Memaparkan catatan dengan label melayu buddha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melayu buddha. Papar semua catatan

Rabu, 2 Oktober 2013

Kerajaan Sriwijaya: Pembentukan

Swasti Sri!


Ada sedikit sangat bukti carigali berkenaan empayar ini ditemui. Menurut kepada Prasasti Kedukan Bukit, tahun Saka 605 (683 M), kerajaan Sriwijaya dimulakan oleh Sang Dapunta Hiyang Sri Yasanasa atau Sri Jayanasa. Baginda mengheret bersama 20,000 bala tentera dan 312 orang dalam berangai dengan 1312 tentera darat dari Minanga Tamwan ke Jambi dan Palembang.

Walaupun disebut bahawa kerajaan ini dibangunkan dalam tapak kota Palembang, namun disebut bahawa baginda Dapunta Hiyang itu terbit dari Minanga Tamwan. Kedudukan tempat itu masih diperbicara lanjut tanpa ditemui jawapannya lagi. Teori Palembang sebagai tempat berdirinya Sriwijaya itu dipersembah oleh G. Coedes dan disokong oleh Pierre Yves Manguin. Soekmono pula, membahaskan kota Palembang itu bukannya tapak kota Sriwijaya tetapi mencadangkan bahawa rupakara Sungai Kampar di Kepulauan Riau dekat dengan runtuhan Biara Muara Takus itu lah letaknya Minanga Tamwan. Teori lain pula mencadangkan Dapunta Hiyang itu datang dari Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu dan dicadangkan Jaya (kini dalam Thailand selatan) sebagai kota pusat Sriwijaya.

Sekitar 500 M, tapak Sriwijaya mula berkembang sekitar Palembang di Indonesia moden. Empayr ini disusun dengan tiga pusat mandala yang pusat agungnya di Palembang, dekat lembangan Sungai Musi di perhuluan. Bahagian hulu bukit Sungai Musi itu banyak bahan-bahan penting bagi pedagang Cina. Ibukota diperintah oleh pemerintah secara terus manakala kawasan hulu diperintah datu-datu tempatan. Mereka akan membuat jaringan persekutuan dengan Maharaja Sriwijaya pada masa-masa tertentu.

Jambi dan Bangka

Prasasti bahasa Sanskerta menyatakan Sri Jayanasa melancarkan serangan di lautan pada 684 dengan 20,000 bala tentera bagi mendapatkan kemewahan dan kesaktian. Dengan dikepalai baginda, kerajaan Malayu dikatakan merupakan kerajaan pertama yang diserap masuk ke empayar Sriwijaya. Kejadian ini berlaku kira-kira pada 680-an M. Kerajaan Malayu yang beribukota di Jambi kaya dengan galian emas dan dipandang tinggi orang sekitar. Maharaja Sriwijaya merasakan bahawa menundukkan kerajaan ini akan dapat memperkukuh lagi kedudukan kerajaan baginda. 

Prasasti Kota Kapur di Pulau Bangka menyebut, Sriwijaya menakluki hampir keseluruhan Sumatera Selatan dan kepulauan berjiran dengan Bangka, sejauh Lampung. Disebut lanjut, Sang Hiyang Jayanasa melancarkan juga serangan ke Bhumi Jawa pada lewat kurun ke-7 M yang ketika itu di Bhumi Jawa kerajaan Tarumanegara di Barat Jawa dan Kalingga di Tengah Jawa sedang mengalami kejatuhan. Sriwijaya turut mengawal Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Cina Selatan, Laut Jawa dan Selat Karimata.

Jawa Tengah dan Jawa Barat

Rekod Cina sekitar kurun ke-7 M menyebut dua kerajaan orang Sumatera, bersama dengan tiga kerajaan di Pulau Jawa dijajah oleh Sriwijaya. Pengujung kurun ke-8 M, banyak kerajaan Jawa Barat, seperti Tarumanegara dan Kalingga sudah pun meyembah ke Sriwijaya. Disebut juga, keluarga kedatuan penganut ajaran Buddha Mahayana berkaitan dengan Sriwijaya ada menguasai rantau Jawa Tengah ketika itu. Kemungkinannya merujuk kepada wangsa Sailendra. Putera-putera raja dari Sriwijaya berkahwin campur dengan kelompok datu-datu tempatan seperti juga berlaku kepada wangsa Sailendra yang berpengaruh di Jawa Tengah dan mereka hidup bersama dengan wangsa Sanjaya yang memang wangsa tempatan. Bila empayar mengembang, maka ibukota baru turut dibuka di tempat yang menyembah ke pusat mandala.

Tanah Melayu dan Selatan Thailand

Negara-negara kota persekutuan Langkasuka di Semenanjung Tanah Melayu sampai ke Segenting Kra di bahagian Thailand moden turut ditundukkan menyembah ke Sriwijaya. Kemudian dua negara kota lain iaitu Panpan dan Tambralinga di utara Langkasuka turut ditundukkan kebaktiannya kepada maharaja Sriwijaya. Kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu serta Selatan Thailand itu merupakan negara kota yang memindahkan barangan dagangan sekitar Semenanjung dan Segenting Kra serta menjadi jalan pintas bagi ke Timur Jauh.

Dengan menembusi rantau Pulau Jawa dan Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Sriwijaya berjaya menguasai dua laluan perdagangan utama di Asia Tenggara dan Kepulauan Hindu umum. Setengah runtuhan biara Sriwijaya masih lagi kedapatan di rantau Siam dan Kemboja.

Kawasan Jaya (Chaiya), dalam negeri Surat Thani di Thailand, sudah pun didiami oleh orang Semang dan puak-puak cawangan orang Melayu sejak samaya sebelum itihasa lagi. Sriwijaya pula dikatakan sudah berada dalam ksetram loka ini sejak kurun ke-3 SM sebelum menakluki Tanah Melayu dan kebanyakan kawasan di Pulau Jawa yang di selatan sampai kurun ke-13 M. Kota Jaya ini kemungkinan datang dari kata bahasa Melayu-Sankserta, cahaya yang bererti sinaran berkelip-kelip. Setengah sarjana percaya kata Chaiya kemungkinan datang dari Sriwijaya. Ia memang merupakan ibukota perantauan kerajaan Sriwijaya bermula pada kurun ke-5 sampai ke-13 M. Setengah sejarawan Thailand membahaskan bahawa Jaya itu sendiri adalah ibukota negara agung Sriwijaya itu tapi pendapat mereka ini umumnya tak dikira. 

Indochina

Pada satu tahap sekitar kurun ke-7 M, pelabuhan kerajaan Cheam di timur Indochina mula menarik ramai pedagang. Keadaan ini menyebabkan aliran perdagangan di Sriwijaya berubah ke sebelah Cheampa. Dalam usaha menarik pedagang ke Sriwijaya, maharaja Sriwijaya, maharaja Dharmasetu melancarkan serangan demi serangan ke negara kota pelabuhan di rantau Indochina sana. Negara kota Indrapura di sebelah Sungai Mekong untuk sementara waktunya dikawal dari Palembang selepas serangan pada awal kurun ke-8 M. Kerajaan Sriwijaya terusan menguasai kawasan-kawasan di sekitar Kemboja moden sampai maharaja wangsa Angkor, Sri Maharaja Jayawarman II mengambil alih selepas melemahkan lingkaran mandala Sriwijaya di situ dalam samaya yang sama.

Selepas Maharaja Dharmasetu, naik pula Maharaja Samaratungga memerintah Sriwijaya. Baginda memerintah dari 792 M sampai 835 M. Tak seperti maharaja sebelumnya, baginda Maharaja Samaratungga tak berminat dengan kegiatan menjajah tapi lebih berminat menumpukan perhatian mencengkam kedudukan di sebelah Pulau Jawa. Baginda sendiri yang memantau pembinaan Candi Bhumisambharabudara atau Borobudur di Jawa Tengah sampai selesai pembinaannya pada 825 M dalam pemerintahan baginda.

Kerajaan Sriwijaya: Catitan Itihasa

Swasti Sri!


Kedatuan Sriwijaya atau kerajaan Sriwijaya ini merupakan empayar orang Melayu yang menganut ajaran Hindu-Buddha pada samaya purwa. Empayar ini beribukota di Palembang, Pulau Sumatera dalam rantau negara Indonesia moden. Kedatuan Sriwijaya merupakan pusat terpenting ajaran Buddha dalam kurun ke-8 sampai ke-12 M. 

Bukti cargali sejarah awal sekali ditemui dari kurun ke-7 M. Seorang bhikkhu Buddha berbangsa Cina namanya Yiching menulis bahawa beliau ada singgah di Sriwijaya pada 671 M selama enam bulan lamanya. Prasasti pertama dengan nama Sriwijaya terukir pada batu ada dalam Prasasti Kedukan Bukit ditemui sekitar kota Palembang di Sumatera bertanggal 16 Jun 682. Kalau tuan dan puan ada belajar bahasa Melayu Sijil Tinggi Peperiksaan pastilah akan menemui pengajian lanjut bahasa Melayu purwa yang dipengaruhi ajaran Buddha ini. 

Catitan Itihasa

Tak dapat dipastikan mengenai perjalanan sejarah empayar ini. Ia merupakan masa lampau yang dilupakan sampai ditemukan semula oleh orang-orang Barat. Sebenarnya dalam babad dari istana diraja orang Melayu Patani yang beragama Islam di Selatan Thailand pada kurun ke-17 menceterakan mengenai kerajaan tempatan bersalin agama dari penganut Buddha menjadi penganut agama lain dan beberapa batu batu bersurat dalam biara Buddha di sebelah Selatan Thailand ada menceterakan mengenai empayar ini. Di Indonesia, dikatakan kerajaan ini cuma kedengaran dalam tahun 1920 sahaja apabila sarjana Perancis George Coedes menerbitkan hasil pengajian beliau dan tafsiran dalam surat khabar berbahasa Indonesia dan berbahasa Belanda. Coedes membuat catitan bahawa rujukan China dengan bunyi, "Sanfochi" itu dalam bahasa Hindu sepatutnya dibaca sebagai Sribhoja. Sribhoja ada tercatit dalam prasasti berbahasa Melayu purwa yang merujuk empayar ini.

Rekod Sriwijaya yang dibina semula ada didapati menerusi prasasti berbahasa Melayu purwa seperti di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Telaga Batu dan Kota Kapur. Sriwijaya ini menjadi lambang kepada kepentingan rantau Sumatera sebagai empayar besar mengimbangi empayar orang Jawa iaitu, Majapahit di sebelah timur rantau lautan selatan. Dalam kurun ke-20 M, kedua-dua empayar ini dirujuk juga oleh sarjana yang bersemangat kebangsaan negara mereka bagi membahaskan identiti negara Indonesia dalam negeri yang terdapat dalam rantau negara Indonesia sebelum ia menjadi negeri jajahan Belanda.

Sriwijaya dan meluas lagi daripada Sumatera itu dikenali berlainan nama dalam kalangan pelbagai jenis orang. Orang Cina memanggilnya Sanfochi. Sebelum itu lagi, ada sebuah kerajaan lama yang dipanggil sebagai kerajaan Kanduli yang dikatakan wujud sebelum Sriwijaya. Bahasa Sanskerta dan bahasa Bali menyebutnya sebagai Yawadesa. Orang Arab memanggilnya sebagai Zabag. Orang Khemir menyebutnya sebagai Melayu. Keadaan ini juga menyebabkan penemuan Sriwijaya ini sukar sekali diperbuat. Setengah namanya pula hampir sama dengan nama Pulau Jawa walaupun jatinya berlainan. Kata awalan Sri itu merujuk kepada nama penghormatan bagi sesuatu tempat, seperti juga Sri Lanka Dwipa. Wijaya pula merujuk kepada kejayaan dan hampir sama dengan nama sebuah lagi empayar Hindu di sebelah India Tanah Besar iaitu, Wijayanagaram.

Jumaat, 28 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam VI


70. Kebahagiaan dan kegembiraan kita datangnya dari para Buddha. Para guru, ajaran-ajaran mereka dan mereka yang tinggal yang bersama mereka. Namun, kita masih memberi sembahan kepada para hantu dan roh-roh. Semua petunjuk kita yang terserlah dari ajaran-ajaran. Namun kita masih cuba memerangkap mereka yang memberi nasihat-nasihat ini. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

71. Kita ingin berumah dalam asrama dan biara. Namun akibat gangguan-gangguan sekeliling, kita berusaha ke pekan. Kita dengar kepada perbincangan agama yang mengajarkan amalan-amalan ariya, namun kita masih membuang masa dengan tilik nasib dengan dadu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

72. Kita meninggalkan sumpah menjadi sami, jalan yang benar bagi mencapai kebebasan. Kita lagi suka berkahwin, beranak pinak dan berumah tetap. Kita sudah pun membiarkan peluang kebahagiaan terbang ditiup angin lalu meneruskan kesengsaraan seterusnya, masalah yang teruk dan kecelakaan. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir! 

73. Menyekat amalan kita demi mencapai kebebasan, kita melencong mencari keseronokan dan perniagaan. Kita menerima tubuh dengan pemberian yang bernilai. Namun kita menggunakannya hanya semata-mata untuk masuk ke kelahiran bagaikan neraka. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

74. Tanpa mempedulikan kesan-kesan yang ajaran boleh bawa kepada kita, kita keluar untuk urusan keuntungan dan mencapai kebaikan diri sahaja. Meninggalkan segala ceramah-ceramah berhikmah guru-guru kita, kita merayau-rayau di tempat berlainan mencari keseronokan sementara. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

75. Kita menimbun segala yang menjadi kepunyaan kita, tidak mahu menggunakannya pun. Dan merampas semua makanan kita dan pakaian dari kawan-kawan. Kita letakkan di sebelah kita harta pesaka bapak kita, lalu merampas hak orang lain sesuka hati kita. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

76. Menakjubkan sekali tentang betapa kurang tabahnya kita, untuk bertapa namun kita masih berpura-pura. Seolahnya kita sudah mencapai kesaktian lalu menipu orang lain. Kita tak pernah pun bertemu dengan jalan hikmah yang dalam, namun berlari ke sana ke sini walaupun sebenarnya ia tak perlu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

77. Seseorang itu memberi nasihat kepada kita dari kedalaman hatinya, demi kebaikan kita namun kedengaran menyakitkan di telinga kita. Dan dalam kemarahan membara kita melihatnya seperti seorang musuh. Tetapi apabila seseorang tanpa sebarang "perasaan" terhadap kita dengan muslihatnya benda yang ingin kita dengar, tanpa mempertimbangkannya dan berfikir kita menunjukkan maklumbalas. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

78. Apabila orang lain menganggap kita ini kawan tercintanya dan rapat dengannya, lalu terkait dalam keyakinan yang ketat sebagai diketahui mereka. Kita mendedahkan rahsia-rahsia mereka terutamanya kepada musuh-musuh mereka. Apabila kita mempunya kawan yang sentiasa bersama kita, kita mencari titik-titik kelemahannya supaya kita boleh menyeksanya. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!

79. Kedengkian kita itu kuat dan apa sahaja yang diperkatakan, kita sering sahaja bersikap ragu-ragu tidak percaya, kita ragui tentang apa yang diperkata. Kita menyusahkan, kepala angin dan sukar untuk dilayan. Menunjukkan perangai yang buruk kepada orang lain. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak lah keluar hati si penyembelih yang ingat dirinya penting sangat. Koyak keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!     

Rabu, 19 Disember 2012

Cakera Senjata Tajam II


9. Jika timbulnya dorongan kini bagi kita supaya mencari keseronokan sendiri, maka mesti lah kita letakkannya ke tepi bagi menggembirakan yang lain. Kerana yang kita cintai sangat-sangat pun akan bangun menentang kita. Kita mesti lah menyalahkan sikap mementingkan diri kita dan merasakan bahawa diri kita ini penting.

10. Apabila tubuh kita sakit di sana sini dan binasa dengan dahsyatnya disebabkan oleh penyakit yang maha hebat tak tertahan oleh kita. Ini lah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas kita daripada dosa yang diperbuat kita. Hingga kini, telah cedera lah tubuh yang lain disebabkan kita; makanya mari lah kita tanggung kesakitan mereka itu.  

11. Tertekan dan bermuram durja, apabila kita terasa pemikiran kita kelam. Ini lah cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya daripada dosa yang kita telah lakukan. Hingga kini berapa terganggunya pikiran orang lain, maka mari lah kita ambil kesengsaraan ini ke atas diri kita.

12. Apabila kelaparan atau dahaga tak terhingga menimpa kita, ini lah cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh kesan dari dosa kita. Hingga kini, kita hanya menyimpan sesuatu itu tidak berkongsi, kita sudah menjarah dan mencuri serta mencurangi orang lain akibatnya. Oleh itu, mari lah kita tanggung kelaparan dan dahaga mereka.

13. Apabila kita tiada kebebasan dan mesti mentaati orang lain. Ini lah cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa kita lakukan. Hingga kini, kita memandang rendah kepada mereka yang hina. Dan menjadikan mereka pelayan-pelayan kita atas sebab kehendak mementingkan diri kita; Makanya mari lah kita kemudiannya menawarkan khidmat pula kepada yang lain. Dengan merendah diri dan kebaktian dari tubuh dan kehidupan kita. 

14. Apabila kita mendengar hanya perkataan yang buruk dan kasar. Ini lah cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini banyak yang kita perkatakan tanpa berpikir. Kita telah menfitnah dan menyebabkan banyak persahabatan hancur. Makanya lepas kita mengetahui hal ini, mari lah kita mencela segala kata-kata yang terluncur tanpa berpikir. 

15. Apabila kita dilahirkan dalam keadaan tertekan dan malang. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini, kita sering melihat dengan negatif kepada orang lain. Kita mencela orang lain, hanya nampak keburukan mereka sahaja di mata kita. Selepas dari ini, marilah kita menanam perasaan positif pula. Dan memandang keliling kita sebagai murni dan tiada cacat cela langsung.

16. Apabila kita terpisah daripada rakan-rakan dan daripada orang yang boleh menolong kita. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini, kita hanya berkawan dan mencari pelayan yang baik hanya kerana diri kita sendiri. Kita merampas mereka daripada orang lain, mengawal mereka hanya untuk diri kita. Makanya, jangan lah kita memutuskan lagi persahabatan baik antara rakan-rakan terputus disebabkan kita lagi.   

17. Apabila para adiguru suci merasai bahawa kita ini tidak menyenangkan hati. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini, kita telah terpesong daripada para guru dan ajaran-ajaran bernilai. Kita lebih suka berada dalam saranan rakan-rakan yang menyesatkan. Makanya mari lah kita akhiri hubungan kebergantungan kita dengan orang mereka yang yang menyesatkan kita dari jalan kita.      

18. Apabila kita dituduh atas kesilapan orang lain, dan dituduh menyebabkan kecacatan yang kita tak pernah perbuat. Dan selalu menjadi bahan keji maki orang lain. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya atas sebab dosa kita lakukan. Hingga kini, kita melawan dan memperkecil para guru. Maka kini, jangan lah kita menuduh-nuduh orang lain lagi. Tapi berilah mereka penghargaan penuh atas sebab hikmah kebaikan yang mereka punyai.

19. Apabila perkara yang diperlukan kita untuk kegunaan harian hancur, rosak atau jahanam. Ini lah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini, kita cemerkap sekali dengan barang orang lain. Maka selepas ini, marilah kita beri mereka apa yang diperlukan oleh mereka.    

20. Apabila pemikiran kita tak jelas dan hati kita tak gembira. Kita bosan melaksanakan kebaikan tapi sangat suka sekali dengan kemaksiatan. Ini lah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini kita telah menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang keji. Selepas ini, jangan lah kita menyebabkan wujudnya keadaan yang menyebabkan orang lain terjerumus dalam unsur-unsur jahat. 

21. Apabila pemikiran kita terganggu dan kita terasa tekanan yang maha dahsyat. Perkara terjadi tak pernah berlaku menurut yang kita inginkan. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini, kita menyebabkan berlakunya kekacauan mencelah. Apabila orang lain sedang memberi tumpuan mereka menjalankan kebajikan. Lepas ini, marilah kita hentikan mencelah sebegitu lagi.

22. Apabila tiada sesuatu apa pun yang kita perbuat itu menyukakan hati para guru. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa yang kita lakukan. Hingga kini, kita cuma berpura-pura alim di depan para guru. Tapi bila mereka tiada kita kembali kepada dosa papa. Maka selepas ini, marilah kita kurang bersikap munafik. Dan mengambil segala ajaran dengan ikhlas dilekapkan ke hati.

23. Apabila orang lain sentiasa mendapati apa kita perbuat tak pernah kena. Dan orang ramai nampaknya suka sekali menyalahkan hanya kita. Inilah dia senjata cakera tajam berpulang. Penuh pusingannya atas sebab dosa kita. Hingga kini, kita menjadi orang yang tak malu tak pernah peduli kepada orang lain. Kita pikir bahawa perbuatan kita itu tak memberi kesan apa-apa langsung. Maka selepas ini, marilah kita hentikan sikap yang menyakitkan hati orang.

24. Apabila pelayan-pelayan kita dan rakan-rakan terganggu disebabkan oleh tabiat kita. Dan selepas seketika tak boleh lagi tinggal di rumah kita. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa kita. Hingga kini, kita mengenakan orang lain dengan sikap buruk kita. Selepas ini marilah berubah dan tunjukkan cara sikap yang baik sahaja.

25. Apabila orang yang rapat dengan kita berubah menjadi musuh kita. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya atas sebab dosa kita. Hingga kini, kita berdendam dalam diri kita penuh amarah. Dan berpikir muslihat untuk menyebabkan kesakitan kepada orang lain. Maka selepas ini, marilah kita cuba untuk kurangkan "berkasih sayang". Janganlah kita berpura-pura baik sedangkan kita merencana tujuan yang berlainan daripada itu.

26. Apabila kita menderita kesakitan dan gangguan sebegitu. Utamanya apabila kita diserang penyakit gout di kaki kita. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan dosa kita. Hingga kini, kita tidak malu dan tidak mengawal diri kita. Kita telah mencuri dan menyalahgunakan pemberian orang lain. Makanya janganlah kita terima dan guna pemberian yang ditawarkan kepada tiga ratna seolah-olah itu harta kita.

27. Apabila penyakit-penyakit dan angin ahmar menyerang kita tanpa amaran. Inilah dia senjata cakera tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa kita. Hingga kini, kita telah melanggar janji kemuliaan. Maka selepas ini, mari kita hentikan perbuatan yang keji.

28. Apabila pemikiran kita berjelaga sahaja semasa kita belajar. Inilah dia senjata cakera tajam berpulang. Penuh pusingannya atas sebab dosa kita. Hingga kini, kita memandang remeh kepada pengajian agama dan layak ditinggalkan sahaja. Maka selepas ini, marilah kita bangunkan semula sikap kebijaksanaan mendengar dan merenung perkara yang diajarkan oleh guru.

29. Apabila tidur mengatasi kita semasa mengamalkan kepatuhan dan kebajikan. Inilah dia senjata cakera tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa kita. Hingga kini, kita telah mengumpulkan sebab-sebab halangan yang menghalang kita daripada pengamalan amalan-amalan mulia. Kita tidak menghormati ajaran kitab suci, kita duduk di atas kitab-kitab kita dan meninggalkan kitab di atas lantai. Kita memandang rendah kepada orang yang dalam renungan mereka. Makanya selepas ini, demi amalan jalan agama. Marilah kita menahan segala kesusahan yang kita temui dalam perjalanan kita.

30. Apabila pikiran kita menerawang jauh sekali dan menghala ke arah khayalan. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa kita. Hingga kini kita telah meninggalkan terus kewajiban bertapa kita. Demi untuk meresapi dunia fana yang cacat ini. Maka selepas ini, marilah kita berusaha meninggalkan "kewujudan" ini dan kita akan nampak sifat tidak kekal segala yang berada dalam kewujudan ini.   

31. Apabila segala urusan kita baik dari segi keagamaan dan duniawi menghadapi masalah dan hancur semuanya. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa kita lakukan. Hingga kini, kita merasai hukum sebab dan kesan boleh dipandang remeh sahaja. Maka selepas ini, marilah kita beramal dengan sabar dan tabah.

32. Apabila upacara yang kita jalankan nampak tak membuahkan hasil. Inilah dia senjata cakera tajam berpulang. Penuh pusingannya disebabkan oleh dosa kita. Hingga kini kita bergantung kepada "tuhan-tuhan" dalam dunia ini. Atau pada tindakan tidak berkemahiran yang kita pikir memberi kelegaan kepada kita. Selepas ini, marilah kita masuk ke arah yang lain. Tinggalkan tindakan keji itu ke belakang. 

33. Apabila tiada satu pun harapan kita dipenuhi. Walaupun kita sudah berdoa kepada tiga ratna. Inilah dia senjata cakera tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa kita. Hinga kini, kita tak pernah memberi komitmen penuh kepada Buddha yang ajaran baginda layak diberikan keyakinan. Maka selepas ini marilah kita bergantung penuh kepada Buddha, ajaran baginda dan barangsiapa yang mengikutinya.

34. Apabila prejudis, penyakit cacar atau angin ahmar melumpuhkan kita. Kuasa luaran atau kesakitan bangun melawan kita. Inilah dia cakera senjata tajam berpulang. Pusingannya penuh atas sebab dosa kita. Hingga kini, banyak sekali kekejian kita. Kita melanggar sumpah dan menyebabkan pelindung tersinggung. Dalam amalan dari bakti guru kepada tantra. Maka selepas ini, marilah kita hapuskan pandangan prejudis kita.