Maharaja Aśoka Maurya (273-232 SM) memeluk ajaran Buddha selepas peperangan berdarah untuk digvijaya ke atas rantau Kalinga (Odisha) di Timur India. Baginda menyesali kesengsaraan dan kesedihan disebabkan oleh peperangan tersebut. Baginda membuat pengumuman untuk mengelakkan keganasan dan menggantikan kesedihan kesan peperangan tersebut dengan penghormatan dan maruah untuk semua manusia.
Baginda menyebarkan ajaran Buddha menerusi pembinaan tiang-tiang dan cetiya, menghormati kehidupan binatang dan menggalakkan penduduk mengikut dharma. Contoh terbaik untuk ini seperti Mahacetiya Sanchi dekat Bhopal di India. Ia terbina ketika kurun ke-3 SM, dan kemudian diperbesar lagi. Lawang gerbangnya bergelar toranah dianggap sebagai contoh kesenian Buddha di India. Baginda turut membina jalan raya, rumah rehat, mahavidyalaya dan rupakara saliran sekitar negara baginda. Penduduk dilayan setara tidak mengira agama, kedudukan jati dan politik.
Samaya ini menandakan penyebaran lokara ajaran Buddha melampaui benua India ke rantau lain. Menurut piring dan pahatan tiang maharaja, rajaduta dihantar ke pelbagai negara demi menyebarkan ajaran Dharma sehingga ke Sri Lanka di selatan dan di negara-negara orang Yunani di sebelah Bactria serta kemungkinan juga sehingga ke Mediteranea.
Mahasabha Ketiga (250 SM)
Maharaja memanggil berhimpun para bhiksu di Pataliputra (Patna moden). Ia dipengerusikan oleh bhiksu Moggaliputtatissa. Tujuan mahasabha ini adalah untuk membersih Saṅgha daripada sadhu-sadhu bukan pengikut Buddha yang cuba mengambil kesempatan dari naungan pihak istana. Berikutan mahasabha ini, dharmaduta yang bertindak juga menjadi rajaduta dihantar ke seluruh pelosok loka yang diketahui.
Loka Yunani Hellenistik
Sesetengah piagam baginda Aśoka menceritakan usaha-usaha yang diperbuat baginda dalam penyebaran ajaran Buddha ke seluruh loka Yunani, yang ketika berlaku sepanjang sempadan benua India sehingga ke Yunani (Greece).
Piagam-piagam baginda menunjukkan kefahaman yang jelas mengenai susunan politik rantau-rantau Yunani Hellenistik seperti nama-nama dan tempat-tempat raja-raja Yunani ketika itu. Mereka itu semua didakwa sebagai penerima panggilan untuk memeluk ajaran Buddha... Baginda Aśoka (260-218 SM) menjemput:
Mereka turut menunjukkan kewujudan komuniti Buddha di loka Hellenia ketika itu, terutama di Alexandria (sebutan St. Clement) dan terdapat susunan kebiaraan pra-Kristian digelar Therapeutae. Mungkin sekali sebutan Yunani untuk Theravāda, yang menerima inspirasi dan amalan dari kebiaraan Buddha atau mungkin juga keturunan duta-duta maharaja Aśoka di Barat. Ahli falsafah Hegesias dari Cyrene, di tempat raja Magas memerintah ada juga diperkait sekali-sekala dengan ajaran duta-duta Buddha tersebut.
"Batu nisan untuk kubur-kubur pengikut ajaran Buddha dari samaya Ptolemy turut ditemui di Alexandria (Mesir), dihiasi dengan ukiran dharmachakra. Kewujudan pengikut Buddha di situ turut memberikan kesimpulan bahawa di tapak-tapak tersebut kemudiannya muncul pusat-pusat agama Kristian yang giat pula".
Dalam kurun ke-2 M, ahli dogma Kristian, St. Clement dari Alexandria mengiktiraf śramana-śramana Buddha Yunani dari negara Bactria serta yogi Hindu yang memberi pengaruh ke atas pemikiran orang Yunani (Greek):
Sri Lanka menerima putera maharaja Aśoka sendiri, Phra Kumara Mahendra (Mahinda) bersama enam lagi teman baginda sekitar kurun ke-2 SM. Mereka menyeru raja Devanampiya Tissa serta bangsawan lain memeluk agama Buddha.
Puteri baginda Aśoka, Phra Kumari Saṅghamitra turut mengasaskan kelompok bhiksuni di Sri Lanka. Baginda puteri membawa bersama serpihan pokok Bodhi suci yang kemudian ditanam di Anuradhapura. Ketika itu juga Mahāvihāra, pusat agama Buddha ortodoks Singhala turut terbina.
Sastera Pali turut disalin semula di Sri Lanka ketika pemerintahan rajaVattagamani (29-17 SM) dan tradisi Theravada pun berkembang mekar di pulau tersebut. Kemudian pengulas-pengulas sastera terkenal seperti Buddhaghoṣa (4-5 M) dan Dharmapāla (5-6 M) mengkaji agama di situ, dan merupakarakan ulasan-ulasan tradisional yang diwariskan. Walaupun tradisi Mahayana turut menerima pengaruh sedikit ketika itu, namun tradisi Theravada tetap unggul di situ dan Sri Lanka menjadi kubu terkuatnya sebelum ia melebar masuk ke negeri-negeri Hindu di Asia Tenggara pada kurun ke-11 M.
Pelebaran di Suvarnabhumi
Di sebelah Timur benua India di Myanmar dan Thailand moden, kebudayaan Hindu sangat berpengaruh dalam kehidupan orang Mon. Mereka sudah memeluk agama Buddha sejak kurun ke-3 SM lagi bawah suruhanjaya diraja maharaja Aśoka, sebelum pembentukan tradisi Mahāyāna dan Hinayāna lagi. Pura-pura lama mereka seperti Vishnu di Burma Tengah boleh dikesan sejak kurun ke-1 sehingga ke-5 M.
Kesenian mereka turut dipengaruhi kesenian Hindu samaya Gupta dan selepas Gupta. Gaya kesopanan yang berkembang di negeri-negeri orang Mon kemudian melebar ke seluruh rantau Asia Tenggara pula apabila kerajaan mereka berkembang pada kurun ke-5 dan ke-8 M. Tradisi Theravada tersebar di sebelah utara tanah besar Asia Tenggara menerusi pengaruh bangsa Mon sehingga ia terkebelakang oleh sebab pengaruh tradisi Mahāyāna sekitar kurun ke-6 M.

- Antiokos II Theos dari kerajaan Seleucid di Syria (261-246 SM).
- Ptolemy II Philadelpos di Mesir (285-247 SM).
- Antigonus Gonatas dari Macedonia (276-239 SM).
- Magas di Cyrenaica (Libya moden) (288-258 SM).
- Alexander II di Epirus (272-255 SM).
"Jaya Dharma di sini, di sempadan dan sehingga 600 yojana (5400-9600 km) dari sini; masuk ke tempat raja Yunani, Antiokos memerintah. Begitu juga di negara-negara di sebelah selatan di negara Chola, negara Pandya sehingga ke Tamrapani" (Prasasti Tiang ke-13, S. Dharmika).Menurut sastera bahasa Pāli juga, terdapat beberapa orang duta maharaja Aśoka itu berbangsa Yunani yang menjadi bhiksu. Perkara ini menunjukkan pertukaran dua budaya yang erat sekali:
"Tatkala Thera Moggaliputra, penyinar agama sang Jina (Aśoka), menganjurkan mahasabha (ketiga) sehingga ke penghujungnya... Baginda menghantar phra thera sekelian satu ke sini, dan satu ke sana... dan ke Aparantaka di negara-negara sebelah Barat di Gujerat dan Sindh), baginda turut menghantar seorang bhiksu Yavana (Greek) bernama Dharmarakshita". (Mahavamsa 12).Piagam dwibahasa (Yunani dan Aramia) turut ditemui di Kandahar, Kabul. Piagam tersebut memperguna perkataan "ketakwaan" dari terjemahan bahasa Yunani, "eusebeia" untuk merujuk kepada Dharma. Sabdavali ketakwaan itu bukan bahasa Melayu Srivijaya tetapi bahasa Melayu berpengaruh bahasa Arab jadi jangan diperguna untuk terjemahan sastera agama pula, bimbang muncul kekeliruan. Guna sabdavali bahasa Sanskerta dan bahasa Prakerta!
"10 tahun bersemayam sempurna sudah, raja Piodasses (Aśoka) memperkenal eusebia kepada semua orang; dan dari ketika ini, baginda menjadikan ramai orang sedar diri, dan segalanya menerobos ke seluruh loka". (Terjemahan bahasa Yunani oleh G. P. Caratelli ke bahasa Inggeris).Kurang jelas berapa banyak interaksi yang mungkin berpengaruh, namun sesetengah penulis akademik mengulas bahawa beberapa tahap persenyawaan pemikiran terjadi antara agama Yunani Hellenistik dan agama Buddha itu mungkin bermula di negeri-negeri Hellenia ketika itu.
Mereka turut menunjukkan kewujudan komuniti Buddha di loka Hellenia ketika itu, terutama di Alexandria (sebutan St. Clement) dan terdapat susunan kebiaraan pra-Kristian digelar Therapeutae. Mungkin sekali sebutan Yunani untuk Theravāda, yang menerima inspirasi dan amalan dari kebiaraan Buddha atau mungkin juga keturunan duta-duta maharaja Aśoka di Barat. Ahli falsafah Hegesias dari Cyrene, di tempat raja Magas memerintah ada juga diperkait sekali-sekala dengan ajaran duta-duta Buddha tersebut.
"Batu nisan untuk kubur-kubur pengikut ajaran Buddha dari samaya Ptolemy turut ditemui di Alexandria (Mesir), dihiasi dengan ukiran dharmachakra. Kewujudan pengikut Buddha di situ turut memberikan kesimpulan bahawa di tapak-tapak tersebut kemudiannya muncul pusat-pusat agama Kristian yang giat pula".
Dalam kurun ke-2 M, ahli dogma Kristian, St. Clement dari Alexandria mengiktiraf śramana-śramana Buddha Yunani dari negara Bactria serta yogi Hindu yang memberi pengaruh ke atas pemikiran orang Yunani (Greek):
"Makanya, falsafah, sesuatu yang tinggi kegunaannya berkembang di samaya purba dalam kalangan orang gasar, menyebarkan cahayanya ke seluruh bangsa. Kemudian, ia masuk ke Yunani (Greece). Yang terutama itu, adalah nabi-nabi Mesir, dan Kaldani serta Suryani; Druid dalam kalangan orang Gaul; Sramanah Buddha dari Bactria serta ahli falsafah Celtic; Orang Magi dari Persia yang meramalkan kedatangan penyelamat (Jesus) dan pergi ke Judea mengikut arah bintang. Yogi Hindu pun turut terbilang dalam ahli falsafah gasar. Dalam kalangan mereka itu, terdapat kelompok Zarmanai (Sramana) dan Brahmanoi (Brahmana)" - Clement Alexandria "Stromata, atau Buku Lain-Lain I, Bab ke-17.Pelebaran ke Sri Lanka
Sri Lanka menerima putera maharaja Aśoka sendiri, Phra Kumara Mahendra (Mahinda) bersama enam lagi teman baginda sekitar kurun ke-2 SM. Mereka menyeru raja Devanampiya Tissa serta bangsawan lain memeluk agama Buddha.
Puteri baginda Aśoka, Phra Kumari Saṅghamitra turut mengasaskan kelompok bhiksuni di Sri Lanka. Baginda puteri membawa bersama serpihan pokok Bodhi suci yang kemudian ditanam di Anuradhapura. Ketika itu juga Mahāvihāra, pusat agama Buddha ortodoks Singhala turut terbina.
Sastera Pali turut disalin semula di Sri Lanka ketika pemerintahan rajaVattagamani (29-17 SM) dan tradisi Theravada pun berkembang mekar di pulau tersebut. Kemudian pengulas-pengulas sastera terkenal seperti Buddhaghoṣa (4-5 M) dan Dharmapāla (5-6 M) mengkaji agama di situ, dan merupakarakan ulasan-ulasan tradisional yang diwariskan. Walaupun tradisi Mahayana turut menerima pengaruh sedikit ketika itu, namun tradisi Theravada tetap unggul di situ dan Sri Lanka menjadi kubu terkuatnya sebelum ia melebar masuk ke negeri-negeri Hindu di Asia Tenggara pada kurun ke-11 M.
Pelebaran di Suvarnabhumi
Di sebelah Timur benua India di Myanmar dan Thailand moden, kebudayaan Hindu sangat berpengaruh dalam kehidupan orang Mon. Mereka sudah memeluk agama Buddha sejak kurun ke-3 SM lagi bawah suruhanjaya diraja maharaja Aśoka, sebelum pembentukan tradisi Mahāyāna dan Hinayāna lagi. Pura-pura lama mereka seperti Vishnu di Burma Tengah boleh dikesan sejak kurun ke-1 sehingga ke-5 M.
Kesenian mereka turut dipengaruhi kesenian Hindu samaya Gupta dan selepas Gupta. Gaya kesopanan yang berkembang di negeri-negeri orang Mon kemudian melebar ke seluruh rantau Asia Tenggara pula apabila kerajaan mereka berkembang pada kurun ke-5 dan ke-8 M. Tradisi Theravada tersebar di sebelah utara tanah besar Asia Tenggara menerusi pengaruh bangsa Mon sehingga ia terkebelakang oleh sebab pengaruh tradisi Mahāyāna sekitar kurun ke-6 M.
Menurut Aśokāvadāna (kurun ke-2 M), maharaja Aśoka turut menghantar duta ke utara, meredah Himalaya, ke Khotan di Lembah Tarim di Xinjiang, China moden, ke negeri orang Tocharia, yang bertutur sejenis bahasa Kaukasus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan