Memaparkan catatan dengan label purana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label purana. Papar semua catatan

Ahad, 6 Oktober 2013

Neraka: 21 Jenis dalam Wisnu Purana

Om Swastiastu!


Wisnu Purana menyebut 28 neraka semua, dengan samacara hanya mengenai pendosa yang dikutuk dalam 21 neraka sahaja tanpa lanjutan cetera hukumannya. Neraka digambarkan dalam Wisnu Purana, tapi tidak pula ada dalam Bhagawata Purana dan Dewi Bhagawata Purana. Senarai neraka yang hanya tersebut dalam Wisnu Purana:

Rodha kemusnahan. Penyebab keguguran, pembunuh lembu dan penjarah atau yang menggantung orang lain akan dibuang di sini.

Sukara babi. Pembunuh Brahmana, pencuri emas atau pemabuk dan semua berkaitan dengannya akan jatuh dalam neraka ini.

Tala pedal ayam. Pembunuh Kesatria dan Waisya dan yang berzina dengan isteri ketua agama akan dihantar ke neraka berpedal ayam.

Taptakumbham periuk hangat. Berzina dengan saudari dan membunuh seorang rajaduta membawa hukuman masuk neraka ini.

Taptaloha besi hangat. Penjual bini, seorang yang memenjarakan orang dan orang yang meninggalkan pengikutnya terpenjara masuk sini. 

Mahajwalam neraka api besar. Yang bersumbang muhrim dengan anak perempuan sendiri atau dengan menantu perempuan dilempar dalam ini.

Laawana neraka garam. Yang menghina gurunya, orang yang tinggi kedudukan daripadanya seperti abang, kakak, bapa, ibu, bapa saudara, bapak-bapak, mak-mak, datuk, nenek, Brahmana, bhikkhu Buddha, menghina weda-weda yang diwangsit kepada maharesi semua akan masuk ke sini.

Wimohana tempat mengelirukan. Pencuri atau mereka yang menolak amalan yang dimestikan menurut jatinya itu akan dihentam dalam ini.

Krimisha neraka serangga. Yang menggunakan ilmu hitam, santet, santau bagai mencederakan orang lain akan dihantar ke neraka ini.

Wedhaka neraka kelaran. Yang ini diisi dengan pandai panah yang membuat panah untuk perang.

Adhomukham neraka tersembam. Yang ambil rasuah, tukang tilik bintang tak ikut agama dan mereka yang puja bahan yang tak sesuai akan dibuang dalam ini.

Puyawaha iaitu neraka bahan jatuh. Bangsa Brahmana yang menggatal menjual daging, cat diperbuat daripada pokok atau serangga, tuak, garam; yang berbuat keganasan dan yang makan manisan tak berkongsi dengan orang lain akan jatuh dalam neraka ini.

Rudhirandha neraka telaga darah. Peninju, anak tomoi atau kaki tinju yang berdosa buat keganasan untuk hiburan judi, nelayan, pengikut anak gampang, kaki bakar, tukang racun, pengintip, tukang tilik nasib, pengkhianat terhadap negara Hindu, yang gatal merenyam hendak berhubungan jenis pada hari-hari yang pantang pada agama, dan yang hidup dengan memaksa bini sendiri melacur menjadi jantan dayus dilempar di sini.  

Kresna neraka hitam. Penipu, yang mencerobohi milikan orang lain dan yang menyebabkan kemandulan itu disepak masuk dalam ini.

Wahnijwalam neraka api marak. Tukang buat periuk tanah, pemburu dan pengembala direjam dalam ini.

Swabhojanam neraka makanan anjing. Pelajar agama yang tidur siang hari dan yang tak berpengetahuan kerohanian serta belajarnya dari budak berhingus maka direjam dia dalam ini.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Pembuka Bramhanda Puranam

Om Swastiastu


Bramhanda purannam ashtaadasamahapuranneshu anyatanamah. Mahapurannasya dasalakshannayuktamimda mahaa purannamityewa prasiddham. Bramhandasya warnnanam waayunaa wiyaasama utdisya proktam idam purannam. Asmin puranne dwadasya mahasram slokaah santi. Wiswasya paurannika bhuugolam, wiswakhagolam, adhyatmaraamaayannam ityadayah wishayaah asmin purine santi. Sraddhawishayam parasyuramacaritra ca atiwistratatayaa niruupitamasita. Ewam prakriyaapaadah, anushangapaadah, upodghaatapaadah, upasamhaarapaadah iti caturdhaa. Hinduusamskrtyaah spashtaruuparekhaa puraanebhyah ewa prapyante.

Bramha Purana atau Itihasa Jagat Raya ini merupakan salah satu daripada 18 Maha Puranam. Purana ini merupakan salah satu daripada bentuk kesusasteraan keagamaan orang Hindu yang menduduki tempat ke-18 dalam kesusasteraan Purana. Bramha ertinya "Yang Terbesar" atau "Jagat". Anda atau andam itu ertinya "telur". Ertinya di sini, "Telur Terbesar" yang mengertikan bahawa kehidupan daripada terjelmanya Jagat Raya kita ini. Padma Purana menggolongkan purana ini sebagai purana jenis Raja yang mewakili kesuraman dan nafsu dalam kehidupan. 

Jadi nama purana ini datang dari cetera "Telur Jagat Terbesar" dan ramalan usia jagat di masa depan yang disampaikan oleh Sang Bramha. Ia menceterakan tentang asal-usul Jagat Raya seperti yang disampaikan baginda Bramha. Di permulaannya, ada sebiji telur besar keemasan. Dan ada prapanca atau kegiatan Jagat yang tercetus keluar daripadanya. Sebahagian daripada Ramayana Adhiyatama merujuk kepada Radha dan Begawan Kresna serta jelmaan Parasurama pun dimasukkan dalam purana ini. Pada pramparanya, sastera ini ada 12,000 seloka dan dipercaya sangat uttama memberi pustaka ini sebagai dana kepada bangsa Brahmana.

Sepintas Lalu

Percetakan Wenkateswara, edisi Bombay menerbitkan pada 1906 cetakan yang mengandungi 14, 286 seloka. Ia terbahagi kepada dua bahagian berasingan.

Pertama

Mengandungi dua bahagian iaitu Purwabhaga, Madhyabhaga dan bagian pertama daripada bahagian ketiga Uttarabhaga sampai ke bab ke-4. Purwabhaga mengandungi dua padah atau bahagian kecil: prakriya bab ke-1 sampai ke-5 dan anusanga bab ke-6 sampai ke-38.

Madhyabhaga dan Uttarabhaga mengandungi hanya satu padah setiap satu, Upodghata iaitu bab ke-1 sampai ke-74 dan Upasamhara bab ke-1 sampai ke-4. Nama empat padah ini sama sahaja dengan Wayu Purana dan isi kandungan pun hampir nak sama dengan Wayu Purana.

Kedua

Mengandungi bab ke-5 sampai ke-44 dari bahagian ke-3. Uttarabhaga digayakan sebagai Lalitopakhyana atau cetera Lalita. Ia menceterakan pemujaan dewi Lalita menurut cara Tantrayana. Bahagian ini ditulis dalam bentuk perbualan antara Hayagriwa dan Resi Agastiya. Ia menggambar dewi Lalita itu terbit dari api semasa pengorbanan yang disemahkan Betra Indra kepada Dewi, peperangan baginda dengan Bhandasura dan kejayaan terakhir baginda.

Bahagian utama Purana ini termasuklah
  • Gambaran jelas mengenai penciptaan Jagat, perbincangan tentang masa sebagai satu dimensi dan penjelasan mengenai Kalpa dan Yuga.
  • Muka bumi keagamaan dan dalam konteks penerangan Jambudwipam dan Bharatawarsa, serta lain-lain kedudukan yang dikenalpasti sebagai longgokan tanah atau pulau seperti Anudwipa dan Ketumaalawarsa. 
  • Penerangan mengenai wangsa Hindu seperti Bharata, Prithu, Dewa, Resi dan Agni.
  • Menggambarkan wedanga dan menjelaskan tentang Adi Kalpa.
Adhiyatama Ramayana yang mengandungi 4500 seloka dalam 65 bab serta terbahagi kepada tujoh kandam, Nasiketopakhiyana, iaitu sutra 18 bab, Pinakinimahatmiya, sutra 12 bab, Wirajaksetramahatmiya dan Kancimahatmiya, sutra 32 bab pun dianggap sebagai berkait dengan purana ini.

Purana Bramha

Om Swastiastu!


Aku sebenarnya sudah mengumpulkan purana ini menjadi satu ikatan. Tujuannya untuk diperbuat ringkasan ajaran dalam bahasa Melayu bagi penganut Hindu dan pengikut ajaran Buddha dalam kalangan orang Hindu yang ingin belajar utamanya di rantau Nusantara. Sudah hilang, apa susah aku buat lagi. Nanti dipancang semula, hahaha....

Penyalinan ini semata-mata adalah demi pendidikan dharma bagi mengelakkan bersalin agama dalam kalangan anak-anak muda yang tidak didik ibu bapa sebelum tegak pahaman agama pegangan nenek moyangnya. Kejadian lampau sangat kita kesalkan namun kekesalan lampau itu bukan alasan demi kita mengembalikan anak-anak Hindu dan Buddha kembali semula ke payungan dharma. Masukan dalam ini bukan untuk keuntungan peribadi. Tiada masukan wang diterima, kalau diterima pun seperti kebiasaan Brahmana lain akan dihantar ke pura-pura Hindu dan biara Buddha. Bahan itu ku ambil dari Sri Kamakoti Pitham dan diucapkan beribu terima kasih kepada tuan-tuan di asrama tersebut kerana bantuan pihak tuan walaupun sekadar di alam maya.

Selasa, 6 Ogos 2013

Siwa Puja: Bungaan Pantang

Om Swastiastu!


Mengenai bungaan itu, kita ulangi sekali lagi bahawa pantanglah dua jenis bunga ini disemahkan kepada Sang Prabhu, Betara Siwa mahupun pada lambang baginda!!

 
Cempaka

Yang pertamanya itu, bunga Cempaka atau bunga Cempa Kuning. Kita tidak gunakan bunga ini dalam pemujaan walaupun wangi baunya. Dalam Siwa Purana, diceterakanlah bahawa kenapa bunga ini pantang diguna dalam pemujaan. Tersebut ceteranya bahawa di perjalanan ke Pura Siwa di Gokarna, ada sebatang pokok bungan Cempaka yang indah dengan rimbunan bunga. Maharesi Narada ketika menuju ke pura itu menyedari hal itu dan kagumlah beliau. 

Tiba-tiba, muncul seorang pedanda Brahmana berdekatan situ. Brahmana itu memetik bungaan tapi tatkala dilihatnya Maharesi Narada maka pedanda itu berhenti memetiknya. Bila ditanyakan, Brahmana memberitahu bahwa dia sedang menuju ke rumahnya lalu berhenti sebentar menikmati kecantikan pokok Cempaka. Selepas Maharesi Narada pergi ke pura, Brahmana pun memetik bunga dan meletakkannya dalam bakul. Lalu disembunyikannya. Dalam perjalanan pulang dari pura, Maharesi Narada terserempah dengan Brahmana itu lagi. Brahmana tergesa-gesa menyatakan ingin pulang ke rumah. Maharesi Narada berasa pelik dengan sikap Brahmana itu lalu ditanyalah kepada pokok Cempaka jika ada sesiapa memetik bunganya.

Pokok Cempaka menafikannya. Tapi, Maharesi Narada masihlah rau-ragu. Beliau pergi semula ke pura lalu ditemuinya bunga Cempaka menutupi Siwalinga. Maharesi bertanyalah kepada seorang lelaki yang bertapa tidak jauh dari situ, siapa yang menyemahkan bunga ini kepada Sang Prabhu? Lelaki itu menjawab bahawa ada seorang Brahmana jahat yang hari-hari datang memberi semah kepada Siwalinga dengan bunga Cempaka. Sang Prabhu berasa suka dengan tindakannya itu lalu diberinya karunia restu yang Brahmana itu menjadi berpengaruh sekali dalam istana raja dan kini Brahmana itu menganiayai orang miskin.

Maharesi Narada pun bertemu dengan Betara Siwa dan ditanya kepada baginda kenapa baginda membantu lelaki jahat itu? Betara Siwa menjawab bahawa baginda tidak dapat menolak kebaktian pemuja yang memuja baginda dengan bunga Cempaka. Maharesi Narada murkalah lalu beliau pergi ke pokok Cempaka dan menyumpahnya kerana berbohong. Maharesi Narada menyebut dalam sumpahannya bahawa bunga Cempaka tidak akan diterima lagi dalam pemujaan Betara Siwa. Pedanda Brahmana jahat itu juga disumpah lalu dijelmakanlah dia menjadi setan dan hanya akan mencapai moksa tatkala dia dibunuh oleh Seri Rama.


Bunga Pandan

Aku tak tahu bahasa Melayu bagi bunga ini apa. Bahasa Sanskertanya bunga Ketaki, bahasa Hindu biasa-biasa nya disebut Keyura. Bunga ini pun pantang dalam pemujaan kepada Betara Siwa. Ia disumpah sendiri oleh Betara Siwa. Dalam Purana, dijelaskanlah bahawa suatu ketika, Sang Brahma dan Betara Wisnu bertengkar tentang siapa yang lagi agung. Bagi menjelaskan perkara ini, maka Betara Siwa pun menjelma pertama kalinya menjadi rupa Jotirlingam atau Lingodabhawamurtih iaitu rupa jaluran api yang tak berpengujung atau berpemula di depan Betara Wisnu dan Betara Brahma.

Betara Siwa masuk campur dalam pertengkaran dan bersabda bahawasanya barangsiapa yang ketemu mula atau hujung Siwalinga itu maka Dia lah yang Agung. Betara Wisnu dan Sang Brahma pun melayang menjelajahi Jotirlingam itu. Betara Wisnu menjelma menjadi babi dan turun ke bawah manakala Sang Brahma pula menjelma menjadi angsa terbang ke atas. Betara Wisnu tak mampu mencari dasar Jotirlinga itu lalu mengaku kalah lah baginda. Sang Brahma yang terbang ke atas dalam rupa angsa itu pula terjumpa dengan bunga Ketaki. Baginda cuba naik ke atas lagi tapi tak sampai pun ke puncak Jotirlingam itu. Jadi, baginda berkeputusan meminta bantuan bunga Ketaki.

Lalu dipetiknya bunga Ketaki pulang berjumpa dengan Betara Wisnu bagi menjadi saksi kononnya baginda sudah pun menemui puncak kepada tiang cahaya itu. Sang Brahma menyebut bahawa baginda berjumpa bunga itu di atas puncak Jotirlingam dan bunga itu pun mengiyakan sahaja. Pembohongan ini menyebabkan Betara Siwa murka! Maka baginda menyumpah Sang Brahma biar jangan baginda itu disembah oleh manusia di bumi. Sama juga dengan bunga Ketaki, pantanglah ia menjadi bahan pujaan Betara Siwa lagi! Makanya, dari sini bermula pantang disemahkan bunga ini kepada Siwalinga pada pemujaan Betara Siwa.

Selasa, 2 Julai 2013

Aliran Saiwa dengan Purana


Dengan melalui segala Purana lah aliran Saiwa ini berkembang pesat sehinggalah merentasi rantau benua Hindu. Aliran Saiwa tersebar meluas melalui usaha penyanyi-penyanyi dan juga penyusun cetera-cetera Purana.

Sastera Purana ini mempunyai terbitan dari samaya pemerintahan Gupta pada satawarsa ke-6 M. Ia berkembang kemudiannya pada satawarsa ke-8 dan ke-11 bersama-sama dengan pemujaan-pemujaan Brahmana Smarta. Pertembungan dan gabungan antara gaya semahan Saiwa dan Waisnawa yang kemudiannya mencapai puncak kegemilangannya mungkin juga merupakan kesan daripada wangsa Gupta yang menyerap masuk sumber-sumber dan juga ciri-ciri kebudayaan rantau yang dijajahi mereka ke dalam pemujaan Saiwa.

Bahan-bahan terkumpul dalam Purana mula berkembang ketika satawarsa pemerintahan wangsa Gupta dengan tambahan penting bentuk ulasan yang berlaku dalam samaya pertengahan terkemudian. Ada 18 Purana utama yang kemudian dikelaskan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai enam cawangan dengan Betara Siwa dipuja sebagai dewata utama dalam Siwa Purana, Linga Purana, Matsya Purana, Kurma Purana, Skanda Purana dan Agni Purana. Namun, pengelasan tradisional ini adalah kurang tepat kerana didapati bahawa hanya Siwa Purana sahaja yang jelas menunjukkan penumpuan pemujaan kepada Betara Siwa manakala yang lain-lain tak nampak pula bercirikan aliran Saiwa yang ketat kerana mengandungi juga bahan-bahan cetera mengenai dewata lain, utamanya Betara Wisnu Narayana. 

Tubuh sastera Purana merupakan tubuh yang mengandungi bahan-bahan yang rumit yang memajukan pandangan-pandangan pelbagai kumpulan pemujaan yang saling bersaingan. Gavin Floods menyatakan bahawa:
Walaupun teks-teks ini berkaitan dengan sesama lain, dan bahan-bahan yang ada di semua teks ini pun selari namun setiap satunya pun memaparkan pandangan susunan lokamaya dari sudut-sudut berbeda. Purana-purana ini tak boleh dilihat sebagai kumpulan-kumpulan cetera purwa yang rawak sahaja, namun patut dilihat sebagai pendedahan dan juga persembahan mengenai pandangan semesta yang sangat-sangat ketat pilihannya dalam pemaparan bahan dan juga dicatit oleh para Brahmana yang menyebarkan pandangan tertentu, sama ada ditumpukan kepada Betara Wisnu, Betara Siwa atau pun Dewi Seri atau dewata-dewata lain.
Contoh yang ada, Wisnu Purana satawarsa ke-4 M mempersembah pandangan penganut Waisnawa apabila Betara Wisnu terjaga, menjadi Pencetus atau Brahma yang mencetuskan Jagat Raya, memeliharanya dan juga memusnahkannya sebagai Rudra (Betara Siwa).

Keagamaan penganut Saiwa pula terlihat dalam Agama-Agama, yang sebanyak 200 termasuk dengan Upagama-Upagama dicatit pada satawarsa sebelum satawarsa ke-7 M. Dalam satawarsa ke-7 M, Mpu Banabhatta memasukkan pemujaan Betara Siwa ke dalam catitannya mengenai aliran agama yang terkenal pada masa itu.

Dalam satawarsa ke-7 M juga, seorang bhikkhu Buddha Cina bernama Huen Tsang menjelajahi benua Hindu dan mencatit dalam bahasa Cinanya itu mengenai terkenalnya pemujaan kepada Betara Siwa ketika itu. Beliau menggambarkan tentang pura-pura Betara Siwa di Kanoj, Karachi, Malwa, Gandhar atau Kandahar di Afghanistan dan terutama sekali di Waranasi. Di Waranasi, Huen Tsang melihat sebanyak 20 pura raya yang ditujukan untuk Betara Siwa semata-mata.

Jumaat, 31 Mei 2013

Ciwapurannam Welakkam

Om Swasiastu! Namoskar!

 

Aku sedang mencari jalan untuk menterjemahkan Ciwapurannam Welakkam yang menjelaskan mengenai Betara Siwa ini untuk kebajikan masyarakat Hindu di Nusantara khususnya penganut aliran Saiwa. Bahasa Tamilnya terlalu tinggi serta ajaran yang menarik perhatian, huhuhu... Rakan Hindu lain yang bertutur bahasa Tamil jangan lupa dengarnya juga. Bagus untuk rakan-rakan.

Khamis, 24 Januari 2013

Bacaan Brahma Purana

Bab 1

Mantram

Yasmaadsarvamidam prapancharachitam maayaa jagat naayatey. Yasmintishthati yaati chaantasamayey kalpaanukalpey punah. Yaamdhyaatvaa munah prapancha rahitam vindanti moksham dhruvam. Tamvandey purushotthamaakhya mamalam nithyam vibhum nischalam. 

Moganya aku memberi kebaktian kepada Paramatma yang mewujudkan alam semesta khayalan ini, melindunginya dan menghapuskannya kalpa demi kalpa, lagi dan lagi; yang kepada Nya para maharesi bertapa mencari gambaran-Nya yang tiada kelihatan namun kekal abadi; dan kepada Kebenaran bersinar bagi diri tersebut sebagai Purushottam!

Avikaraya shuddhaaya nithyaaya paramatmaney. Sadaikarupa rupaaya vishnavey sarva jishnavey. Namo hiranyagarbhaaya haraye shankaraayacha, vaasudevaaya taraaya sarga sthitam karmaney. Yekaaneka swarupaaya sthula sukshmaatmanev namah, avyakta vyakta bhutaaya vishnavey mukti hetavey. Sarga sthiti vinaashaaya jagatoyojaraamah, mula bhuto namastasmai vishnavey paramaatmaney!

Sembah tabik aku kepada Paramatma yang merupakan perwujudan kepada kemurnian dan keabadian; yang tiada sebarang ciri atau pun sifat sebagai yang diwujudkan, lahir, bertumbuh, berubah-ubah, tidak mengalami keruntuhan mahu pun kemusnahan; Satu Nya dan Kuasa Tertinggi Agung terjelma dalam Tiga Belahan Brahma, Vishnu dan Maheswara mewakili Tugasan Mencipta, Memelihara dan Mengakhiri; yang dari Kepelbagaian Tiada Diketahui namun Disedari; Rupa Legap dan Halus dan Punca Asal kepada Alam Semesta! 


Bab 2

Ciptaan Pertama dan Kedua oleh Paramatma, Brahma dan Manuvantara

maharesi Lomaharshana, pelajar kepada Vyasadeva, memanggil seekor gajah purba bertemu para resi oleh maha muni Suta di Naimishaaranya yang mana Kalachakra atau pun Cakra Masa berhenti apabila Kaliyuga muncul. Beliau memulakan perbincangan tentang Brahma Purana melalui persempadanan Makhluk Sejagat oleh Tenaga Tertinggi dari Paramatma dan juga kuasa-Nya yang lain dipanggil Maya atau Prakriti yang kemudiannya mewujudkan Mahatatva atau Kesedaran Agung. Mahatatva memungkin kewujudan Ahamkara atau pun Kesedaran Kewujudan yang mengenalpasti satu jenis rasa dipunyai atau pun jatidiri (ego dalam kewujudan legap). Ini lalu berubah menjadi bhuta-bhuta atau pun bermacam-macam kewujudan. 

Dalam Sanatana Srishti, kewujudan pertama yang pernah tercipta dengan sendirinya makanya dia dikenali sebagai Svayambhu. Narayana yang mecipta Apo Naaraa atau pun Air Bersinar pertama dan kemudiannya dikenali sebagai Narayana yang terapung atas air. Dia memasukkan Veerya nya atau pun kewarasannya sebagai penanda kepada penyelesaiannya bagi mencipta dan sebagai kesannya muncul lah telur keemasan yang terapung atas Air Bersinar. Hiranyagarbha Brahma sendiri duduk dalam Telur itu setahun lamanya; Telur itu ada dua bahagian iaitu diva atau urthuvaloka dan bhuva atau bumi, ruangan antara aakaasha kejadian.        

Dia kemudiannya menciptakan dasadishas atau 10 arah iaitu uttara, ishanya (timur laut), purva (timur), agneya (tenggara), dakshina, nairutya (barat daya), pakshima (barat), vayavya (barat laut), urthva (atas) dan athodik (bawah).

Kemudian, Dia menciptakan kaala (masa), manasa (pemikiran), vaak (ucapan), kaama (nafsu), krodha (kemarahan) dan rati (kesenangan tubuh). Brahma mencipta lagi 11 Rudra iaitu mahaan, mahatma, matimaan, bhishana, bhayankara, ritudvaja, urthwakesha, pingalaksha, ruchi, shuchi dan kaalaagni rudra dari kerengsaan dan gangguan dan kemudian tujuh resi iaitu marichi, atri, angirasa, pulastya, pulaha, kratu dan vasistha sebagai anak-anak cetusan pemikirannya. Saudara-saudara Kumara iaitu sanaka, sadandana, sanat dan sanatanas dilahirkan juga tetapi mereka tidak mengambil srishti. Brahma kemudian menciptakan vidyut, vajra, megha, roghita, dan indradhanush; ruk-yajur-sama veda; sadhya devata dan ciptaan-ciptaan kecil seperti pakshi.

Disebabkan kelajuan penciptaan sangat lah lambat, maka Brahma berkeputusan membahagikan dirinya kepada dua pula iaitu satu kepada jantan dan satu kepada betina. Jelmaan jantannya adalah manvatara manakala jelmaan betina adalah shatarupa. Shatarupa menjalankan kebaktian selama 10,000 tahun dan kemudian diberkati dengan suami bernama Svayambhumanu atau Vairajapurusha. Setiap manvatara mengandungi empat mahayuga. Manu dan shatarupa melahirkan veera, priyavarta dan uttanapada.

Anak perempuan veera, bernama kanya mengahwini kardama prajapati dan anak-anak lelaki kemudiannya adalah samrat, kukshi, virat dan prabhu. Prajapati Atri membela raja uttanapada yang dari isterinya sunrita melahirkan dhruva, kirtiman, ayushmaan dan vasu. Dhruva dan shambhu melahirkan slishta dan bhavya manakala slishta dengan succhhaya melahirkan ripu, ripunjaya, vira, vrukala dan vrukateja; ripu dan brihati mempunya cucu, chakshus manu yang keturunannya termasuk lah kutsa dan puru manaka puru dengan agneyi melahirkan antara yang lain iaitu kratu, angira dan maya. Anga dan sunitha yang merupakan puteri kepada mrityu devata, melahirkan venakumar dan anaknya pruthu. 
    
Raja Vena dan Prithu Chakravarthi

Apabila raja vena menjadi raja, baginda mengarahkan jangan ada sesiapa pun menjalankan yagna kepada para dewa. Yagna cuma boleh dijalankan untuknya sahaja. Baginda sungguh angkuh sehingga mendakwa bahawa dirinya itu adalah lambang kepada keberanian, kejayaan dan pengetahuan tiada tandingan. Baginda juga mengeluarkan perundangan ketat dan melaksanakannya dengan kekerasan. 

Untuk jangkamasa lama, rakyat menderita dan membenci baginda. Dalam tempoh masa itu lah para resi memberontak dan suatu hari tiba juga apabila resi-resi memenjarakannya; maharesi atri dan kula guru atri sendiri yang menjadi pemacu kepada kebangkitan. Mereka mencairkan paha-paha raja dan dari situ muncul kaalaswarupa yang hodoh dan menakutkan. Asalnya dari sikap yang mencetuskan pertelingkahan raja walaupun keturunannya adalah mulia dari maharesi atri. Para dewa dan orang-orang mulia menghentam kalaswarupa yang menguasai raja vena. Bila disapu bahu kanan raja vena, muncul lah rupa yang bergemerlapan dilengkapi dengan panah dan anak panah samawi memakai kavacha sementara raja vena pergi lah ke syurga pada masa jelmaan pruthu yang muncul dari bahunya itu menyelamatkan raja vena dari neraka yang dikenali sebagai pluma.     

Raja pruthu mendapat kemahsyuran meluas kerana baginda terbukti merupakan pentadbir yang dikehendaki dan memenuhi ciri-ciri keadilan, disukai oleh maharesi dan orang biasa; langsung tiada ketakutan kepada masalah adhibhoutika, adhyatmika dan adhidaivika disebabkan oleh penyakit tubuh, ketegangan pemikiran atau pun bencana-bencana alam dalam masyarakat. Raja pruthu merupakan raja pertama yang pernah menjalankan rajasuya yagna. Maharaja pruthu juga memerintah keseluruhan bumi, ketika bumi mengambil rupa seekor lembu, dikejar dan dipaksa supaya menyediakan susu cukup kepada orang dan semua yang ingin menerimanya. Maharaja Pruthu sendiri memerah susu lembu menukarkan swayambhu manu menjadi seekor anak lembu dan memerah susu pada bijirin makanan kerana pada zaman pemerintahan maharaja vena, makanan ruji adalah buah-buahan dan bungaan.

Semua makhluk lain menyediakan wakil mereka sendiri sebagai pemerah susu, anak lembu dan memilih bahan mereka sendiri sebagai susu; contohnya para resi menjadikan chandrama sebagai anak lembu, brihaspati sebagai pemerah susu, tapomaya brahma sebagai susu dan veda-veda sebagai bekas susu. Para dewata menjadikan indra sebagai anak lembu, surya sebagai pemerah susu dan pushtikaarak (kesihatan terbaik) sebagai susuu dan bekas keemasan.

Pitrudewata meminta yamaraja menjadi anak lembu, antakadewa sebagai pemerah susu dan swadha dalam bentuk susu masuk ke dalam bekas perak. Para naga memilih takshaka sebagai anak lembu, iravata naga sebagai pemerah susu dan visharupa sebagai dugdha atau pun racun berbentuk susu masuk ke dalam bekas thumba. Asura-asura memilih madhu sebagai pemerah susu mereka, virochana sebagai anak lembu dan mayaaksheera sebagai susu dalam bentuk maya mengisi bekas besi. Yaksha-yaksha memilih kuberan sebagai anak lembu, rajatanaabha yaksha sebagai pemerah susunya, antardhanvidyam sebagai susu dalam bekas kacchaa.

Gandharva memilih chitraratha sebagai anak lembu, suruchi sebagai pemerah susu, wangian sebagai susu, dan teratai sebagai bekas. Raksasa memilih pemerah susu, anak lembu, susu dan bekas susu mereka dengan wakilnya rajatanabha, sumali, darah dan kapala.

Parvata atau pergunungan mahukan meru sebagai pemerah susu, himalaya sebagai anak lembu, aoushadhi sebagai susu dan seketul batu sebagai bekas. Vriksha atau pohonan memilih pokok pluksha sebagai anak lembu, shaalavriksh sebagai pemerah susu, getah pokok dan air sebagai susu dan palaasha sebagai bekas susu. Beginilah caranya maharaja Pruthu memuaskan hati semua jenis makhluk dalam pemerintahannya.

Terjemahan