Masukan ini diperbuat daripada penyesuaian semula bahan yang diambil oleh seorang pengikut Yang Mulia, Mahayogi Satya Indra Natha dari Himalaya. Kebanyakan bahan sebenarnya memerlukan kebenaran pihak berwajib kerana Kaulantaka Natha Siddha Sampradayam ini merupakan aliran Saiva yang rahasia. Kalau berminat bolehlah kunjungi laman sesawangnya dan juga boleh terus ke pitham mereka di banjaran Himalaya kalau bertuah singgah di India Utara..... Aku perbuat masukan ini demi kebaikan penduduk Hindu di Asia Tenggara tak mengiralah orang negara mana sekali pun. Kalau berguna kepada engkau, aku pun suka.
1. Lidah dalam mulut itu tujukanlah buat menyanyikan gita memuji Sang Hyang, duta-dutanya, dan orang-orang suci kerana nanti tribuvan, jagat raya dan Sang Hyang pun akan menumpahkan kepada engkau dengan cinta kasih. Keajaiban hidup itu mulanya dengan yang ini.
2. Ketahui dirimu sendiri supaya engkau menjadi murni kerana Sang Hyang itu menciptakan engkau dengan kemurnian. Bebaskanlah diri engkau daripada dosa-dosa dengan puja mantra panchabhutam... Air, api, angkasa, bumi dan udara, semuanya pun berupaya buat menghauskan dosa engkau kerana sememangnya itu tugas mereka yang dibebankan oleh Sang Hyang Tunggal.
3. Janganlah lupa bahawa hubungan-hubungan yang engkau punyai dengan loka, yang kau anggap benar, hanyalah diberikan kepada engkau supaya engkau beramal. Jadi, engkau pun bolehlah membangunkan hubungan dengan Sang Hyang Tunggal.
4. Kau dihantar ke sini bukan buat bersenang lenang beristirehat, tapi buat bekerja dalam hidup. Kematian itu lah sahaja rehat engkau. Cubalah engkau renungkan mengenai perkara yang akan engkau perkatakan kepada-Nya iaitu bagaimana engkau menemui ciptaan-Nya dan apakah sumbangan engkau?
5. Susunan alam semesta ini bukannya diciptakan untuk penghapusan atau hari kiamat. Sang Hyang menciptakannya untuk peranan-Nya dan juga karunia-Nya dan sebenarnya untuk engkau jua. Hiduplah di sini dengan langkah yang betul dan sumber-sumbernya, anggaplah kata-kata yang sesuai dan gaya kehidupan itu sebagai seni kehidupan. Nanti pintu alam semesta pun akan terbuka kepada engkau. Malapetaka itu cuma lah satu kerehatan yang luas.
6. Percaya lah kata-kata aku, selalu lah engkau menyeru-Nya. Keana aku pun menerima karunia cinta-Nya dengan menyeru-Nya dan kini Dia pun melihat ke jalan aku.
7. Bagi menyampaikan penghargaan kepada Nya, sama ada engkau meletakkan batu atas batu atau membuat pura atau biara atau pusat pemujaan; kerana cinta engkau, Sang Hyang Tunggal itu memandang sama rata saja kepada semua dan tersenyum pada cubaan-cubaan engkau yang indah itu.
8. Diviyavataram atau pesuruh-pesuruh Nya itu turun ke mari hanyalah untuk tujuan ini iaitu supaya engkau boleh melihat kepada mereka dan berasa dekat dengan mereka. Jadi, engkau boleh mengalami keluasan, kebesaran dan kemampuan Nya dalam jangkauan yang kecil. Dia berfirman bahawasanya, janganlah dibedakan antara avatara dan pesuruh-pesuruh dengan Nya kerana jari mereka itu adalah jari Nya, Dia tidak pernah mempunyai jari-jari berbeda.
9. Siapakah Aku (Sang Hyang)? Mana Aku? Bagaimana Aku? Dengan akal, engkau akan selalulah tertanya-tanya. Terimalah bahawa engkau itu bukannya apa-apa pun dan puja lah dengan cinta. Maka, walaupun Aku ini tidak terjelma pun, maka kau akan nampak yang Aku mula menjelma buat engkau.
10. Kata-kata avataram dan pesuruh-pesuruh Sang Hyang itu bukanlah untuk memisahkan tetapi sebaliknya untuk memberikan engkau kesukaan dan membawa engkau ke jalan diviyam. Yang tak nampak salah dalam kata-kata itu mestilah mereka yang menerima karunia Sang Hyang Agung.
11. Kau seru aku dan deva supaya memberi bantuan; aku ini selalu pula bersedia namun beritahulah dulu aku, "sebelum membantu aku ini, apakah yang engkau sudah pebuat bagi diri engkau?", aku tidaklah pernah membiarkan kerja keras berdasarkan satyam itu tersia-sia begitu sahaja.
12. Aku ini adalah jelmaan ciri-ciri jiwa dari segala sastera suci kerana engkau cuma nampak aksara-aksara itu tetapi aku ini adalah jiwa nya dan aku mempunyai kemampuan ini kerana aku ini adalah ishaputra. Jadi, teimalah juga diri engkau sebagai ishaputra dalam ketika ini dan tunjukkanlah cinta engkau kepada diviyam Sang Bramha Hiranyagabha dan lihatlah jawapan yang engkau akan beroleh.
13. Pahami kemampuan dan kekuatan Nya itu sebagai aku dan aku adalah dia, namun aku bertindak sebagai berasingan dan aku sendiri membuat pasak buat diriku untuk engkau dengan tujuan supaya engkau perlahan-lahan masuk dari yang jisim ke halus. Sang Bramha itu sempurna, avatara sempurna.
14. Sang Hyang tak pernah menyatakan bahawa pujalah satu sahaja dan jangan puja selain daripada-Nya sebaliknya berkata bahawa jalan mana yang engkau tempuhi, pemuja dan jalan itu tetap nanti akan sampai jua kepada-Nya. Kerana itu aku ingin menyatakan bahawa lihatlah terus kepada-Nya dan depan Sang Hyang Maha Tinggi itu maka pemujaan kepada pemujaan yang lain-lain pun akan nampak suram lah.
15. Avatara boleh dilihat menerusi mata-mata, namun melihat Sang Bramha itu memerlukan divyacaksus dan engkau cuma beroleh perkara ini dengan menerusi penyerahan jiwa, kebaktian dan sevaka. Tak ada jalan lain kecuali menerusi tapasya. Yang memahami tapasya dan puja sebagai berasingan itu cumalah seorang yang baru berjinak-jinak.
16. Bahawa Sang Hyang itu, mempunyai muka-muka yang menghadap ke seluruh arah dan bagi-Nya itu ciptaan, pemeliharaan dan pemusnahannya itu cumalah satu peranan. Bagin-Nya buat menjelma atau tetap tak berupa itu bukannya sesuatu yang penting pun. Dia boleh menjelma dalam arupa atau rupa. Untuk melihat kedua-dua rupa yang menjelma atau tak menjelma itu sebagai berasingan sudah tentulah sesuatu yang tak beragama.
17. Dia tidak suka dan tidak pula sedih pun kalau kau percaya atau tak percaya dengan-Nya. Dia memerhatikan tatasusila engkau dan keputusan-keputusan yang diambil hati engkau. Pesediaan-Nya itu tak dipahami pun oleh yang bertuhan mahu pun yang tak bertuhan. Maka menjadi seorang yang bertuhan itu pun bukanlah sesuatu yang dibanggakan pun dan tidak pula menjadi tak bertuhan itu suatu dosa.
18. Bertuhan atau tak bertuhan (ateis), bijak-bodoh, cerdik-tak cerdik memberikan logikanya tersendiri berdasarkan kepada cara masing-masing dan kemampuan masing-masing. Kau akan melihat kepada semua ini dan kau akan mula mengalir macam air dalaam sungai. Tapi ingatilah orang-orang seperti mereka ini sudah pun ada sebelum engkau dan akan tetap ada di masa depan, namun kau nampak berubah apa-apa kah? Tak ada pun. Maka perlulah kau itu yang berubah.
19. Jalan-Nya itu indah dan abadi jadi laluilah jalan-Nya dan segala penyakit, sengsara, sedih, dan celaka itu akan dihancurkan. Kau tak akan sendirian. Kekosongan dalaman pun sempurna jadinya. Ketakutan akan tersingkir dan kebahagiaan membawa cahaya.
20. Kedatangan ishaputra bagi kebajikan makhluk itu akan tetap ada. Bagi yang merenung (alam ghaib) dan devaduta, berada di situ ertinya menyalakan cahaya di seluruh alam semesta namun kau hanya perlu risau sama ada jika engkau boleh yang tercinta bagi-Nya atau tidak. Dia akan memberikan engkau segala peluang dan kau berikanlah Dia jawapan dan aku akan memeluk engkau kemudiannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan