Yang ini cuma perkara umum sahaja dalam agama Hindu. Stotram merupakan kata bahasa Sanskerta merujuk kepada bacaan-bacaan suci yang ditujukan kepada Sang Hiyang. Boleh jadi sejenis semahiyang, penerangan mengenai Sang Hiyang atau pun perbualan dengan Sang Hiyang.
Bacaan bentuk stotram ini memuja dan memuji sudut-sudut diwiya Sang Hiyang seperti Dewi Seri, Betara Siwa atau Betara Wisnu Narayana. Ia berkait juga dengan perkataan "Stuti" yang merupakan terbitana bagi kata kerja Stu atau memuji dan kedua-duanya pun bererti memuji atau pujian. Stotram yang terkenal antaranya seperti Siwa Tandawa Stotram yang memuji Betara Siwa dan Rama Raksa Stotra yang merupakan semahiyang meminta perlindungan Seri Rama.
Stotram ini merupakan sejenis sastram kebaktian yang terkenal dan tak perlu kepada peraturan-peraturan yang rumit seperti yang terdapat pada upacara untuk pembacaan weda-weda. Sejenis stotram lagi pula lebih kepada pengulangan nama-nama dewata. Jenis ini kita sebutnya sebagai Sahasra Nama atau Bacaan Seribu Nama. Sahasra ertinya 1000 manakala Nama itu nama lah. Contoh seperti Wisnu Sahara Nama. Dalam agama orang Hindu, Nama-Nama Sang Hiyang ini merupakan alat bernilai bagi tujuan kebaktian seseorang kepada Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan