Isnin, 28 Oktober 2013

Ringkasan Hidup Siddha Moden

Om Swastiastu!


Diketahui sudah bahawa pada Siddha memperguna pelbagai jenis herba, tumbuhan, rempah ratus dan mineral bagi dijadikan bahan perubatan. Diketahui sedikit sebanyak juga tentang bagaimana para Siddha memelihara kualiti herba yang dikutip. Para Siddha memahami bahawa pencegahan itu lebih baik daripada mengubati dan yang ini cuma boleh dicapai menerusi pengembangan kesihatan jiwa dan raga yang diamalkan setiap hari sampai jadi rutin harian. 

Rencana kita kali ini akan membincangkan mengenai pengamalan yang diamalkan seperti yang terdapat dalam dedaun lontar. Setengah daripada amalan ini, pada sekilas pandangannya nampak seperti tak praktikal lagi hari ini. Namun, dapat dipastikanlah sebenarnya bahawa amalan ini semuanya masih lagi boleh diamalkan, kalau dicari masa dan cara yang kena. Untuk itu, boleh juga didapatkan samacara nya dari Institut Sains Siddha Gunaan.

Siddha akan bangun kira-kira dua jam sebelum terbit mentari sekitar masa Bramha Muhurtham. Buka mata dan bercermin bagi mencetuskan dalam diri keyakinan diri, kekuatan mental, tarikan dan juga kebijaksanaan. Kemudia cuba melihat ke mentari, melihat matahari, api tak berasap, Siwa Lingam, lautan, sawah padi, lembu dengan anaknya, teratai atau tangan kanan, atau benda-benda bertuah yang suci. Hati-hati hari yang baik itu jangan dimulakan dengan melihat benda buruk yang tidak bertuah.

Buang air kecil dengan tangan kanan menekan abdomen bawah sebelah kanan dan buatnya kira-kira enam kali sehari. Buang air besar dengan menekan sebelah kiri bawah abdomen itu dan buatnya dua kali sehari sekurang-kurangnya. Tujuannya moga tridosa itu terkawal dan api dalaman terbakar cerah senantiasa. Nikmati kesegaran, kesedaran, kepekaan dan segala deria sihat yang mengikuti amalan-amalan. 

Bersihkan gigi itu dengan serbuk pencuci berubat. Jangan guna arang! Gunakan serbuk atau pati daun pokok mempelam yang sudah dilembutkan. Boleh juga dipergunakan serbuk dari dedaunan lain seperti yang dipesan oleh para Siddha contohnya daun Semambu. Kumur mulut bersih dengan air yang bersih. Minum air yang segar setiap pagi sambil mengingati ishta dewata anda.

Celakkan mata dengan Aschotanam bagi penglihatan yang lebih baik. Bersihkan hidung itu daripada rompongan kotor dalam hidung dengan tatacara Nasyam. Perbuatan ini semua menjamin kesihatan mata, kepala, leher dan bahu. Membebaskan kita dari penyakit salur pernafasan. 

Urut tubuh dengan minyak yang disyorkan Siddha sebelum mandi dua kali seminggu sekurang-kurangnya. Lelaki boleh berurut pada Budhawara dan Saniwara, manakala wanita pada Brahaspatti dan Sukrawara. Urutan minyak ini memastikan kulit sihat dan seimbang tridosanya. Masalah gelema pun meninggalkan anda. Pancaindera menjadi tajam dan usia semulajadi menjadi lebih panjang. 

Jangan tidur siang semasa hari menyapu minyak. Jangan biarkan perut itu penuh atau sengkak.  Tidur malam itu atas katil kain kapas dan tidurlah dengan tenang rehatkan diri secukupnya.

Jauhi tiupan angin dari tempat pembakaran mayat dan kuburan! Jauhi angin dari lautan dan gunung semasa musim hujan! Boleh nikmati angin segar bertiup dari sawah padi bagi kesegaran tubuh. Makan hanya makanan segar, jangan makan makanan yang pantang menurut hari walaupun benda itu adalah makanan tolong nyawa seperti amritam. Minum air hanya lepas makan! 

Jangan makan, tidur, legakan pundi kencing atau saluran najis, berhubungan jenis, basuh baju, bercukur, dan mandi semasa semjakala. Jangan terdedah kepada habuk dan serpihan-serpihan dari binatang.

Yang ini semua beberapa panduan bagi kehidupan sihat menurut cara Siddha. Siddha mempunyai banyak lagi panduan lengkap mengenai orang yang terkena kesakitan, cara bagaimana hendak menyesuaikan rutin ini semasa sakit atau mengembara. Tujuannya bagi mengembalikan jiwa dan raga ke landasannya semula menurut keadaan.

Gaya hidup begini boleh diamalkan sesiapa sahaja tanpa sebarang masalah, tanpa mengira agama atau jantina. Anda boleh jadi seorang Hindu, seorang penganut ajaran Buddha atau penganut ajaran Jina. Anda boleh jadi seorang Kristian atau seorang tak beragama sekali pun. Untuk orang Kristian itu ada juga gaya kehidupan seakan-akan Siddha ini. Tapi aku tak ingat namanya. Alamilah kehidupan baru yang sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan