Memaparkan catatan dengan label bramha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bramha. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2013

Orang Cerdik dan Pemujaan

Om Swastiastu!


Sesiapa yang ingin menakluki orang lain maka dia akan memuja Betara Brahma, kepala Jagat Raya (Srimad Bhagawatam 2.3.2-7)..... Yang ini turut merujuklah kepada penganut agama yang satu lagi itu, yang di papan-papan sepanduk mereka bila membuat tunjuk perasaan itu menyatakan "Kita akan menakluki dunia!". Rupanya segala pujaan mereka kepada sembahan mereka itu cumalah untuk mengejar lokamaya sahaja tapi ditopengkan jua dengan nama agama. Maka di sini kita paparkan dari sastera suci Hindu mengenai hal yang sebegitu jua buat teladan agar jangan kita ini jadi pandir.

Srimad Bhagawatam

Barangsiapa yang ingin terserap ke dalam Bramha Jiyoti kecerahan yang tiada ciri makhluk itu haruslah memuja Mpu segala Weda (Betara Brahma atau Brahaspatti, pedanda terpelajar), yang inginkan kekuatan dalam hubungan jenis maka pujalah Betara Indera, yang inginkan keturunan bagus-bagus maka pujalah nenek moyang agung, para Prajapatti. Yang inginkan tuah laba maka pujalah Durga Dewi, penguatkuasa loka kebendaan. Yang mau kesaktian kuat pujalah Agni, dan yang hanya mahukan wang sahaja pujalah para Wasu.

Seorang itu haruslah memuja jelmaan Betara Siwa, Sang Rudra jika mau menjadi adiwira. Jika mau bijirin yang berkati-kati simpanannya maka pujalah Aditi. Yang mau mencapai kedudukan di planet kahiyangan itu pujalah anakanda-anakanda Aditi. Yang mau kerajaan lokamaya itu pujalah Wiswadewa, dan yang ingin jadi terkenal dalam kalangan penduduk maka pujalah Sādhiya separa dewa.

Yang mau panjang usia pujalah separa dewa, para Kumara Aswini, dan yang mau tubuh kekar kuat itu pujalah Bumi. Yang mau keteguhan tanpa goyah dalam kedudukannya pujalah ufuk dan bumi sekaligus. Yang mau cantik ayu pujalah penduduk cantik di planet Gandharwa, dan yang mau bini yang baik maka pujalah para Apsara dan Urwasi, kelompok gadis bidadari kerajaan kahiyangan.

Yang mau menakluki orang lain, pujalah Betara Bramha, ketua Jagat Raya. Yang maukan nama yang nampak itu pujalah Ciri-Ciri Sang Hiyang, dan yang maukan simpanan baik maka pujalah separa dewa, Waruna. Kalau mau menjadi orang terpelajar agung, pujalah Betara Siwa dan jika mau perkahwinan berkekalan baik maka pujalah dewi yang setia dewi Uma, isteri Betara Siwa.

Penerangan

Terdapat banyak bentuk yang berbeda bagi orang-orang yang berbeda menginginkan kejayaan menurut kepada bidang yang diceburi atau yang dimahukannya. Jiwa bersyarat yang hidup dalam lingkup loka kebendaan ini tak bolehlah menjadi pakar dalam tiap-tiap harta yang boleh dinikmati, tetapi seseorang itu boleh mempunyai pengaruh yang sama banyaknya juga atas sesuatu perkara lain dengan memuja separa dewata tertentu seperti yang disebutkan itu.

Phra Rawana dijadikanlah seorang yang berkuasa melalui pemujaan baginda kepada Betara Siwa, dan baginda pernah menyemahkan kepala baginda kepada Betara Siwa sebagai korban. Baginda menjadi amatlah berkuasa menerusi karunia Betara Siwa sampai segala separa dewa pun takut akan baginda, dan akhirnya baginda dicabar pula oleh Ciri Sang Hiyang iaitu Sri Rama Candra maka musnahlah dirinya.

Dalam kata lainnya wahai tuan-tuan dan puan-puan budiman sekelian, orang yang begini yang ingin mendapatkan kesenangan dan bahan keduniaan yang tak seberapa itu atau orang yang bersikap kebendaan, pada keseluruhannya itu adalah seorang yang pandir lah juga. Yang ini dijelaskan sebenarnya dalam Bhagawadgitam (7.20).

Diperkatakan bahawa mereka yang kekurangan segala deria yang baik, atau yang kebijaksanaannya itu dicopot oleh sakti (tenaga) māyā, maka cita-citanya untuk mencapai segala macam kesenangan kehidupan itu dijalankan menerusi usaha menyenangkan pelbagai separa dewata, atau dengan memajukan tamadun kebendaan itu menurut perjalanan saintifik yang terkini. Masalah sebenar bagi hidup dalam loka kebendaan ini adalah untuk menyelesaikan persoalan kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Tiada sesiapa pun mahu mengubah hak kelahirannya, tiada siapa pun mau bertemu kematian, tiada siapa pun mau jadi tua atau lupus, dan tiada siapa pun mau penyakit.

Namun segala permasalahan ini sebenarnya tidak juga selesai walaupun dengan karunia dewa-dewa dan bukannya juga diselesaikan menerusi kemajuan teknologi kebendaan. Dalam Bhagawadgitam dan jua Srimad Bhagawatam, orang-orang pandir ini dijelaskan sebagai langsung tak ada deria yang baik.

Sukadewa Goswami menyatakan bahawa daripada 8,400,000 jenis hidupan itu, bentuk manusia ini sangatlah jarang sebenarnya makanya ia berharga. Dan daripada manusia-manusia yang jarang-jarang ini, yang sedar mengenai masalah kebendaan ini pun sebenarnya sedikit amat. Dan yang lebih sedikit itu adalah mereka yang menyedari nilai Srimad Bhagawatam, yang mengandungi pesanan-pesanan Sang Hiyang dan anak bakti Nya yang murni jiwa mereka.

Kematian itu tak akan dapat dielakkan sesiapa pun baik yang cerdik mau pun yang bodoh. Namun Pariksit Maharaja disebutlah oleh Goswami sebagai manīṣī, atau manusia yang sangat-sangat maju mindanya, kerana pada masa kematian itu dia meninggalkan segala kesukaan kebendaan dan menyerahkan dirinya sepenuhnya ke duli paduka teratai Sang Hiyang sebaik mendengar pesanan-Nya dari orang yang benar.

Namun, cita-cita bagi "kesukaan kebendaan" oleh orang yang bekerja keras itu dikutuk keji lah. Cita-cita begini sebenarnya sesuatu yang memabukkan dari masyarakat manusia yang jatuh nilai-nilainya. Orang yang cerdik itu sepatutnya cuba mengelakkan semua cita-cita yang ini sebaliknya mencari kehidupan abadi yang tetap, dengan memilih untuk kembali kepada-Nya! 

Sabtu, 5 Oktober 2013

Pembuka Bramhanda Puranam

Om Swastiastu


Bramhanda purannam ashtaadasamahapuranneshu anyatanamah. Mahapurannasya dasalakshannayuktamimda mahaa purannamityewa prasiddham. Bramhandasya warnnanam waayunaa wiyaasama utdisya proktam idam purannam. Asmin puranne dwadasya mahasram slokaah santi. Wiswasya paurannika bhuugolam, wiswakhagolam, adhyatmaraamaayannam ityadayah wishayaah asmin purine santi. Sraddhawishayam parasyuramacaritra ca atiwistratatayaa niruupitamasita. Ewam prakriyaapaadah, anushangapaadah, upodghaatapaadah, upasamhaarapaadah iti caturdhaa. Hinduusamskrtyaah spashtaruuparekhaa puraanebhyah ewa prapyante.

Bramha Purana atau Itihasa Jagat Raya ini merupakan salah satu daripada 18 Maha Puranam. Purana ini merupakan salah satu daripada bentuk kesusasteraan keagamaan orang Hindu yang menduduki tempat ke-18 dalam kesusasteraan Purana. Bramha ertinya "Yang Terbesar" atau "Jagat". Anda atau andam itu ertinya "telur". Ertinya di sini, "Telur Terbesar" yang mengertikan bahawa kehidupan daripada terjelmanya Jagat Raya kita ini. Padma Purana menggolongkan purana ini sebagai purana jenis Raja yang mewakili kesuraman dan nafsu dalam kehidupan. 

Jadi nama purana ini datang dari cetera "Telur Jagat Terbesar" dan ramalan usia jagat di masa depan yang disampaikan oleh Sang Bramha. Ia menceterakan tentang asal-usul Jagat Raya seperti yang disampaikan baginda Bramha. Di permulaannya, ada sebiji telur besar keemasan. Dan ada prapanca atau kegiatan Jagat yang tercetus keluar daripadanya. Sebahagian daripada Ramayana Adhiyatama merujuk kepada Radha dan Begawan Kresna serta jelmaan Parasurama pun dimasukkan dalam purana ini. Pada pramparanya, sastera ini ada 12,000 seloka dan dipercaya sangat uttama memberi pustaka ini sebagai dana kepada bangsa Brahmana.

Sepintas Lalu

Percetakan Wenkateswara, edisi Bombay menerbitkan pada 1906 cetakan yang mengandungi 14, 286 seloka. Ia terbahagi kepada dua bahagian berasingan.

Pertama

Mengandungi dua bahagian iaitu Purwabhaga, Madhyabhaga dan bagian pertama daripada bahagian ketiga Uttarabhaga sampai ke bab ke-4. Purwabhaga mengandungi dua padah atau bahagian kecil: prakriya bab ke-1 sampai ke-5 dan anusanga bab ke-6 sampai ke-38.

Madhyabhaga dan Uttarabhaga mengandungi hanya satu padah setiap satu, Upodghata iaitu bab ke-1 sampai ke-74 dan Upasamhara bab ke-1 sampai ke-4. Nama empat padah ini sama sahaja dengan Wayu Purana dan isi kandungan pun hampir nak sama dengan Wayu Purana.

Kedua

Mengandungi bab ke-5 sampai ke-44 dari bahagian ke-3. Uttarabhaga digayakan sebagai Lalitopakhyana atau cetera Lalita. Ia menceterakan pemujaan dewi Lalita menurut cara Tantrayana. Bahagian ini ditulis dalam bentuk perbualan antara Hayagriwa dan Resi Agastiya. Ia menggambar dewi Lalita itu terbit dari api semasa pengorbanan yang disemahkan Betra Indra kepada Dewi, peperangan baginda dengan Bhandasura dan kejayaan terakhir baginda.

Bahagian utama Purana ini termasuklah
  • Gambaran jelas mengenai penciptaan Jagat, perbincangan tentang masa sebagai satu dimensi dan penjelasan mengenai Kalpa dan Yuga.
  • Muka bumi keagamaan dan dalam konteks penerangan Jambudwipam dan Bharatawarsa, serta lain-lain kedudukan yang dikenalpasti sebagai longgokan tanah atau pulau seperti Anudwipa dan Ketumaalawarsa. 
  • Penerangan mengenai wangsa Hindu seperti Bharata, Prithu, Dewa, Resi dan Agni.
  • Menggambarkan wedanga dan menjelaskan tentang Adi Kalpa.
Adhiyatama Ramayana yang mengandungi 4500 seloka dalam 65 bab serta terbahagi kepada tujoh kandam, Nasiketopakhiyana, iaitu sutra 18 bab, Pinakinimahatmiya, sutra 12 bab, Wirajaksetramahatmiya dan Kancimahatmiya, sutra 32 bab pun dianggap sebagai berkait dengan purana ini.

Purana Bramha

Om Swastiastu!


Aku sebenarnya sudah mengumpulkan purana ini menjadi satu ikatan. Tujuannya untuk diperbuat ringkasan ajaran dalam bahasa Melayu bagi penganut Hindu dan pengikut ajaran Buddha dalam kalangan orang Hindu yang ingin belajar utamanya di rantau Nusantara. Sudah hilang, apa susah aku buat lagi. Nanti dipancang semula, hahaha....

Penyalinan ini semata-mata adalah demi pendidikan dharma bagi mengelakkan bersalin agama dalam kalangan anak-anak muda yang tidak didik ibu bapa sebelum tegak pahaman agama pegangan nenek moyangnya. Kejadian lampau sangat kita kesalkan namun kekesalan lampau itu bukan alasan demi kita mengembalikan anak-anak Hindu dan Buddha kembali semula ke payungan dharma. Masukan dalam ini bukan untuk keuntungan peribadi. Tiada masukan wang diterima, kalau diterima pun seperti kebiasaan Brahmana lain akan dihantar ke pura-pura Hindu dan biara Buddha. Bahan itu ku ambil dari Sri Kamakoti Pitham dan diucapkan beribu terima kasih kepada tuan-tuan di asrama tersebut kerana bantuan pihak tuan walaupun sekadar di alam maya.