Isnin, 23 September 2013

Ajaran Buddha dan Naga Sri Lanka

Swasti Srih!


Di Lankadwipa atau Sri Lanka, dikaitkanlah ajaran Buddha itu dengan orang Sinhala. Manakala orang Tamil di mana pun sangat berkait rapat dengan ajaran Saiwa dalam tradisi kehinduan. Namun terdapat beberapa perkaitan ajaran Buddha dengan orang Drawida berdasarkan kepada itihasa.

Semenanjung Jaffna

Naga Diwu atau Naga Nadu merupakan nama yang merujuk kepada seluruh Semenanjung Jaffna dalam salinan catitan itihasa lama. Terdapat beberapa cetera Buddha sendiri yang dikaitkan dengan hubungan penduduk tempatan di situ dengan Sang Buddha Gautama.

Cetiya Tamil Buddha ada terdapat berdekatan dengan Pura Nainadiwu Nagapusani Amman di Nainadiwu, dan pura itu merupakan salah satu daripada tetesan Sakti Pitham. Kata nama Naga kadangkala ditulis dalam prasasti mula sebagai Naya seperti juga Naganiga. Kata ini ada terpahat dalam prasasti Nanaghat terpasak pada 150 SM.

Ong rupa Phra Buddha di Wallipuram turut dibina dengan tradisi arca Drawidia dari Amarawati di Andhra Pradesh atau dikenali sebagai aliran senibina Amaravati. Ia ditemui dari carigali di bawah pura Hindu. Bahasa terpakai dalam prasasti itu adalah bahasa Tamil-Prakrit. Ia berkongsi beberapa persamaan dengan prasasti bertulis yang diperguna di Andhra Pradesh ketika itu. Tatkala wangsa Satawahana berketurunan Telugu berada di kegemilangannya dan ketika pemerintah wangsa Hala yang ke-17 (20-24 M) berwiwaha dengan puteri dari pulau itu.

Prof. Peter Shalk dari Universiti Uppsala menulis bahawa, "Wallipuram itu sangat kaya dengan tinggalan purwanya serta merupakan kawasan penempatan awal manusia. Kemungkinannya ia merupakan sebuah emporium pada kurun pertama masehi... Dari batu bertanggal yang dibandingkan dengan ong rupa Phra Buddha itu, bolehlah disimpulkan bahawa ia jatuh pada kurun ke-3 dan ke-4 M. Ketika itu, pembentukan ong rupa Phra Buddha dibangunkan menurut gaya seni reka Amarawati". 

Selain itu, terdapat juga ong rupa dana pemberian baginda Seri Maharaja Pradesh Thailand oleh tuan gabenor British, Henry Blake pada 1906. Dr. Indrapala membahaskan bahawa terdapat aryadharma Buddha di Jaffna sejak sebelum kemunculan ajaran Kristian. Pranawithana dan Mudliyar C. Rasanayagam turut bersetuju dengan beliau dalam karya berjudul Jaffna Purwa, 1965.

Wallipuram ini hampir serupa dengan Nagapattinam yang mana semua berangai orang sebelah timur akan berhenti di situ. Para penganut ajaran Buddha dan dagoba atau stupa Hindu pu berhenti rehat juga kerana terdapat tempat pemujaan mereka di situ yang memang disediakan bagi kemudahan pedagang antarawangsa. Kota Nagapattinam dan Wallipuram mempunyai persefahaman dan melayani kerajaan-kerajaan berkuasa di rantau China, Siam, Kemboja, Chempa dan Jawa.

Sekelompok cetiya terletak berdekatan dnegan tapak Kandarodai merupakan tapak yang menjadi kawasan biara bagi bhikkhu berketurunan Tamil yang menganuti ajaran Buddha aliran Mahayana. Ajaran Buddha aliran Mahayana sangat terkenal dalam kalangan orang Tamil di Jaffna dan juga di negara Tamil purwa ketika kurun permulaan sebelum terjadinya pembaharuan semula agama orang Hindu yang menyaksikan orang ramai bergelombang menganuti ajaran agama Hindu.

Trinkomalee

Tiriyai dirujuk sebagai Thalagori pada kurun ke-2 M dalam peta Ptolemy. Ditemuilah jua prasasti Tamil Brahmi pada tempat itu yang dicatit dari kurun ke-2 SM. Thiriyai ini membentuk kampung terkenal di Semenanjung Jaffna, dalam bhumipadam Wannimai pada samaya pertengahan. Tapak itu adalah tapak bagi runtuhan Wadatage menurut ajaran Buddha Mahayana yang dipuja oleh penduduk tempatan semasa kebangkitan gerakan ajaran Buddha dalam kalangan orang berbahasa Tamil.

Semasa pemerintahan raja Parameswarawarman I, prasasti terkenal dari Thiriyai bertulisan Pallawa Grantha kurun ke-7 sampai ke-8 M samaya Tamilagam dicatat di kampung itu. Prasasti itu merujuk kepada pedagang kelautan keturunan Tamil dari negara Tamil di sebelah India sana, mengembara dalam pelayaran dan perdagangan di Trinkomalee. Pedagang-pedagang itu mencatatkan dana mereka kepada kebaktian pada sanggar Sang Awalokiteswaram serta saktinya, Dewi Tara.

Arca Dwarapalam ditemui dalam runtuhan itu merupakan sumbangan kesenian dari aliran kesenian Pallawa dalam pulau itu. Wangsa Cholawarman turut membiayai serta memayungi beberapa agama dharma yang dianuti masyarakat berbahasa Tamil seperti agama Saiwa, agama Waisnawa dan ajaran Buddha. Mereka turut terlibat dalam pembinaan pura penganut ajaran Buddha yang dikenali sebagai Perumpalli. Yang terkenal sekali dibina oleh Seri Maharaja Rajaraja Chola I dikenali sebagai Sri Rajarajaperumpalli di Periyakulam. Prasasti dicarigali dari tapak ini merupakan tapak yang diberi perhatian oleh raja dari wangsa Chola yang merupakan sebahagian daripada rangkaian kemajuan bhumipadam Trinkomalee. Mereka turut menjadikan bhumipadam ini sebagai kawasan kubu kuat bagi penganut agama Hindu Saiwa dalam kalangan orang Tamil. Sumbangan mereka dalam pembinaan beberapa sangraham dan pura termasuklah dalam pembinaan Pura Sri Koneswaram di Trinkomalee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan