Memaparkan catatan dengan label betara siwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label betara siwa. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2014

Śiva Stuti


 

Ditujukan untuk rakan-rakan Śaiva kerana sokongan, cadangan serta teguran membina oleh tuan-tuan dan puan-puan. Semoga tuan-tuan dan puan-puan berbahagia dan direstui Betara Śiva hendaknya. 

Judul-Judul
  • Śivaṣtakam.
  • Lingaṣtakam.
  • Vilvaṣtakam.
  • Viṣwanāthaṣtakam.
  • Śiva Pūrāṇam.
  • Thirunitrupādigam.
  • Kāthalāgi Kasinthatu.
  • Natarajar Pathu.

Bacaan: Ramu
Muzik: Purushottama Sai
Pemilik kesenian: Abirami Audio

Kompilasi stuti (pujian) ini boleh dibeli menerusi syarikat rakamannya. Sila hubungi Abirami Audio jika berminat. Śambo... Śankara!

Jumaat, 14 Februari 2014

Pañcha Kōṣa Gaman Sadhana


Lima Laluan Ghaib ke Simpanan Berharga

Guru Satya Indra Natha Ji, Kubu Sadhana

Silah ketik pada bilangan... Dalam bahasa Hindustan sahaja... Sadhana mesti dijalankan dengan pemantauan Guru Natha dan menerusi Diksha ke sampradayam!


Bil

1
2
3
4
5
6
7
8

Ahad, 30 Jun 2013

Itihasa Aliran Saiwa


Aliran Saiva ini merujuk kepada tradisi keagamaan orang Hindu yang menumpukan pemujaan kepada dewata, Betara Siva. Pemujaan terhadap Betara Siva ini merupakan tradisi seluruh pengikut agama Hindu, diamalkan secara meluas di serata negara India, Sri Lanka dan Nepal.

Ada banyak aliran pula yang menjadi cawangan bagi aliran Saiva Raya dengan paparan bentuk rantau yang pelbagai dan kepelbagaian drestinya. Aliran ini mempunyai himpunan sastram yang luas sekali termasuklah sastram bentuk dresti dari sudut pandangan abheda, bheda, dan bhedabheda. Sukar untuk dijelaskan mengenai itihasa awal bagi aliran Saiva ini. Axel Michaels menerangkan mengenai sifat gabungan dalam aliran Saiva seperti berikut:
Seperti Betara Wisnu, Betara Siva ini juga merupakan Dewata Tinggi, yang memberikan nama Nya itu kepada sekumpulan gaya ketuhanan dan aliran pemikiran sebagai pengenalannya. Seperti aliran Vaisnava, sabdavali ini juga menekankan kesatuan yang tak jelas ditemui dalam amalan keagamaan atau dresti dan juga ajaran rahsia. Lagi, amalan dan juga ajaran pula mesti dibiarkan berasingan.

Pra-Sejarah

Setengah orang percaya bahawa bahan terpendam yang ditemui di Mohejo Daro, Harappa dan juga tapak-tapak carigali purwa di India Barat Laut dan Pakistan memaparkan bentuk awal kepada pemujaan Betara Siva yang diamalkan di Lembangan Sindhu. Bahan sejarah itu seperti lingam dan cap Pasupati yang kini menjadi bahan kajian ramai cendekiawan. Tamadun Lembangan Sindhu mencapai kemuncaknya sekitar 2500-2000 SM, apabila jalinan perdagangan dengan Mesopotamia (Timur Tengah) yang sedia berlaku mula menurun menjelang 1800 SM dan hilang terus menjelang 1500 SM. 

Cap mohor yang ditemui semasa cari gali di tapak Mohenjo Daro di Lembangan Sindhu menarik minat cendekiawan yang menduga bahawa kemungkinan ia merupakan perlambangan Betara Siva dalam bentuk purwanya. Pasupati atau Tuan Binatang ini menunjukkan tokoh utama yang dikelilingi oleh binatang segala. Tokoh utama pada ukiran itu digambarkan berada dalam kedudukan duduk, menegak dan dikelilingi oleh binatang. Sir John Marshall dan lain-lain mendakwa bahawa ukiran tersebut merupakan Betara Siva bentuk purva dan digambarkan rupa itu mempunyai tiga muka, duduk dalam kedudukan "yoga" dengan silanya. Bentuk separa bulatan di kepalanya pula ditafsirkan sebagai dua tanduk.

Gavin Flood walau bagaimanapun menyatakan pendapat bahawa semua itu cuma spekulasi atau tekaan sahaja. Tak jelas pun pada ukiran cap itu yang rupa itu bermuka tiga, duduk yoga atau pun bentuk itu sebenarnya adalah bentuk manusia. Mungkin ada gema kepada ukiran Betara Siva pada cap mohor itu dengan bentuk bulan sabit menyerupai tanduk lembu di kepalanya.

Rudra Weda

Aliran Saiva ini kebaktiannya pada pemujaan Betara Siva. Kata bahasa Sanskerta bagi Siva ini bererti baik hati, ramah-tamah, penuh karunia dan bertuah. Semuanya dalam bentuk kata rupa (sifat). Sebagai bentuk kata nama sempurna, ia bererti "Yang Maha Bertuah". Ia menjadi nama lain bagi Betara Rudra. Menurut kepada peredaran masa, banyaklah pendekatan kerantauan yang memuja dan memahami Betara Siva menurut cara tempatan serta menyatukannya dengan satu sama yang lain.  

Kemunculan Aliran Saiwa

Dokumentasi itihasa agama rasmi, yang berlawanan dengan bukti-bukti carigali atau pun sebutan sastram, ditandakan oleh Gavin Flood dalam ulasannya berbunyi:
Pembentukan tradisi Saiva ini sebagai dipahami kita mula terjadi sekitar satawarsa 200 SM sampai 100 M. 
Dua kekawin Hindu terkenal, Mahabharata dan Ramayana banyak menceterakan mengenai Betara Siva dan Betara Visnu. Ada juga rujukan kepada pertapa Saiva awal dalam Mahabharata. Svetasvatara Upanishad (400-200 SM) merupakan pendedahan sastram terawal sekali yang membincangkan dresti sudut pandangan semesta penganut aliran Saiva. Gavin Flood lanjutnya menyatakan bahawa:
... satu pengajian agama yang mengangkat Betara Rudra ke kedudukan Paramatma, atau Eśa yang mencakupi segalanya namun mempunyai kerja kesemestaan seperti yang diperbuat Betara Siva dalam tradisi terkemudiannya.
Dalam Maha Bhasya atau Ulasan Agung oleh Patanjali pada abad ke-2 SM, beliau menjelaskan bahawa anak bakti Betara Siwa ini selalunya memakai kulit binatang dan membawa lembing besi sebagai lambang Tuhan, mungkin sebelum kemunculan trisulo bentuk lembingnya tak bercabang lagi seperti kini. 

Tiksana Danstra Kalabhairawa Astakam

Om Swastiastu!

Yang ini kena berjaga-jaga tatkala membacanya.... Sebenarnya sesiapa yang membaca stotram ini kena dinaikkan ke marga tertentu baru dibenar membacanya ditakuti akan mencederakan pembaca sendiri. Ku tempelkan di sini untuk tatapan penganut Hindu Saiwa di bahagian Asia Tenggara sahaja...

Rabu, 12 Jun 2013

Siwane Naa Ninna Sewakanaya

Om Swastiastu!

 

Sekalung penghargaan kepada pelontar suara nyanyian gita bakti untuk Betara Siwa ini, Tuan Seri Anantha Kulkarni.

Jumaat, 31 Mei 2013

Ciwapurannam Welakkam

Om Swasiastu! Namoskar!

 

Aku sedang mencari jalan untuk menterjemahkan Ciwapurannam Welakkam yang menjelaskan mengenai Betara Siwa ini untuk kebajikan masyarakat Hindu di Nusantara khususnya penganut aliran Saiwa. Bahasa Tamilnya terlalu tinggi serta ajaran yang menarik perhatian, huhuhu... Rakan Hindu lain yang bertutur bahasa Tamil jangan lupa dengarnya juga. Bagus untuk rakan-rakan.

Ahad, 12 Mei 2013

Karpura Gauram Karunawataram

 

Ini dari lakon wayang berjudul "Dewon ke Dewa Mahadewa" yang berbahasa Awadhi. Cetera ini menceterakan mengenai Betara Siwa. Jika ada masa lapang cubalah tonton tapi mohon maaf lah jika tiada sarikata bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Ahad, 7 April 2013

Tandawa Nritya


Tandawa Nritya merupakan bentuk kesenian keagamaan yang dipersembah oleh Betara Siwa. Menurut kepada cetera Hindu, Siwa Tandawa ini merupakan tarian yang sifatnya perkasa yang menjadi sumber kepada pusingan ciptaan, pemeliharaan dan pencairan.

Rudra Tandawa pula merupakan gambaran kepada alam yang liar iklimnya, yang mulanya dicetuskan oleh Pencipta dan kemudian dihancurkan pula. Ananda Tandawa menggambarkan kesukaan-Nya. Betara Siwa sebagai Nataraja dianggap sebagai dewata tertinggi tarian.

Tandawa ini asalnya dari nama Tandu, pengasuh Betara Siwa yang mengarahkan Bharata atau pencipta Natya Sastra dalam penggunaan Angahara dan Karana, bentuk-bentuk Tandawa melalui arahan Betara Siwa. Setengah cendekiawan menganggap Tandu sendiri yang mengarang karya awal seni pementasan, yang digabungkan dalam Nritya Sastra. Sememangnya kesenian tradisi seperti tarian, nyanyian dan lagu-lagu berdasarkan kepada mudra dan upacara dari tradisi Saiwa.

32 angahara dan 108 karana, diperbincang oleh Bharata dalam bab keempat Nritya Sastra berjudul Tandawa Lakchannam. Karana merupakan gabungan lambang tangan dengan kaki bagi membentuk satu tarian. Angahara digubah kepada tujuh atau lebih karana. 108 karana dimasukkan ke dalam Tandawa boleh digunakan dalam tarian, seni pertahanan diri dan peperangan persendirian serta dalam pergerakan khusus semasa bersiar-siar. 

Tarian ini menggambarkan laksana bagi lima jelmaan utama kesaktian abadi....

1. Sresti, penciptaan dan evolusi
2. Sthiti, pemeliharaan dan dukungan
3. Samhara, pemusnahan dan evolusi
4. Tirobhawa, khayalan
5. Anugeraha, kelepasan, kebebasan dan keanugerahan

Tandawa ini melambangkan pusingan jagat dari penciptaan sampai kehancurannya, selain menggambarkan rentak kelahiran, kematian dan juga "pemusnahan kematian". Tandawa yang dijalankan dalam pementasan keagamaan di India Selatan mempunyai pergerakan yang bertenaga dan laju. Ia dipersembahkan dengan bhawa kesukaan, jadi dikenali juga sebagai Ananda Tandawam. Jika dipersembahkan dalam bhawa ganas, maka ia dikenali sebagai Rudra Tandawa. Dalam agama HIndu, sekurangnya ada tujuh jenis tandawa yang ditemui seperti Ananda, Tripura, Sandhiya, Samhara, Kalika, Uma dan Gauri Tandawa. Walau bagaimanapun, ramai juga percaya ada sekurang-kurang 16 jenis tandawa.

"Berapa banyak jenis tarian Betara Siwa yang diketahui anak bukti tiadalah saya ketahui. Tidak syak lagi, asal-usul tarian ini dari satu jenis tarian juga atau sama akarnya. Ia merupakan jelmaan kepada kesaktian rentak awal. Walau apa pun asal-usul tarian Betara Siwa, ia jelas menunjukkan bahawa ia berasal dari kegiatan-Nya yang menjadi sebahagian daripada kesenian agama". - Ananda Kumaraswami.

Tarian yang dipersembah oleh dewi Parwati sebagai memberi maklum balas kepada Siwa Tandawa dikenali sebagai Lasya. Lasya ini gerakannya lembut sedikit, sopan santun dan kadang-kala sedikit menghairahkan. Setengah sarjana menganggap lasya sebagai bentuk kewanitaan bagi tandawa. Lasya ada dua jenis pula iaitu jarita lasya dan yauwaka lasya.

Agama Hindu menceterakan pelbagai peristiwa apabila Betara Siwa dan lain-lain dewata menjalankan tandaawa. Apabila dewi Sati melompat ke dalam Agni Kunda dalam Daksa Yagna dan membunuh diri, Betara Siwa dikatakan menjalankan Rudra Tandawa yang melambangkan kemurkaan baginda dan kesedihan. Siwapradosa Stotram menyebut apabila Betara Siwa menjalankan Sandhiya Tandawa, dewata lain seperti Sang Brahma, Dewa Wisnu, Dewi Saraswati, Dewi Laksmi dan Betara Indera memainkan bunyian dan menyanyikan gita memuji Betara Siwa.

Dewa Ganesa, anakanda Betara Siwa, digambarkan sebagai astabhuja tandawa nritya murti atau Sang Ganesa menari tandawa bertangan lapan dalam arca kuil. Bhagawata Purana menyebut bahawa Seri Kresna menarikan tandawanya di atas kepala ular Kaliya. Menurut tradisi Jina Mahawira, Betara Indera pun dikatakan menjalankan tandawa bagi memberi tabik namah kepada Empu Risabha, iaitu salah seorang Thirtankara Jina dalam penjelmaan kemudian.