Sabdawali dewa ini tidak merujuk kepada golongan semulajadi makhluk, tapi merujuk secara cakrawartinya bagi memasukkan semua makhluk yang lebih berkesaktian atau lebih suka bahagia daripada manusia. Ia turut memasukkan jenis makhluk halus lain yang ditahapkan pula. Yang rendah tahapnya itu lebih dekat cirinya dengan manusia dibandingkan dengan dewa jati tinggi.
Dewa dibahagikan kepada tiga golongan wangsa yang berada dalam tiga dhatu atau tiga alam di Jagat mereka dijelmakan. Dewa Arupiyadhatu tak ada jasad kasar atau tempat, mereka berdiam dalam tapa tanpa rupa. Mereka ini mencapai tahap ini menerusi tahap tapa tinggi dalam kehidupan jiwa lampau mereka. Mereka tidak berhubungan langsung dengan seluruh Jagat dah.
Dewa Rupadhatu ini ada jasad kasar. Tapi tak ada jantina dan tak ada nafsu. Yang ini lebih kurang gambaran makhluk halus tahap tinggi orang di Timur Tengah sana lah kot. Mereka tinggal ramai-ramai di sorga atau loka dewata yang naik, lapis demi lapis, atas bumi. Mereka ini dibahagikan lagi kepada lima kumpulan utama:
- Dewa Suddhawasa yang dijelmakan daripada Anagamin, pengamal tapa pencerahan yang meninggal tak lama lepas mencapai tahap Arahant. Bramha Saghampati yang muncul kepada Phra Buddha yang baru-baru dicerahi, baginda Siddharta Gautama, itu merupakan jenis Anagami yang merupakan jiwa kepada manusia yang dicerahi sebelumnya. Mereka ini adalah jiwa yang melindungi dan menjaga ajaran dharma di bumi, dan akan menghantar pencerahan sebagai Arahant apabila mereka keluar dari loka Suddhawasa. Yang tertinggi dalam alam ini adalah, Akanishtha.
- Brhatphala iaitu para dewa yang berada dalam tahap tenang mencapai tahap Dhyana Keempat.
- Syubhakretsna iaitu dewa yang berada dalam suka tahap Ketiga Dhyana.
- Abhaswara iaitu dewa yang menikmati kesukaan tahap kedua Dhyana.
- Bramha iaitu dewa yang mengambil bahagian giat dari Dhyana Pertama. Mereka ini banyak terlibat dalam loka bumi ini dibandingkan dengan dewa tahap tinggi lain. Kadangkala mereka ini masuk campur dan memberi nasihat atau mendengar keluhan manusia dan makhluk di bumi.
Setiap kumpulan dari loka dewa ini mempunyai tahap-tahap kedudukan. Tapi semuanya masih dalam kumpulan sama yang mampu berhubung dan berbicara sesama sendiri. Pada masa yang sama, kumpulan dewa yang lebih rendah langsung tak mempunyai pengetahuan langsung tentan kewujudan dewa jati tinggi. Maka, atas sebab ini lah, para Bramha menjadi bongkak, berasakan diri mereka itu sebagai pencipta loka mereka sendiri dan seluruh loka di bawah mereka. Kerana mereka ini wujud dahulu sebelum loka mula wujud.
Dewa di Kamadhatu pun mempunyai rupa jasad kasar sama, tapi lebih besar daripada manusia. Mereka ini hidup sama macam manusia, walaupun panjang usia lebih daripada manusia dan lebih suka bahagia. Kadang kala mereka pun terbuai dengan kesukaan mereka. Ini adalah alam yang mana Sang Mara mempunyai pengaruh terkuat. Dewa tertinggi dalam Kamadhatu ini hidup dalam empat sorga yang terapung di udara, menyebabkan mereka bebas daripada pertelingkahan bumi di bawah. Dewa Kamadhatu ada empat jenis semua:
- Parinirmitawasawartin iaitu dewa-dewa mewah yang dalamnya ada jenis Mara juga
- Nirmannarati
- Tushita, yang dalam kalangan mereka ini jiwa Sang Maitreya kini berdiam
- Yama.
Dewa jati rendah dalam Kamadhatu tinggal di bahagian-bahagian di pergunungan di tengah bumi, Sumeru. Mereka ini lagilah bernafsu besar dibandingkan daripada dewa jati lebih tinggi. Bukan saja mereka berperasaan seronok tapi juga berhumbas dan berkelahi... Ada dua jenis iaitu:
- Trayatimsah, dewa yang tinggal di Gunung Sumeru lebih kurang macam keterangan orang Yunani mengenai dewa Olympus. Dengan ketua pemerintah mereka, Sang Sakra Betara Indra.
- Caturmaharajikakayika, dewa yang termasuklah raja kesatria penjaga empat benua bumi. Ketua segala raja ini adalah Waisrawanna, tapi semua mereka ini pun tunduk kepada Sang Sakra. Mereka ini termasuk dalam golongan separa dewa di bumi atau roh alam seperti Khumbannda, Gandharwa, Naga, dan Yaksa. Kemungkinan juga bangsa Garuda termasuk dalamnya.
"Tambahan lagi, harus juga kau sebutkan dewa-dewa: "Ada dewa dalam kalangan Empat Raja Agung, dewa-dewa tiga puloh tiga..." (196. Dh.) "Pemberi bahagia maka kita akan jadi seperti dewasura". Kadangkala termasuk dalam kalangan dewasura, kadangkala dimasukkan dalam kalangan lain iaitu, asura, lawan yang muncul selepas dua kumpulan dewa, yang cirinya itu suka berperang saja kerjanya!
Manusia ini dikatakan pada asalnya mempunyai kesaktian banyak serupa dewa juga. Mereka tak perlu makanan, ada kemampuan terbang melayang di udara, dan bersinar sendiri. Masa demi masa, anak cucu manusia mula makan makanan pejal, tubuh menjadi kasar dan hilang habis kesaktian. Ada jua ciri kemanusiaan dinirwacanakan kepada baginda Siddhartha Gautama bagi dewa dan dewi. Dikatakan dewa itu seorang yang tinggi bagus akhlaknya. Bukan ertinya dewa itu Tuhan! Kalau dari segi bahasa orang yang ikut agama pak Arab itu, lebih kurang macam, "Baik sungguh si Balarama itu, serupa malaikat!!" Atau bahasa Inggerisnya, "like angel". Serupa juga lah halnya dengan nirwacana lain, contohnya, "neraka" itu dikaitkan dengan emosi yang menyakitkan dan menyesakkan jiwa.
Kalau jenis makhluk halus dalam agama orang Timur Tengah sana, ada jin, ada setan ada mala'un. Jin itu mungkin jenis dewa atau makhluk halus yang rendah jatinya. Mara itu mungkin setaraf dengan setan. Setan itu katanya jenis jin. Tapi yang aku dengar dipanggil juga orang jahat itu setan, binatang jahat degil itu setan, jenis jin atau makhluk halus ketegar jahat itu setan. Jin itu bahasa Arab katanya bererti makhluk yang tersembunyi dari pandangan mata kasar manusia jenis orang bunian. Tapi kehadirannya ada di sekitar manusia cuma di alam yang berlainan. Tidak sempat nak korek lagi. Nanti dikorek sedikit-sedikit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan