Aku sebenarnya sudah mengumpulkan purana ini menjadi satu ikatan. Tujuannya untuk diperbuat ringkasan ajaran dalam bahasa Melayu bagi penganut Hindu dan pengikut ajaran Buddha dalam kalangan orang Hindu yang ingin belajar utamanya di rantau Nusantara. Sudah hilang, apa susah aku buat lagi. Nanti dipancang semula, hahaha....
Penyalinan ini semata-mata adalah demi pendidikan dharma bagi mengelakkan bersalin
agama dalam kalangan anak-anak muda yang tidak didik ibu bapa sebelum tegak pahaman agama pegangan nenek moyangnya. Kejadian lampau sangat kita kesalkan namun kekesalan lampau itu bukan alasan demi kita mengembalikan anak-anak Hindu dan Buddha kembali semula ke payungan dharma. Masukan dalam ini bukan untuk
keuntungan peribadi. Tiada masukan wang diterima, kalau diterima pun seperti kebiasaan Brahmana lain akan dihantar ke pura-pura Hindu dan biara Buddha. Bahan itu ku ambil dari Sri Kamakoti Pitham dan diucapkan beribu terima kasih kepada tuan-tuan di asrama tersebut kerana bantuan pihak tuan walaupun sekadar di alam maya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan