Kita hendak bicara mengenai kosmologi lah menurut ajaran Buddha aliran Theravada, inilah pengertian prapañcavijñāna. Digambarkan kepada kita bahawa ada 31 lapangan dalam saṃsara menurut Sutta Pitaka dan ulasan-ulasannya. Susunan lapangan tersebut ada disebut banyak dalam perbincangan baginda Siddartha Gautama dalam Sutra Pitaka. Contohnya, dalam Saleyyaka Sutra dari Majjhima Nigaya, baginda Buddha menjelaskan bahawa lapangan-lapangan jelmaan bertindan-tindan di atas lapangan jelmaan manusia secara menaik.
Ku pinta semoga anak-anak Hindu senusantara dan anak-anak Hindu yang berbahasa Melayu sekelian khususnya supaya memerhatikan jua tajuk masukan yang ini walaupun engkau bukan dari dalam kalangan pengikut ajaran Buddha-Brahmana demi kebaikan diri engkau juga supaya engkau pelajari dharma kau dan panutan "Guru" kau seadanya kerana tindakan kau bersalin-salin agama menukar tongkah ajaran kau itu sebenarnya mencelarukan "jiwa" mu sendiri...
Dalam beberapa sutra dalam Anguttara Nigaya, baginda Buddha menjelaskan punca-punca penjelmaan roh dalam lapangan-lapangan yang sama susunannya. Dalam ajaran Buddha, para dewa bukannya abadi dan mereka ini yang memainkan peranan mencetuskan dalam perjalanan Jagat Raya. Mereka itu semata-mata makhluk yang diangkat kedudukannya dan dijelmakan semula rohnya dalam lapangan langit sebagai kesan daripada perkataan, pemikiran dan tindakan mereka yang terangkum dalam konsep karma kita. Untuk yang ini, aku menyatakan kepada penganut agama-agama "Abrahamic" itu, kita tahu dewa-dewa bukannya Tuhan walaupun mereka adalah golongan bangsa makhluk ghaib! Maka itu sebabnya baginda Siddartha Gautama Buddha berhenti dahulu bicara mengenai dreśti dan jiwa-jiwa yang sudah mencapai titik tujuan pengamalan mereka. Tiada perlu nya lah bertanya soalan memerli seolah-olah kita-kita ini orang bodoh kerana nanti anda akan memberi nama buruk pula kepada "nabi" atau "maharesi" anda atas kekurangan "vidyaṃ" anda sedangkan kita ini tidak ingin memandang hina kepada sesiapa pun kerana akibatnya nanti bertentanganlah pula kita dengan "Jalan Arya" kita!
Biasanya, mereka pun terikat dengan khayalan maya dan nafsu sama lah seperti jenis manusia, dan memerlukan bimbingan daripada yang dicerahi. Baginda Buddha merupakan guru bagi "dewa dan manusia" dalam istilah kita disebutlah Sattha Deva Manussam. Deva akan datang melawat baginda Buddha di malam hari. Devata Samyutta dan Deva Putra Samyutta dari Samyutta Nigaya merupakan catitan yang merakamkan perbincangan baginda Buddha dengan para deva. Deva Putra merupakan sekelompok deva muda yang baru sahaja menaiki lapangan kahiyangan (tujoh petala langit), dan devata itu merupakan deva-deva yang matang pula.
Ada 10,000 kror (100 bilion) di atas rupakara surya dalam viyadganga (galaksi), ada 10,000 kror di atas viyadganga di dalam Jagat kita berada ini. Ada banyak lagi Jagat Raya dalam ruangan. Kehidupan lampau dan jelmaan lampau kita terjadi juga di bintang-bintang lain sebagai makhluk lain. Samacara mengenai 31 lapangan kewujudan dalam samsara (putaran kelahiran jiwa) itu terkumpul dalam Majjhima Nigaya, Anguttara Nigaya, Samyutta Nigaya, Digha Nigaya, Khuddaka Nigaya serta lain-lain. Semua 31 lapangan kewujudan boleh diperhatikan oleh Divyacakṣus orang-orang yang suci murni hatinya seperti baginda Siddhartha Gautama serta para Buddha (orang yang dicerahi) dan setengah pelajar baginda Buddha yang berkesedaran jiwanya menerusi perkembangan jiwa dalam amalan tapa jhana. Amalan ini terkandung dalam Jalan Penyucian Visuddhi Marga yang ada aku buat masukannya bagi pengikut dharma kita sekeliannya tak mengira engkau dari jati mana pun. Kau pada pandangan ku sama sahaja kerana yang membedakan kita itu cuma keadaan dan tahap-tahap "hati" kita.
Menurut kepada sutra-sutra, seorang Buddha itu boleh melalui semua lapangan alam kewujudan tersebut dan mengetahui segala kehidupan lampaunya serta makhluk yang lain pun. Dalam Maha Saccaka Sutra dari Majjhima Nigaya berbahasa Pali, baginda Siddartha Gautama bersabda:
"Tatkala akal itu ditumpukan, dimurnikan, cerah tiada celanya lagi, bebas pencemaran sekeliling, mudahlah kau bentur ke jalan kebajikan arya (mulia) tanpa kau patah-patahkan menurut benturan fitrahnya dan mencapai ketenangan terkumpul tak tergoyahkan lagi, aku mengarahkannya ke arah pengetahuan dari yang lampau dan berupanya semula makhluk-makhluk.
Aku telah melihat menerusi diviyacakṣus, yang dimurnikan dan melampaui manusia, bahawasanya 'manusia' itu pergi dan muncul kembali, dan aku mendapati bahawa betapa mereka itu rendah dan tinggi (kedudukannya), cantik dan buruk, bertuah dna malang menurut karma mereka: 'Segala makhluk ini, yang telah mengeluarkan tindakan buruk pada tubuh, ucapan dan pemikiran, yang menentang para arya (orang-orang mulia), berpegang dengan pandangan salah dan melakukan tindakan bawah pengaruh pandangan salah; dengan terpecahnya tubuhnya, selepas menghembuskan nyawa terakhir, dia akan muncul semula dalam lapangan yang penuh kekangan, gantaviya (destinasi) yang teruk, alam jiwa yang bawah, dalam neraka.
Namun, makhluk-makhluk yang mengeluarkan tindakan tubuh, akal dan ucapan baik, yang tidak menentang orang-orang mulia, yang berpegang dengan pandangan benar dan menjalankan tindakan-tindakan bawah pengaruh pandangan benar; dengan terpecahnya tubuhnya, selepas menghembuskan nyawa terakhirnya, akan muncul semula di gantaviya baik, dalam sorga loka. Maka, dengan menerusi divyacaksus, yang murni melampaui (deria) manusia, aku melihat makhluk-makhluk pergi (mati meninggalkan jasad) dan muncul semula (dalam bentuk roh), dan aku mendapati bahawa betapa rendah dan tinggi (kedududkannya), cantik dan hodoh, bertuah dan malang menurut kepada karma mereka itu".
Terbitan Itivuttaka dari Khuddaka Nigaya dan dalam Māpuññabhāyi Sutra dari Anguttara Nigaya, dicatitkanlah penceteraan baginda Siddartha Gautama Buddha tentang kehidupan lampau baginda...
Punca Kelahiran Semula dalam Pelbagai Lapangan"Apa kala kalpa itu berkurangan maka aku sampai lah ke "Lapangan Cahaya Memancar Bertali-Tali", dan apabila kalpa berkembang, maka aku terbitlah dalam satu mandala kosong. Dan di sana, aku pernah menjadi seorang Brahma, Brahma Agung (Brahma bukan Brahman Maha Tinggi), jaya tiada pernah terkalahkan, yang melihat segala, sakti segala. 36 kalinya aku pernah menjadi Sang Śakra (Indra) pemerintah segala deva. Dan ratusan kalinya aku pernah menjadi cakra pemutar adhiraja, sang cakravarti, dharmaraja, penakluk empat benua bumi, mengekalkan keamanan tanah, dalam pemilikan tujoh harta khazanah".
Proses yang darinya itu makhluk-makhluk berhati nurani akan berpindah dari satu keadaan kewujudan ke satu keadaan kewujudan lain itu bergantung kepada penyebab-penyebab dan syarat-syarat. Tiga penyebab itu adalah dana atau kebajikan memberi, silsila atau akhlak, dan perkembangan dalam tapa atau renungan diri.
Kelahiran semula dalam Kamaloka bergantung kepada silsila dan amalan dana bakti. Kelahiran semula dalam Rupaloka atau Arupaloka juga memerlukan tapa jhana. Kebebasan daripada segala kelahiran semula itu memerlukan kebijaksanaan atau hikmah sebagai tambahan kepada silsila dan tapa.
Mengenai samsara atau putaran kelahiran itu, bhikkhu Bodhi menterjemahkan pelbagai sastera Pali, dengan menulis bahawa melampaui segala lapangan kewujudan itu merupakan Nirvana tanpa syarat, matlamat terakhir bagi ajaran baginda Buddha itu adalah...
"Kelahiran semula yang penuh kesenangan ketenangan, walau bagaimanapun bukannya tujuan terakhir bagi pengajaran dharma oleh baginda Buddha. Pada yang sebaiknya itu, ia (kelahiran di sorgaloka) cuma lah hentian sementara sahaja di lawangan dengan ada lagi jalan-jalan seterusnya. Matlamat tertinggi kepada ajaran baginda Buddha itu adalah penghapusan samsara (jelmaan semula jiwa itu di mana-mana loka pun adalah satu sengsara). Kenikmatan di sorga itu tak kira berapa nikmatnya pun, tidaklah sama seperti pencantasan terus samsara. Menurut ajaran baginda Buddha, semua tahap kewujudan dalam lingkungan samsara, walaupun sorga itu sendiri, adalah tidak kekal, tak boleh dibergantungkan pun, dan sebenarnya terikat juga kepada kesakitan apabila ia berakhir. Makanya, matlamat Dharma yang terutama itu adalah kebebasan, yang ertinya itu kebebasan terus daripada lingkungan kelahiran dan kematian".
Bagi penganut agama Abrahamic kebanyakannya itu, mereka percaya bahawa nanti di penghujungnya ada sorga dan neraka buat membalas perbuatan amalan makhluk segalanya di karma bhumi. Manakala kita ini pula yang itu pun masih dalam lapangan Jagat Raya yang 'meluas' ini. Memang ada pembalasan kebaikan kejahatan dan kebaikan seperti sorga dan neraka tapi itu semua sementara sahaja dan menurut kepada lingkungan kalpa pula sebagai pembalasan karma. Kebanyakan yang dipertuduhkan kepada "penjelmaan semula" itu cuma lah spekulasi daripada penafsir kitab suci agama Abrahamic sahaja. Tiada pula sebutan mengenai penjelmaan semula dan kematian yang banyak kali itu sama ada disanggah atau disetujui oleh resi-resi mereka yang dalam kalangan orang Israel, Arabia dan lain-lain yang di Barat bumi ini...
Para Arya mengajarkan bahawa alam semesta ini masih ada banyak rahasia lagi yang tidak diketahui... Untuk itu, bukannya kau dengar-dengar tuturan penceramah-penceramah atau pendakyah agama kau sahaja sebaliknya kau baca sendiri dan dapatkan sendiri dari pustaka-pustaka sastram kita ini sama ada kesusastraan suci Veda Catur Muka, Upanishad, Purana-Purana, Gita-Gita, dan Itihasa. Tak terkecuali juga sastera Pali dan juga sastera Mahayana...
Teori astrofizik tentang alam semesta kini yang dikaji oleh orang Barat dan sarjana Jepun pun sebenarnya sudah berbuih-buih lah para resi kita di samaya purwa entah ribuan entah jutaan tahun lampau nya bercakap mengenainya namun tidaklah kita hebohkan atau banggakan seperti orang Kristian yang menyebut bahawa 2500 tahun lampau dalam Perjanjian Lama itu sudah diketahui tentang fenomena alam semesta atau sejak 1400 tahun lampau dalam kitab suci bahasa Arab dari Arabia itu sudah diketahui tentang fenomena kejadian alam...
Semua mengenai perkara fenomena alam semesta itu kita pun ketahuinya juga dan kita mengakui bahawasanya Dia itu Yang Memberi veda pengetahuan kepada maharesi sekelian. Yang kita sedang bicarakan ini adalah bagaimana caranya kita mau bebas daripada semua fenomena itu segalanya dengan bantuan Brahman Agung... Sang Yang Tunggal.... Sang Acintya...
Sarve satva bhavantu sukhita... Om Śanti Śanti Om... Sadhū... Sadhū... Sadhū...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan