Khamis, 3 Julai 2014

Lima Upacara Tibet


Lima upacara ini merupakan rupakara senaman yang dilaporkan sudah wujud semenjak 2500 tahun lampau. Ia pertama kalinya disebar ke seluruh loka pada 1913, menerusi buku berjudul The Eye of Revelation. Walaupun tiada sebarang samacara yang didapati mengenai, Kelder, penulis buku tersebut, namun terdapat satu punca yang melaporkan bahawa Kelder merupakan seorang anak yatim piatu yang dibela di tengah pantai barat Amerika Serikat. Dia meninggalkan rumah semasa remaja untuk mencari cabaran dalam hidup.

Pada 1930-an, Kelder mendakwa bahawa beliau bertemu dengan seorang kolonel bersara dari angkatan tentera diraja British. Lelaki itu,berkongsi cerita pengembaraannya dan seterusnya penemuan mengenai upacara ini. Mulanya, buku ini cuma sebuah lipat-lipat (pamphlet) sebanyak 32 mukasurat. Ia terhasil dari perbualan beliau dengan kolonel tersebut.

Upacara ini katanya merupakan bentuk yoga dari Tanah Tibet, lebih kurang saja dengan yoga kita di India. Namun, upacara lima ini dan yoga Tibet tersebut menekankan kepada Vinyasa. Vinyasa ini merujuk kepada pergerakan berterusan dan berturutan. Yoga di India lebih kepada kedudukan diam tidak bergerak. Walaupun upacara ini tersebar dalam kalangan yogi untuk beberapa dasawarsa ini, namun orang Tibet umumnya tidak pernah mengiktiraf bentuk yoga itu semua sebagai amalan sejati mereka. Kadangkala, yoga ini disebut juga T5T oleh orang Barat. 

Cerita

Dalam lipat-lipat tersebut, Kelder mencatit dakwaan pegawai tentera British itu, Kolonel Bradford (bukan nama sebenar), mendengar cerita mengenai sekelompok guru Buddha Tibet, menemui "Mata Air Keremajaan". Penduduk asli yang merayau-rayau itu, rujuknya kepada guru-guru tersebut, memberitahunya cerita mengenai seorang tua yang sihat, kuat, dan penuh tenaga selepas memasuki sebuah biara.

Selepas bersara, Bradford kemudian cuba menjejaki biara itu dan tinggal pula dengan guru-guru itu. Di situ beliau diajar lima bentuk senaman yang digelar sebagai upacara. Menurut lipat-lipat itu, guru-guru itu menjelaskan mengenai tujuh pusingan, digelar "putaran angin roh" dalam tubuh, dua daripadanya dalam otak, satu di dasar tekak, satu di kanan tubuh di persekitaran hati, satu di kelamin, dan masing-masing satu di lutut.

Semakin kita tua, kadar putaran angin itu menurun, menyebabkan kita sering sakit, lesu dan letih. Namun, kadar putaran tersebut boleh dikembalikan semula menerusi pengamalan lima upacara ini setiap hari. Jadi, kesihatan pun bertambah. Bradford turut diajar mengenai cara untuk upacara keenam. Namun, ia cuma disarankan untuk mereka yang ingin hidup yang tidak berbenua atau membujang. Bradford turut berkongsi mengenai bentuk makanan yang mesti dimakan, gabungan makanan yang betul serta tatacara makan yang betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan