Ajaran Zoroaster, dikenali juga sebagai Zarathustra, Mazda dan Magi, merupakan agama lama di rantau Persia purwa dan merupakan salah satu falsafah agama. Ia pernah menjadi agama kebangsaan Persia semasa samaya empayar Parsi seperti Achaemenid, Parthia (Persia) dan Sasan. Dianggarkan penganut agama ini seluruh dunia berjumlah antara 145,000 dan 2.6 juta sahaja.
Agama ini timbul di sebelah timur empayar Persia lama, apabila seorang rishimuni bernama Zarathustra meringkaskan kedewatan orang Arya purwa hanya kepada dua kuasa yang berlawanan iaitu Ohr Mazda (Hikmah Bersinar) dan Angra Mainyu (Semangat Pemusnah) dalam kurun ke-7 SM. Fikiran beliau itu membawa kepada peresmian agama tersebut dengan memakai namanya pula menjelang kurun ke-6 SM dan mempengaruhi penganut agama-agama sekitarnya pula.
Pandangan Sarwa
Dalam pandangan agama ini, pencipta Ohr Mazda itu semuanya baik belaka, tiada kejahatan pun yang tercetus dari-Nya. Maka, dalam ajaran agama ini, kebaikan dan kejahatan itu beda-beda puncanya. Druja atau kejahatan itu cuba memusnahkan asha (makhluk-makhluk) ciptaan Mazda. Sedang Mazda cuba memeliharanya.
Sedangkan Ohr Mazda itu tidak terdedah di lokamaya, ciptaan-Nya itu diwakili oleh para Amesha Spenta dan bala tentera Yazata yang lain, yang menerusi mereka segala karya Tuhan itu kenampakan kepada kemanusiaan dan menerusi mereka lah pujaan terhadap Mazda ditujukan.
Sastera agama terutama agama ini adalah Avestan, yang kebanyakan bahagiannya sudah hilang, dan hanya bacaan-bacaan semahiyang sahaja yang terselamat. Bahagian hilang itu diketahui hanya menerusi rujukan-rujukan dan petikan pendek dalam karya ulasan terkemudian, umumnya dari kurun ke-9 M sampai ke-11 M.
Dalam beberapa bentuk, agama ini pernah menjadi agama negara dan agama anutan kebanyakan orang Iran dan orang Parsi beberapa kurun lamanya. Agama ini kemudian mengalami kejatuhan semasa empayar Achaemenid dijarah oleh Alexander of Macedonia. Kemudian jumlah penganut semakin menurut sampailah ketibaan agama Islam dari kurun ke-7 M ke empayar Persia selepas kejatuhan empayar wangsa Sasan. Agama ini dilindungi oleh wangsa-wangsa Arya lama dan kadangkala beberpa ajarannya pun dipakai dalam rupakara ajaran agama lain. Ia tiada pembahagian keagamaan kecuali beberapa perbedaan kerana perbedaan penanggalan, namun ia tak selaras. Pengaruh samaya moden turut memberi kesan terhadap kepercayaan perseorangan dan tempatan, amalan agama, nilai, dan perbendaharaan kata yang kadangkala digabungkan dengan tradisi dan kadangkala langsung menggantikan tradisi lama tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan