Khamis, 26 Disember 2013

Kerajaan Pan Pan

Swasti Srih


Pan Pan merupakan sebuah kedatuan Hindu purwa yang kecil dipercayai wujud sekitar kurun ke-3 sampai ke-7 M sama ada di rantau negeri Kelantan atau Terengganu di negara Malaysia kini. Tak banyak diketahui mengenai negara ini. Negara ini kemudiannya dipukul dan dipaksa menyembah ke Sriwijaya bawah kepimpinan Sri Wisnu Dharmasetu sebelum 775 M. 

Diteka-teka juga bahawa ia merupakan kerajaan yang menjadi tapak kepada kerajaan Patani yang kini merangkumi kawasan yang sama dan meluas mandalanya selepas itu. Bentuk bahasa dan budaya yang ada di situ pun berbeda dengan rantau orang Melayu sekeliling.

Dari sekitar 424-453, kerajaan ini menghantar rajaduta ke China. Dari Pan Pan juga, dikatakan bahawa Brahmana Kaundinya II memperkenal semula ajaran Brahmana ke kerajaan Funan yang terletak di utara sana seberang Teluk Siam.

Semasa wangsa-wangsa Selatan dan Utara empayar China sana, dalam tahun 529, 533, 534, 535, dan 571, kerajaan Pan Pan memang ada menghantar rajaduta ke sana. Dalam tahun 616 dan 637, kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke wangsa T'ang yang menunjukkan bahawa ia merupakan rantau yang turut menyembah ke China.

Rujukan

  • Babad wangsa Liang, wangsa Chen dan wangsa T'ang, Negara Asing di Selatan.
  • Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. pp. 130–131.
  • Hall, D.G.E. (1981). A History of South-East Asia, Fourth Edition. Hong Kong: Macmillan Education Ltd. p. 38.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan