Khamis, 3 Oktober 2013

Chatur Marga Jalan Yoga

Om Swastiastu!


Teori

Menurut Adwaita Wedanta, matlamat hidup ini adalah untuk menemui jati diri sebenar kita. Yang ini disebut sebagai kesedaran Jiwa atau menyedari Tuhan. Walaupun matlamat ini, titik tujuan terakhir, ini satu, tapi ada banyak jalan bagi sampai kepadanya. Manusia itu mempunyai banyak jenis ragamnya dan termasuklah juga dengan kaedah cara yang berbeda, yoga-yoga bagi membantu mencapai kebenaran. Bak kata Mpu Wisnu Dewananda bahawasanya kebenaran itu satu tapi jalan sampai kepadanya itu banyak pula.

Perumpamaan Kemuncak

Bagi memahami konsep ini dengan baik, cubalah gambarkan gunung yang mempunyai kemuncak. Pada kemuncak gunung itu, wakilkanlah ia kepada matlamat jiwa tuan, moksa. Bayangkan pula empat orang yang berdiri di tiap-tiap arah mata angin di sekitar gunung itu. Bagi sampai ke puncak gunung itu, destinasi yang sama, setiap orang itu berjalan dari arah yang berlainan. Begitu jualah, setiap kita ini secara simboliknya berdiri di ruangan yang berbeda-beda, secara rohaniahnya, menurut kepada ragam dan ciri ketokohan kita, jadi setiap kita ini perlulah jalan yang sudah diketahui menurut tradisi bagi sampai ke kemuncak gunung itu.

Chatur Marga: Empat Jalan Yoga

Dari penerangan yang diberikan, mudahlah dipahami bahawa terdapat banyak jalan kerana ada banyak jenis manusia. Amalinya, ada beratus ribu yogatapa, atau amalan yang boleh digolongkan dalam empat jalan utama ini iaitu:

Jnana Yoga iaitu jalan kebijaksanaan dan pengetahuan. Para jnani ini menggunakan keazaman dan keupayaan membedakan mereka itu bagi merentasi kelambu kejahilan dan mencapai kebenaran. Bagi para Jnani, matlamat mereka itu Kebenaran mutlak. Jnana Yoga ini banyak terpakai dalam kalangan kelompok jenis ahli falsafah dan orang yang berkecenderungan intelektual.

Bhakti Yoga pula jalan cinta dan bakti. Para bakta menggunakan tenaga bergabung dalam segala emosi dan memindahkannya kepada emosi tertinggi dalam segala emosi iaitu prema. Prema ini murni, tiada syarat, cinta agung yang ketuhanan. Bagi para bakta, tujuan mereka adalah cinta sejati Nya. Bhakti Yoga ini terpakai kepada mereka yang berkecenderungan emosi.

Raja Yoga ini jalan mengawal diri dan menguasai nafsu. Raja Yogi mengawal minda sampai ia menjadi smepurna sampai tak ada lagi batas antara diri mereka dengan ciri putih bercahaya dalam diri. Amalan biasa bagi jalan ini adalah tapa semadhi. Bagi Raja Yogi, matlamat mereka adalah minda sempurna terkawal. Biasanya orang jenis saintifik dan mistik boleh menjalani Raja Yoga.

Karma Yoga adalah jalan berkhidmat tidak mementingkan diri sendiri. Bagi Karma Yogi, masalah utama manusia ini adalah sikap mementingkan diri yang tersembunyi berdasarkan kepada kejahilan rohani, awidya. Kunci amalan ini adalah tindakan tak mementingkan diri tanpa mengharapkan sebarang balasan sekaligus membuka hati seseorang itu untuk melihat Nya dalam segala makhluk. Matlamat Karma Yogi adalah hilang terus ego dan mementingkan diri. Karma Yoga nampaknya sesuai dengan mereka yang giat kuat bekerja.

Dua Lagi Langkah Tambahan

Dalam tambahan beribu-ribu yoga di luar sana itu, dua ini amatlah penting.... Yang pertamanya, Kundalini Yoga diterbitkan dari tradisi tantrika. Yoga ini bertujuan memurnikan rupakara tubuh dan jiwa dan kemudian menyedarkan kuasa Jagat yang tinggal dalam Muladhara Cakra di dasar tulang belakang. Tatkala mengangkat tenaga sakti ia akan bersatu dengan pusat kesedaran di mahkota kepala dan dianugerahilah kebebasan menjadi pengamal Kundalini Yoga.

Hatha Yoga kadangkala aspek fizikal yoga yang berfungsi kebanyakan pada tahap jiwa. Di samping itu, ada banyak kebaikan perubatannya. Hatha Yoga ini penting bagi membantu Raja Yoga dan Kundalini Yoga.

Moga dipelajarilah seadanya akan bangsa Hindu sekelian tanpa kira jati pada wangsanya. Kerana sangat berguna buat pembangunan kejiwaan serta pada raga tuan. Tidak ramailah yang menyedari kegunaan yogatapa ini semuanya. Jika bukan kita sendiri mengamalkannya, siapa lagi wahai tuan budiman yang baik sekelian? Om awighnam astu, mula segala pendidikan.... Shanti... Shanti.... Shanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan