Aliran Saiva ini merujuk kepada tradisi keagamaan orang Hindu yang menumpukan pemujaan kepada dewata, Betara Siva. Pemujaan terhadap Betara Siva ini merupakan tradisi seluruh pengikut agama Hindu, diamalkan secara meluas di serata negara India, Sri Lanka dan Nepal.
Ada banyak aliran pula yang menjadi cawangan bagi aliran Saiva Raya dengan paparan bentuk rantau yang pelbagai dan kepelbagaian drestinya. Aliran ini mempunyai himpunan sastram yang luas sekali termasuklah sastram bentuk dresti dari sudut pandangan abheda, bheda, dan bhedabheda. Sukar untuk dijelaskan mengenai itihasa awal bagi aliran Saiva ini. Axel Michaels menerangkan mengenai sifat gabungan dalam aliran Saiva seperti berikut:
Seperti Betara Wisnu, Betara Siva ini juga merupakan Dewata Tinggi, yang memberikan nama Nya itu kepada sekumpulan gaya ketuhanan dan aliran pemikiran sebagai pengenalannya. Seperti aliran Vaisnava, sabdavali ini juga menekankan kesatuan yang tak jelas ditemui dalam amalan keagamaan atau dresti dan juga ajaran rahsia. Lagi, amalan dan juga ajaran pula mesti dibiarkan berasingan.
Pra-Sejarah
Setengah orang percaya bahawa bahan terpendam yang ditemui di Mohejo Daro, Harappa dan juga tapak-tapak carigali purwa di India Barat Laut dan Pakistan memaparkan bentuk awal kepada pemujaan Betara Siva yang diamalkan di Lembangan Sindhu. Bahan sejarah itu seperti lingam dan cap Pasupati yang kini menjadi bahan kajian ramai cendekiawan. Tamadun Lembangan Sindhu mencapai kemuncaknya sekitar 2500-2000 SM, apabila jalinan perdagangan dengan Mesopotamia (Timur Tengah) yang sedia berlaku mula menurun menjelang 1800 SM dan hilang terus menjelang 1500 SM.
Cap mohor yang ditemui semasa cari gali di tapak Mohenjo Daro di Lembangan Sindhu menarik minat cendekiawan yang menduga bahawa kemungkinan ia merupakan perlambangan Betara Siva dalam bentuk purwanya. Pasupati atau Tuan Binatang ini menunjukkan tokoh utama yang dikelilingi oleh binatang segala. Tokoh utama pada ukiran itu digambarkan berada dalam kedudukan duduk, menegak dan dikelilingi oleh binatang. Sir John Marshall dan lain-lain mendakwa bahawa ukiran tersebut merupakan Betara Siva bentuk purva dan digambarkan rupa itu mempunyai tiga muka, duduk dalam kedudukan "yoga" dengan silanya. Bentuk separa bulatan di kepalanya pula ditafsirkan sebagai dua tanduk.
Gavin Flood walau bagaimanapun menyatakan pendapat bahawa semua itu cuma spekulasi atau tekaan sahaja. Tak jelas pun pada ukiran cap itu yang rupa itu bermuka tiga, duduk yoga atau pun bentuk itu sebenarnya adalah bentuk manusia. Mungkin ada gema kepada ukiran Betara Siva pada cap mohor itu dengan bentuk bulan sabit menyerupai tanduk lembu di kepalanya.
Rudra Weda
Aliran Saiva ini kebaktiannya pada pemujaan Betara Siva. Kata bahasa Sanskerta bagi Siva ini bererti baik hati, ramah-tamah, penuh karunia dan bertuah. Semuanya dalam bentuk kata rupa (sifat). Sebagai bentuk kata nama sempurna, ia bererti "Yang Maha Bertuah". Ia menjadi nama lain bagi Betara Rudra. Menurut kepada peredaran masa, banyaklah pendekatan kerantauan yang memuja dan memahami Betara Siva menurut cara tempatan serta menyatukannya dengan satu sama yang lain.
Kemunculan Aliran Saiwa
Dokumentasi itihasa agama rasmi, yang berlawanan dengan bukti-bukti carigali atau pun sebutan sastram, ditandakan oleh Gavin Flood dalam ulasannya berbunyi:
Pembentukan tradisi Saiva ini sebagai dipahami kita mula terjadi sekitar satawarsa 200 SM sampai 100 M.
Dua kekawin Hindu terkenal, Mahabharata dan Ramayana banyak menceterakan mengenai Betara Siva dan Betara Visnu. Ada juga rujukan kepada pertapa Saiva awal dalam Mahabharata. Svetasvatara Upanishad (400-200 SM) merupakan pendedahan sastram terawal sekali yang membincangkan dresti sudut pandangan semesta penganut aliran Saiva. Gavin Flood lanjutnya menyatakan bahawa:
... satu pengajian agama yang mengangkat Betara Rudra ke kedudukan Paramatma, atau Eśa yang mencakupi segalanya namun mempunyai kerja kesemestaan seperti yang diperbuat Betara Siva dalam tradisi terkemudiannya.
Dalam Maha Bhasya atau Ulasan Agung oleh Patanjali pada abad ke-2 SM, beliau menjelaskan bahawa anak bakti Betara Siwa ini selalunya memakai kulit binatang dan membawa lembing besi sebagai lambang Tuhan, mungkin sebelum kemunculan trisulo bentuk lembingnya tak bercabang lagi seperti kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan