Jumaat, 4 Oktober 2013

Teori Jagat Raya Hindu: Planet, Matahari dan Bulan

Om Swastiastu!


Kalau hendak belajar mengenai sains dan Jagat Raya, bolehlah tuan budiman membuka Srimad Bhagawatam. Banyak yang belum diterokai lagi. Struktur Jagat Raya ini serta seluruh fizikanya itu sudah disebut dalam sastera-sastera Hindu seperti Srimad Bhagawatam dan weda-weda yang usianya ribuan tahun namun sampai kini pun cendekiawan masih belum habis menerokainya. Bagi penginjil (orang Kristian) yang sebok sangat hendak mengkristiankan orang Hindu-Buddha, tak payah la nak sebut mengenai 2500 tahun dulu Bible menyebut mengenai alam semesta. Aku tak berminat. Aku cuma membuka pintu bilik aku kerana aku bersopan santun menurut adat orang Timur. Jika tidak ada tenang dan jaga, pasti ku hempas sahaja pintu ke muka mereka terutamanya bila direndah-rendahkan baginda Phra Buddha Siddhartha Gautama yang aku sayangi!!!!!!

Cetusan Jagat Raya

Yang ini bukannya mengenai bumi ini tetapi mengenai Jagat Raya yang dalam bahasa Arabnya disebut Alam Semesta yang maha luas. Srimad Bhagawatam menyebut bahawa keseluruhan jangka hidup Jagat Raya ini adalah 100 hari sejagat dan 100 malam sejagat. Setiap sehari dan semalam sejagat itu lamanya 432,000,000 tahun bumi. Maksudnya di sini, siang hari bersamaan dengan 432,000,000 tahun bumi dan malamnya pun begitu. Dijelaskan juga bahawa ada dua jenis cetusan semula iaitu cetusan semula separa dan cetusan semula penuh. Selepas siang hari masa Jagat Raya, kehancuran separa akan terjadi, menandakan masuk malam hari Jagat Raya. Lepas malam terjadi, masuk siang semula dan cetusan separa Jagat Raya terjadi semula menandakan siangnya kembali. Begitulah setiap hari di Jagat Raya yang kita di bumi yang maha halus ini tidak nampak atau rasa. Kehancuran menyeluruh Jagat Raya itu akan terjadi lepas 100 hari dan malam Jagat Raya yang mana seluruh rupakara bintang, planet dan bima sakti berlanggar sesama sendiri terhentam berlaga dan gugur-guru dalam Jagat Raya yang hitam itu.

Rupakara Berkaitan Planet

Dalam sastera suci weda, dijelaskan ada 14 rupakara tingkatan planet dalam Jagat kita. Dari yang teratas sampai ke bawah:

1. Satyaloka
2. Tapaloka
3. Janahloka
4. Maharloka
5. Swarloka
6. Bhuwarloka
7. Bhuloka
8. Atala
9. Witala
10. Sutala
11. Talatala
12. Mahatala
13. Rasatala
14. Patala

Disebut lagi dalam Srimad Bhagawatam bahawa bumi kita ini ada dalam tahap Bhuloka dan dalam rupakara keplanetan Bhumandala. Planet-planet dalam Bhumandala terbahagi kepada tujoh bahagian kecil. Dari kejauhan, nampak Bhumandala atau Bimasakti ini seperti cakera saja. Bawah 14 tingkatan ini, ada satu bintang atau planet yang disebut Pitriloka. Pitriloka ini adalah rupakara bintang-bintang yang dalamnya ada neraka-neraka. Ada pecahan 27 cawangan bima lagi dengan beratus ribu planet kecil dalamnya. Maka, dijelaskan bahawa tahap kesedaran roh yang dihantar ke Narakaloka dalam Pitriloka itu mengecut ke tahap yang sekecut-kecutnya. Tolonglah ambil perhatian tuan-tuan, rakan aku yang budiman. Neraka bukan mainan! Janganlah memandang rendah pada seksaan neraka walaupun ada jelmaan semula. Seperti yang diceterakan orang tua-tua, untuk dijelmakan dalam rupa kita ini sebelum mencapai moksa atau parinirwana itu bukanlah mudahnya ratusan ribu tahun juga diambil! Maka, marilah sama-sama kita membantu sesama sendiri moga segera jiwa kita terbebas dari belenggu ini...

Matahari dan Orbitnya

Bhagawatam membolehkan kita mengira umur sebenar matahari dan jangka hidupnya yang sebenar. Matahari jika dikira dari tahun 1990 terjelma sejak 155,521,960,853,098 dan akan terpadam selepas 155,518,039,146,902 tahun dari tahun 1990. Dalam jangka hayatnya itu, kemusnahan separa memang terjadi. Dalam tempoh-tempohnya ia akan menyejuk dan terpadam sedikit demi sedikit. Kemusnahan separa yang lalu terjadi pada 6280,853,098. Yang akan datang pada selepas 2,359,166,902 dari kiraan tersebut.  

Bhagawatam 5.21.8-9 menyatakan bahawa, "Manusia di negara-negara yang berada di titik yang ukur lilitnya itu berlawanan dengan matahari akan nampak matahari terbit dahulu, akan ternampak pula matahari tenggelam jika garis lurus dilukis dari ketika matahari berada di tengah jalan, lantas manusia di negara yang terletak di ujung berlawanan garisan pula akan merasai tengah malam dan begitulah seterusnya". Ayat ini menunjukkan bahawa ciri bulat bagi bintang-bintang atau bumi sudah diketahui beratus tahun lamanya sebelum ahli falsafah Yunani seperti Thales dan Aristotle mencadangkan bahawa bumi ini rata sahaja.

Bhagawatam 5.21.19 menyebut, "Dalam laluan (orbit) nya menerusi Bhumandala, matahari belayar sejauh 95,100,100 yojana pada kelajuan 2000 yojana dan dua krosah dalam satu saat. Dikira dengan kiraan moden, jauh perjalanan matahari itu adalah 760,800,000 batu dan kelajuan memenuhi putaran sempurna sejauh 16,004 sesaat. Hampir dekat dengan kiraan astronomi moden.

Bulan dan Orbitnya

Surya Siddhanta menyebut yang ukur lilit bulan itu, sama dengan 2,400 batu dan pusingan putarannya itu dalam orbitnya 1,620,000 batu. Bhagawatam 5.22.8 menyebut, "Bulan beredar pada kelajuan yang melampaui kelajuan matahari. Dalam dua purnima, bulan berpusing menerusi orbitnya hampir setahun matahari, dua purnima dan sesuku harinya sama dengan sebulan matahari. Sehari di bulan sama dengan sepurnima matahari".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan