Sabtu, 5 Oktober 2013

Pembuka Bramhanda Puranam

Om Swastiastu


Bramhanda purannam ashtaadasamahapuranneshu anyatanamah. Mahapurannasya dasalakshannayuktamimda mahaa purannamityewa prasiddham. Bramhandasya warnnanam waayunaa wiyaasama utdisya proktam idam purannam. Asmin puranne dwadasya mahasram slokaah santi. Wiswasya paurannika bhuugolam, wiswakhagolam, adhyatmaraamaayannam ityadayah wishayaah asmin purine santi. Sraddhawishayam parasyuramacaritra ca atiwistratatayaa niruupitamasita. Ewam prakriyaapaadah, anushangapaadah, upodghaatapaadah, upasamhaarapaadah iti caturdhaa. Hinduusamskrtyaah spashtaruuparekhaa puraanebhyah ewa prapyante.

Bramha Purana atau Itihasa Jagat Raya ini merupakan salah satu daripada 18 Maha Puranam. Purana ini merupakan salah satu daripada bentuk kesusasteraan keagamaan orang Hindu yang menduduki tempat ke-18 dalam kesusasteraan Purana. Bramha ertinya "Yang Terbesar" atau "Jagat". Anda atau andam itu ertinya "telur". Ertinya di sini, "Telur Terbesar" yang mengertikan bahawa kehidupan daripada terjelmanya Jagat Raya kita ini. Padma Purana menggolongkan purana ini sebagai purana jenis Raja yang mewakili kesuraman dan nafsu dalam kehidupan. 

Jadi nama purana ini datang dari cetera "Telur Jagat Terbesar" dan ramalan usia jagat di masa depan yang disampaikan oleh Sang Bramha. Ia menceterakan tentang asal-usul Jagat Raya seperti yang disampaikan baginda Bramha. Di permulaannya, ada sebiji telur besar keemasan. Dan ada prapanca atau kegiatan Jagat yang tercetus keluar daripadanya. Sebahagian daripada Ramayana Adhiyatama merujuk kepada Radha dan Begawan Kresna serta jelmaan Parasurama pun dimasukkan dalam purana ini. Pada pramparanya, sastera ini ada 12,000 seloka dan dipercaya sangat uttama memberi pustaka ini sebagai dana kepada bangsa Brahmana.

Sepintas Lalu

Percetakan Wenkateswara, edisi Bombay menerbitkan pada 1906 cetakan yang mengandungi 14, 286 seloka. Ia terbahagi kepada dua bahagian berasingan.

Pertama

Mengandungi dua bahagian iaitu Purwabhaga, Madhyabhaga dan bagian pertama daripada bahagian ketiga Uttarabhaga sampai ke bab ke-4. Purwabhaga mengandungi dua padah atau bahagian kecil: prakriya bab ke-1 sampai ke-5 dan anusanga bab ke-6 sampai ke-38.

Madhyabhaga dan Uttarabhaga mengandungi hanya satu padah setiap satu, Upodghata iaitu bab ke-1 sampai ke-74 dan Upasamhara bab ke-1 sampai ke-4. Nama empat padah ini sama sahaja dengan Wayu Purana dan isi kandungan pun hampir nak sama dengan Wayu Purana.

Kedua

Mengandungi bab ke-5 sampai ke-44 dari bahagian ke-3. Uttarabhaga digayakan sebagai Lalitopakhyana atau cetera Lalita. Ia menceterakan pemujaan dewi Lalita menurut cara Tantrayana. Bahagian ini ditulis dalam bentuk perbualan antara Hayagriwa dan Resi Agastiya. Ia menggambar dewi Lalita itu terbit dari api semasa pengorbanan yang disemahkan Betra Indra kepada Dewi, peperangan baginda dengan Bhandasura dan kejayaan terakhir baginda.

Bahagian utama Purana ini termasuklah
  • Gambaran jelas mengenai penciptaan Jagat, perbincangan tentang masa sebagai satu dimensi dan penjelasan mengenai Kalpa dan Yuga.
  • Muka bumi keagamaan dan dalam konteks penerangan Jambudwipam dan Bharatawarsa, serta lain-lain kedudukan yang dikenalpasti sebagai longgokan tanah atau pulau seperti Anudwipa dan Ketumaalawarsa. 
  • Penerangan mengenai wangsa Hindu seperti Bharata, Prithu, Dewa, Resi dan Agni.
  • Menggambarkan wedanga dan menjelaskan tentang Adi Kalpa.
Adhiyatama Ramayana yang mengandungi 4500 seloka dalam 65 bab serta terbahagi kepada tujoh kandam, Nasiketopakhiyana, iaitu sutra 18 bab, Pinakinimahatmiya, sutra 12 bab, Wirajaksetramahatmiya dan Kancimahatmiya, sutra 32 bab pun dianggap sebagai berkait dengan purana ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan