Isnin, 23 September 2013

Cara Kriya Tapa Arya Marga

Swasti Srih!


Dalam pada menjalani penyucian diri, kita akan menjalankan tapa semadi seperti yang kita perbincangkan sebelum ini. Sebenarnya besar sekali kesannya pada kejiwaan kita dan juga pada kebersihan tubuh raga sangkar jiwa ini. Maka marilah kita ulangi apakah itu Arya Ashtanga Marga ini?

Prajña

Samyag Dreśti Pandangan Benar
Samyag Sakalpa Pemikiran Benar

Sila

Samyag  Wak Ucapan Benar
Samyag Karmanta Tindakan Benar
Samyag Ajiwa Kehidupan Benar

Semadhi 

Samyag Wiyama Usaha Benar
Samyag Smriti Kesedaran Benar
Samyag Semadhi Tumpuan Benar

Cara terbaik bagi mempelajari Jalan Mulia Lapan Lapis ini adalah dengan membaca secara teliti perbincangan Mahacattarisakasutra dalam kata-kata Panjang Pertengahan. Yang berikut ini kita berikan perincian ringkas mengenai kandungan Jalan Mulia Lapan Lapis dari Mahasatiprarthana Sutra bagi tujuan pengamalan. Ingat, wajib diamalkan selepas anda membaca ini!  

1. Samyag Dresti

Pandangan benar ini adalah pengetahuan mengenai duka, pengetahuan mengenai cetusan kedukaan, pengetahuan tentang mengerat habis kedukaan, dan juga pengetahuan tentang cara amalan yang membawa kepada terputusnya kedukaan. Yang ini boleh kita pahami menerusi Empat Kebenaran Mulia.

2. Samyag Samkalpa

Pemikiran untuk meninggalkan benda yang mengikat hati, pemikiran tidak membuat jahat kepada sesama makhluk, busuk hati atau menyusahkan sesama makhluk. Yang ini kita sebutnya sebagai Pemikiran Yang Benar!

3. Samyag Wak

Mengelakkan berbohong, mengelakkan menfitnah mengadu domba, mengelakkan bercakap lucah, mengelakkan mencarut, mengelakkan bercakap kasar dan mengelakkan kata-kata yang merapu kedana membuang masa. Ini pengertian Ucapan Yang Benar!

4. Samyag Karmanta

Mengelakkan mengambil nyawa sesiapa pun termasuk nyawa sendiri, mengelakkan mengambil benda yang bukan diberikan kepada kita oleh sesiapa pun, mengelakkan perbuatan sumbang laku dalam hubungan jenis.

5. Samyag Ajiwa

Pertapa dan ajar-ajar yang ingin mencapai tahap Aryadharma menjadi orang Arya mestilah mengelakkan hidup secara salah, senantiasa hidup dengan kebenaran menurut dharma.

6. Samyag Wiyama

Ajar-ajar meningkatkan keazaman di hati, berusaha, meningkatkan tenaganya dan membulatkan minda serta berusaha menghalang timbulnya kejahatan yang membawa kepada pemikiran yang kotor dan tak semenggah yang masih terpendam di lubuk jiwa. Dia itu meningkatkan keazaman... dan berusaha mengatasi kejahatan di pemikiran dan jiwanya. Dibulatkan tekad, tenaga dan keazaman semata-mata bagi menghalang keadaan jiwa dan minda jahat yang timbul. Jangan dibiarkannya terlepas keluar loka, jangan dibiarkannya berkembang besar, sehingga sempurna perkembangan jiwa. Inilah Usaha Yang Benar!

7. Samyag Smrithi

Ajar-ajar mesti sentiasa merenung tubuh itu sebagai tubuh, bergejolak sentiasa, sedar sesedarnya dan peka, menolak segala kedengkian dan meninggalkan kesedihan demi lokamaya sementara; sentiasa merenung perasaan sebagai perasaan...; sentiasa merenung minda sebagai mindaa...; sentiasa merenung minda bahan-bahan sebagai minda bahan-bahan, begejolak sentiasa, sedar dan peka, meletakkan kedengkian dan kesedihan demi lokamaya ke sebelah sahaja. Inilah dia Kepekaan Yang Benar!

8. Samyag Semadhi

Ajar-ajar, memutuskan diri daripada keinginan deria, terputus daripada keadaan mental yang kotor, memasuki dan mesti sentiasa memastikan jiwa berada dalam jhana pertama, yang dicapai dengan berpikir dan merenung diri, dipenuhi dengan kesukaan bahagia hati ketika itu.

Dan dengan berhenti beransur-ansur berpikir dan merenung pula, menerusi pencapaian ketenangan dalaman dan bulatnya pemikiran, maka masuklah ajar-ajar itu ke jhana kedua. Yang tanpa berpikir dan merenung itu, maka timbulnya tumpuan, dipenuhi dengan suka hati bahagia.

Dan dengan hilangnya suka, kekal dalam ketenangan tidak lagi menunjukkan tindakbalas kepada kejadian yang mengujakan mahupun yang menyedihkan, peka dan jelas sekali sedar, dia lalu mengalami keadaan bahagia seperti yang disebut baginda Phra Buddha, "Bahagialah dia yang berada dalam ketenangan jiwa dan peka sentiasa" lalu masuklah ke jhana ketiga.

Dan dengan melepaskan keseronokan lokamaya dan kesakitan lokamaya, dan dengan hilangnya kesukaan dan kesedihan lampau, dia lalu masuk dan beradalah dalam jhana keempat yang murni dalam ketenangan jiwa dan kepekaan. Tidak lagi dirasai olehnya sakit atau pun rasa suka lagi. Yang ini disebutlah Tumpuan Yang Benar!

Penutup Masukan

Sebenarnya tajuk ini sudah kita bicarakan pada asas ajaran baginda Phra Buddha. Bagi penganut ajaran guru lainnya seperti aliran Saiwa dan Waisnawa, aku tidak sebutkan perkara ini untuk menjadikan anda sebagai penganut ajaran Buddha atau ingin memasukkan anda ke dalam Sangha Buddha. Itu bukan niat aku yang sebenarnya. Aku turut mengamalkan juga tradisi bangsa Brahmana yang rapat dengan aliran Waisnawa kerana perkaitan Brahmana kita dalam Triwangsa itu cuma aku menurut juga kepada ajaran baginda Phra Buddha. Tradisi ajaran Buddha yang dekat di rantau kita ini sangat berkait rapat dengan aliran Langkawangsa dari cawangan besar aliran Therawada yang ringkas-ringkas sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan