajian Confucius sebaliknya menjadi lebih berminat dengan pengajian Buddha.

Semasa usianya 22 tahun, Kukai diperkenalkan dengan amalan Buddha melibatkan mantra Bodhisattva Akasagarbha (Kokuzou). Semasa ini, Kukai selalu lah bertapa seorang diri di gunung dan kawasan terpencil membaca mantra Akasagarbha tanpa jemu. Meningkat usia 24 tahun, beliau menerbitkan karya tulisan berjudul Sansou Shiiki yang memetik sumber-sumber bacaan yang banyak termasuklah sastera klasik Confucius, Taoisme, dan agama Buddha. Kuil-kuil di Nara dengan perpustakaan besar mereka ada menyimpan teks-teks ini.

Semasa ini dalam itihasa Jepun, kerajaan pusat menyebarkan ajaran Buddha melalui jawatan perihal kebhiksuan atau Sougou dan menguatkuasakan dasar-dasarnya berdasarkan rupakara Ritsuryou. Orang alim dan bhiksu-bhiksu bebas seperti Kukai selalunya dilarang daripada menyebarkan ajaran kerana tidak ada tauliah dan mereka hidup di luar undang-undang merayau-rayau di luar kota atau dari kuil ke kuil.

Ketika itu, Kukai mengamalkan amalan Buddha secara persendirian. Beliau bermimpi tentang seorang lelaki muncul di hadapannya. Lelaki tersebut memberitahunya di mana tempatnya untuk mendapat Sutra Mahavairocana yang mengandungi ajaran yang dicari-cari oleh Kukai selama itu. Walaupun tidak lama selepas itu Kukai berjaya mendapatkan satu salinan sutra tersebut yang ketika itu baru sahaja sampai ke Jepun, beliau menghadapi masalah juga. Kebanyakan isi sutra tersebut tidak dialihbahasakan dan masih berada dalam bentuk bahasa Sanskerta bertulisan Siddham. 

Selain itu, beliau mendapat bahawa sutra tersebut sangat kabur. Kerana Kukai tak berjumpa sesiapa yang boleh membantunya memberi penerangan tentang teks sutra tersebut, beliau membuat keputusan untuk ke mandala China wangsa Tang bagi mempelajarinya di sana. Profesor Abe berpandangan bahawa Sutra Mahavairocana menjadi penghubung antara minat Kukai dengan amalan senaman keagamaan (yoga) dan pengetahuan ajaran yang diperolehi dari pengajiannya.

Isnin, 10 Februari 2014

Bhikkhu

Svasti Srih!


Seorang Bhikku भिक्षु atau Bhiksuni भिक्षुणी itu merupakan orang-orang yang diangkat menerusi kebiaraan masuk ke dalam samgha Buddha. Dalam bahasa Tamil, disebutlah bhikkhu sebagai Thuravi. Kehidupan mereka ini diatur oleh Pratimoksha dengan kerangka Vinaya untuk disiplin keupacaraan. Gaya hidup mereka ini terbentuk menerusi sokongan amalan kerohanian, hidup secara ringkas dan mencapai Nirvana. Dalam disiplin biara vinaya, seorang lelaki bawah usia 20 tahun tidak boleh ditahbiskan menjadi seorang bhikkhu yang sah. Mereka cuma boleh dilantik menjadi Samanera, manakala yang perempuan cuma boleh menjadi Samaneri.   

Masuk Biara

Menjadi bhikkhu itu ertinya menjadi "peminta" atau lebih meluas lagi, dijelaskan sebagai, "seorang yang hidup duniawinya bergantung kepada dana". Ia diteliti secara terbitan bunyi dalam ulasan bahasa Pali oleh Buddhaosa sebagai, "seorang yang melihat bahaya dalam samsara atau putaran kelahiran.".... Ikkhatīti bhikkhu. Maka dia masuk ke pentahbisan demi melepaskan dirinya dari samsara.

Dhammapada (266-267) menjelaskkan.....
Dia itu bukan sahaja pertapa tetapi juga hidup duniawinya bergantung kepada dana bakti yang lain. Namun, bukanlah rupa luaran itu yang menentukan seseorang itu sebagai pertapa sebenar. Sesiapa sahaja yang hidup dengan kehidupan suci yang melampaui pahala dan tolak pahala, dan berjalan dengan pemahaman mengenai loka ini maka dia itu lah pertapa ajar-ajar.
Sastera Inggeris sebelum kurun pertengahan ke-20 M, merujuk bhikkhu sebagai Bonze yang diperguna bagi menerangkan mengenai bhikkhu dari Asia Timur dan juga jajahan Perancis di Indochina. Sabdavali ini datang dari bahasa Portugis dan Perancis yang menyerap kata bonso dari bahasa Jepun buat merujuk kepada bhikkhu atau paderi. Kini ia sudah tidak banyak dipakai lagi.

Menjadi Bhikkhu

Di benua India, kebiaraan itu merupakan sebahagian daripada rupakara (sistem) "vratam pembebasan jiwa persendirian". Semua vratam atau sumpah ini dinagkat oleh bhikkhu dan bhikkhuni dari samgha biasa, dalam usaha untuk membentuk disiplin susila persendirian. Dalam bahagian Mahayana, sabdavali samgha ini, menurut prinsipnya, selalu difahami sebagai merujuk kepada Arya Samgha atau "masyarakat mulia yang sampai di bhumi pertama". Dalam keadaan ini, seseorang itu tak diperlukan pun masuk ke biara. 

Vratam pembebasan jiwa persendirian diangkat dalama empat nya langkah. Yang upasaka pula mungkin mengangkat lima vratam. Langkah seterusnya adalah memasuki pravrajyam atau cara hidup biara, termasuklah meninggalkan pakaian orang awam memakai kain seorang pertapa. Selepas itu, seseorang itu jadi seorang śrāmaṇera atau ajar-ajar. Langkah terakhir pula adalah vratam menjadi bhikṣu atau yang sepenuhnya diangkat masuk ke biara. Bhikṣu mengangkat sumpah menjaga pratimoksha seluruh usianya. Dia boleh berpulang semula ke rumah dan menangguhkan sumpahnya, nanti mengangkatnya semula selesai urusan di rumahnya. Dia dibenarkan cuma tiga kali atau tujuh kali sahaja mengangkat sumpah. Selepas itu, samgha akan menolak sumpahnya dan tak akan menerimanya kembali. 

Dengan cara ini, penganut ajaran Buddha dapat menjaga vratam itu biar suci murni jangan dikotorkan. Mereka yang balik ke rumah mungkin menjaga gaya kehidupan mereka namun sangat-sangat dipandang berat sesiapa yang merosakkan sumpahnya! Di Tibet sana, penerimaan masuk ke biara adalah dengan tiga cara iaitu:
  • Pravrajyam pada usia enam tahun.
  • Srāmaṇera pada usia 14 tahun.
  • Bhikṣu pada usia 21 tahun atau yang lebih tua.
Kasaya

Kasaya ini adalah pakaian bagi mereka yang ditahbiskan menjadi bhikkhu di biara terdiri daripada kain-kain yang datang dari pemikiran bahawa kain cukup-cukup saja buat melindungi tubuh dari cuaca dan sekitar. Bhikkhu selalunya membuat pakaian sendiri dari kain yang didermakan kepada mereka. Mereka tidak akan membuat pakaian dari sehelai kain, tetapi mengambil perca-perca kain. Disebabkan kain warna merah gelap itu murah sekali di rantau Kashmir, maka orang Tibet memakai kain warna merah. Di Selatan, warna kuning yang murah jadi warna inilah yang dikaitkan dengan benua India. Di Asia Timur, warna pakaian itu dari kuning ke warna kulit kayu bagi kelompok Theravada Siam, warna merah atau unggu bagi Theravada Myanmar, dan perang atau hitam bagi kelompok Mahayana-Dhyana di Vietnam.
 
Kain bagi anak-anak pravrajyam dan bhikkhu berbeda dalam pelbagai segi, utamanya dalam lubang-lubang pada pakaian kelompok bhikkhu. Setengah pertapa akan mengoyak kain mereka dan kemudian mengaitkannya menjadi satu lembar kain semula. Anak-anak pravrajyam pula tak dibenarkan memakai kain kapas kuning yang dipakai semasa pengajaran ajaran Buddha oleh kelompok Sramanera dan Bhikkhu. Dalam perayaan Kathina Puja, Kathina istimewa diperbuat dalam masa sehari semalam akan diserahkan oleh penyokong biara yang awam kepada biara. Ia akan diberikan kepada bhiksu yang berdiam di situ atau pertapa yang terpilih dalam kelompok pertapa lain-lain bagi menerima pakaian istimewa itu.

Vratam Tambahan: Mahayana dan Vajrayana

Dalam tradisi Mahayana, bhiksu boleh mengangkat vratam tambahan yang tak berkaitan pun dengan kenaikan menjadi samgha, termasuklah vratam bodhisattva, vratam samayam, dan lain-lain yang sebenarnya terbuka juga kepada upasaka dalam kebanyakan masa.

Sebagai tambahaan, dalam tradisi lain pun ada bentuk-bentuk kenaikan bukan vinayam, yang pemegangnya dianggap sebagai bukan bhiksu. Termasuklah kenaikan masuk ke Samgha Putih dalam kalangan Yogi di Tibet serta semua kenaikan parampara dalam tradisi ajaran dharma di Jepun.

Penutup

"Kenaikan" dalam ajaran Buddha itu adalah sekelompok cara kriyam disiplin diri yang menurut kepada keperluan, kemungkinan dan juga kemampuan perseorangan. Menurut kepada perkembangan rohani pengikut ajaran baginda Buddha, diberikan beberapa vratam yang berbedaa-beda peringkatnya supaya mudah diikuti secara berkala. Yang tertinggi sekali itu adalah tahap bhiksu, iaitu seorang pengikut ajaran Buddha yang diangkat masuk dalam masyarakat samudaya Arya. Matlamat bhiksu itu adalah mencapai kebebasan dari samsara. Bagi penganut Buddha di Myanmar yang berbahasa Mon, saudara-saudara di biara digelar sebagai tala poi (tuan kita).

Selasa, 14 Januari 2014

Bhairava Agung dari Himalaya Agung

ॐ स्वास्ति अस्तु!

 

ॐ नमः शिवय.....

Ucapan Mahayogi Satya Indra Natha bhg. 1



Masukan ini diperbuat daripada penyesuaian semula bahan yang diambil oleh seorang pengikut Yang Mulia, Mahayogi Satya Indra Natha dari Himalaya. Kebanyakan bahan sebenarnya memerlukan kebenaran pihak berwajib kerana Kaulantaka Natha Siddha Sampradayam ini merupakan aliran Saiva yang rahasia. Kalau berminat bolehlah kunjungi laman sesawangnya dan juga boleh terus ke pitham mereka di banjaran Himalaya kalau bertuah singgah di India Utara..... Aku perbuat masukan ini demi kebaikan penduduk Hindu di Asia Tenggara tak mengiralah orang negara mana sekali pun. Kalau berguna kepada engkau, aku pun suka.

1. Lidah dalam mulut itu tujukanlah buat menyanyikan gita memuji Sang Hyang, duta-dutanya, dan orang-orang suci kerana nanti tribuvan, jagat raya dan Sang Hyang pun akan menumpahkan kepada engkau dengan cinta kasih. Keajaiban hidup itu mulanya dengan yang ini.

2. Ketahui dirimu sendiri supaya engkau menjadi murni kerana Sang Hyang itu menciptakan engkau dengan kemurnian. Bebaskanlah diri engkau daripada dosa-dosa dengan puja mantra panchabhutam... Air, api, angkasa, bumi dan udara, semuanya pun berupaya buat menghauskan dosa engkau kerana sememangnya itu tugas mereka yang dibebankan oleh Sang Hyang Tunggal. 

3. Janganlah lupa bahawa hubungan-hubungan yang engkau punyai dengan loka, yang kau anggap benar, hanyalah diberikan kepada engkau supaya engkau beramal. Jadi, engkau pun bolehlah membangunkan hubungan dengan Sang Hyang Tunggal.

4. Kau dihantar ke sini bukan buat bersenang lenang beristirehat, tapi buat bekerja dalam hidup. Kematian itu lah sahaja rehat engkau. Cubalah engkau renungkan mengenai perkara yang akan engkau perkatakan kepada-Nya iaitu bagaimana engkau menemui ciptaan-Nya dan apakah sumbangan engkau?

5. Susunan alam semesta ini bukannya diciptakan untuk penghapusan atau hari kiamat. Sang Hyang menciptakannya untuk peranan-Nya dan juga karunia-Nya dan sebenarnya untuk engkau jua. Hiduplah di sini dengan langkah yang betul dan sumber-sumbernya, anggaplah kata-kata yang sesuai dan gaya kehidupan itu sebagai seni kehidupan. Nanti pintu alam semesta pun akan terbuka kepada engkau. Malapetaka itu cuma lah satu kerehatan yang luas.

6. Percaya lah kata-kata aku, selalu lah engkau menyeru-Nya. Keana aku pun menerima karunia cinta-Nya dengan menyeru-Nya dan kini Dia pun melihat ke jalan aku.

7. Bagi menyampaikan penghargaan kepada Nya, sama ada engkau meletakkan batu atas batu atau membuat pura atau biara atau pusat pemujaan; kerana cinta engkau, Sang Hyang Tunggal itu memandang sama rata saja kepada semua dan tersenyum pada cubaan-cubaan engkau yang indah itu.

8. Diviyavataram atau pesuruh-pesuruh Nya itu turun ke mari hanyalah untuk tujuan ini iaitu supaya engkau boleh melihat kepada mereka dan berasa dekat dengan mereka. Jadi, engkau boleh mengalami keluasan, kebesaran dan kemampuan Nya dalam jangkauan yang kecil. Dia berfirman bahawasanya, janganlah dibedakan antara avatara dan pesuruh-pesuruh dengan Nya kerana jari mereka itu adalah jari Nya, Dia tidak pernah mempunyai jari-jari berbeda.

9. Siapakah Aku (Sang Hyang)? Mana Aku? Bagaimana Aku? Dengan akal, engkau akan selalulah tertanya-tanya. Terimalah bahawa engkau itu bukannya apa-apa pun dan puja lah dengan cinta. Maka, walaupun Aku ini tidak terjelma pun, maka kau akan nampak yang Aku mula menjelma buat engkau.

10. Kata-kata avataram dan pesuruh-pesuruh Sang Hyang itu bukanlah untuk memisahkan tetapi sebaliknya untuk memberikan engkau kesukaan dan membawa engkau ke jalan diviyam. Yang tak nampak salah dalam kata-kata itu mestilah mereka yang menerima karunia Sang Hyang Agung.

11. Kau seru aku dan deva supaya memberi bantuan; aku ini selalu pula bersedia namun beritahulah dulu aku, "sebelum membantu aku ini, apakah yang engkau sudah pebuat bagi diri engkau?", aku tidaklah pernah membiarkan kerja keras berdasarkan satyam itu tersia-sia begitu sahaja.

12. Aku ini adalah jelmaan ciri-ciri jiwa dari segala sastera suci kerana engkau cuma nampak aksara-aksara itu tetapi aku ini adalah jiwa nya dan aku mempunyai kemampuan ini kerana aku ini adalah ishaputra. Jadi, teimalah juga diri engkau sebagai ishaputra dalam ketika ini dan tunjukkanlah cinta engkau kepada diviyam Sang Bramha Hiranyagabha dan lihatlah jawapan yang engkau akan beroleh.

13. Pahami kemampuan dan kekuatan Nya itu sebagai aku dan aku adalah dia, namun aku bertindak sebagai berasingan dan aku sendiri membuat pasak buat diriku untuk engkau dengan tujuan supaya engkau perlahan-lahan masuk dari yang jisim ke halus. Sang Bramha itu sempurna, avatara sempurna.

14. Sang Hyang tak pernah menyatakan bahawa pujalah satu sahaja dan jangan puja selain daripada-Nya sebaliknya berkata bahawa jalan mana yang engkau tempuhi, pemuja dan jalan itu tetap nanti akan sampai jua kepada-Nya. Kerana itu aku ingin menyatakan bahawa lihatlah terus kepada-Nya dan depan Sang Hyang Maha Tinggi itu maka pemujaan kepada pemujaan yang lain-lain pun akan nampak suram lah.

15. Avatara boleh dilihat menerusi mata-mata, namun melihat Sang Bramha itu memerlukan divyacaksus dan engkau cuma beroleh perkara ini dengan menerusi penyerahan jiwa, kebaktian dan sevaka. Tak ada jalan lain kecuali menerusi tapasya. Yang memahami tapasya dan puja sebagai berasingan itu cumalah seorang yang baru berjinak-jinak.

16. Bahawa Sang Hyang itu, mempunyai muka-muka yang menghadap ke seluruh arah dan bagi-Nya itu ciptaan, pemeliharaan dan pemusnahannya itu cumalah satu peranan. Bagin-Nya buat menjelma atau tetap tak berupa itu bukannya sesuatu yang penting pun. Dia boleh menjelma dalam arupa atau rupa. Untuk melihat kedua-dua rupa yang menjelma atau tak menjelma itu sebagai berasingan sudah tentulah sesuatu yang tak beragama. 

17. Dia tidak suka dan tidak pula sedih pun kalau kau percaya atau tak percaya dengan-Nya. Dia memerhatikan tatasusila engkau dan keputusan-keputusan yang diambil hati engkau. Pesediaan-Nya itu tak dipahami pun oleh yang bertuhan mahu pun yang tak bertuhan. Maka menjadi seorang yang bertuhan itu pun bukanlah sesuatu yang dibanggakan pun dan tidak pula menjadi tak bertuhan itu suatu dosa.

18. Bertuhan atau tak bertuhan (ateis), bijak-bodoh, cerdik-tak cerdik memberikan logikanya tersendiri berdasarkan kepada cara masing-masing dan kemampuan masing-masing. Kau akan melihat kepada semua ini dan kau akan mula mengalir macam air dalaam sungai. Tapi ingatilah orang-orang seperti mereka ini sudah pun ada sebelum engkau dan akan tetap ada di masa depan, namun kau nampak berubah apa-apa kah? Tak ada pun. Maka perlulah kau itu yang berubah.

19. Jalan-Nya itu indah dan abadi jadi laluilah jalan-Nya dan segala penyakit, sengsara, sedih, dan celaka itu akan dihancurkan. Kau tak akan sendirian. Kekosongan dalaman pun sempurna jadinya. Ketakutan akan tersingkir dan kebahagiaan membawa cahaya.

20. Kedatangan ishaputra bagi kebajikan makhluk itu akan tetap ada. Bagi yang merenung (alam ghaib) dan devaduta, berada di situ ertinya menyalakan cahaya di seluruh alam semesta namun kau hanya perlu risau sama ada jika engkau boleh yang tercinta bagi-Nya atau tidak. Dia akan memberikan engkau segala peluang dan kau berikanlah Dia jawapan dan aku akan memeluk engkau kemudiannya.

Isnin, 13 Januari 2014

Wiweka Mārtaṇḍa bhg. 1


Keterangan

Viveka Martanda ini merupakan antara sastera terutama dalam Natha Sampradayam, tradisi Sang Natha. Ia menjelaskan mengenai amalan dan latihan para ajar-ajar Sang Natha. Kata Martanda itu diertikan sebagai "Matahari" atau pengarang-pengarang yang ramai. Kata Viveka diertikan dengan Kebijaksanaan, maka karya ini dinamakan dalam bahasa Melayu sebagai Kebijaksanaan Sang Mentari atau sebagai "Himpunan Kebijaksanaan dari Pelbagai Pengarang".

Banyak seloka dalam sastera ini sebenarnya serupa dengan GS, dan ada juga yang diceduk dari Hatha Yoga Pradipika dan Bhagavat Gitam. Ada juga cedukan dari Goraksha Paddhati. Setengah pengkaji menyokong pandangan bahawa sastera ini meminjam dari Goraksha Paddhati dan bukan sebaliknya. Dalam pandangan ini, nampak lebih masuk akal jika nama sastera ini diterjemah sebagai "Himpunan Kebijaksanaan Pelbagai Pengarang". Tiada alih tulisan di sini dan tiada juga tejemahan. Aku rasa mungkin mengambil masa buat terjemahan dari bahasa Sanskerta ke bahasa Melayu. Buat masa ini sesiapa yang teringin nak membacanya kena tahu lah bahasa Sanskerta.... Ada 203 sloka semuanya.... Jenuh hendak disalin....

विवेक मार्तण्ड

श्री गुरुं परमानन्दं वन्दे स्वानन्द विग्रहम्। यस्य संनिध्य मात्रेण चिदानन्दायते तनुः॥१॥ अन्तर् निश्चलितात्म दीप कलिका स्वाधार बन्धादिभिः यो योगी युग कल्प काल कलनात् त्वं जजेगीयते। ज्ञानामोद महोदधिः समभवद् यत्रादिनाथः स्वयं व्यक्ताव्यक्त गुणाधिकं तम् अनिशं श्री मीननाथं भजे॥२॥ नमस्कृत्य गुरुं भक्त्या गोरक्षो ज्ञानम् उत्तमम्। अभीष्टं योगिनां ब्रूते परमानन्द कारकम्॥३॥ एतद् विमुक्ति सोपानम् एतत् कालस्य वञ्चनम्। यद् व्यावृत्तं मनो भोगादासक्तं परमात्मनि॥४॥ द्विजसेवितशाखस्य श्रुतिकल्पतरोः फलम्। शमनं भव तापस्य योगं भजति सत्तमाः॥५॥आसनं प्राणसंरोधः प्रत्याहारश्च धारणा। ध्यानं समाधिरेतानि योगाङ्गानि भवन्ति षट्॥६॥अहिंसा सत्यमस्तेयं ब्रह्मचर्यं क्षमा धृतिः। दयार्जवं मिताहारः शौचं चैव यमा दश॥ ७॥तपः सन्तोषास्तिक्यं दानमीश्वरपूजनम्। सिद्धान्तश्रवणं चैव ह्रीमती च जपो हुतम् ॥८॥ नियम अथ वक्ष्यामि योगमष्टाङ्गसंयुतम्। सयोगं योगमित्याहुर्जीवात्मपरमात्मनोः॥ ९॥आसनानि तु तावन्ति यावत्यो जीवजातयः। एतेषामखिलान् भेदान् विजानाति महेश्वरः॥१०॥

चतुराशीति लक्षाणां एकम् एकम् उदाहृतम्। ततः शिवेन पीठानां षोडेशानं शतं कृतम्॥११॥आसनेभ्यः समस्तेभ्यो द्वयम् एव प्रशस्यते। एकं सिद्धासनं प्रोक्तं द्वितीयं कमलासनम्॥१२॥योनि स्थानकम् अङ्घ्रि मूल घटितं कृत्वा दृढं विन्यसेन् मेढ्रे पादम् अथैकम् एव नियतं कृत्वा समं विग्रहम्। स्थाणुः संयमितेन्द्रियोचल दृशा पश्यन् भ्रुवोर् अन्तरम् एतन् मोक्ष कवाट भेद जनकं सिद्धासनं प्रोच्यते॥१३॥वामोरूपरि दक्षिणं हि चरणं संस्थाप्य वामं तथा दक्षोरूपरि पश्चिमेन विधिना धृत्वा कराभ्यां दृढम्। अङ्गुष्ठौ हृदये निधाय चिबुकं नासाग्रम् आलोकयेद् एतद् व्याधि विकार हारि यमिनां पद्मासनं प्रोच्यते॥१४॥आधारः प्रथमं चक्रं स्वाधिष्ठानं द्वितीयकम्। तृतीयम् मणिपूराक्यं चतुर्थं स्यदनाहतम्॥१५॥पञ्चमं तु विशुद्धाख्यमाज्ञाचक्रं तु षष्ठकम्। सप्तमं तु महाचक्रं ब्रह्मरन्ध्रे महापथे॥१६॥चतुर्दलं स्यादाधारः स्वाधिष्ठानं च षड्दलम्। नाभौ दशदलं पद्मं सूर्यसङ्ख्यदलं हृदि ॥१७॥ कण्ठे स्यात् षोडशदलं भ्रूमध्ये द्विदलं तथा। सहस्रदलमाख्यातं ब्रह्मरन्ध्रे महापथे ॥१८॥ आधारः प्रथमं चक्रं स्वाधिष्ठानं द्वितीयकम्। योनिस्थानं तयोर्मध्ये कामरूपं निगद्यते ॥१९॥

Isnin, 28 Oktober 2013

Perumah dalam Minda: Kammathana

Swasti Sri!


Dalam ajaran Buddha, kammatthana ini merupakan kata bahasa Bali yang merupakan sebutan bagi karmasthana yang ertinya itu istana amalan. Yang diertikan di sini adalah tempat di dalam minda yang mana seseorang itu pergi bagi usaha pengembangan kejiwaannya. Lebih tuntas lagi, ia merujuk kepada bahan tapa yang sah menurut pustaka suci atau samatha kammatthana disenaraikan dalam Jalan Penyucian Jiwa.

Setiap kammathana boleh diberi, sama ada oleh kalyana mitta, kepada sesetengah pelajar secara persendirian bila mencapai satu tahap, dengan melihat bahan apa yang sesuai dengan kecenderungan dan juga sikap pelajar serta tahap pemikiran pelajar itu.

Empat Bahan Tapa Semadhi

Daripada 40 bahan yang ditapakan sebagai kammathana itu, yang 10 nya adalah benda yang boleh dipegang 'terus', 'kasina', atau 'seluruhnya'...
  • Bumi
  • Air
  • Udara atau Angin
  • Biru dan Hijau
  • Kuning
  • Merah
  • Puteh
  • Ruangan Tertutup
  • Cahaya Terang
Lagi 10 bahan adalah asubha atau bahan yang sangat jijik dan seram melihatnya...
  • Mayat lebam
  • Mayat yang sudah turun warna dan biru
  • Mayat pecah-pecah
  • Mayat yang terbelah
  • Mayat yang tercarik koyak
  • Mayat yang tercerai-cerai anggota
  • Mayat berdarah
  • Mayat dimakan ulat dan berenga
  • Rangka
10 lagi bahan adalah dalam bentuk tindakan mengingati disebut sebagai anussati...

Tiga bahan peringatan adalah silsila daripada Trairattana...
  • Phra Buddha Chao
  • Dharma
  • Samgha
Lagi tiga adalah mengingati dan mengulang kaji semula...
  • Sila atau akhlak
  • Cāga atau kebebasan
  • Ciri-ciri baik para dewa
Mengingati itu adalah...
  • Kaya atau tubuh
  • Kematian (sila rujuk Upajjhatana Sutta)
  • Prana (pernapasan) atau anapana (menyawa)
  • Ketenangan (Nibbhana)
Empat lagi adalah hentian Bramha atau Bramha Wiharam...
  • Metta atau kebaikan tanpa syarat
  • Karuna atau belas kasihan
  • Mudita atau kesukaan atas kejayaan yang lain
  • Upekkha berpikiran seimbang
Empat tahap tak berupa atau arupajhana....
  • Ruangan tak berkesudahan
  • Kesedaran tak berkesudahan
  • Kekosongan tak berkesudahan
  • Tiada persepsi atau tiada tanpa persepsi
Salah satu nya adalah persepsi makanan yang dibenci atau agharepatikulasanna. Yang terakhir adalah penelitian kepada catudhatuwawatthana atau empat unsur jagat seperti pathawi (bumi), apo (air), tejo (api) dan wayo (udara).

Bidang Ulangkaji Tapa dan Jhana 

Daripada ini semua, disebabkan rumitnya, empat bahan ingatan (tak termasuk ingatan tubuh atau kayagatasati dan anapanassati), persepsi kebencian pada makanan dan penelitian empat unsur hanya membawa kepada upacara samadhi atau kemasukan ke semadhi (penumpuan) sahaja.

Penyerapan dalam Jhana Pertama boleh dicapai dengan kesedaran terhadap 10 jenis kebusukan dan kesedaran tubuh. Walau bagaimanapun, tapa-tapa ini tak boleh melampaui tahap Jhana Pertama kerana ia melibatkan pemakaian witaka atau pemikiran yang tak hadir dari jhana-jhana lain yang lebih tinggi.

Penyerapan dalam Tiga Jhana Awal boleh dicapai menerusi renungan tiga bramha wiharam awal. Namun, tapa-tapa ini, tak boleh membantu juga dalam mencapai Jhana Keempat disebabkan rasa kesukaan yang dikaitkan dengan semuanya itu. Apabila Jhana Keempat sudah timbul, barulah timbul bramha wiharam keempat.  

Disebabkan ringkas pula bahan perbincangan, semua Empat Jhana ini boleh ditimbulkan menerusi kesedaran pada pernapasan dan 10 kasina.

Bidang Tapa dan Ciri Seseorang

Semua bidang-bidang tapa yang disebut sebelum ini boleh menekan Lima Halangan, jadi membolehkan seseorang itu mencapai kebijaksanaan. Sebagai tambahan, seseorang itu boleh memakai bahan tapa tertentu sebagai penawar, seperti bertapa mengenai kebusukan bagi melawan nafsu serakah atau pun bertapa pernapasan bagi meninggalkan pemikiran bukan-bukan.

Ulasan sastera Bali kemudian memberi panduan bagi cadangan bidang tapa tumpuan itu berdasarkan kepada kecenderungan seseorang ketika itu....
  • Jenis tamak maka tapa 10 kebusukan atau tapa renungan tubuh.
  • Jenis benci maka tapa empat bramha wihara atau tapa empat warna kasina.
  • Jenis khayal banyak maka tapa pernapasan.
  • Jenis setia maka tapa enam ingatan yang awal.
  • Jenis cerdik maka tapa ingati kematian atau cari ketenangan; persepsi makanan yang benci atau teliti empat unsur.
  • Jenis suka spekulasi maka tapa pernapasan sedar.
Enam kasina tak berwarna dan empat tahap arupajhana sesuai bagi semua jenis kecenderungan atau ciri pada diri seseorang itu.