Penerangan mengenai ketuhanan dalam falsafah Hindu ada dijelaskan menerusi Stotram ini jua. Brahman Agung itu Guru. Walaupun kau melihat di loka (dunia) ini bahawa yang mengajarkan kepada engkau itu Weda Suci, Bhagawatam dan sebagainya itu adalah batang tubuh manusia, namun hakikatnya yang sebenar itu Dia lah yang mengajari engkau ini semua. Bukannya batang tubuh yang melontarkan kata-kata bunyian...
Gurur Bramha, Gurur Wisnu, Gurur Dewo Maheswarah, Gururewa Param Bramha tasmai sri Guruwe namahah 1
Guru itu Pencetus, Guru itu Pemelihara, Guru itu Yang Tertinggi, satu-satu-Nya Guru itu, Param Bramha (Brahman Agung), kepada Sang Guru ku menyembah tabik 1
Akhandamandalakaram wyaptam yena cara acaram, tat padam darcitam yena tasmai sri Guruwe namahah 2
Sembah patik kepada Sang Guru yang Rupa-Nya tiada terpecah-pecah pada hakikat-Nya yang Tertinggi Yang Maha Menyeluruh Kehadiran-Nya, dan menerusi-Nya itu lah terpencar segala makhluk yang bergerak dan tiada bergerak, Yang mewahyukan disebabkan rahmat-Nya kepada segala bawah Sri Paduka-Nya; Sembah patik atas batu jemala kepada Sang Guru Agung 2
Chidrupena pari wyaptam trailokiyam sacara acaram, tat padam darcitam yena tasmai sri Guruwe namahah 3
Sembah patik kepada Sang Guru yang Rupa-Nya itu kesedaran terpencar ke seluruh jagat yang bergerak dan tiada bergerak di tiga loka (alam); Yang menerusi rahmat-Nya diwahyukan ke bawah Sri Paduka-Nya; Sembah patik atas batu jemala kepada Sang Guru Agung 3
Sarwa sruti shiroratna sambudhabsita murtaye, wedantambuja suryaya tasmai sri Guruwe namahah 4
Sembah patik kepada Sang Guru yang merupai segala Sruti (Wedanta) yang sama-sama bersinar (dengan Nya menjadi Zat bagi nya) bagaikan permata bertatah di kepala, Yang merupakan Mentari menyinari teratai Wedanta. Junjung sembah patik kepada Guru harap diampun 4
Caitanyah shasvatah shanto wiyoma atito niran janah, bindu nada kalatitas tasmai Sri Guruwe namahah 7
Sembah patik kepada San Guru yang merupakan Kesedaran Tenang Abadi, Tiada Cela dan Murni, dan melampaui Angkasa, yang melampaui Bindu, Nada dan Kala. Junjung sembah patik kepada Guru harap diampun 7
Jnana sakti sama aruddhas tattva mala vibhusitah, bhukti mukti pradata ca tasmai Sri Guruwe namahah 8
Sembah patik kepada Sang Guru, yang setaranya digunungi pada pengetahuan, sakti dan yang dimalaikan dengan tattva (kebenaran, hakikat mutlak), yang mengaruniai kedua-dua kemakmuran loka dan kebebasan. Junjung sembah patik harap diampun 8
Aneka janma samprapta karmendhana widahine, atman jana agni danena tasmai Sri Guruwe namahah 9
Sembah patik kepada Sang Guru yang membakar segala minyak daki karma (kesan kerja yang memberi minat kepada akal), dikumpulkan menerusi banyaknya jelmaan kelahiran, menerusi karuniaan api pengetahuan kendiri. Junjung sembah patik harap diampun 9
Sosannam bhawa sindhos ca prapannam sara sampadah, yasya padudakam samyak tasmai Sri Guruwe namahah 10
Sembah patik kepada Sang Guru yang mengeringkan lautan samsara (alam kewujudan) dan membawa kepada kemewahan penting (kerohanian) dalam diri kita, dalam cara yang sama seperti padudakan (nikmat, apabila pemuja menyerahkan segalanya ke "kaki" Nya) membuang segala rasa kagum terhadap samsara dari akal pikiran pemuja dan mendedahkan kemewahan penting kerohanian dari dalam. Junjung sembah patik harap diampun 10
Na guror adhikam tattwam na guror adhikam tapah, tattwa jnanat param nasti tasmai Sri Guruwe namahah 11
Sembah patik kepada Sang Guru, yang tak ada sebarang hakikat pun melampaui Sang Guru, juga tak ada sebarang kebajikan melebihi Sang Guru, tak ada pengetahuan kebenaran melampaui perkara yang datangnya dari Guru. Junjung sembah patik harap diampun 11
Mannathah Sri Janagannatho mad Guruh Sri Jagat Guruh, Mad atma sarwa bhutatma tasmai Sri Guruwe namahah 12
Sembah patik kepada Sang Guru, tuanku dan tuan sekelian alam, Guruku itu Guru penunjuk jalan buat alam semesta, diri ku ini adalah diri bagi segala makhluk kejadian; sembah patik harap diampun 12
Gurur adira na adish ca guruh parama daiwatam, guroh parataram nasti tasmai Sri Guruwe namahah 13
Sembah patik kepada Sang Guru, yang tiada hakikat yang wujud sebelum Guru dan Guru itulah Tuhan Tertinggi, tak ada hakikat melampaui Guru; Junjung sembah patik harap diampun 13
Brahmanandam parama Sukhadam kewalam jnana murtim, dwandwa atitam gagana sadrisham tattwam ashedi laksyam; ekam nityam wimalam acalam sarwa dhi saksi bhutam; bhawa atitam triguna rahitam sad gurum tam namami 14
Sembah patik kepada Sang Guru yang merupakan karunia ketenangan Brahman, Yang Maha Mengaruniai kesukaan tertinggi, Yang Maha Mutlak, Yang Menjadi Isi Pengetahuan; Yang Melampaui Duaan; Yang Tiada Batasan Tiada Terbatas bak langit; Yang ditunjukkan oleh Maha Wakya seperti Kau itu adalah Engkau! Yang Maha Esa tiada kedua; Yang Maha Abadi; Yang Tiada Karat dan Murni Suci; Yang Tidak Digerakkan; Yang Menjadi Saksi kepada kecerdikan segala makhluk; Yang Maha Melampaui tahap-tahap akal; Yang Maha Bebas dari Tiga Guna; Sembah patik kepada Sad Guru Sang Penunjuk Jalan 14
Semoga membantu........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan