Jumaat, 3 Januari 2014

Resi Zoroaster


Agama Zoroaster diasaskan seorang resi bernama Zoroaster atau bahasa Parsinya, nabi Zaratustra di Persia Purwa. Tanggal sebenar diasaskan agama ini tiada diketahuilah kerana lama sangat. Anggarannya agama ini sudah berada di muka bumi sekitar 1500-1200 SM dengan bukti-bukti penemuan dari kajian arkeologi dan perbandingan linguistik sastera agama Parsi dengan sastera Hindu Ortodoks seperti Rig Veda. 

Tidak diketahui juga bila tokoh ini hidup kerana beliau ini hidup pada samaya prasejarah menurut orang Parsi sendiri. Bergantung kepada pendekatan berbeda, dipikirkan bahawa beliau ini hidup antara 1700-500 SM. Beliau ini sama ada dilahirkan di Timur Laut Iran atau di Barat Daya Afghanistan moden. Beliau dilahirkan dalam kebudayaan Samaya Gangsa dengan agama menyemah ke deva-deva serta manusia di rantau itu menjalankan yajna pengorbanan binatang peliharaan dan terdapat juga upacara minuman berasaskan tuak. 

Agama orang Parsi purwa ini hampir serupa dengan bentuk awal agama di benua India. Nama Zoroaster itu diambil dari sebutan orang Greek. Beliau ini dipanggil dalam bahasa Parsi sebagai Zartosht atau Zaratosht. Sedikit sangat samacara yang diketahui mengenai latarbelakang awal kehidupan tokoh ini. 

Yang diketahui hari ini cumalah dari catitan Gatha keagamaan yang menjadi intipati kepada sastera suci Avestan dikatakan dikarang oleh resi ini sendiri. Beliau dilahirkan dalam bangsa Parsi puak Spitama, dan berkedudukan sebagai seorang pedanda. Isteri beliau seorang, mempunyai tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan. Beliau menolak agama yang diamalkan oleh orang Parsi semasa samaya Gangsa yang memuja banyak devata dan masyarakat pula jenis masyarakat yang suka menindas. Contohnya kelompok jati Karvi (putera raja) dan Karapan (pedanda) mengawal kehidupan dan kebebasan hamba rakyat.

Beliau juga menentang pengorbanan haiwan dan penggunaan perahan dari tumbuhan Haoma (Soma) yang memabukkan dalam upacara, tetapi mengaitkan ayam jantan dengan "lambang cahaya" serta "ciri kebaikan menentang kejahatan" disebabkan oleh peranan ayam jantan sewaktu pagi menjelma berkokok memberi warta kepada orang ramai bahawa cahaya sudah tiba.    

Dti Resi Zoroaster

Menurut kepercayaan dalam agama ini, apabila usia resi ini mencapai 30 tahun, beliau pergilah ke Sungai Daiti dan mengambil air untuk upacara Haoma (Soma); apabila beliau timbul dari sungai, tiba-tiba beliau mendapat penglihatan ghaib melihat suatu makhluk bernama, Vohu Manah. Vohu Manah membawa beliau bertemu enam Amesha Spentah, dan mendapat penyempurnaan penglihatan ghaib beliau.

Penglihatan ghaib itu lantas berubah menjadi pemandangan loka beliau dan beliau cuba mengajari pandangan semesta itu kepada orang lain. Beliau percaya bahawa ada Tuhan Yang Maha Esa, satu-satunya sahaja dan layak dipuja. Pada penglihatan ghaib beliau, kelihatan bahawa setengah devata itu suka berperang dan bergelut sesama sendiri. Resi Zoroaster bersabda bahawa mereka itu semua pastinya roh-roh jahat yang bersevaka dengan Angra Mainyu, yang suka menggalakkan permusuhan. 

Pandangan semesta beliau ini tidaklah tersebar segera. Beliau cuma ada seorang pengikut sahaja semasa awalnya, iaitu sepupu beliau sendiri, Maidhyo Imanha. Pihak berkuasa agama ketika itu menentang agama "baru" itu. Mereka merasai bahawa kepercayaan mereka sendiri, kekuasaan dan kedudukan mereka dalam upacara keagamaan terancam kerana resi Zoroaster mengajari perkara yang berlawanan dengan upacara-upacara keagamaan yang melampau. 

Banyak orang biasa pun tak suka resi Zoroaster merendah-rendahkan devata pujaan mereka sebagai roh jahat. Selepas 12 tahun lamanya, beliau meninggalkan rumah mencari tempat yang menerima agama nya. Beliau ketemu dengan suatu tempat di Bactria, negara yang diperintah raja Vishtaspa. Raja dan permaisuri, baginda Hutosa, mendengar perdebatan keagamaan antara resi Zoroaster dengan pemimpin keagamaan di negara beliau. Lantas beliau pun menerima agama Zoroaster dan mengangkatnya menjadi agama negara.

Zoroaster meninggal dunia lewat usia 70-an. Sangat sedikit diketahui masa senggang antara resi ini dengan masa bermulanya pemerintahan empayar Achaemenian. Ketika pemerintahan empayar Achaemenian itulah agama ini tersebar ke Barat Iran. Ketika pengasasan empayar Achaemenian, agama ini sudah tertancap dengan moleknya menjadi agama resmi negara dan empayar Persia.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan