Pagelaran Hindu Sriwijaya
Pada Prasasti Telaga Batu kurun ke-7 M, ditemui di Sabokingking dalam Palembang, dinyatakanlah mengenai rupakara menteri dalam Sriwijaya. Nampaknya rumit sekali. Rujukan gelaran dalam kedatuan mereka:
Rajaputra - putera raja
Kumaramatya - menteri sekelian
Bhupati - pemerintah negeri
Senapati - Panglima
Nayaka - penghulu
Pratyaya - orang bangsawan
Haji Praytyaya - raja kecil
Dandanayaka - hakim
Tuha an watak - penyelia pekerja
Wuruh - buruh pekerja
Addhyaksi nijawarna - penyelia kecil
Wasikarana - pembuat senjata atau tukang besi
Catabhata - askar tentera
Adhikaran - pegawai kerajaan
Kayastha - pekerja gudang
Sthapaka - karyawan
Puhawam - kapten kapal
Waniyaga - peniaga
Marsi haji - pengasuh raja
Hulun haji - hamba raja
Semasa pembentukannya, empayar ini diaturkan kepada tiga rantau. Rantau hilir berpusat di Palembang, lembangan Sungai Musi sebagai perhuluan dan punca barangan berharga, serta kawasan hilir lain yang berlumba dengannya bagi membentuk pusat kuasa mengatasi kuasa besar. Pusat-pusat perhuluan kemudian dikalahkan dan dimasukkan dalam kekuasaan Sriwijaya menerusi peperangan dan penjarahan. Contohnya seperti kerajaan Malayu di hilir Sungai Batang Hari dalam Jambi. Kemudian berikutnya pelabuhan yang strategik seperti di Kota Kapur di Pulau Bangka, pelabuhan dan kerajaan di Pulau Jawa kemungkinan besarnya kerajaan Tarumanegara dan Kalingga, kerajaan Kedah dan kota pelabuhan Chaiya di Selatan Thailand, serta Lamuri dan Panai di sebelah Sumatera Utara. Dilaporkan juga, orang Sriwijaya di Jawa melanggar selatan Kemboja sebelah hilir Sungai Mekong dan pelabuhan Cheampa.
Selepas perluasan kuasa ke negeri-negeri sekitar, empayar Sriwijaya membentuk sekumpulan kedatuan atau pemerintahan raja tempatan yang bersumpah setia kepada kedatuan pusat yang berkuasa atau pihak Maharaja Sriwijaya menerusi upacara minum sumpah. Hubungan politik dan rupakara berkaitan dengan lapangan politik kerajaan Hindu-Buddha ini digambarkan menerusi mandala. Keadaannya seperti sekumpulan kerajaan yang bersekutu atau politi yang tunduk bakti menyembah kepada pusat pengaruh iaitu Kedatuan Sriwijaya. Negara dinirwacanakan menerusi pusatnya dan bukannya sempadannya. Kerajaan-kerajaan yang ditakluki dan dipaksa menyembah itu tak perlu melalui proses integrasi politik dengan kerajaan pusat sebaliknya cukup membayar cukai kepada kerajaan pusat dan bersumpah setia dengan disaksikan Betara Siwa atau Betara Wisnu.
Hubungan antara kedatuan pusat dengan kedatuan yang menyembah itu dinamik sahaja. Tapi status pusat itu boleh berubah mengikut turutan keturunan kerana ada perkawinan campur antara wangsa diraja. Contohnya, jika kedatuan yang menyembah ke pusat itu selepas daripada ditakluki itu mencapai kekuasaan dan kegemilangan sampai tak terkalahkan oleh negeri luar atau negeri dalamnya, maka raja dalam kedatuan yang menyembah ke pusat itu boleh naik menjadi Maharaja Sriwijaya. Keadaan ini ada ditonjolkan dalam kalangan wangsa Dapunta Hiyam Sri Jayanasa di Sumatera dengan wangsa Sailendra di Jawa Tengah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan