Kebebasan daripada putaran-putaran kelahiran memerlukan lebih daripada pencapaian tapa jhana sebenarnya. Penting untuk memakai Yoniso Manasikara selepas timbul dari Samyak Samadhi (yang pertama daripada Empat Jhana) dalam usaha untuk tiba di penemuan penting menerusi hikmah.
Sri Udana menunjukkan bahawa selepas terbit dari Jhana sekeliannya, Sang Buddha mengarahkan tumpuan baginda kepada penyebab dukkha dan jalan yang membawa kepada penghapusannya. Proses ini mencapai puncaknya dalam penemuan Praticca Samuppāda atau Akar Kebergantungan dan Empat Kebenaran Mulia.
Apabila tujoh hari itu mendekati, maka baginda Buddha pun terbit dari tahap semadhi baginda dan dalam pada masa pertama malam itu, dengan telitinya memikirkan rantaian penyebab dan kesan, dengan susunan terus, makanya; "Jika terdapat ini (keadaan), maka yang lain (keadaan) akan terbit, disebabkan oleh yang ini (tahap), terhasil lah satu (keadaan) pula, maka dikatakan: "Dari kejahilan timbul lah penghasilan sesuatu, dari penghasilan itu timbul pula kesedaran, dari kesedaran timbul akal dan rupa jasadi, dari akal dan rupa jasadi, timbul pancaindra, dari pancaindra itu, sentuhan, dari sentuhan itu, rasa, dari rasa, keinginan, dari keinginan, keterikatan, dari keterikatan, menjadi, dari menjadi, kelahiran, dari kelahiran kemudian terbit pereputan, kematian, kedukaan, tangisan kesenduan, kesakitan, ratapan dan kekecewaan. Maka, beginilah jisim seluruh samsara itu terhasil".
"Menerusi pemusnahan Kejahilan, Penghasilan pun terhapus, menerusi penghapusan Penghasilan, Kesedaran itu pun terhapus, menerusi pemusnahan Kesedaran, Akal dan Rupa Jasadi pun terhapus, menerusi penghapusan Rupa Jasai dan Akal itu, maka Pancaindera itu terhapus. Menerusi terhapusnya Pancaindera itu maka sentuhan dan hubungan itu pun terhapus. Terhapusnya sentuhan dan hubungan itu maka nafsu pun terhapus, menerusi terhapusnya nafsu maka pengikat hati pun terhapus, menerusi terhapusnya pengikat hati, maka terhapusnya "menjadi", bila "menjadi" dihapuskan, maka terhapus pula lah kelahiran, dan terhapusnya kelahiran maka hapuslah segala pereputan, kematian, ratapan sendu, kesayuan, dan kekecewaan. Makanya, seluruh jasadi samsara itu pun dibawa ke penghujungnya terus".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan