Masa mengajar kita menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran di masa depan. Begitulah yang turut terjadi kepada Nivritti Nath. Dia bangun kemudiannya menahan kesedihan dan menenangkan tiga adiknya itu. Dia membawa adik-adiknya itu ke kampung bapa mereka, sekonyong-konyongnya untuk meminta sokongan saudara-mara bapa mereka. Namun, orang kampung enggan membuka pintu rumah mereka kerana tidak kenal mereka.
Mereka terpaksa meminta derma bersama-sama serta merempat. Mereka bosan kerana tiada siapa pun tampil membantu mereka lalu pulang ke kampung ibu mereka di selatan. Kehidupan mereka semakin melarat di Alandi kerana mereka dianggap sebagai Chandala. Ketika itu, Paithan merupakan pusat pembelajaran kehinduan ortodoks dan juga kubu kuat Brahmana. Dnyaneswar berasa bahawa mereka boleh meminta perakuan dari perkumpulan Brahmana terpelajar di sana untuk membuktikan kesucian agama mereka. Kerana permintaan Dnyaneswar, mereka empat beradik ke Paithan berjalan kaki mengharungi derita bahaya!
Brahmana-brahmana di Paithan pula memandang mereka dengan sinis saja bila mendengar permintaan mereka. Jadi, Dnyaneswar pun berkata bahawa Tuhan itu serupa saja dalam semua makhluk hidup. Jadi, brahmana-brahmana itu sengaja mengejeknya dengan menyuruh Dnyaneswar supaya membuat kerbau jantan yang melintas mereka itu membaca veda-veda suci. Dnyaneswar meletakkan tangannya di kepala kerbau itu. Serentak dengan itu, kerbau itu pun membaca veda-veda suci seperti yang dibaca oleh Brahmana di situ. Binatang itu terus membaca veda-veda suci itu berjam-jam lamanya sehingga menarik pendita Brahmana lain di tebing Sungai Godavari itu untuk melihat peristiwa pelik itu. Kejadian aneh itu membuat pendita Brahmana di situ terkesima dan menerima kemampuan jiwa budak Brahmana terbuang itu. Kesannya, pendita-pendita Brahmana di Paithan mengeluarkan surat pengesahan kemurnian jati untuk budak-budak malang itu tetapi mereka langsung tidak mengendalikan upacara benang suci untuk budak-budak itu maka mereka masih belum menerima hak untuk upacara dharma mereka!!!!
Selepas peristiwa itu, Dnyaneswar pergi ke Newase pula. Beliau turut memuatkan cetera di Newase dalam pustaka terkenalnya, Dnyaneswari. Pustaka itu ditulisnya di Newase. Ketika kanak-kanak itu memasuki Newase, mereka bertemu dengan seorang wanita yang menangisi bakai (mayat) suaminya. Dnyaneswar bertanya siapa nama si mati? Dijawab bininya, Sat Chitananda. Terus terpacul di mulut budak berhati murni itu, "Orang yang membawa nama ini tidak mungkin mati!" Dnyaneswar menyentuh tubuh kaku itu dengan tangannya dan lelaki itu bangkit hidup seperti baru bangun tidur. Lelaki itu kemudiannya menjadi jurutulis Dnyaneswar dan menyalin perkara yang terloncat dari mulut budak itu.
Sat Chitananda pun pernah menulis satu lagi pustaka berjudul, "Dnyaneswar Vijaya", namun pustaka itu hilang ditelan masa. Jika pustaka itu masih ada maka bolehlah ditemui beberapa samacara penting dari pengikutnya ketika itu di samping yang menulisnya kini. Mungkin kehendak Sang Hyang maka cetera tokoh berhati mulia terpaksa dicantumkan semula dari perca-perca karya yang ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan