Rabu, 9 Julai 2014

Kebangkitan Sungawangsa


Sungawangsa (185-73 SM) bermula sekitar 185 SM, kira-kira 50 tahun selepas kemangkatan Sri Maharaja Aśoka. Wangsa ini dimulakan oleh seorang senapati samaraja Maurya, Pusyamitra Sunga. Beliau membunuh maharaja Brghadrata Maurya, kemudian merampas singgahsana.

Sastera agama Buddha seperti Aśokāvadāna, menegaskan bahawa Pusyamitra itu sangat kejam terhadap pengikut Buddha dan beliau menggencar-gencar ajaran Buddha. Pusyamitra adalah seorang Brahmana (Brahmin Ortodoks) walaupun menjadi seorang pegawai tentera. Divyāvadāna mukasurat 429-434 mencatitkan bahawa, "beratus-ratus vihara diranapkan dan beratus-ribu bhiksu tidak bersalah pun habis terbunuh".

Sebanyak 840,000 cetiya Buddha yang terbina sejak samaya Aśoka pun dipecahkan, serta 100 wang emas ditawarkan untuk setiap kepala bhiksu Buddha. Penganut Buddha mendakwa vihara-vihara lain pula dirubah menjadi pura Hindu, seperti di negeri-negeri Nalanda, Bodhgaya, Sarnath dan Mathura antara lainnya. Sejarawan moden pula bertelingkah mengenai dakwaan sastera dan bukti-bukti carigali purba. Mereka berpendapat bahawa mungkin terjadi kesusahan kepada institusi-institusi Buddha selepas sokongan yang diterima dari keluarga diraja Maurya. Namun, tiada pula bukti mengenai penindasan berterusan ditemui dari pengkajian.

Etienne Lamotte memperhati, "Untuk mengadili menerusi dokumen-dokumen pun susah juga untuk menuduh Pushyamitra sebab kekurangan bukti. Seorang lagi sejarawan, Romila Thapar menunjukkan bahawa pencarigalian purba, mencadangkan yang sebaliknya bagi dakwaan terhadap senapati Pushyamitra, "sebagai seorang Brahmana taksub dan anti-Buddha, dia tidak pernah pun memusnahkan sebanyak 840,000 cetiya seperti tuduhan karya penganut Buddha." Thapar berpendapat bahawa cerita itu mungkin berlebih-lebihan saja. Ia seperti menunjukkan rasa sakit hati tokoh-tokoh penganut Buddha yang risau melihat kejatuhan institusi Buddha dalam kepentingan agama selepas Sungawangsa berkuasa.

Menurut Francine Tissot, berlaku perpecahan tradisi di lembah Ganga. Setengah pengikut Buddha bergerak ke utara, uttarapatha dan setengah ke selatan, dakṣinapatha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan