Pengenalan
Agama Mesopotamia ini merujuk kepada kepercayaan agama dan amalan yang diamalkan orang-orang purwa di Sumeria, Akkadia Semitik Timur, Assyria, Babilon, dan Kaldan yang berdiam di rantau Mesopotamia (agaknya dalam rantau Iraq dan Timur Laut Syria moden). Ia telah ada di situ semenjak 4200 SM dan bertahan sampai kurun ke-10 M di Assyria.
Kepercayaan kepada devata dalam agama lampau ini telah ada beribu tahun lamanya sebelum memasuki tempoh turunnya ia bermula kurun ke-1 M. Kejatuhannya itu berlaku akibat persaingan dengan pahaman Kristian dari upacara Timur, ajaran Mani, dan prajnanavada, dan ia tetap bertahan juga selama lebih kurang tiga ke empat masehi, sehinggi semua tradisi keagamaan purwa di situ mati terus, dengan sedikit saki bakinya diamalkan orang Assyria yang beragama Kristian sampai kurun ke-10 M.
Seperti kebanyakan agama mati, kebanyakan ciri amalan-amalan biasa dalam keagamaan serta ciri-ciri ajaannya itu hilanglah dan sudah dilupakan sebab perjalanan masa. Namun, banyak samacara dan pengetahuan masih lagi terselamat, dan kerja-kerja penyelidikan sejarawan dan saintis, dengan bantuan cendekiawan agama dan pentejemah berjaya membina semula pengetahuan keja mengenai sejarah agama, budaya dan peranan kepercayaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Sumeria, Akkadia, Assyria dan Babylonia ketika itu.
Agama orang Mesopotamia ini dipikirkan mempunyai pengaruh besar ke atas pemikiran keagamaan yang ada samaya moden ini di seluruh dunia seperti agama orang Kana'an, agama orang Aramia, agama orang Yunani (Greek), dan juga agama tradisi Abrahamic seperti Yahudi, Kristian dan Islam.
Dipercayai juga bahawa dewa Ashur (Atur) dipuja di Assyria sehingga lewat kurun ke-4 M dan digembar-gemburkan bahawa agama Ashur ini diamalkan oleh sebilangan kecil minoriti Assyria yang masih ada di Utara Assyria (sekitar Harran) sampai kurun ke-10 M.
Agama Mesopotamia mempunyai banyak deva dan dipercayai deva dipuja itu sebanyak 2,100 deva. Banyaknya deva ini dikaitkan dengan negara kota tertentu dalam rantau Mesopotamia seperti negara Sumeria, Akkadia, Assyria, Assura, Nineveh, Ur, Uruk, Mari dan Babylon. Dewa yang terkenal antaranya adalah dewa Anu, Eya, Enlil, Istar (Astarte), Ashur, Shamas, Sulmanu, Tammuz, Adad atau Hada, Sin atau Nanna, Dagan, Ninurta, Nisroch, Nergal, Tiamat, Bel dan Marduk.
Setengah sejarawan seperti Jean Bottero, membuat dakwaan bahawa agama Mesopotamia ini merupakan agama tertua dunia, walaupun ada lagi dakwaan dari agama lain yang merebut gelaran ini. Namun, disebabkan penulisan pertama kalinya tercetus di Mesopotamia, sudah tentulah agama mereka merupakan antara agama yang mempunyai catitan bertulis tertua dunia.
Yang diketahui oleh semua, agama Mesopotamia ini didapati buktinya dari carigali purwa di rantau-rantau yang sudah tidak menganut agama ini lagi, utamanya sumber-sumber kesusasteraan, yang biasanya didapati dalam tulisan Cuneiform di papan batu yang memberi gambaran mengenai cetera agama dan upacara keagamaan.
Artifak purwa lain pula berguna apabila dibentuk semula perjalanan sejarah agama ini. Sama seperti ketamadunan lainnya, bahan-bahan yang diperbuat itu datangnya dari bahan yang mahal dan tahan lama, jadi tahanlah ia merentasi masa. Semua bahan ini dikaitkan juga dengan keagamaan dan amalan mereka. Keadaan ini membuatkan seorang sarjana mendakwa bahawa orang Mesopotamia hidup dengan agama mereka dan hampir semua benda yang ditemui dalam carigali itu boleh diperguna buat mendapatkan samacara keagamaan mereka.
Walaupun agama ini mati hampir 1600-1700 tahun lampau, ia masih lagi memberi pengaruh besar dalam dunia moden. Utamanya, banyak cetera dari al-Kitab yang dipakai penganut agama Yahudi dan agama Kristian... Kitab suci penganut agama Islam dan juga cetera agama Mandean mempunyai pertalian dengan sejarah keagamaan dan pergolakan antara doktrin agama di rantau Asia Barat dan Asia Dekat.
Sebagai contoh cetera yang berkaitan adalah seperti Cetera Penciptaan, Taman Eden, Banjir Besar, Menara Babel, serta lagenda-lagenda seperti Nimrod dan Lilitu (dikenali termasuk di Assyria). Dalam tambahan cetera Moses (Musa) yang menjadi nabi orang Yahudi itu pun mempunyai persamaan dengan cetera raja Sargon dari Akakdia manakala 10 Perjanjian Moses itu pula mempunyai cerminan kepada kod perundangan orang Babylon dan Assyria di beberapa tahap.
Terdapat juga kelompok orang-orang moden yang membentuk kelompok keagamaan baru dengan memuja devata orang Mesopotamia semula tetapi mungkin dalam cara yang sedikit berbeda dengan orang Mesopotamia samaya purwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan