Dari bukti tertulis dalam karya berjudul Dnyaneswari (Bhavartha Dipika), jelas sekali bahawa ulasan mengenai Bhagavadgitam ini disempurnakan pada tahun Saka 1212. Pustaka ini dihasilkan oleh Sant Dnyaneswar yang ketika itu cuma berusia 16 tahun. Pasti perkara ini menimbulkan rasa aneh dalam kalangan pembaca budiman mengenai bagaimana seorang remaja boleh membincangkan drishti ketika itu, teori-teori kehidupan, adat susila dan vidya orang-orang ketika itu menerusi pustaka ini. Namun, perkara begini sebenarnya juga terjadi kepada Sri Begawan Kresna kita. Baginda ditonjolkan menerusi Bhagavadgitam sebagai seorang yang vicaksana, berjati mulia dengan serba pencapaian yang jelas sekali menunjukkan bahawa baginda itu sedari kecilnya cerdas lagi pintar.
Kalau kita, orang Hindu ini yang percaya dengan jelmaan semula jiva, pastilah menyebut perkara pengetahuan Dnyaneswar itu datang bersama dari kelahiran lampaunya. Walaupun karya budak berhati suci ini merupakan ulasan untuk Bhagavadgitam, namun ia turut menampilkan drishti Hindu secara mandiri berkenaan kehidupan. Bhagavadgitam itu cuma dasar saja kerana semua orang Hindu (termasuk pengikut ajaran Buddha yang berketurunan Hindu) menghormatinya. Pada benarnya, ulasan berkenaan 700 lebih seloka dari Bhagavadgitam itu bertambah menjadi 8500 ovi (seloka Marathi) semuanya menunjukkan yang pustaka itu berdiri mandiri.
Jika contoh tertentu itu dipetik, mungkin kita boleh menggariskan bahawa dalam kandam keenam Bhagavadgitam itu, cuma ada 47 seloka saja dalamnya dengan selebihnya itu 497 ovi bahasa Marathi. Begitu juga, terbitan pikiran Dnyaneswar sendiri sebanyak 1124 seloka dalam kandam ke-10. Banyak lagi contoh tapi yang itu jika berkesempatan, pasti kita cuba paparkan untuk tuan-tuan kita.
Dnyaneswari bukan saja penting dari sudut drishti, tetapi juga merupakan contoh yang baik bagi kekawin yang penuh dengan imaginasi. Penggunaan bentuk bahasanya pun menarik. Perkataan dan bentuk sabdom (ayat) yang dipergunanya sungguh sempurna sehingga tidak sesiapa pun mampu mengarang sebegitu. Bentuk pengucapan seperti perumpamaan dan perlambangan seringkali ditemui dalam karya beliau ini. Semua bentuk pengucapan ini sentiasa saja berada di tempat sepatutnya selain menunjukkan pengetahuan remaja ini bukan calang-calangnya. Beliau menyampaikan ucapan dengan bahasa yang menawan hati pendengar dan penutur bahasa Marathi di tahap kesusasteraan pasti akan terpana demi manisnya bunyi bahasanya.
Dnyaneswar juga nampaknya mahir dalam tapa semadhi. Beliau sering bercakap mengenai yoga siddhanta (teori yoga) seolahnya kedengaran seperti perkara diucapkannya dialaminya sendiri, bukan dari cakap-cakap sekeliling saja. Pada semadhi penghabisannya, sebelum menghembuskan nyawa penghabisannya, beliau menunjukkan kemahiran amalan yoga beliau.
Beliau tidak mengabaikan sudut kebaktian dalam pemujaan beliau. Beliau melatih diri menerusi latihan bakti pada murthi atau vikraham. Beliau mementingkan keadilan dan menjalankannya di merata saja yang beliau mampu. Beliau turut meminta supaya keadilan sentiasa diwujudkan semoga semua makhluk suka bahagia.
Dari sudut pandangan Rasa, beliau menunjukkan menerusi kandam ke-11, apabila Begawan Kresna menunjukkan kepada Sang Arjuna seluruh jagat raya ini, kelihatan juga perkembangan Rasa di peringkat-peringkat berlainan seperti, Rowdra, Bhayanaka, Shanta dan seterusnya. Perkara ini membuktikan bahawa beliau mengkaji ulasan-ulasan sastra ketika itu.
Karya Dasar Kelompok Warkari
Dnyaneswari ini diperguna sebagai bahan pendidikan asas untuk pergerakan Vaishnava, iaitu pergerakan Warkari. Setiap mereka berbakti yoga kepada Tuhan menerusi begawan Vithoba. Mereka sering merujuk kepada ovi-ovi dari karya ini semasa pembelajaran mereka. Pelajar kesusasteraan bahasa Marathi yang bukan anggota pergerakan kebaktian ini pun turut menyelak-nyelak karya ini kerana kepentingannya dalam perkembangan sastra tempatan. Pelajar kesusasteraan Marathi belum lengkap pengajiannya itu jika belum mengaji Dnyaneswari.
Orang-orang alim Hindu Maratha seperti Namdeo, Eka Natha, Tukaram, dan Ramadas selalu menyebut Dnyaneswari dengan penuh hormat selain berbangga mengakui sebagai pengikut Dnyaneswar. Penulis kawi bahasa Marathi pun sering menulis bahan kekawin agama dengan menceduk umpama, terbitan pikiran dan petikan karya terkenal itu. Mereka pun berbangga mengakui menceduk dan mendapat buah pikiran dari membaca Dnyaneswari.
Selain Bhagavadgitam yang semestinya menjadi bahan inspirasi utama penulisan dan ulasan bagi kavi-kavi di Maharashtra, drishti Dnyaneswari pun turut menjadi bahan penulisan dan penjelasan. Hampir 700 tahun sudah, penulisan Dnyaneswari ini merentangi masa. Setengah perkataannya sudah tidak dimengertikan lagi orang masa kini, maka karya ini semestinya perlu dibaca dengan ulasan dan panduan pula supaya mudah dicerna kita semua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan