Kedatuan Tanah Merah ini merupakan kedatuan yang disebut dalam babad China dari wangsa Sui (581-618) yang sudah ada di Tanah Melayu sebelum pembentukan empayar Sriwijaya dari Barat. Kedudukan kedatuan ini masih kabur-kabur lagi, diperkatakan kedudukannya sekitar negeri Kelantan dan Pahang sebelah pantai timur negara Malaysia moden, atau sebelah Songkhla dan negeri Patani di selatan Thailand moden.
Bukti terbaik yang menyokong teori kedudukannya di Kelantan itu adalah apabila rajaduta meninggalkan Tanah Merah, pelayaran diambil itu dijelaskan selama 10 hari untuk tiba di negara Champa di utara, menunjukkan bahawa negara purwa ini berkedudukan di Tanah Merah dekat dengan Sungai Kelantan. Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Kedah turut menyebut Raktamertika yang membawa erti Tanah Merah kemungkinannya merujuk kedatuan ini.
Nama kerabat diraja kedatuan ini dikenali dalam bahasa Cina sebagai Chudan, dan rajanya pula Lifo Duose. Oleh sebab bahasa Cina ini bunyinya pelik jadi tak tahulah nama bahasa Hindu nya apa... Negara ini dikatakan terbangun hasil usaha orang (berbahasa) Mon-Khemir yang belayar dari pantai kerajaan Funan sebelah selatan Indochina. Berkurun kemudian, penduduk tempatan pula menggantikan orang-orang Funan apabila mereka diserap masuk... Negara ini merupakan terbitan negara-bangsa Funan jua, terletak di selatan lautan, pelayaran mengambil masa 100 hari untuk tiba dari utara, tanah di situ warnanya merah, jadi dinamakan kedatuan Tanah Merah. Di Timurnya negara Polola dan Baratnya negara Poloso, selatannya, negara Holotan (Kelantan), beribu batu persegi dalam kawasan daratan (perhuluan)... Datunya mempunyai tiga bini dan kerajaanya melindungi Buddha dharma...
Kerajaan ini bersama dengan empayar Langkasuka, negara Kedah Tua dan lain-lain di situ merupakan pusat perdagangan awal terpenting di Asia Tenggara kira-kira 100 SM sampai ke 700 M. Semasa samaya ini, kapal-kapal dari China dan Funan serta Lautan Hindi berhenti sebentar di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka akan mendapatkan sevakah penduduk tempatan bagi mengangkut barangan dagangan, memakai rakit, gajah serta tenaga manusia bagi memindahkan barangan ke Timur dan merupakan sebahagian daripada Laluan Rempah kelautan.
Sarjana seperti J.L Meons (1937) percaya teori bahawa Sriwijaya terletak di Kelantan dan K.A Nilakanta Sastri (1949) menyokong teori ini. Teori kedudukan di Kelantan tersebut mungkin tak begitu jauh kerana babad wangsa Sui dalam kurun ke-7 M menyebut bahawa kerajaan maju (ketika itu) Tanah Merah sebagai berada di Kelantan, namun namanya berubah menjadi Sriwijaya-Mala. Ibu kotanya adalah Walai (Balai?), dan terletak sepanjang hulu Sungai Kelantan di Pergau, yang diketahui kaya dengan galian emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan