Memaparkan catatan dengan label indus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label indus. Papar semua catatan

Ahad, 29 Jun 2014

Itihasa Benua Kecil India Umum

Svasti Sri!


Itihasa benua kecil India umumnya bermula dengan kegiatan manusia Homo Sapiens, bermula sekitar 75,000 tahun lampau, atau dengan jenis manusia awal termasuklah juga Homo Erectus, bermula sekitar 500,000 tahun lampau (Bongard-Levin, 1979).

Aryadharma Lembah Sindhu, yang melebar dan mekar di sebelah barat laut benua kecil India dari sekitar 3300 sehingga 1300 SM di rantau moden Pakistan dan barat laut India, aryadharma pertama terbesar di Selatan Asia.

Kebudayaan maju dan canggih berkembang ketika samaya Harappa Matang dari 2600-1900 SM. Aryadharma ini runtuh pada permulaan kurun ke-2 Sm. Selepas itu berganti dengan Samaya Besi: Aryadharma Vedika, yang melebar di kebanyakan rantau di Lembangan Indo-Ganga serta menyaksikan kebangkitan kerajaan-kerajaan utama bergelar Mahajanapada. Dalam salah satu daripada kerajaan-kerajaan ini, kerajaan Magadha, Mahavira dan Siddhartha Gautama dilahirkan dalam kurun ke-6 atau ke-5 SM serta menyebarkan drishti Śramana mereka.

Kebanyakan rantau benua kecil ini ditakluki oleh samaraja Maurya pada kurun ke-4 dan ke-3 SM. Pelbagai bahagian di benua ini diperintah oleh pelbagai kerajaan Madhyamika untuk tempoh sehingga 1500 tahun seterusnya. Samaraja Gupta merupakan salah satu daripadanya. Samaya ini menyaksikan timbulnya semula kegiatan kesarjanaan dan keagamaan Hindu. Ia digelar Abad Keemasan India atau zaman klasik. Semasa samaya ini, aspek-aspek aryadharma India, pentadbiran, budaya dan agama-agama India melebar ke rantau lain di Asia. Kerajaan Selatan India pun turut berhubungan dagangan laut dengan samaraja Romawi dari 77 M. Semasa peringkat ini, pengaruh budaya Hindu pun merebak ke kebanyakan tempat di Asia Tenggara. Ia turut menjadi penyebab munculnya kerajaan-kerajaan Kehinduan di situ.

Kurun-kurun ke-7 M sehingga ke-11 M menyaksikan pergelutan tiga penjuru antara samraja Pala, samraja Rashtrakuta dan samraja Gurjara Pratighara yang bertumpu sekitar Kannauj, Uttar Pradesh. Selatan India pula pernah diperintah oleh samraja-samraja seperti:
  • Chalukya
  • Chola
  • Pallava
  • Pandiya
  • Chalukya Barat.
Samaya pertengahan awal pun, ilmu kira-kira Hindu turut mempengaruhi perkembangan matematik dan kaji bintang di dunia Arab. Angka-angka Hindu pun turut diperkenal ke dunia Arab.

Pemerintahan Muslim bermula di beberapa bahagian di Utara India sekitar kurun ke-13 M, apabila Kesultanan Delhi diterbitkan pada 1206 M. Kesultanan Delhi memerintah sebahagian besar India Utara sehingga awal kurun ke-14 M, dan jatuh pada lewat kurun ke-14 M. Kejatuhan ini menyaksikan kemunculan beberapa kerajaan Hindu yang kuat seperti Samraja Vijanagara, Kerajaan Gajapati, Kerajaan Siam Ahom, dan Mewarwangsa. Pada kurun ke-16 M, pemerintah Moghul beragama Islam turun dari Uzbekistan di Asia Tengah serta menjajah hampir keseluruhan India Utara. Samrajya Moghul itu pun turut mengalami kejatuhan pada penggal pertama kurun ke-18 M. Keadaan ini memberi peluang untuk Samraja Maratha (Maharashtra), Samraja Sikh (Punjab) dan Kerajaan Mysore (Karnataka) mengawal semula rantau-rantau besar di benua tanah besar.

Bermula lewat kurun ke-18 M, sehingga seterusnya, banyak rantau di benua tanah besar kita ini dikawal oleh Syarikat Hindia Timur British. Berlaku pelbagai penindasan serta ketidakpuasan hati penduduk sehingga mencetuskan Pemberontakan India 1857. Selepas itu, negeri-negeri jajahan British di India diperintah terus oleh Mahkota British di Britain sana. Bermula di situ, India melalui perkembangan prasarana pantas dan peningkatan ekonomi.

Separuh penggal pertama kurun ke-20 M, terjadi pula pergelutan untuk mencapai kemerdekaan. Pergelutan tersebut melibatkan Kongres Kebangsaan India. Kemudian, ia turut disertai Liga Muslim India. Benua India di Tanah Besar merdeka dari United Kingdom pada 1947. Kemudian, negara benua itu terpecah pula kepada India dan Pakistan (seterusnya Bangladesh), manakala negeri-negeri protektorat British pula memilih untuk menyertai salah satu dari belahan tersebut. Pemecahan tersebut sebenarnya sungguh menyedihkan dan menunjukkan kebodohan manusia sahaja.

Ahad, 17 November 2013

Ikat Sanskerta 2: Kata Nama

Namaste!

Ini senarainya kata nama kita lagi....

अजः Aja Kambing
गजः Gaja Gajah
अश्व: Aśwa Kuda
वराह: Warāha Babi
वानरः Wānara Monyet
बिडालः Biāla Kucing
व्रकः Wrka Anjing Hutan
श्रगालः Śgāla Serigala
गर्दभः Gardabha Keldai
हरिणःHaria Kancil

Nanti kalau rajin kita susulkan pula kata kriya buat kongsi... Rajin-rajin baca bahasa Sanskerta biar pandai warisan kita ini...

ॐ शान्ति... शान्ति... हि!

Ahad, 30 Jun 2013

Itihasa Aliran Saiwa


Aliran Saiva ini merujuk kepada tradisi keagamaan orang Hindu yang menumpukan pemujaan kepada dewata, Betara Siva. Pemujaan terhadap Betara Siva ini merupakan tradisi seluruh pengikut agama Hindu, diamalkan secara meluas di serata negara India, Sri Lanka dan Nepal.

Ada banyak aliran pula yang menjadi cawangan bagi aliran Saiva Raya dengan paparan bentuk rantau yang pelbagai dan kepelbagaian drestinya. Aliran ini mempunyai himpunan sastram yang luas sekali termasuklah sastram bentuk dresti dari sudut pandangan abheda, bheda, dan bhedabheda. Sukar untuk dijelaskan mengenai itihasa awal bagi aliran Saiva ini. Axel Michaels menerangkan mengenai sifat gabungan dalam aliran Saiva seperti berikut:
Seperti Betara Wisnu, Betara Siva ini juga merupakan Dewata Tinggi, yang memberikan nama Nya itu kepada sekumpulan gaya ketuhanan dan aliran pemikiran sebagai pengenalannya. Seperti aliran Vaisnava, sabdavali ini juga menekankan kesatuan yang tak jelas ditemui dalam amalan keagamaan atau dresti dan juga ajaran rahsia. Lagi, amalan dan juga ajaran pula mesti dibiarkan berasingan.

Pra-Sejarah

Setengah orang percaya bahawa bahan terpendam yang ditemui di Mohejo Daro, Harappa dan juga tapak-tapak carigali purwa di India Barat Laut dan Pakistan memaparkan bentuk awal kepada pemujaan Betara Siva yang diamalkan di Lembangan Sindhu. Bahan sejarah itu seperti lingam dan cap Pasupati yang kini menjadi bahan kajian ramai cendekiawan. Tamadun Lembangan Sindhu mencapai kemuncaknya sekitar 2500-2000 SM, apabila jalinan perdagangan dengan Mesopotamia (Timur Tengah) yang sedia berlaku mula menurun menjelang 1800 SM dan hilang terus menjelang 1500 SM. 

Cap mohor yang ditemui semasa cari gali di tapak Mohenjo Daro di Lembangan Sindhu menarik minat cendekiawan yang menduga bahawa kemungkinan ia merupakan perlambangan Betara Siva dalam bentuk purwanya. Pasupati atau Tuan Binatang ini menunjukkan tokoh utama yang dikelilingi oleh binatang segala. Tokoh utama pada ukiran itu digambarkan berada dalam kedudukan duduk, menegak dan dikelilingi oleh binatang. Sir John Marshall dan lain-lain mendakwa bahawa ukiran tersebut merupakan Betara Siva bentuk purva dan digambarkan rupa itu mempunyai tiga muka, duduk dalam kedudukan "yoga" dengan silanya. Bentuk separa bulatan di kepalanya pula ditafsirkan sebagai dua tanduk.

Gavin Flood walau bagaimanapun menyatakan pendapat bahawa semua itu cuma spekulasi atau tekaan sahaja. Tak jelas pun pada ukiran cap itu yang rupa itu bermuka tiga, duduk yoga atau pun bentuk itu sebenarnya adalah bentuk manusia. Mungkin ada gema kepada ukiran Betara Siva pada cap mohor itu dengan bentuk bulan sabit menyerupai tanduk lembu di kepalanya.

Rudra Weda

Aliran Saiva ini kebaktiannya pada pemujaan Betara Siva. Kata bahasa Sanskerta bagi Siva ini bererti baik hati, ramah-tamah, penuh karunia dan bertuah. Semuanya dalam bentuk kata rupa (sifat). Sebagai bentuk kata nama sempurna, ia bererti "Yang Maha Bertuah". Ia menjadi nama lain bagi Betara Rudra. Menurut kepada peredaran masa, banyaklah pendekatan kerantauan yang memuja dan memahami Betara Siva menurut cara tempatan serta menyatukannya dengan satu sama yang lain.  

Kemunculan Aliran Saiwa

Dokumentasi itihasa agama rasmi, yang berlawanan dengan bukti-bukti carigali atau pun sebutan sastram, ditandakan oleh Gavin Flood dalam ulasannya berbunyi:
Pembentukan tradisi Saiva ini sebagai dipahami kita mula terjadi sekitar satawarsa 200 SM sampai 100 M. 
Dua kekawin Hindu terkenal, Mahabharata dan Ramayana banyak menceterakan mengenai Betara Siva dan Betara Visnu. Ada juga rujukan kepada pertapa Saiva awal dalam Mahabharata. Svetasvatara Upanishad (400-200 SM) merupakan pendedahan sastram terawal sekali yang membincangkan dresti sudut pandangan semesta penganut aliran Saiva. Gavin Flood lanjutnya menyatakan bahawa:
... satu pengajian agama yang mengangkat Betara Rudra ke kedudukan Paramatma, atau Eśa yang mencakupi segalanya namun mempunyai kerja kesemestaan seperti yang diperbuat Betara Siva dalam tradisi terkemudiannya.
Dalam Maha Bhasya atau Ulasan Agung oleh Patanjali pada abad ke-2 SM, beliau menjelaskan bahawa anak bakti Betara Siwa ini selalunya memakai kulit binatang dan membawa lembing besi sebagai lambang Tuhan, mungkin sebelum kemunculan trisulo bentuk lembingnya tak bercabang lagi seperti kini.