Isnin, 28 Oktober 2013

Ciri Wedika dalam Agama Iran Purwa


Di sebelah Iran dan Tanah Parsi serta Sumeria yang merangkumi rantau Selatan Iraq sampai ke Selatan Russia dan Afghanistan, agama orang Iran seperti Zoroastrianisme, Zurwanisme dan sebagainya agak terkenal. Penganut agama ini turut terlepas ke rantau India Purwa, Selatan Eropah dan juga di Timur Tengah. Yang masuk ke Tanah Sindhu atau benua India itu menyeraplah dengan bangsa Brahmana yang masuk terlebih dahulu. Secara bersiri nanti kita akan cuba memaparkan rencana mengenai ciri yang sama antara agama ini dengan agama orang Hindu atau orang India. Punca rujukan rencana ini adalah dari Subhash Kak.

Sarjana sekelian umunya setuju bahawa sebelum penyebaran agama oleh Zoroaster, agama para dewa itu terkenal lah di Iran. Setengah orang memanggilnya sebagai agama Pra-Zoroastrianisme atau agama Pagan di Iran. Namun, Subhash Kak membahaskan bahawa memanggilnya sebagai demikian itu bererti mengkaburkan perhubungannya dengan agama Wedika. Persamaan antara agama Pra-Zoroaster itu dengan agama Wedika terlampau banyak sekali sampai tak mampu hendak diberi dengan kata nama saja gambarannya. 

Sabdawali Zoroastrianisme ini wujud selepas orang Yunani memanggil nama pembaharu agama orang Parsi itu menurut namanya. Pembaharu agama orang Parsi itu, namanya adalah Zaratustra. Zarat ertinya sama dengan baasa Sanskerta, Harit iaitu keemasan manakala Tra itu sama ertinya dalam bahasa Sanskerta iaitu unta. Diperkatakan pembaharu agama ini hidup kira-kira dalam tahun 1200 SM atau mungkin setengah milenia kemudiannya. Tradisi Yunani menyatakan bahawa beliau itu hidup 258 sesudah Alexander the Great, iaitu kurun ke-6 SM. Nama yang digelarkan orang Parsi kepada agama mereka itu adalah Mazda Yasna atau agama Pengorbanan kepada Kebijaksanaan. Sang Hiyam Widdhi bagi mereka itu digelarlah Ahura Mazda atau dalam bahasa Sanskerta kita disebut sebagai Asura Medha, Yang Dipertuan kepada Kebijaksanaan.

Rigweda 8.6.10 mempunyai satu bacaan yang berbunyi "medhamertasya" ertinya kebijaksanaan itu kebenaran yang menunjukkan perkataan Parsi Lama ini turut berselari dengan bahasa Sanskerta walaupun bukan bahasa yang sama. Zaratustra ini menjadi saingan pula kepada penganut agama para dewa, iaitu penganut Daiwa Yasna. Walaupun agama ini pernah menjadi agama resmi empayar Parsi sebelum kemasukan agama orang Islam, tetapi "nabi" nya itu berasal dari Timur Laut Iran dekat Afghanistan iaitu dari Bactria.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan