Memaparkan catatan dengan label sanatana dharma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sanatana dharma. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2013

Aliran Theravada: Prapañcavijñāna

Swasti Srīh!


Kita hendak bicara mengenai kosmologi lah menurut ajaran Buddha aliran Theravada, inilah pengertian prapañcavijñāna. Digambarkan kepada kita bahawa ada 31 lapangan dalam sasara menurut Sutta Pitaka dan ulasan-ulasannya. Susunan lapangan tersebut ada disebut banyak dalam perbincangan baginda Siddartha Gautama dalam Sutra Pitaka. Contohnya, dalam Saleyyaka Sutra dari Majjhima Nigaya, baginda Buddha menjelaskan bahawa lapangan-lapangan jelmaan bertindan-tindan di atas lapangan jelmaan manusia secara menaik. 

Ku pinta semoga anak-anak Hindu senusantara dan anak-anak Hindu yang berbahasa Melayu sekelian khususnya supaya memerhatikan jua tajuk masukan yang ini walaupun engkau bukan dari dalam kalangan pengikut ajaran Buddha-Brahmana demi kebaikan diri engkau juga supaya engkau pelajari dharma kau dan panutan "Guru" kau seadanya kerana tindakan kau bersalin-salin agama menukar tongkah ajaran kau itu sebenarnya mencelarukan "jiwa" mu sendiri... 

Dalam beberapa sutra dalam Anguttara Nigaya, baginda Buddha menjelaskan punca-punca penjelmaan roh dalam lapangan-lapangan yang sama susunannya. Dalam ajaran Buddha, para dewa bukannya abadi dan mereka ini yang memainkan peranan mencetuskan dalam perjalanan Jagat Raya. Mereka itu semata-mata makhluk yang diangkat kedudukannya dan dijelmakan semula rohnya dalam lapangan langit sebagai kesan daripada perkataan, pemikiran dan tindakan mereka yang terangkum dalam konsep karma kita. Untuk yang ini, aku menyatakan kepada penganut agama-agama "Abrahamic" itu, kita tahu dewa-dewa bukannya Tuhan walaupun mereka adalah golongan bangsa makhluk ghaib! Maka itu sebabnya baginda Siddartha Gautama Buddha berhenti dahulu bicara mengenai dreśti dan jiwa-jiwa yang sudah mencapai titik tujuan pengamalan mereka. Tiada perlu nya lah bertanya soalan memerli seolah-olah kita-kita ini orang bodoh kerana nanti anda akan memberi nama buruk pula kepada "nabi" atau "maharesi" anda atas kekurangan "vidya" anda sedangkan kita ini tidak ingin memandang hina kepada sesiapa pun kerana akibatnya nanti bertentanganlah pula kita dengan "Jalan Arya" kita!   

Biasanya, mereka pun terikat dengan khayalan maya dan nafsu sama lah seperti jenis manusia, dan memerlukan bimbingan daripada yang dicerahi. Baginda Buddha merupakan guru bagi "dewa dan manusia" dalam istilah kita disebutlah Sattha Deva Manussam. Deva akan datang melawat baginda Buddha di malam hari. Devata Samyutta dan Deva Putra Samyutta dari Samyutta Nigaya merupakan catitan yang merakamkan perbincangan baginda Buddha dengan para deva. Deva Putra merupakan sekelompok deva muda yang baru sahaja menaiki lapangan kahiyangan (tujoh petala langit), dan devata itu merupakan deva-deva yang matang pula.  

Ada 10,000 kror (100 bilion) di atas rupakara surya dalam viyadganga (galaksi), ada 10,000 kror di atas viyadganga di dalam Jagat kita berada ini. Ada banyak lagi Jagat Raya dalam ruangan. Kehidupan lampau dan jelmaan lampau kita terjadi juga di bintang-bintang lain sebagai makhluk lain. Samacara mengenai 31 lapangan kewujudan dalam samsara (putaran kelahiran jiwa) itu terkumpul dalam Majjhima Nigaya, Anguttara Nigaya, Samyutta Nigaya, Digha Nigaya, Khuddaka Nigaya serta lain-lain. Semua 31 lapangan kewujudan boleh diperhatikan oleh Divyacakus orang-orang yang suci murni hatinya seperti baginda Siddhartha Gautama serta para Buddha (orang yang dicerahi) dan setengah pelajar baginda Buddha yang berkesedaran jiwanya menerusi perkembangan jiwa dalam amalan tapa jhana. Amalan ini terkandung dalam Jalan Penyucian Visuddhi Marga yang ada aku buat masukannya bagi pengikut dharma kita sekeliannya tak mengira engkau dari jati mana pun. Kau pada pandangan ku sama sahaja kerana yang membedakan kita itu cuma keadaan dan tahap-tahap "hati" kita.

Menurut kepada sutra-sutra, seorang Buddha itu boleh melalui semua lapangan alam kewujudan tersebut dan mengetahui segala kehidupan lampaunya serta makhluk yang lain pun. Dalam Maha Saccaka Sutra dari Majjhima Nigaya berbahasa Pali, baginda Siddartha Gautama bersabda:
"Tatkala akal itu ditumpukan, dimurnikan, cerah tiada celanya lagi, bebas pencemaran sekeliling, mudahlah kau bentur ke jalan kebajikan arya (mulia) tanpa kau patah-patahkan menurut benturan fitrahnya dan mencapai ketenangan terkumpul tak tergoyahkan lagi, aku mengarahkannya ke arah pengetahuan dari yang lampau dan berupanya semula makhluk-makhluk.
Aku telah melihat menerusi diviyacakus, yang dimurnikan dan melampaui manusia, bahawasanya 'manusia' itu pergi dan muncul kembali, dan aku mendapati bahawa betapa mereka itu rendah dan tinggi (kedudukannya), cantik dan buruk, bertuah dna malang menurut karma mereka: 'Segala makhluk ini, yang telah mengeluarkan tindakan buruk pada tubuh, ucapan dan pemikiran, yang menentang para arya (orang-orang mulia), berpegang dengan pandangan salah dan melakukan tindakan bawah pengaruh pandangan salah; dengan terpecahnya tubuhnya, selepas menghembuskan nyawa terakhir, dia akan muncul semula dalam lapangan yang penuh kekangan, gantaviya (destinasi) yang teruk, alam jiwa yang bawah, dalam neraka.
Namun, makhluk-makhluk yang mengeluarkan tindakan tubuh, akal dan ucapan baik, yang tidak menentang orang-orang mulia, yang berpegang dengan pandangan benar dan menjalankan tindakan-tindakan bawah pengaruh pandangan benar; dengan terpecahnya tubuhnya, selepas menghembuskan nyawa terakhirnya, akan muncul semula di gantaviya baik, dalam sorga loka. Maka, dengan menerusi divyacaksus, yang murni melampaui (deria) manusia, aku melihat makhluk-makhluk pergi (mati meninggalkan jasad) dan muncul semula (dalam bentuk roh), dan aku mendapati bahawa betapa rendah dan tinggi (kedududkannya), cantik dan hodoh, bertuah dan malang menurut kepada karma mereka itu".     
Terbitan Itivuttaka dari Khuddaka Nigaya dan dalam Māpuññabhāyi Sutra dari Anguttara Nigaya, dicatitkanlah penceteraan baginda Siddartha Gautama Buddha tentang kehidupan lampau baginda... 
"Apa kala kalpa itu berkurangan maka aku sampai lah ke "Lapangan Cahaya Memancar Bertali-Tali", dan apabila kalpa berkembang, maka aku terbitlah dalam satu mandala kosong. Dan di sana, aku pernah menjadi seorang Brahma, Brahma Agung (Brahma bukan Brahman Maha Tinggi), jaya tiada pernah terkalahkan, yang melihat segala, sakti segala. 36 kalinya aku pernah menjadi Sang Śakra (Indra) pemerintah segala deva. Dan ratusan kalinya aku pernah menjadi cakra pemutar adhiraja, sang cakravarti, dharmaraja, penakluk empat benua bumi, mengekalkan keamanan tanah, dalam pemilikan tujoh harta khazanah".
Punca Kelahiran Semula dalam Pelbagai Lapangan

Proses yang darinya itu makhluk-makhluk berhati nurani akan berpindah dari satu keadaan kewujudan ke satu keadaan kewujudan lain itu bergantung kepada penyebab-penyebab dan syarat-syarat. Tiga penyebab itu adalah dana atau kebajikan memberi, silsila atau akhlak, dan perkembangan dalam tapa atau renungan diri

Kelahiran semula dalam Kamaloka bergantung kepada silsila dan amalan dana bakti. Kelahiran semula dalam Rupaloka atau Arupaloka juga memerlukan tapa jhana. Kebebasan daripada segala kelahiran semula itu memerlukan kebijaksanaan atau hikmah sebagai tambahan kepada silsila dan tapa. 

Mengenai samsara atau putaran kelahiran itu, bhikkhu Bodhi menterjemahkan pelbagai sastera Pali, dengan menulis bahawa melampaui segala lapangan kewujudan itu merupakan Nirvana tanpa syarat, matlamat terakhir bagi ajaran baginda Buddha itu adalah... 

"Kelahiran semula yang penuh kesenangan ketenangan, walau bagaimanapun bukannya tujuan terakhir bagi pengajaran dharma oleh baginda Buddha. Pada yang sebaiknya itu, ia (kelahiran di sorgaloka) cuma lah hentian sementara sahaja di lawangan dengan ada lagi jalan-jalan seterusnya. Matlamat tertinggi kepada ajaran baginda Buddha itu adalah penghapusan samsara (jelmaan semula jiwa itu di mana-mana loka pun adalah satu sengsara). Kenikmatan di sorga itu tak kira berapa nikmatnya pun, tidaklah sama seperti pencantasan terus samsara. Menurut ajaran baginda Buddha, semua tahap kewujudan dalam lingkungan samsara, walaupun sorga itu sendiri, adalah tidak kekal, tak boleh dibergantungkan pun, dan sebenarnya terikat juga kepada kesakitan apabila ia berakhir. Makanya, matlamat Dharma yang terutama itu adalah kebebasan, yang ertinya itu kebebasan terus daripada lingkungan kelahiran dan kematian".   

Bagi penganut agama Abrahamic kebanyakannya itu, mereka percaya bahawa nanti di penghujungnya ada sorga dan neraka buat membalas perbuatan amalan makhluk segalanya di karma bhumi. Manakala kita ini pula yang itu pun masih dalam lapangan Jagat Raya yang 'meluas' ini. Memang ada pembalasan kebaikan kejahatan dan kebaikan seperti sorga dan neraka tapi itu semua sementara sahaja dan menurut kepada lingkungan kalpa pula sebagai pembalasan karma. Kebanyakan yang dipertuduhkan kepada "penjelmaan semula" itu cuma lah spekulasi daripada penafsir kitab suci agama Abrahamic sahaja. Tiada pula sebutan mengenai penjelmaan semula dan kematian yang banyak kali itu sama ada disanggah atau disetujui oleh resi-resi mereka yang dalam kalangan orang Israel, Arabia dan lain-lain yang di Barat bumi ini...

Para Arya mengajarkan bahawa alam semesta ini masih ada banyak rahasia lagi yang tidak diketahui... Untuk itu, bukannya kau dengar-dengar tuturan penceramah-penceramah atau pendakyah agama kau sahaja sebaliknya kau baca sendiri dan dapatkan sendiri dari pustaka-pustaka sastram kita ini sama ada kesusastraan suci Veda Catur Muka, Upanishad, Purana-Purana, Gita-Gita, dan Itihasa. Tak terkecuali juga sastera Pali dan juga sastera Mahayana... 

Teori astrofizik tentang alam semesta kini yang dikaji oleh orang Barat dan sarjana Jepun pun sebenarnya sudah berbuih-buih lah para resi kita di samaya purwa entah ribuan entah jutaan tahun lampau nya bercakap mengenainya namun tidaklah kita hebohkan atau banggakan seperti orang Kristian yang menyebut bahawa 2500 tahun lampau dalam Perjanjian Lama itu sudah diketahui tentang fenomena alam semesta atau sejak 1400 tahun lampau dalam kitab suci bahasa Arab dari Arabia itu sudah diketahui tentang fenomena kejadian alam... 

Semua mengenai perkara fenomena alam semesta itu kita pun ketahuinya juga dan kita mengakui bahawasanya Dia itu Yang Memberi veda pengetahuan kepada maharesi sekelian. Yang kita sedang bicarakan ini adalah bagaimana caranya kita mau bebas daripada semua fenomena itu segalanya dengan bantuan Brahman Agung... Sang Yang Tunggal.... Sang Acintya...

Sarve satva bhavantu sukhita... Om Śanti Śanti Om... Sadhū... Sadhū... Sadhū...

Rabu, 10 Julai 2013

Sanatana Dharma: Jalan Semulajadi yang Nirandra

Om Swastiastu!


Sanatana Dharma: Jalan Semulajadi yang Nirandra

Bagi agama orang Hindu ini, disebutlah oleh orang-orang Hindu sebagai Sanatana Dharma. Untuk pembacaan tuan-tuan budiman yang berbahasa Inggeris, bolehlah disemak pustaka berjudul "Sanatana Dharma: The Eternal and Natural Way" cetusan pemikiran Acharya Seri Dharma Parvataka.

Pustaka ini boleh menjadi panduan kepada loka Yoga, Vedanta, pertapaan dan juga agama kepercayaan orang Hindu itu sendiri. Ia merayakan segala tradisi yang ada dalam jalan kerohanian orang-orang benua Hindu sekelian. Dibekalkan juga oleh acharya kepada kita dengan pengenalan kepada dresti dan amalan-amalan yang diamalkan dalam jalan kerohanian purba ini.

Cara penerangannya lebih tersusun dan pendedahan drestinya pun menyeluruh tatkala menyentuh tradisi-tradisi kerohanian benua Hindu kita. Tak pasti jika di negara Indonesia mempunyai anuvada (terjemahan), tapi aku percaya mereka cepat sekali membuat anuvada bagi segala tradisi kehinduan berbanding dengan di sini yang terlalu bergantung dengan bahasa Inggeris. Di India pun sebenarnya begitu jua...

Pengertian Ringkas

Sanatana Dharma ini pada dasar sabdawalinya pun tiada cenderung kepada aliran-aliran atau pembahagian buah pikiran atau ideologi. Dua perkataan Sanatana Dharma itu pun terbitlah dari kata bahasa Sanskerta Purwa. Sanatana itu merupakan kata yang menunjukkan sesuatu yang anadi atau tiada permulaan dan anantha atau tiada penghujungnya atau yang nirandra.

Dharma pula sungguh banyak abhidanamnya sehingga tidak mampu dianuvadakan ke bahasa lain. Sudahlah kita bicarakan bahawa kata Dharma ini terbitan dari kata dhri yang bererti memegang dan memelihara. Erti yang lebih kurangnya itu adalah "Undang-Undang Semulajadi" atau Niyama Vaswavikata Lokam yang semulajadi bagi Jagat Raya. Makanya, sabdawali ini bolehlah dianuwadakan sebagai, "Jalan Purwa yang Semulajadi lagi Nirandra". Makanya inilah agama orang Hindu sekelian.

Tatkala dianuvadakan ke bahasa Melayu ini maka, Sanatana merujuk kepada nirandra, brahmasi, tiada mula tiada hujung, yang nilakada, sejagat, yang selamanya ada, tiada pernah terhapus, semulajadi serta tahan lama melalui samaya. Dharma ertinya anusarana, jalan, kebenaran, belas kasihan, jalan semulajadi, kebajikan, ajaran-ajaran, parampara, sampradayam, dresti, aturan, sejagat, aliran, agama, kebijaksanaan, menepati divyam, adarsa brahmandiyam, aturan paksi dan kejadian, adhikaram serta tugasan setiap kejadian.     

Rupakara Sanatana Dharma

Sanatana Dharma ini bukannya menunjukkan kepercayaan seperti Kristian atau Islam. Ia mewakili satu kod perundangan tindakan dan rupakara nilai yang dasarnya adalah kebebasan kerohanian. Sebarang jalan atau pandangan kerohanian yang menerima kebebasan jiwa atau rohani dari jalan-jalan lain pun diperkiralah sebagai Sanatana Dharma tapi bukan bahagian kehinduan kerana kehinduan itu terjadi bila berada dalam lingkungan Mahabharata.

Sedikit bahagian itihasa samaya pertengahan benua Hindu apabila Sikandar Lodi pemusnah vigraham yang merupakan seorang pemerintah wangsa Lodi di Delhi pernah membakar seorang sadhu bernama Sang Bodhana hanya kerana berkata bahawa agama orang Hindu dan agama Islam itu setaraf dan diterima sahaja oleh Sang Hiyang Maha Agung asalkan beriman dengan hati yang ikhlas.

Keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahawa pemerintah beragama Arab yang berketurunan sebelah bapanya dari keturunan Afghanistan manakala ibunya Punjabi Hindu itu tidak memahami tuntunan agama yang dianutinya itu sendiri. Sebaliknya, sadhu Hindu yang dibakar hidup-hidup sampai mati itu yang menyebut semula perkara yang diterangkan dalam agama orang Arab itu yang berbunyi, "untuk kamu agama kamu dan untuk aku agama aku". Hanya sedikit kilasan pada ayat sahaja menjadikan penganut agama Arab itu yang bukannya berbangsa Arab menjadi dungu dan berhenti fikirannya. Kejadian ini sungguhlah pelik sekali, memandangkan ia menjadi pemerintah atau raja pula bagi suatu wangsa. Bagaimana boleh seorang raja yang dungu memerintah lingkungan mandalanya?

Utamanya, Sanatana Dharma ini adalah anadi iaitu tanpa permulaan dan juga apauruseya. Apauruseya itu ertinya, tiada pengasas dalam kalangan manusia pun. Ia dinirwacanakan melalui pencarian kebenaran brahmandiya atau menerusi renungan pada cakerawala. Tiada beda sangat pun dengan pencarian kebenaran yang menirwacanakan sains moden. Catitan awal tentangnya adalah Rigweda. Rigweda ini merupakan catitan perkara yang didengari oleh rei-reṣi purwa yang dalam pelbagai cara cuba mempelajari kebenaran tentang jagat raya atau alam semesta, dalam hubungan-hubungan antara kedudukan manusia dengan kramabhadda (susunan alam semesta). Mereka melihat kepada sifat-sifat atau ciri bagi segala hidupan dan kejadian dalam jagat raya sebagai sebahagian daripada persamaan sejagat yang tercetus dari Kesedaran Tertinggi.

Pencarian para reṣi ini tiada permulaan sejarahnya; tiada juga penemu sejarahnya. Kenyataan ini bukanlah menunjukkan bahawa Rigveda itu tak berada dalam bentuk karya kesusasteraan. Kenyataan ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh menunjukkan atau menyatakan masa tertentu atau orang tertentu dalam sejarah lalu berkata, "Sebelum terpacul perkara ini, segala yang tersebut dalam Rigveda itu tak pernah wujud". Pemahaman dalam kenyataan begini sebenarnya sama dengan pemahaman orang pada samaya moden ini kerana mereka menurut pula kepada logik orang Barat yang menyebut sesuatu itu hanya wujud selepas ia "dituliskan" dan "dibukukan".

Ciri Sanatana Dharma dalam Agama Orang Hindu
  • Lebih bertumpu kepada Sang Hiyang Widdhi berbanding dengan tumpuan lebih kepada reṣi atau nabi dalam bahasa Arab.
  • Lebih berdasarkan kepada pengalaman berbanding dengan percaya kepada kenyataan orang lain semata-mata.
  • Permulaannya melampaui sebarang tanggal dalam sejarah dan tak ditemui pun dalam sejarah.
  • Proses perkembangannnya datang dari biji yang bertunas dan dresti ini bolehlah dilihat dalam ceritera seperti Hiranyagarbha serta sebagainya.
  • Wujud dalam dan termasuk dalam segala jalan kehidupan.
  • Wujud di loka ini tetapi dalam masa yang sama lebih tinggi daripada loka maya.
  • Wujud dan mencakupi loka segala.
  • Wujud pada seluruh atau pada bahagian-bahagian jagat.
  • Mencintai segala dan tiada mengecualikan barang sesuatu kejadian pun. 
Mula Siddhanta Sanatana Dharma
Sanatana Dharma mengenalpasti bahawa bahagian terbesar dalam cita keagamaan manusia itu selalunya tidak diketahui, tiada nirwacanam bahkan melebihi sebarang kepercayaan yang diinstitusikan. Aliran jagat Dharma, tak mengira nama apa pun dipanggil baginya, sama ada Dharma atau dengan nama lain sebenarnya senantiasa wujud. Ia sudah wujud sebelum sebarang guru agung terjelma atau dilahirkan ke loka ini pun. Ia bukan lebih baik daripada yang lain atau menjadi jalan yang lain bagi yang lain sebaliknya ia berada dalam semua. 
Dari Dharma ini, terpacullah bumi kita dan kemanusiaan ini. Dharma bukan sahaja sebagai Dharma, tetapi senantiasa dan akan senantiasa begitu sahaja. Untuk hidup dalam penjajaran dengan jagat raya, dan untuk mengetahui tentang ciri-ciri sebenar Sanatana Dharma itu maka perlu seseorang itu mengenalpasti bahawa Sanatana Dharma itu adalah satu daripada jalan yang menerangkan tentang matlamat tertinggi dalam kehidupan sesuatu kejadian.

Sanatana Dharma menghormati pengalaman kerohanian perseorangan melebihi vada upacara rĕsmi. Di mana sahaja terjelmanya Kebenaran Sejagat maka di situ ada Sanatana Dharma. Sama ada ia dalam lapangan agama, kesenian, sains atau pun dalam kehidupan orang perseorangan atau masyarakat.  Apabila Kebenaran Sejagat itu tidak dikenalpasti di sebarang tempat pun tak mengira sama ada di benua Hindu atau di mana-mana, atau disempitkan kepada kumpulan tertentu, pustaka sastera, upacara tertentu sahaja atau orang perseorangan walaupun dengan nama Sang Hiyang Tertinggi, maka Sanatana Dharma itu akan berhenti perjalanannya. 

Sanatana Dharma itu mengandungi perundangan kejiwaan atau kerohanian yang mentadbir kewujudan manusia. Sanatana Dharma bagi kehidupan manusia itu samalah dengan undang-undang jagat raya yang berlaku pada fenomena fizikal bahan dalam jagat raya ini. Boleh juga dicontohkan dengan fenomena hukum graviti yang sudah pun wujud sebelum diketahui dalam bentuk ayat dalam teori graviti Newton. Perundangan jiwa dalam kehidupan sebagai perundangan-perundangan yang anadi atau abadi itu sudah ada sejak sebelum ditemui oleh para reṣi purwa pada samaya vaidika. Sanatana Dharma mengisytiharkan bahawa sesuatu yang tak boleh diterbitkan dari sesuatu atau jagat raya itu sendiri adalah jelmaan dari kejadian divyam atau jelmaan dari kejadian Sang Hiyang. 

Sejak Sanatana Dharma dirujuk kepada jalan-jalan kehidupan yang wujud pada masa yang sama dengan Yang Purna, dan Perundangan Svayan Siddha; makanya sabdawali Sanatan Dharma ini tidak merujuk kepada sesuatu yang terbuka kepada pindaan-pindaan. Sama seperti undang-undang graviti, matematik atau logik pun tak terbuka kepada debat aliran pemikiran atau pendapat berkaitan. Graviti sebagai contoh merupakan perundangan terwujud dalam alam semesta tak mengira sama ada seorang itu percaya kepada perundangan (hukum) graviti atau tidak. Sama juga dengan undang-undang Tuhan yang halus pun, ia melepasi segala cita pakapātapura atau pihak-pihak yang memecahkan diri mereka dengan aliran-aliran pemikiran atau perundangan dalam jagat raya.

Loka dan segala yang tercetus dari loka ini terbentuk dengan tiga kecenderungan yang kita panggil sebagai guna-guna iaitu sattvika, rajasika dan tamasika. Sattvika ini merupakan kecenderungan yang condong kepada bersih, molek, sempurna, tenang dan śantipriyam. Rajasika pula merupakan kecenderungan ke arah yang giat, bergerak, keraguan dan penuh paksaan. Tamasika pula merupakan kecenderungan kejadian ke arah kemalasan, lembap, mandom, lengai dan gelap. Jikalau tiada tiga guna ini, maka tak wujudlah kejadian segala termasuklah kita semua. Segalanya merupakan campuran tiga guna yang ini. Seorang muni yang pada dasarnya sattwika pun tetap mempunyai tahap-tahap rajasika dan tamasika dalam dirinya walaupun sebesar butir pasir sahaja.

Sanatana Dharma memperguna yogacara sebagai cara mencapai moka atau kesedaran mengenai Tuhan. Yoga diterjemahkan secara lemahnya menjadi "kesatuan" ke dalam bahasa bukan bahasa Sanskerta. Yoga merangkumi yang lebih daripada itu. Yoga itu merupakan tindakan yang membawa kepada pencapaian kesatuan dengan Brahman. Ia merangkumi pengalaman sebenar membebaskan diri daripada keterikatan lokamaya yang menyebabkan "jiwa" tidak menyedari bahawa Brahman itu sedang mengawasinya.
Seterusnya nanti kita akan membicarakan mengenai Yuga Dharma pula. Apakah Yuga Dharma itu dan bagaimana bentuknya?