Memaparkan catatan dengan label itihasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label itihasa. Papar semua catatan

Rabu, 9 Julai 2014

Kebangkitan Sungawangsa


Sungawangsa (185-73 SM) bermula sekitar 185 SM, kira-kira 50 tahun selepas kemangkatan Sri Maharaja Aśoka. Wangsa ini dimulakan oleh seorang senapati samaraja Maurya, Pusyamitra Sunga. Beliau membunuh maharaja Brghadrata Maurya, kemudian merampas singgahsana.

Sastera agama Buddha seperti Aśokāvadāna, menegaskan bahawa Pusyamitra itu sangat kejam terhadap pengikut Buddha dan beliau menggencar-gencar ajaran Buddha. Pusyamitra adalah seorang Brahmana (Brahmin Ortodoks) walaupun menjadi seorang pegawai tentera. Divyāvadāna mukasurat 429-434 mencatitkan bahawa, "beratus-ratus vihara diranapkan dan beratus-ribu bhiksu tidak bersalah pun habis terbunuh".

Sebanyak 840,000 cetiya Buddha yang terbina sejak samaya Aśoka pun dipecahkan, serta 100 wang emas ditawarkan untuk setiap kepala bhiksu Buddha. Penganut Buddha mendakwa vihara-vihara lain pula dirubah menjadi pura Hindu, seperti di negeri-negeri Nalanda, Bodhgaya, Sarnath dan Mathura antara lainnya. Sejarawan moden pula bertelingkah mengenai dakwaan sastera dan bukti-bukti carigali purba. Mereka berpendapat bahawa mungkin terjadi kesusahan kepada institusi-institusi Buddha selepas sokongan yang diterima dari keluarga diraja Maurya. Namun, tiada pula bukti mengenai penindasan berterusan ditemui dari pengkajian.

Etienne Lamotte memperhati, "Untuk mengadili menerusi dokumen-dokumen pun susah juga untuk menuduh Pushyamitra sebab kekurangan bukti. Seorang lagi sejarawan, Romila Thapar menunjukkan bahawa pencarigalian purba, mencadangkan yang sebaliknya bagi dakwaan terhadap senapati Pushyamitra, "sebagai seorang Brahmana taksub dan anti-Buddha, dia tidak pernah pun memusnahkan sebanyak 840,000 cetiya seperti tuduhan karya penganut Buddha." Thapar berpendapat bahawa cerita itu mungkin berlebih-lebihan saja. Ia seperti menunjukkan rasa sakit hati tokoh-tokoh penganut Buddha yang risau melihat kejatuhan institusi Buddha dalam kepentingan agama selepas Sungawangsa berkuasa.

Menurut Francine Tissot, berlaku perpecahan tradisi di lembah Ganga. Setengah pengikut Buddha bergerak ke utara, uttarapatha dan setengah ke selatan, dakṣinapatha.

Selasa, 8 Julai 2014

Itihasa Buddha


Pengenalan

Itihasa Lavakara Ringkas
Kerja Penyebaran: Phra Janaka Aśoka
Kebangkitan Sungawangsa
Ajaran Buddha dan Yunani
Kemunculan Tradisi Mahayana
Kemunculan Tradisi Vajrayana
Kemunculan Semula Tradisi Theravada
Pelebaran ke Barat

Isnin, 7 Julai 2014

Itihasa Ajaran Buddha

Svasti Sri dan Suprabhatam!

Map: En. Gunavant Kartapranata, Indonesia

 

Kita cuba untuk memberi paparan mengenai penyebaran ajaran dharma menurut pandangan baginda junjungan Buddha di seluruh loka ini supaya cerah semua mengenai kedudukan ajaran Buddha di benua Timur ini. 

Itihasa ajaran Buddha ini sudah bermula semenjak kurun ke-6 SM lagi. Namun, dharma itu memang semenjak entah bila pun memang sudah ada. Sa bermula ajaran ini dengan janma Siddhartha Gautama di rantau Lumbini yang kini berada di Nepal moden. Jadi, ajaran Buddha merupakan antara ajaran tertua yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Ia menyebar dari timur laut benua India ke Asia Tengah di negeri-negeri orang jenis bangsa Turki dan Persia Timur, di Asia Timur seperti di China, Jepun dan Korea yang kini begitu diminati budaya hiburannya oleh bebatak (budak-budak kecil) tidak matang serta di Asia Tenggara seperti di Segenting Kra, Sumatera, Jawa, Kemboja, Burma, Siam dan Vietnam. 

Suatu ketika atau pada masanya, ajaran Buddha ini mempengaruhi rantau sebelah Asia ini. Itihasa ini turut dicirikan oleh perkembangan pelbagai pergerakan, perpecahan cawangan, dan aliran, yang antaranya itu adalah tradisi-tradisi seperti, Theravāda, Mahāyāna dan Vajrayāna, dengan tempoh-tempoh perkembangan dan pengundurannya.

Mahā Muni

Ringkasnya, baginda Siddhārtha Gautama merupakan muni agung yang menemui semula jalan para arya. Baginda itu seorang phra kumara Kshatriya dari bangsa Saka. Bangsa Saka ini menurut pencatit itihasa bangsa Yunani dilaporkan mendiami rantau Asia Tengah, Utara Caucasus di sebelah Laut Hitam, Laut Caspia dan Russia di sebelah Eropah. Yang di Nepal itu, adalah sekelompok bangsa Saka yang mengembara sampai ke situ ketika samaya Mahājanapadah. Ketika samaya penguasaan bangsa Parthia (Persia), bangsa Saka ini pernah menduduki negeri Sistān di Timur Iran moden bersempadan dengan Pakistān. 

Di sini, suka untuk kita untuk memperingat saudara-saudari supaya memperguna sabdavali yang tepat buat merujuk kepada tokoh mahamuni kita ini. Gunakan lah rujukan "baginda" apabila berbicara mengenai pangeran Siddhartha Gautama kerana baginda layak diberi sembah tabik serta penghormatan seperti kebiasaan raja-raja dan kerabat diraja lain walaupun kemudian baginda dengan sukarelanya meninggalkan istana demi kebajikan sesama makhluk lain.

Tanggal kelahiran baginda, tidak diketahui dengan tepat, namun kebanyakan sarjana "mencadangkan kurun ke-4 SM sebagai kurun kemangkatan baginda". Gotra (kelompok keturunan) baginda sebenarnya dalam kelompok Brahmana (Brahmin) seperti yang terbayang kepada nama keluarga baginda, Gautama. Sarjana Barat kurun ke-19 M seperti Dr. Eitel mengaitkan gotra baginda dengan Resi Brahmana, Gautama. Dalam kebanyakan sastera tradisi Buddha sendiri, disebut bahawa baginda itu berketurunan dari Resi Brahmana, Angirasa...
"Dalam Mahāvarga bahasa Pāli, 'Angirasa muncul sebagai salah satu panggilan gelar kepada Sang Gautama yang dicerahi; Jelas sekali puak baginda itu merupakan salah satu cawangan puak Angirasa..." (Itihasa Logik Hindu; Satish Chandra Vidya Bhushana)
Sarjana lain dari Barat seperti Edward. J. Thomas pun turut memperkait baginda Buddha itu dengan resi-resi Gautama dan Angirasa.

Selepas bertapa semadhi beberapa lama, baginda menemui Jalan Tengah yang sederhana menjauhi dari tindakan-tindakan melampau seperti memanjakan diri atau menyeksa diri. Baginda mencapai pencerahan selepas duduk bersemadhi di bawah pokok Pipal di Bodhgayā di negeri Bihar di India moden. Semenjak itu, pohon Pipal turut digelar sebagai pokok Bodhi dan baginda digelar sebagai Phra Buddha Chao yang ertinya, "yang dipertuan yang dicerahi" atau Samyak Sambuddha, serba cerah serba benar.

Baginda dan ajaran baginda menerima payungan dan teduhan kasih di negara Magadha oleh maharaja Bimbisāra. Baginda menerima ajaran baginda yang dicerahi itu sebagai kepercayaan peribadi baginda serta memberi kebenaran untuk pembangunan vihara-vihara di negara baginda. Jadi jajahan baginda turut digelar sebagai Bihār atau ertinya itu, Biāro menurut bahasa Melayu Srivijaya.

Di Taman Rusa dekat Vārāṇasī, baginda menyampaikan ceramah pertama baginda dengan mudra dharmachakra kepada pancha mitra yang sebelumnya turut bersama baginda mencari pencerahan. Mereka bersama baginda membentuk kelompok Saṅgham, maka lengkaplah Trairatna; Buddha Guru, Dharma, dan Saṅgham. Untuk sisa hidup seterusnya, baginda yang dicerahi itu mengembara di Lembangan Gangga di sebelah Timur Laut India dan rantau lain. Baginda masuk ke parinirvāṇa di Kuśināra. Sebelum mangkat, baginda dilaporkan memerintahkan pengikut sekelian supaya menjadikan dharma sebagai pemimpin!

Para arahant mulaan menganggap sabda baginda itu sebagai punca utama bagi dharmam dan vinayam. Mereka berusaha keras untuk menyusun dan menyebarkan ajaran bginda itu dengan tepat. Kumpulan sabda baginda yang tidak berhias sayangnya tidak terselamat. Versi sastera agama yang diterima dalam bahasa-bahasa Pāli, Sanskerta, Cina, dan Tibet semua itu berbau pecahan aliran yang berkembang dan menyinar ketika tiga satavarsa pemindahan ajaran dari mulut ke mulut.

Ajaran Buddha Lokara

Lokaranya, ajaran Buddha bertumpu di lembah Gangga. Kemudian ia melebar perlahan-lahan ke merata-rata dari situ. Punca sastera menyimpan catitan mengenai dua mahasabha. Dalam mahasabha tersebut, kelompok Sangham mengumpulkan simpanan-simpanan sastera menurut ajaran Buddha dan menyelesaikan beberapa pañhā mengenai vinaya dalam Sangham.

Mahasabha Pertama: Kurun ke-5 SM

Berlaku selepas kemangkatan baginda, dipengerusikan oleh Gupta Mahākāśyapa, salah seorang pelajar lokara baginda di Rājagṛha (Rajgir di Nalanda, Bihar). Ia menerima sokongan ajaran raja Ajāthaśatru.

Paranaya
  • Mencatit segala ajaran baginda menjadi sutra-sutra.
  • Membangun Abhidharma.
  • Menyusun dan mengekodkan vinayam.
Sepupu baginda Buddha dan pelajar terutama baginda, phra Ānanda diminta membaca perbincangan, ceramah dan Abhidharma. Phra Upali diminta membaca rukun-rukun vinayam. Itu semua membentuk dasar bagi Tripitaka yang dipelihara dalam bahasa Pāli saja.

Mahasabha Kedua: Kurun ke-4 SM

Dianjurkan di Vaisali. Puncanya kerana sesetengah phra bhikū mula bermain-main dengan rukun vinaya serta tidak mengikut tatacara yang dipersetujui sebelumnya. Di perhimpunan tersebut, dibaca semula rukun vinaya dari perhimpunan sebelumnya untuk memberi amaran bahawa perbuatan bhikū-bhikū itu sudah menyalahi ajaran yang telah dicatitkan.