Memaparkan catatan dengan label pendidikan hindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan hindu. Papar semua catatan

Selasa, 15 April 2014

Sant Dnyaneswar: Karyanya Dnyaswari


Dari bukti tertulis dalam karya berjudul Dnyaneswari (Bhavartha Dipika), jelas sekali bahawa ulasan mengenai Bhagavadgitam ini disempurnakan pada tahun Saka 1212. Pustaka ini dihasilkan oleh Sant Dnyaneswar yang ketika itu cuma berusia 16 tahun. Pasti perkara ini menimbulkan rasa aneh dalam kalangan  pembaca budiman mengenai bagaimana seorang remaja boleh membincangkan drishti ketika itu, teori-teori kehidupan, adat susila dan vidya orang-orang ketika itu menerusi pustaka ini. Namun, perkara begini sebenarnya juga terjadi kepada Sri Begawan Kresna kita. Baginda ditonjolkan menerusi Bhagavadgitam sebagai seorang yang vicaksana, berjati mulia dengan serba pencapaian yang jelas sekali menunjukkan bahawa baginda itu sedari kecilnya cerdas lagi pintar.

Kalau kita, orang Hindu ini yang percaya dengan jelmaan semula jiva, pastilah menyebut perkara pengetahuan Dnyaneswar itu datang bersama dari kelahiran lampaunya. Walaupun karya budak berhati suci ini merupakan ulasan untuk Bhagavadgitam, namun ia turut menampilkan drishti Hindu secara mandiri berkenaan kehidupan. Bhagavadgitam itu cuma dasar saja kerana semua orang Hindu (termasuk pengikut ajaran Buddha yang berketurunan Hindu) menghormatinya. Pada benarnya, ulasan berkenaan 700 lebih seloka dari Bhagavadgitam itu bertambah menjadi 8500 ovi (seloka Marathi) semuanya menunjukkan yang pustaka itu berdiri mandiri.

Jika contoh tertentu itu dipetik, mungkin kita boleh menggariskan bahawa dalam kandam keenam Bhagavadgitam itu, cuma ada 47 seloka saja dalamnya dengan selebihnya itu 497 ovi bahasa Marathi. Begitu juga, terbitan pikiran Dnyaneswar sendiri sebanyak 1124 seloka dalam kandam ke-10. Banyak lagi contoh tapi yang itu jika berkesempatan, pasti kita cuba paparkan untuk tuan-tuan kita.

Dnyaneswari bukan saja penting dari sudut drishti, tetapi juga merupakan contoh yang baik bagi kekawin yang penuh dengan imaginasi. Penggunaan bentuk bahasanya pun menarik. Perkataan dan bentuk sabdom (ayat) yang dipergunanya sungguh sempurna sehingga tidak sesiapa pun mampu mengarang sebegitu. Bentuk pengucapan seperti perumpamaan dan perlambangan seringkali ditemui dalam karya beliau ini. Semua bentuk pengucapan ini sentiasa saja berada di tempat sepatutnya selain menunjukkan pengetahuan remaja ini bukan calang-calangnya. Beliau menyampaikan ucapan dengan bahasa yang menawan hati pendengar dan penutur bahasa Marathi di tahap kesusasteraan pasti akan terpana demi manisnya bunyi bahasanya.

Dnyaneswar juga nampaknya mahir dalam tapa semadhi. Beliau sering bercakap mengenai yoga siddhanta (teori yoga) seolahnya kedengaran seperti perkara diucapkannya dialaminya sendiri, bukan dari cakap-cakap sekeliling saja. Pada semadhi penghabisannya, sebelum menghembuskan nyawa penghabisannya, beliau menunjukkan kemahiran amalan yoga beliau. 

Beliau tidak mengabaikan sudut kebaktian dalam pemujaan beliau. Beliau melatih diri menerusi latihan bakti pada murthi atau vikraham. Beliau mementingkan keadilan dan menjalankannya di merata saja yang beliau mampu. Beliau turut meminta supaya keadilan sentiasa diwujudkan semoga semua makhluk suka bahagia.

Dari sudut pandangan Rasa, beliau menunjukkan menerusi kandam ke-11, apabila Begawan Kresna menunjukkan kepada Sang Arjuna seluruh jagat raya ini, kelihatan juga perkembangan Rasa di peringkat-peringkat berlainan seperti, Rowdra, Bhayanaka, Shanta dan seterusnya. Perkara ini membuktikan bahawa beliau mengkaji ulasan-ulasan sastra ketika itu.

Karya Dasar Kelompok Warkari

Dnyaneswari ini diperguna sebagai bahan pendidikan asas untuk pergerakan Vaishnava, iaitu pergerakan Warkari. Setiap mereka berbakti yoga kepada Tuhan menerusi begawan Vithoba. Mereka sering merujuk kepada ovi-ovi dari karya ini semasa pembelajaran mereka. Pelajar kesusasteraan bahasa Marathi yang bukan anggota pergerakan kebaktian ini pun turut menyelak-nyelak karya ini kerana kepentingannya dalam perkembangan sastra tempatan. Pelajar kesusasteraan Marathi belum lengkap pengajiannya itu jika belum mengaji Dnyaneswari.

Orang-orang alim Hindu Maratha seperti Namdeo, Eka Natha, Tukaram, dan Ramadas selalu menyebut Dnyaneswari dengan penuh hormat selain berbangga mengakui sebagai pengikut Dnyaneswar. Penulis kawi bahasa Marathi pun sering menulis bahan kekawin agama dengan menceduk umpama, terbitan pikiran dan petikan karya terkenal itu. Mereka pun berbangga mengakui menceduk dan mendapat buah pikiran dari membaca Dnyaneswari.

Selain Bhagavadgitam yang semestinya menjadi bahan inspirasi utama penulisan dan ulasan bagi kavi-kavi di Maharashtra, drishti Dnyaneswari pun turut menjadi bahan penulisan dan penjelasan. Hampir 700 tahun sudah, penulisan Dnyaneswari ini merentangi masa. Setengah perkataannya sudah tidak dimengertikan lagi orang masa kini, maka karya ini semestinya perlu dibaca dengan ulasan dan panduan pula supaya mudah dicerna kita semua.

Ahad, 12 Januari 2014

Purana Bramha: Bab ke-11

Surya Mahatmya

Pemujaan Avatarana, Dvadasaditya dan Konārka Termasuklah juga Suryāshtottara

Kalākashtha muhurtāscha khapā yāmatāsthathā kashanāh.
Samvatsakaroswattah kālachakro vibhāvasuh.
Purushah shāswato yogi vyaktāvyakta sanātanah
Kālādhyakshayah prajādhyasho vishvakarmā tamonudah
Varunah sagaromschascha jīmutau jīvanorihā
Bhutāshrayo bhuta patih sarva loka namaskrutah
Srashtā samvartako vahnih sarvassyaadiralolupah.
Anantah kapilo bhānuh kāmadah sarvato mukhah
Jayo vishālo varadah sarva bhutanisheivitah
Manah suparno bhutādhih śīghranah prānadhāranah
Dhanvatarir dhumaketurādi devoditaih sutah
Dvādashātmā ravirdakshah pitā mātā pitāmahah
Svargadvamāram mokshadvāram trivishtapam
Deha kartā prashāntātmā vishvātmā sukshātmā maitreyah 
Karunānvitah....

Begawan Surya! Kau lah Adi Deva. Kerana engkau itu nama lainnya bagi Aishwaraya atau Kekayaan, engkau juga lah Iswaraya bagi deva-deva; Pencetus dasar bagi cetusan dan pemelihara unsur-unsur utama... Mahabhuta, devata, gandharva, raksasa, muni, kinara, siddha, naga, burung-burung dan lain-lain. Kau lah Trimurti, Prajapati, Vayu, Indra, Soma, Viviswan, Varuna, Kala, Srishti Karta, Dharta, Samharta.

Engkau lah sungai-sungai, lautan, gunungan, vidyutcchakti (tenaga elektrik), Indra Dhanush (pelangi), pralayam (kehancuran besar), vyaktāvyakta (kenampakan dan ghaib), sanatana purusha (makhluk terutama), tenaga tertinggi yang paling kenampakan.

Kau itu zat dengan tangan-tangan. 1000 kirana (sinaran) dengan seribu muka, mata, kaki dan punca utama bagi punca-punca. Kau itu perupaan bhuh, bhuvah, svahah, mahah, janah, tapah dan satya. Sinaran engkau itu adalah para deva pun tak boleh melihatnya terus dengan jelas, apatah lah lagi manusia; devata dan para siddha. Begitu juga maharesi seperti Bhrighu, Atri, Pulah dan lain-lain semuanya senantiasa memuji-muji bagi engkau. Engkaulah Vishwa Vyapak menyinari keseluruhan alam semesta. Engkaulah Svarupa bagi yagna (pengorbanan), veda-veda, melampaui loka-loka dan dyuloka; Avigneya, alakshya, acintya, avyaya, anada dan anata tak diketahui, tak boleh ditumpukan mudah-mudah, tak ada nivacana, abadi, lambang bagi rasa suka murni dan tidak pernah akhir-akhir. 

Sembah kepada engkau punca, yang menjadi punca dan penyebab. Pemusnah dosa yang istimewa. Pemusnah daitya pida, roga pida dan samasta pida dan pengarunia pahala, kebahagiaan, kesukaan, kemakmuan dan melampaui semua uttama buddhi (mentaliti mulia hebat).  

Pujaan Brahma kepada Surya Deva

Om Surya, aryama, bhaga, tvashta, pusha (pemelihara), arka, savita, ravi, gabhastimaan (pemilik sinaran cahaya tinggi); Aja (tidak dilahirkan; Kala, Mrityu, Dhata (pemegang utama), prabhakara (perupaan kelipan); pritvi, apa (air), teja, sva (langit); vayu, prayana (pelindungan dalam rupa tinggi tiada gagal); soma, brihaspati, sukra, angaraka, indra, vivisvan, diptamshu penyedia prakasa kirana, suchi lambang kemurnian, sauri surya putra manu, sanaiscara, brahma, vishnu, rudra, skandha, vaisravana (kuberan), yama, vaidyuta terbitan vidyut sakti, agni, jataragni api dalam rupa; yandhana rupa kayu api.

Agni, tejah pati, dharmadvaja adi lambang kebenaran, veda, karta, vedanga, vedavahana, krita (satya yuga), treta, dvapara, kali yuga; savamarashraya; sukatan masa... kala, kashta, muhurta, kshapa, sukatan masa malam, yama atau praghara dan kshana. Samvatsara kaa, asvatta, kalacakra, vibhavasu atau agni; purusha shasvata, yogi, vyakavyakta, sanatana, kaladhyaksa penunggu masa, prajadyaksa, vishvakama, tamonuda pemusnah kegelapan, varuna, sagara, amsha, jimuta (awan-awan), jivana, arigha pemusnah seteru, bhutasraya, bhutapati, sarvaloka namaskita dia yang dihormati segala loka.

Srasta, samvartakagni (pralayagni), alolupa (alobha), ananta, kapila, bhanu, kamada (pemenuh keinginan), savatomukha pemilik muka menghadap ke semua arah; jaya vishala, varada pemberi bekal, sarva bhuta nishevita, mana, suparna (garuda), bhutadi, sighraga, pranadharana, dhanavatai, dhumaketu, adideva, aditi putra, dveyadashatma perupaan 12 matahari, ravi, daksha, pita, mata, pitamagha svargadvara, prajadvara, mokshadvara, trivishtapa sorga, deghakarta, prashantatma, vishvatma, vishvatomukha, characaratma, suksatma, matreya dan karuna anvita pengasih.  

Khamis, 3 Oktober 2013

Falsafah Adwaita Wedanta

Om Swastiastu!


Sudah banyak kali sebenarnya aku rasa dibicarakan mengenai ini. Namun ingin aku perbuatnya sebagai satu ikatan bagi memudahkan rujukan sekelian penganut agama Hindu buat pendidikan setakat yang dipilih dan mampu oleh kita terutamanya menyentuh tentang yogatapa. Bahan adalah sumbangan Adwaita Yogasramam.

Titik Permulaaan

Setiap manusia itu, ada sahaja yang tak senang di hatinya. Ada sahaja rasa sesuatu tak cukup dalam hidupnya itu. Manusia mau lebih. Tak kira berapa banyak dimilikinya tak pernah dirasakan cukup. Manusia takut kematian. Manusia mahu hidup lama panjang usia, sihat, nampak awet muda dan mengumpul harta melimpah ruah. Kita mau menambahkan pengetahuan dan kesedaran. Kita mau mengalami kesukaan dan keseronokan.  

Semua ini menyebabkan kita menghadapi letih lesu bersangatan. Kenapa ya?? Jawapannya ada dalam tiga kenyataan yang disusun padat oleh Mpu Sri Sankara, yang menerangkan dan menjelaskan Adwaita Wedanta kepada orang ramai...

Bramha Satyam. Jagan Mithiya. Jiwo Bramhaiwa na Parah.

Ertinya itu

Sang Pencipta itu Benar. Loka ini maya. Jiwa itu Bramha jua bukannya lain.

Adwaita

Adwaita ini bererti bukan duaan. Ia mempunyai pandangan bahawa Hakikat Mutlak Nan Satu itu, Hakikat bergelar Brahman, Yang Tertinggi itu cuma Satu sahaja. Tak ada suatu pun yang boleh ditambahkan kepada Nya dan Brahman itu berada di merata-rata dan tak terbatas. Tak ada sesuatu pun tempat yang bebas daripada Nya. Makanya, Brahman ini bukannya duaan pada ciri, kerana tak ada satu tempat pun dalam lokamaya ini atau manusia atau sebarang makhluk itu berada di luar lingkungan Brahman. Ia mencakupi semua padanan yang berlawanan dan gambarannya.

Jagat atau loka hakikat ini, relatif tetapi juga berlawanan dengan ciri mutlak Brahman. Dalam keadaan ini, dan dalam perbandingan dengan Brahman, loka ini maya. Tapi maya bukan bererti khayalan atau tak wujud, sepertilah juga mimpi. Mimpi itu mempunyai subjektif hakikatnya sendiri tapi ia pastilah tak benar-benar seperti bila manusia berkeadaan jaga.

Kenyataan ketiga dalam susunan kawi Mpu Sankara itu menyatakan bahawa ciri benar bagi setiap jiwa itu adalah Brahman. Kerana awidya atau kejahilan jiwa yang asal, kita melupakan jati diri kita yang sebenar lantas kita salah paham bahawa kita ini adalah jiwa yang terbatas dan kecil sahaja.

Penyelesaian

Pemakaian yang amali bagi Adwaita Wedanta ini adalah Jnana Yoga. Ini adalah yoga pengetahuan atau kebijaksanaan. Ia adalah jalan terus mengalami kebenaran Adwaita, bererti menyedari Diri sebenar, iaitu Atman. Jnana Yoga ini antara yang sukar dalam segala yoga, walaupun ada amalan lain yang boleh dijalankan bagi membantu manusia mencapai matlamat menyedari jati dirinya. Cara yoga berbeda, termasuklah Hatha Yoga, yang digolongkan dalam Empat Jalan.

Satchitananda Brahman

Walaupun Brahman itu tiada tergambar dengan kata-kata, para resi dan muni dari samay purwa mengisytiharkan berdasarkan pengalaman kerohanian mereka, mengenai gambaran Brahman sebagai Satchitananda....

Sat itu kewujudan murni dan mutlak
Chit itu pengetahuan atau kesedaran murni dan mutlak
Ananda itu anugeraha murni dan mutlak

Ciri sebenar kita itu murni kewujudannya, murni pengetahuannya, dan murni anugerahnya. Dalamnya kita mengetahuinya dan kerana itu kita tidak boleh tinggal sebagai makhluk tidak kekal ini dan mengalami sebarang jenis keterbatasan dalam kewujudan kita. Kita dahagakan pengetahuan yang tak pernah kunjung habis dan keinginan berterusan untuk sentiasa merasai kesukaan. Yoga ini mencari kesukaan dalam Jiwa, atman yang sudah ada di dalam, berbanding dengan mencarinya dengan benda di luar diri kita, dalam bentuk bahan yang dipegang dan dirasai deria tubuh.

Perumpamaan Ular dan Tali

Seorang lelaki, kita panggil saja sebagai Raju, berjalan pada malam harinya di jalan yang gelap. Tiba-tiba sahaja, seekor ular dirasakan mematuk kakinya. Ular itu melingkar di jalan beberapa kaki dari beliau. Raju terduduk lalu meraunglah beliau disebabkan sakit dan mengetahui bahawa hidupnya itu pasti akan berakhir. Dirasai racun patukan ular itu meresap dalam pembuluh darahnya lalu dijeritlah dia meminta tolong. Petani yang lalu berdekatan terdengar teriakan meminta tolong itu lalu datang dengan obor di tangannya cuba melihat di mana ular itu. Tapi demi terlihatnya sahaja didapati bahawa itu bukannya ular pun tapi tali sahaja.

Salah Bayangan

Perumpamaan ini memberi gambaran kepada konsep salah bayangan. Raju yang terlampau takutkan ular, tersilap bayang bahawa tali dekatnya dalam jalan gelap itu ular. Dia yang cuma disentuh oleh cabang-cabang kayu dan pandangan tali yang kabur dalam kelam gelemat itu sudah cukup mencetuskan kehadiran ular yang sebenarnya lebih kepada bayangan mindanya sahaja dan begitu juga dengan kesakitan bisa ular menjalar itu.

Kini, soalannya adalah semasa kejadian, adakah ular itu hakikat atau tidak hakikat? Jawapannya itu subjektif lah. Ular itu benar-benar hakikat bagi Raju. Tapi, secara objektifnya, kehadiran ular itu cuma bayangan khayalan Raju dan dicetuskan oleh minda beliau sendiri.

Begitulah dengan lokamaya ini. Ia mempunyai hakikat subjektifnya sendiri tapi apabila pengetahuan Brahman Agung itu menjelma, maka hakikat berkait ini mula menjadi kurang dan kurang dan hanya hakikat mutlaka Brahman Agung sahaja yang tinggal.

Dalam cetera perumpamaan ini, ular itu cuma wujud pada masa kejadian (masa kini), sementara tali itu wujud pada sebelum (masa lampau), masa kini dan juga masa hadapan (lepas kejadian). Begitu juga, lokamaya ini wujud pada masa kini sahaja, walaupun dalam ketika yang agak lama berada di tempatnya sedangkan Brahman Agung sudah wujud sebelum ciptaan lokamaya ini, wujud kini, dan akan senantiasa wujud walaupun selepas hancur Jagat Raya.

Maya dan Awidya

Brahman Agung itu adalah kesedaran dan kesaktian. Kesaktian ini bergerak dalam banyak cara, termasuklah sebagai sakti kuasa atau makhluk. Sakti begitu merupakan sakti yang menyelubungi sakti, yang menyelubungi kebenaran kesatuan kesedaran. Sakti Maya mencetuskan kejahilan pandangan berasingan dan kepelbagaian bahan dalam lokamaya. Maya ini dalam rupa wanitanya membuat kita percaya bahawa kita ini berbeda daripada loka dan seluruh makhluk lain. Dia membuat kita menjatikan diri kita dengan Upadhi, tubuh, yang tak sempurna dan membawa kesakitan dalam hidup kita.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Hindu Dharmam

Om Swasiastu


Ini ruangan hanya untuk rujukan peribadi dan rujukan orang Hindu sahaja! Yang tak berkenaan dengan adat-istiadat Hindu sila layari laman lain!

Asas Hindu Dharmam

Ketuhanan

Yang Esa dalam Brahmana
Konsep Ketuhanan
Konsep Trimurthi
Murti
Murti: Peranan dalam Pemujaan

Dharma

Nirwacana Sraddha
Pengertian Dharma
Akar Hindu Dharmam
Pañcha Sraddha

Jati dan Varna Masyarakat

Warna Dharma dalam Kehinduan
Warna Dharma: Penyebab Kejatuhan
Warna Dharma: Kejatuhan Rupakara Masyarakat
Warna Dharma: Perbandaran Baru dan Kejatuhan 

Rupakara Warnasramam dan Jati di Nepal

Tradisi Agama Hindu Utama

Vaishnava
Smartha (Brahmana)
Saiva
Sakti
 
Citra Kehinduan

Pura Hindu Kekurangan Pedanda
Sikap Orang Yahudi terhadap Agama Timur: Hindu-Buddha


Aliran Waisnawa

Waisnawa
Waisnawa: Kepercayaan Umum
Waisnawa: Itihasa
Waisnawa: India Selatan
Waisnawa: Pulau Jawa
Waisnawa: Kemboja
Waisnawa: Pengaruh di Siam
Waisnawa: Sampradayam
Sri Wenkateswaran Suprabhatam
Kenapa Baca Bhagawadgitam?
Sri Radhe Gowinda Mukundhe Murari
Tatacara Pemujaan Harian

Aliran Saiwa


Pengertian Satyam Ciwam Cundaram
Pengertian Sadhaka

Wirasaiwa Lingayat
Wirasaiwa Lingayat: Kepercayaan

Siwa Siddhanta
Siwa Siddhanta: Itihasa

Pashupata Saiwa
Pashupata Saiwa: Dresti

Tandawa Nritya

Pemujaan Saiwa
 
Siwa Puja
Siwa Puja: Abisekam
Siwa Puja: Bungaan Pantang
Siwa Puja: Bacaan Puja
Om Siwoham Siwa Mantra
Thiruvaçagam: Bacaan Kecil Çri Çiva Puranam
Kekawin Çri Çiva Vakkiyar

Adwaita Wedanta

Sejarah Adwaita Wedanta
Pandangan: Teori Mpu Sankara tentang Ciri Peribadi
Paramcarya Membuat Tuan Tanah Terpegun
Teka-Teki Nasib: Takdir dan Kebebasan Memilih
Teka-Teki Nasib: Petunjuk
Teka-Teki Nasib: Peranan Sastra Agama
Totakastakam

Tantrayana

Itihasa Tantrayana
Tantrayana dan Pengertiannya
Tantra dalam Kebudayaan Khemir
Amalan Tantrayana
Panchamakara dalam Tantrayana
Samskara Ratikriyam

Pandangan Semesta

Pandangan Kehinduan terhadap Perkembangan Alam
Brahmapuram
Bhurloka dan Bila Sorga
 
Pengenalan: Neraka
Neraka: Kedudukan dalam Purana
Neraka dan Pendosa
Neraka: 21 Jenis dalam Wisnu Purana
Trimala dan Catur Patakah
Takdir dan Kebasan Memilih

Teori Jagat Raya Hindu: Planet, Matahari dan Wulan

Kaliyuga: Zaman Kehancuran
Kaliyuga - Era Kehancuran Alam dan Kiamat

Mantra dan Stotram

Cara Membaca Mantra
Mantra dan Komponennya
Mantra Siddhi Harian 
Stotram
Orang Cerdik dan Pemujaan
Mantra Pagi Siva Mahesvara
Aingiri Nandini Mahesasura Mardini
Ekadantaya Wakratundaya
Stotra Sri Minakshi Pancharatnam
Tamil: Ni Ninainthal
Ashai Mugam: Mahakawi Bharatiyar
Achyutam Astakam: Mpu Sankara
Saiwa Utara: Karpura Gauram Karunawataram
Rahasia Kala Bhairawa Mantram
Tamil: Skandha Sasti Kawacam
Om Siwoham
Tamil: Sri Lalita Nawaratna Malai Padigam
Ketuhanan: Sri Guru Stotram
Tabik Sri Vinayaka
Aditya Hrdayam
Maha Kala Bhairavastakam
Tamil Sakti: Yendi Maha Mayi
Stotra Sri Guru Padukabhyam

Puja Perayaan

Nawaratri: Bhagawati Sewah-Durga Puja
Nawaratri: Ayudha Puja
Lagenda Ayudha Puja
Amalan Pemujaan Ayudha
Keris dalam Pemujaan Senjata Hindu
Laksmi Puja
Hari Raya Dipawali: Puja Laksmi
Puja Caturyama Siwaratri 
Pitru Paksha
Pitru Paksha: Sraddha Bali
Kresna Janmasthami
Ayudha Puja: Tumpek Landep
Karwa Chauth
Karwa Chauth: Cetera
Karwa Chauth: Budaya Popular
Karwa Chauth: Upacara
Waikasi Wisakalum Marugapperumanum
Puri Ratha Yatram
Guru Wiyasa Purnima
Naga Pancami 
Ramanawami

Thaipusham
Chitrai Purnami
Nagam Thullal: Pengenalan
Nagam Thullal: Upacara


Kejiwaan

Japa Mala
Aham Kara
Aham Kara dan Kerohanian


Ciri Peribadi Sri Rama


Semoga membantu memberi pencerahan mengenai Sanatana Dharma di rantau Hindu Raya, diharapkan berguna pula buat anak-anak orang Hindu sekelian yang tidak berbahasa dengan bahasa-bahasa India dalam memulakan pencarian Dharma engkau sendiri menurut sampradayam dan parampara engkau.