Memaparkan catatan dengan label himchal pradesh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label himchal pradesh. Papar semua catatan

Khamis, 3 Julai 2014

Lima Upacara Tibet


Lima upacara ini merupakan rupakara senaman yang dilaporkan sudah wujud semenjak 2500 tahun lampau. Ia pertama kalinya disebar ke seluruh loka pada 1913, menerusi buku berjudul The Eye of Revelation. Walaupun tiada sebarang samacara yang didapati mengenai, Kelder, penulis buku tersebut, namun terdapat satu punca yang melaporkan bahawa Kelder merupakan seorang anak yatim piatu yang dibela di tengah pantai barat Amerika Serikat. Dia meninggalkan rumah semasa remaja untuk mencari cabaran dalam hidup.

Pada 1930-an, Kelder mendakwa bahawa beliau bertemu dengan seorang kolonel bersara dari angkatan tentera diraja British. Lelaki itu,berkongsi cerita pengembaraannya dan seterusnya penemuan mengenai upacara ini. Mulanya, buku ini cuma sebuah lipat-lipat (pamphlet) sebanyak 32 mukasurat. Ia terhasil dari perbualan beliau dengan kolonel tersebut.

Upacara ini katanya merupakan bentuk yoga dari Tanah Tibet, lebih kurang saja dengan yoga kita di India. Namun, upacara lima ini dan yoga Tibet tersebut menekankan kepada Vinyasa. Vinyasa ini merujuk kepada pergerakan berterusan dan berturutan. Yoga di India lebih kepada kedudukan diam tidak bergerak. Walaupun upacara ini tersebar dalam kalangan yogi untuk beberapa dasawarsa ini, namun orang Tibet umumnya tidak pernah mengiktiraf bentuk yoga itu semua sebagai amalan sejati mereka. Kadangkala, yoga ini disebut juga T5T oleh orang Barat. 

Cerita

Dalam lipat-lipat tersebut, Kelder mencatit dakwaan pegawai tentera British itu, Kolonel Bradford (bukan nama sebenar), mendengar cerita mengenai sekelompok guru Buddha Tibet, menemui "Mata Air Keremajaan". Penduduk asli yang merayau-rayau itu, rujuknya kepada guru-guru tersebut, memberitahunya cerita mengenai seorang tua yang sihat, kuat, dan penuh tenaga selepas memasuki sebuah biara.

Selepas bersara, Bradford kemudian cuba menjejaki biara itu dan tinggal pula dengan guru-guru itu. Di situ beliau diajar lima bentuk senaman yang digelar sebagai upacara. Menurut lipat-lipat itu, guru-guru itu menjelaskan mengenai tujuh pusingan, digelar "putaran angin roh" dalam tubuh, dua daripadanya dalam otak, satu di dasar tekak, satu di kanan tubuh di persekitaran hati, satu di kelamin, dan masing-masing satu di lutut.

Semakin kita tua, kadar putaran angin itu menurun, menyebabkan kita sering sakit, lesu dan letih. Namun, kadar putaran tersebut boleh dikembalikan semula menerusi pengamalan lima upacara ini setiap hari. Jadi, kesihatan pun bertambah. Bradford turut diajar mengenai cara untuk upacara keenam. Namun, ia cuma disarankan untuk mereka yang ingin hidup yang tidak berbenua atau membujang. Bradford turut berkongsi mengenai bentuk makanan yang mesti dimakan, gabungan makanan yang betul serta tatacara makan yang betul.

Jumaat, 2 Mei 2014

Drishti Hukum Karma

Om Svasti Astu


Tanpa mempersia masa, mari kita persembah petikan dari Bhagavadgitam 2.47 ini....

कर्मण्ये वाधिकारस्ते म फलेषु कदाचना  कर्मफलेह्तुर भुरमा ते संगोस्त्वकर्मानी॥

Pengertian ringkasnya.... "Seseorang itu berhak menjalankan tugasannya itu tetapi bukan dengan niat mendapatkan pahala demi tindakan itu, jangan engkau perbuat diri engkau itu sebagai kesan tindakan engkau itu kerana engkau nanti terputus dari tanggungjawab engkau".

Potongan petikan Gitam ini sendiri pun sudah menyimpulkan cerminan kevicaksanaan diviyam mengenai Karma Yoga. Perundangan Karma ini terbit dari buah pikiran drishti "Hukum Penyebab dan Kesan" yang mengertikan bahawa setiap sesuatu yang terjadi kerana penyebab itu pasti meninggalkan kesan. Setiap perbuatan manusia itu pastinya didorong oleh dua punca pendorong psikologi iaitu ketakutan dan nafsu. Namun, kedua-dua keadaan itu, niat bagi kerja itu semata-matanya berdasarkan kepada pahala karma (buah tindakan).

Ketakutan itu maya. Kerana ia menghilang sebaik kita menghadapinya. Nafsu itu pula cuma idaman terhadap benda-benda yang tidak kita punyai dalam kehidupan ini atau terhadap benda-benda yang sedikit adanya. Jadi, kenapa kita merasai ketakutan semasa membuat kerja?? Jawabnya itu, kerana kita lebih mementingkan pahala karma berbanding dengan melaksanakan karma. Seluruh drishti dan juga perkaitan ciri benar bagi membuat karma itu adalah, perlunya kerja amalan itu diperbuat sepenuh hati dan datang dari jiwa dalaman kita. Bahasa Arabnya itu, ikhlas. Lebih banyak ketakutan dan idaman tuan-tuan semasa melaksanakan karma kebajikan, lebih banyak tumpuan dan perhatian tuan-tuan disia-siakan. Tujuan karma kebajikan pun kabur-kabur.

Tujuan dilaksanakan kerja-kerja itu sepatutnya dengan niat untuk kerja itu sahaja tak pedulilah kesannya itu apa pun. Seseorang itu mesti menghapuskan kesedaran bahawa dia yang menjalankan kerja itu kerana ia adalah maya terbesar sekali!! Hanya Sang Hyang Tunggal sajalah Pembuat semua perkara, Yang Maha Melaksanakan segala kerja. Contohnya, kita membuat sebutir puding beras yang cantik, tetapi adakah kita yang menjadikan haba dan api yang menghasilkan puding sebutir itu? Kita kah yang menjadikan biji beras serta lembu-lembu yang murah hati yang memberikan susu?

Kita tidak pernah menjadikan sesuatu perkara pun! Kita cuma mengubahsuai perkara-perkara sekitar kita untuk kebaikan kita. Jadi, dengan cara halusnya, segala penyebab kejadian dan kerja itu cumalah Tuhan. Dia jugalah Saksi kepada kesan itu sendiri. Kita ini cuma lelakon dengan peranan kecil-kecil dalam sutradara diviyam Nya. Selalulah ingat bahaw adiri kita ini cuma wahana pembuat karya, kerana jika Tuhan itu penyeba, Dia jugalah yang memberi kesan. Keputusan itu tidak sepatutnya menjadi punca pendorong kerana jika keputusan dalam pemikiran kita itu merubah keputusan, maka karma kerja pun akan berubah.

Seseorang itu tak boleh menghalang karma ketika sedang hidup di loka ini. Kerana loka ini berdasarkan karma, Karma Bhumi. Walaupun seorang yogi itu tak berbuat apa pun, dia masih perlu makan. Mencari makan itu karma sebagai keperluan asasi manusia. Begawan Kresna lalu mengajari kita dengan drishti tertinggi ini dan memberi panduan amalan itu dengan pernyataan bahawa seseorang itu patutlah cuma beramal tetapi keputusannya itu serahkan kepada Tuhan yang hadir dalam diri setiap makhluk.

Terdapat dua cara untuk melaksanakan karma.........
  • Membakar karma kita dengan pengetahuan bahawa loka ini cuma maya. Kita ini cuma menyaksikan gelombang ombak besar di lautan minda serta menghalangnya dengan "jalan berani" iaitu kita menyedari bahawa setiap penyebab itu ada kesan.Kesan itu akan terhenti suatu hari nanti dan karma itu pun bukan selamanya. Karma mempunyai penghujung. Suka duka pun sementara saja. 
  • Walaupun kita tahu karma ini mempunyai kesan, namun kita masih berkarma cuma tanpa memikirkan mengenai pahala tindakan saja. Perkara ini terangkum dalam pepatah Melayu lama, "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!" Perbuatan kebajikan itu usah dipikirkan pahala ganjarannya. Sudah terlanjur itu pintalah ampun dengan kruchram semua, tetapi usah dipikir apa sudah diampun apa tidak. Buat saja, usah terhalang.
Beginilah caranya melaksanakan karma. Kerangka minda ini yang membebaskan kita dari karma. Begawan Kresna membebaskan Arjuna dari ikatan karma itu serta memberi buah pikiran kepadanya supaya menurut dharma kshatriya dalam Mahabharata Yuddha. Makanya, ia pun menjadi ringkasan pengetahuan mengenai hukum karma.

Jumaat, 14 Februari 2014

Pañcha Kōṣa Gaman Sadhana


Lima Laluan Ghaib ke Simpanan Berharga

Guru Satya Indra Natha Ji, Kubu Sadhana

Silah ketik pada bilangan... Dalam bahasa Hindustan sahaja... Sadhana mesti dijalankan dengan pemantauan Guru Natha dan menerusi Diksha ke sampradayam!


Bil

1
2
3
4
5
6
7
8

Selasa, 14 Januari 2014