Dalam tapa aliran Mahayana dan bahagian Wajrayana, ada juga beberapa jenis makhluk ini disebut selalu sebagai dewa. Tapi sebenarnya makhluk-makhluk ini bukannya jenis dewa yang makhluk halus itu. Tiga jenis makhluk ini adalah Bodhisattwa, Yidam, dan Buddha.
Bodhisattwa
Seorang bodhisattwa ini boleh jadi seorang dewa dalam sesuatu kehidupan, tapi bodhisattwa bukan semestinya berada dalam bentuk dewa. Jika asalnya dulu dewa, tapi hanya jika dia itu dijelmakan dalam loka-loka yang berbagai mengikut samaya. Bodhisattwa ini boleh dijelmakan menjadi manusia atau menjadi binatang. Yang berbedanya dengan makhluk lain yang pastinya adalah, bodhisattwa ini pasti akan dijelmakan pada pengakhir nanti sebagai seorang Buddha. Sebagai contoh, bodhisattwa kini, di sorga Tushita berada dalam rupa seorang dewa. Dalam kehidupana seterusnya nanti, dia akan terjelma menjadi manusia, Buddha Maitreya. Bodhisattwa yang tahap tinggi mampu menjelmakan dirinya menjadi pelbagai rupa termasuk dalam rupa dewa, contohnya Sang Awalokiteswara seperti yang digambarkan dalam bab Pintu Sejagat pada Padmasutra. Mereka menjelma itu bergantung kepada keadaan. Bodhisattwa ini jatinya lagi tinggi daripada golongan dewa.
Yidam
Yidam ini sebenarnya merujuk kepada Ishta Dewata. Dewata ini menjadi bahan tumpuan dalam tapa, kadangkala ia mengambil rupa dewa biasa kadangkala dalam rupa Bodhisattwa. Dalam semua kala pun diambil mereka ini sebagai jelmaan bukan duaan bagi pencerahan, yang pertapa itu ingin bersatu dengannya.
Buddha
Seorang Nirmanakaya Buddha atau Buddha yang menjelma pada rupa tubuh manusia itu digolongkan lebih tinggi daripada bangsa dewa. Buddha bukan dewa. Syarat untuk mencapai pencerahan tertinggi sekali tak wujud dalam dewaloka. Sambhogakaya Buddha mempunyai rupa dewa yang paling tinggi sekali, tapi tak wujud dalam jagat ini, tak terlibat dengan kematian atau kelahiran seperti dewa lain. Dharmakaya Jagat pula melampaui segala buana segala batasan.
Rujukan
Kalau rajin nak membaca ada beberapa rujukan bagi tajuk ini. Contohnya dalam Teacher of the Devas: The Wheel Publication No. 414/416 (Kandy: Buddhist Publication Society, 1997) dalam rencana Access to Insight oleh Susan Elbaum Jootla. Yang Kedua dalam Arya Saighanasatra Dharmaparyaya. Ketiga da;am Samyutta Nikaya pustaka ke-4 muka 206 dan pustaka ke-1 muka 61.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan