Swasti Srih
Yang ini turut terpakai pada karya yang tersebutkan walaupun dengan yang tersebut itu kurang pula pada kejelasan bagi penyebabnya. Tapi yang ditemui dalam Negarakertagama itu selaraslah dengan yang dibuka pada lipatan kekawin Kamahayanikan terutamanya mengenai Buddha Dhyani, sebutan tentang Lokeswara dan juga Wajrapanni serta tempat tertinggi utama bagi Sang Wairocana dalam soal jawab mengenai tokoh pencetus dewata dalam ajaran Buddha Mantrayana.
Semua ini memberikan nyawa kepada Sang Hiyang Kamahayanikan serta Tantrayana. Rupa bagi tapak perlindungan pada Jajaghu, Amoghapasa dan temannya semua, selaras juga dengan Negarakertagama dengan mantra bijanya semua pun ada ditemui pada prasasti bertulisan emas. Pendek kata, dapatlah dipastikan bahawa ajaran Buddha aliran Mahayana di Jawa Timur ketika samaya daun lontar kerajaan Majapahit itu tak lain dan tak bukan mempunyai nyawa Tantrayana dari Sang Hiyang Kamahayanikan.
Tapi, bagaimana pula dengan samaya sebelum Majapahit? Tiga kurun sebelum terbitnya catitan Negarakertagama, raja Airlangga bersinggahsana dan memerintah. Adalah seorang Brahmana Jawa ini bernama Mpu Bharadah, yang didengar oleh kita menerusi prasasti 1289 sebagai acarya Siddha Yoga. Pada prasasti itu, dibahagikanlah kerajaan orang di Jawa kepada dua bahagian dan bagaimana pemerintahan berjalan kuranglah jelas pula. Diterangkan mengenai amalan Kumbhawajrodaka. Wajarodaka ada ditemui dalam Sang Hiyang Kamahayanikan. Mungkin yang kita ketahui mengenai Mpu Bharadah itu datang dari samaya kemudiannya jadi masih tak jelas juga mengenai ajaran Buddha dan Tantra pada ketika raja Airlangga.
Pada pengenalan Sang Hiyang Kamahayanikan, didapati bahawa karya ini berkaitan rapat dengan raja Jawa yang bertepatan dengan prasasti. Nama baginda raja Sindok, dengan nama abisekam baginda Sri Isana memerintah sekitar 929-947. Jika menurut pengenalan Sang Hiyang Kamahayanikan itu, kemungkinan ajaran Tantrayana dalam masyarakat Hindu-Buddha Jawa itu datang dari samaya permulaan kurun ke-10 M. Tanpa disangka pula, ia dipastikan lagi menerusi bukti dari India Dalam, pada prasasri berkenaan dengan perletakan batu dasar kawasan biara pada 908-911 yang mencatatkan berlaku dua yatra ke Yawadwipapuram atau Pulau Jawa bagi mempelajari Siddhayattram atau widya kesaktian. Yang ini memberi bukti bahawa pengamalan kesaktian sudah berkembang di negara pulau itu pada samaya lampau walaupun pengamalan tersebut tak dikaitkan pada kata-kata dengan penganut ajaran Buddha kerana bukti ditemui dalam kawasan penganut agama Hindu Saiwa di situ dan sedikit dalam kawasan penganut ajaran Buddha. Tapi pasti lah kita, bahawa ajaran Buddha di situ turut melibatkan pengamalan bacaan mantrayana.
Sebutan tentan raja Sindok itu sendiri memberi gambaran bahawa baginda itu raja terakhir di situ, yang memerintah dua bahagian Timur dan Tengah Jawa. Bermula dengan baginda, Jawa Timur naik serinya dan jatuh serinya Jawa Tengah. Nama raja Sindok ini lah yang menimbulkan tanda tanya: berapa dalamnya perkaitan ajaran Tantrayana dengan nama itu menerusi sastera ajaran Buddha Mantrayana ini serta dengan Jawa Tengah?
Pertamanya, pertimbangkanlah bahwa di Jawa Timur, sastera ini memberikan kita arah yang betul bahawa tinggalan dan ong rupa di situ berselari dengan penerangan namun tak cukup pula untuk kita jadikan penanda bagi ajaran Buddha yang tertancap hanya dengan tinggalan purwa. Bagi Jawa Tengah pula susahlah hendak ditentukan kerana tak ada sastera langsung yang bercakap mengenai ajaran Buddha. Hanya ada pun tinggalan runtuhan sahaja. Jawa Timur sahaja yang menjadi kesinambungan kepada Jawa Tengah. Yang di Jawa Tengah sana, ditemuilah Trailokiyawijaya berkaitan dengan Tantrayana. Selain itu pecandian Mendut yang ada memaparkan gambaran Lapan Bodhisattwa Agung.
DeVisser dalam kajiannya tentang Bodhisattwa Ksitigarbha di China dan Jepun, tumpuan besar diberilah kepada Bodisattwa Berlapan itu. Didapati bahawa Bodhisattwa ini semua hanya ditemui dalam sutra-sutra aliran Tantra Buddha dan walaupun ada juga gambaran Bodhisattwa ini dalam gua Ellora di India sana yang menunjukkan bahawa umumnya aliran Mahayana turut bercakap tentang Bodhisattwa Berlapan ini, tapi aliran Tantrayana atau Mantrayana pada kadar sebarangnya itu membuat siar raya pula bagi Bodhisattwa ini. Bagi biara Lama di Tibet dan Himalaya pula, Bodhisattwa Berlapan ini memegang peranan terutama pula.
Umum yang dikenali sebagai Tantrayana itu, adalah berkenaan dengan amalan yang selari dengan yogacara. Perkembangannya dari Asanga ke aliran yang diamalkan para Lama di Tibet. Aliran Mantrayana di Jawa ini dah tentunya bukan merupakan rupakarah yang tercetus begitu sahaja, sebaliknya ia tercetus dari titik dasar dalam aliran yogacara yang sudah diketahui ramai ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan