Walaupun kata dewa ini sama diperguna dengan penganut agama Hindu yang lain atau kalau pakai bahasa Inggeris, disebut god, tapi ada masa ia dirujuk juga sebagai angel atau malaikat.... Untuk pengetahuan alam ghaib ini, sangat penting tuan budiman mempunyai kemahiran bahasa Sanskerta, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Bali. Aku terpaksa memperguna campuran semua tingkatan bahasa Melayu supaya dipahami orang ramai.
Dewa dalam kepahaman penganut Buddha itu tak kekal abadi. Usianya boleh jadi panjang tapi masih tertakluk pada masa dan ruangan, mungkin usianya beribu-ribu atau berjuta tahun. Bila ia menghilang sebab ia adalah jenis cahaya sura yang terang, mereka akan menjelma semula menjadi makhluk lain. Mungkin jadi dewa jenis lain, mungkin dalam rupa legap manusia di bumi atau lain-lain yang manusia tak dapat capai dengan imaginasi sendiri.
Dewa-dewa bukan pencipta loka maya mahupun membentuknya. Mereka wujud berdasarkan karma lampau mereka, maka mereka pun tak terkecuali daripada hukum karma sebagaimana makhluk lain dalam Jagat ini. Mereka tak mempunyai sebarang peranan pun dalam pembubaran berkala buana.
Dewa-dewa ini bukan jelmaan atau cetusan beberapa dewata dalam sastera Hindu purwa atau jelmaan dari dewa-dewa lain. Mereka bukan semata-mata lambang alam sekitar. Mereka ini dianggap lebih kurang macam manusia, bertokoh peribadi dengan sikap perangai peribadi dan mempunyai jalan hidup. Mereka pun mempunyai ciri terwujud yang dicerahi, samalah macam manusia.
Para dewa tidak serba tahu. Pengetahuan mereka rendaha sahaja jika dibandingkan dengan pengetahuan manusia yang mencapai pencerahan. Mereka kurang kesedaran terhadap makhluk di loka atasan berbanding mereka. Harus disefari bahawa setengah Jina Buddha pun mempunyai ciri para dewa yang mana jiwa mereka berdiam di lapangan kahiyangan atau tanah murni, wimalabhumi.
Kesaktian dewa bukannya kesaktian yang Maha Berkuasa. Kesaktian mereka itu cuma terbatas dalam loka mereka sendiri sahaja. Mereka jarang masuk campur dalam urusan manusia. Kalau mereka masuk campur pun, umumnya secara tak disedari sahaja memberi nasihat ringkas berbanding dengan masuk campur secara fizikal.
Pada susilanya pun, para dewa bukannya sempurna. Para dewa dalam loka Rupadhatu memang kurang nafsu seperti manusia dan kurang kehendak, tapi setengah mereka masih lagi jahil, bongkak, dan bangga diri. Dewa dalam Kamadhatu yang lebih rendah pula merasai nafsu dan perasaan seperti manusia seperti bernafsu, dengki, marah dan sebagainya. Sebab kecelaan pada alam jiwa dan susila lah, maka mereka tertakluk kepada kelahiran semula dalam tribuana.
Manusia tidak mengambil para dewa sebagai pelindung seperti Sang Guru atau mereka Yang Dicerahi. Bagi setengah dewa mungkin mereka ini mempunyai susila tinggi dan kedudukan tinggi makanya mereka mendapat tabik hormat yang tinggi pula, dalam setengah halnya itu para pengamal dharma pun meminta sarana kepada mereka. Pengujungnya itu, dewa tak boleh membantu sesiapa pun melepasi samsara atau kawalan penjelmaan. Yang itu cuma Trairattana sahaja yang mempunyai keistimewaan, Phra Guru, Dharma, dan Sangha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan