Dokumen ini datang dari salinan dokumen Salimbado Buah Tarok, rasanya orang sebelah Minangkabau di Indonesia atau mungkin di sebelah Medan kerana bentuk bahasanya seperti bahasa Minangkabau. Kerajaan Sriwijaya sebelah Jawa Tengah diperkatakan berhubungan rapat dengan keluarga kedatuan ini. Dokumen tersebut berjudul, "Datuk Di Ngalau: Dapunta Hiyam Sailendra Gunong Marapi". Yang ini aku rasa masih baru lagi di sini tapi cetakannya sudah ada semenjak 1992 lagi. Jadi boleh dilihat sendiri turunan kelompok diraja sebelah Minangkabau dan Sriwijaya di Suwarnadwipam atau Sumatera sana.
Pupuh pembukanya menyebut Pusat Jala Pulau Emas, Menurunkan Wangsa Raja-Raja Melayu Sriwijaya. Maka yang ini kita melihatnya secara itihasa wangsa Hindu dan bukannya menurut kepada politik persempadanan kenegaraan kerana empayar Sriwijaya ini bukan mewakili mana-mana negara bangsa moden hari ini. Sriwijaya cuma Sriwijaya. Ia adalah sebuah kerajaan penganut ajaran Buddha dengan raja-raja keturunan wangsa Hindu. Tersebut bahawasanya Sailendra itu dipecahkan katanya kepada Saila dan Indra. Saila ini merupakan nama suku yang mendiami negeri sekitar Gunung Mahendragiri di India Selatan. Di India Selatan ada dua gunung yang namanya seperti ini. Satu di negeri Tamil Nadu dan satu lagi di negeri Kalinga. Yang mana satu negeri rujukan tidaklah penyalin masukan ini ketahui kerana Kalinga dan Tamil Nadu itu bukan negeri yang sama tapi lain. Kalinga itu di sebelah Utara daripada Andhra Pradesh.
Mahendragiri
Mahendragiri itu dipecahkanlah menjadi Maha Indra dan Giri. Maha Indra itu adalah baginda Betara Indra tertinggi yang bersemayam di puncak gunong. Maka ada masanya disebut Mahendra itu menjadi Mandara atau Manduro bagi merujuk salah satu puncak di Gunung Merapi itu sebagai Puncak Manduro. Penduduk sekitar menyebutnya Bukit Manduro sahaja. Tak pasti yang ini merujuk yang di Pulau Jawa atau memang gunung itu ada di Minangkabau di Sumatera sebab yang terkenal diketahui gunung dengan nama itu cuma ada Jawadwipam. Tambo Salasilah Raja-Raja Minangkabau menyebut sebuah kerajaan mulaan di lereng Gunung Merapi sebagai kerajaan Galun di Nan Baselo. Kata Selo itu dari kata bahasa Hindu kita iaitu, Saila cuma dalam sebutan orang Minang itu disebut Selo atau Sila. Kedudukan Sila ini merujuk juga kepada Padmasana yang dalam budaya Hindu Minangkabau dirujuk sebagai bersila. Keadaan ini sebenarnya memberi lambang bahawa ada tempat tapa semadhi di kerajaan itu.
Kerajaan Galundi, yang sebelumnya dalam Tambo Minangkabau sebut sebagai Lagundi itu mengukir nama gemilang dalam catitan sejarah sejak kurun ke-11 SM sampai ke-10 SM. Tambo menyebut bahawa seorang rajanya menjadi Duli Yam Dipertuan ketika itu kemudian memindahkan kedudukan kerajaan pusat dan membuka pusat negara baru di lereng Gunung Merapi. Kota baru disebut sebagai Koto Pasumayam iaitu Kota Persemayaman Diraja dengan bentuk pecandian yang terdiri daripada batu-batu, singgahsana dan tempat menghadap pembesar pun diperbuat daripada batu segala disebut sebagai Batu Kadudukan.
Disebabkan itu, tapak tersebut dipanggil Pasumayam Koto Batu. Letaknya di ulu sebuah sungai yang dalam Tambo disebut samaya dulu sebagai Sungai Una di bahu Gunung Merapi. Dalam perkembangan terkemudian, berdiri pula kampung baru sekitarnya bagi kedudukan raja-raja kemudian. Disebut sebagai Candi Laweh dan Padang Panyaringan. Mulanya sebagai perkampungan kelompok diraja dan tempat bertapa ajar-ajar yang menjalani sadhana memuja para dewata di tempat tinggi. Lereng gunung itu subur, dengan punca mergasatwa yang menguntungkan menyebabkan mereka memilih tinggal berdiam di situ. Ramailah pendatang baru masuk membuat negeri di lereng Gunung Merapi terkenal itu.
Kekawi Hindu yang terkenal kurun ke-3 SM menyebut bahawa di Timur itu ada negeri disebut Trikutanilayam. Negeri itu berada di tiga puncak gunung. Salah satunya disebut Manduro, salah satu daripada himpunan perbukitan sebelah selatan Gunung Merapi. Ada juga kepercayaan lain penduduk di situ menyebutnya dengan nama Mahameru. Nama Mahameru itu dipakai sampai kurun ke-13 M seperti dalam Prasasti Sarwasa. Maka diberi nama salah satu puncak bukit itu yang tinggi sekali sebagai Mahendragiri yang mengertikan tapak itu adalah tapak bersemayam baginda Betara Maha Indra. Seperti nama gunung tempat mereka di negeri asal di benua Hindu.
Ada sebuah sungai yang ulunya di gunung itu mengalir ke pesisir timur masuk ke negeri Riau terus ke lautan. Sungai itu mengalir menuju ke pesisir timur Sumatera lalu disebut sebagai Batang Indragiri. Ertinya, sungai yang alirannya terbit dari Gunung Indra. Jadi, Mahendragiri ini merupakan nama puncak Gunung Merapi yang terletak di pusat Pulau Sumatera. Tapi, nama manjanya itu Bukit Manduro sahaja yang terkenal dalam kalangan penduduk lereng bukit di situ. Sekitar lereng itu ada perkampungan seperti Batur, Sungai Jambu, Bulan Sariak, Jambak Ulu dan Labu Atan. Puncak lain disebut Bukit Seguntang Guntang Merapi. Ia berada di puncak pada perkampungan Galundi Nan Bersila itu. Sebelum muncul nama Gunung Merapi, disebut tempat itu sebagai Bukit Seguntang, Guntang Mahameru.
Berkurun-kurun lamanya tenggelam, perkampungan tertua di Sumatera seperti Candi Laweh, Padang Penyaringan, Galundi Nan Bersila, Persemayam Kota Batu, Batur dan lain-lainnya itu pun hilang begitu sahaja. Dalam Prasasti Sarwasa pula menyebut dua pemimpin ketika itu, Perpateh Tudang dan Temenggung Kudawira. Kampung Galundi Nan Bersila itu muncul kembali ketika kurun ke-14 M, sewaktu lahirnya Datuk Suri Diraja yang menjadi Pengulu di lereng puncak Gunung Merapi bersama dua anak menakannya, Datuk Ketemenggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang. Dua orang datuk itu nanti menurunkan budaya yang diamalkan kebanyakan orang Melayu dan orang Minangkabau walaupun sekarang ini mereka tidak menganut ajaran Buddha atau agama Hindu lagi. Rupakarah adat Ketemenggungan menurut kepada rupakara mula Kota Piling manakala rupakara mula adat Perpateh itu dari Bodi Caniaga. Kedua-dua adat ini saling berhubungkait walaupun berpecah.
Kampung Galundi Nan Bersila yang disebut jua sebagai Seguntang Mahameru sekitar kurun ke-14 M berkembang sampai ke ilirnya dengan nama sampai sekarang disebut Batur. Candi Laweh dan Padang Penyaringan kemudian ditinggalkan penduduknya. Begitu juga dengan kampung lama di Galundi Nan Bersila yang mana penduduknya berpecah membuka kampung lain seperti Sungai Jambu, Batur, Bulan Sariek, Jambak Ulu dan Labu Atan. Kemudian pusatnya Negeri Sungai Jambu serta kota-kota yang terletak di bahu Gunung Merapi.
Di Batur akan kenampakanlah Gunung Merapi dengan salah satu puncaknya yang terletak sebelah selatan dengan nama Gunung Manduro. Bawah lerengnya pada ketinggian lebih kurang 1000 m terdapat kampung Candi Laweh dan sebuah bukit disebut Gunung Ranjani dengan perkampunyan Penyaringan. Sebelah kiri akan nampak juga Gunung Seguntang Mahameru dan bawahnya ada bekas Kampung Galundi Nan Bersila atau perkampungan Seguntang Guntang. Itulah puncak Gunung Merapi, Pusat Jala Tampuk Loka Minangkabau yang berkait dengan Sriwijaya.
Keturunan Sailendrawangsa
Menurut Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang sekitar kurun ke-14 M, disebut sebelum dikenali sebagai Minangkabau, datuk nenek orang-orang ini dipimpin oleh Dapunta Hiyam dari Kauṇḍiñawangsa masuk ke Seguntang Mahameru di Gunung Merapi, Suwarnadwipam. Kemudian orang-orang di Gunung Merapi itu menyebut diri mereka sebagai Malayur atau orang-orang pergunungan dalam bahasa Hindu. Lagi dibangsakan orang-orang dari turunan wangsa ini dan pengikut baginda Dapunta Hiyam sebagai Malayur atau Melayu.
Kemudian dipakai nama Sailendra iaitu Betara Indra yang menguasai gunung dipakai buat merujuk wangsakara Hindu ini. Diakui juga oleh sejarawan pakar bahawa Sailendrawangsa ini adalah wangsa bagi orang Melayu-Hindu dari Sumatera. Pusatnya di sekitar jajaran gunung bukit barisan sebelah Barat bahagian tengah Sumatera dengan puncak Gunung Merapi yang letaknya di negeri Sumatera Barat dalam Indonesia kini. Maka persoalan yang ditimbulkan oleh yang memasukkan masukan ini (bukan aku) timbul bahawa adakah dapat dipastikan Sailendrawangsa ini merupakan penduduk di Gunung Merapi dalam Sumatera? Apakah hubungan mereka ini dengan fakta sejarah yang dikumpulkan sejarawan? Seperti Sriwijaya, apakah Sriwijaya ini nama raja atau nama kerajaan sahaja? Sriwijaya ertinya cahaya kemenangan?
Turutan Raja Sailendrawangsa dalam Sriwijaya
Yang ini cuma yang di pusat Sumatera bukannya di bahagian Jawa, Kalimantan atau Selatan Siam sebelum kemasukan orang Tai-Kadai menyerap negara orang-orang Melayu penganut Buddha Selatan Siam ke dalam wangsa Siam sekitar kurun ke-12 M....
Dapunta Hiyam Sailendra, 674 M
Dapunta Hiyam Sri Jayanasa, 682-684 M
Sri Maharaja Lokitawarman, 670-730 M
Sri Maharaja Indrawarman, 718 M
Sriwijayendra Raja, 730-775 M
Dapuntra Hiyam Sri Maharaja Sang Rama Dhanajaya
Sri Maharaja Indrawarmanadewa, Raja Sriwijaya, 775-782 M
Dapunta Hiyam Sri Maharaja Samaragrawira, 782-819 M
Dapunta Hiyam Sri Maharaja Samaratungga Dewa, 819-842 M
Balaputradewa Raja Suwarnadwipam, 850 M
Sri Maharaja Cudamaniwarman, 1003 M
Sangramawijayatunggawarman, 1025 M
Sekitar kurun ke-10 M, kerajaan Sriwijaya di Sumatera dihentam oleh empayar Chola dari Tamil Nadu kerana urusan perdagangan. Negara-negara kota Hindu-Buddha sebelah Semenanjung Tanah Melayu di Utara dan Selatan Thailand tidak terkecuali menerima hentaman. Dokumen ini bukan aku punya, tapi dokumen dari orang Indonesia aku tak ingat di mana tapaknya. Kalau ada kreditnya itu untuk tuan empunya dokumen. Bukan aku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan