Rabu, 15 Januari 2014

Warna Dharma: Kejatuhan Rupakara Masyarakat


Brahmana yang suatu ketika dahulu dikarunia dengan kecerdasan akal yang gemilang dan dikaruniai dengan dharma dari jatinya kini meninggalkan dharma lantas kecerdikannya pun tumpul dikaburi keduniaan.

Disebabkan oleh momentum sempurna, maka gerek itu tetap bergerak beberapa jauhnya walaupun engkau cuba menghentikan kayuhan engkau. Sama lah juga dengan seorang Brahmana yang mencari pengetahuan tentang mata pelajaran yang biasa-biasa berbanding dengan cahaya dalaman, dia masih lagi mengekalkan sedikit kecerahan kesan daripada "kayuhan" datuk neneknya dahulu. Disebabkan perkara ini, dia pun mampu mencapai perkembangan yang mengagumkan walaupun belajar sastera Barat. 

Dia menjadi mahir dalam pengetahuan dan amalan orang Barat, dalam perundangannya dan juga perusahaan mereka. Memang dia sudah mendapat pandangan dalaman ke dalam semua mata pelajaran tesebut dan menguasai titik-titik yang bagus dengan hebatnya supaya dia boleh memberi pengajaran kepada orang Barat itu sendiri. Persoalan yang timbul dalam konteks ini adalah bagaimana pengajian Vedika yang tak begitu teruk dikekang semasa pemerintahan penganut Islam jauh pula ketinggalannya apabila orang Eropah masuk ke benua Hindu?

Satu penyebab itu adalah kesan daripada sains baru dan juga jantra-jantra yang dibawa masuk bersama dengan orang putih. Ternampak juga bahawa banyak kebenaran didedahkan menerusi sains-sains itu semua, dan bagus pula sampai tak nampak salahnya sedikit pun. Namun, haruslah kita ingati bahawa pengetahuan dari pelajaran itu adalah satu benda tapi amalannya itu pula satu perkara lain. Pengenalan kepada kuasa stim dan elektrik membuatkan banyak kerja itu menjadi lebih mudah tapi ia juga membawa pengertian bahawa keselesaan itu membuatkan kita memuaskan deria-deria kita. 

Jika kau terus memanjakan deria-deria engkau itu maka banyak pula kehendak lain pula timbul. Ini membawa pengertian bahawa akan terhasil lagi bahan-bahan yang memuaskan hawa nafsu. Lagi kita cuba mendapatkan kesenangan deria, lagi banyaklah kita akan mencederakan jiwa dalaman kita! Kesenangan baru yang boleh membawa kepada perkembangan saintifik serta pengenalan jentera-jentera itu mampulah menggoda bangsa Brahmana serta bangsa-bangsa lain.

Keluaran lain yang tak disenangi oleh sains yang dibawa orang Barat adalah rasionalisme yang menutup kepercayaan manusia terhadap agama dan pujukan setengahnya untuk mempercayai bahawa kebenaran agama berdasarkan kepada kepercayaan dan pengalaman dari dalam jiwa (psikologi) itu sebenarnya satu kepalsuan belaka. Orang yang tak pernah meninggalkan dharmanya walaupun semasa pemerintahan Muslim kini mula meninggalkannya untuk kesenangan yang baru mendatang dan demi keselesaan hidup. Pakaiannya itu lebih segak bergaya daripada seorang Inggeris. Dia menghisap rokok dan belajar dancing seperti tuan Mat Salehnya. Mereka yang mahir dalam kesenian orang putih diberikan kerja. Kini terjadilah tragedi yang besar itu.

Sampai kini, semua ahli masyarakat mempunyai pekerjaan berdasarkan warisan jadi mereka tak perlu risau dengan penghidupan mereka. Kini, dengan Brahmana yang menjadi contoh depan mata mereka sendiri, maka ahli masyarakat jati yang lain pun mula meninggalkan pekerjaan warisan nenek moyang mereka untuk merebut peluang kerja yang ada disediakan oleh British di bank-bank, landasan kereta api, percukaian, dan lain-lain. Dengan pengenalan jentera, kesenian kita sendiri jatuh tarafnya dan ramai pula karyawan kita terpaksa mencari kerja lain untuk meneruskan kehidupan.

Disebabkan penghapusan sempadan kerja dalam masyarakat, terjadilah persaingan merebut kerja untuk kali pertamanya dalam negara ini (India). Perkembangan ini sebenarnya lebih condong kepada malapetaka dan ia meningkatkan kedengkian, niat tak elok, pertelingkahan dan juga mewujudkan bala tentera kejahatan dalam kalangan orang ramai yang suatu ketika dahulu wujud secara damai.

Rasa dengki dan kebusukan hati pun timbul dalam kalangan bangsa Brahmana dan bukan Brahmana. Bagaimana? Bahmana cumalah sebahagian kecil daripada kependudukan. Namun, mereka mampu pula memenuhi kedudukan dalam "tata dunia" baru disebabkan kecerdasan yang seperti disebutkan sebelum ini, merupakan kesan daripada "kayuhan" yang diperbuat datuk nenek mereka.

Mereka berjaya dalam segala laluan kehidupan, pentadbiran, akademik, perundangan, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain. Orang putih membuat perkiraannya sendiri tentang memperkembang pula keganasan dalam kalangan bangsa Brahmana dan bukan Brahmana. Mereka sedar bahawa dengan perbuatan pecah dan perintah itu, cengkaman mereka akan menjadi lebih kukuh. Orang putih pun mencetuskan "teori" Arya-Dravidia menyentuh bangsa-bangsa dan benih-benih perbedaan pun ditanam dalam kalangan anak-anak yang lahir dari ibunda (bumi) yang sama. Ia merupakan rekayasa yang terbukti ampuh dalam iklim yang sememangnya tak sihat dalam persaingan merebut peluang kerja (menjadi kuli dan buruh).  

Sebagai tambahan lagi kepada timbulnya rasa busuk dalam hati, Brahmana pun mengambil satu lagi langkah yang membawa celaka. Sudah lah meninggalkan dharmanya dan bergabung tangan dengan penjajah British mengeji susunan masyarakat lampau dan mencabangkannya sebagai tak bertamadun kerana mengeksploitasi manusia lain. Mereka pun kononnya bercakap bahasa persamaan, tetapi dalam pada itu tetap mengasingkan diri daripada jati dan bangsa lain menyangkakan dirinya itu lebih tinggi daripada yang lain.  

Jika suatu ketika dahulu, bangsa Brahmana itu tak bercampur dengan orang jati lain secara sentuhan, tidak pula bermaksud yang dia itu meletakkan dirinya di atas pangkin yang tinggi. Haruslah diingati bahawa ada penyebab seorang Brahmana tak bercampur secara terus dengan jati lain. Ada perbedaan antara pemakanan, pekerjaan dan juga persekitaran yang menyebabkan pergaulan Brahmana terbatas. Sama lah macam penganut Islam atau orang Yahudi yang tak makan babi pun tak bercampur dengan penganut agama lain. Seorang jurugambar memerlukan bilik gelap untuk mencuci gambar. Bagi mengambil gambar, perlu pula cahaya yang terang. Mereka yang kerja di kantin kilang perlu lah mengamalkan kebersihan yang tinggi; tetapi yang terlibat dengan jentera pula memakai pakaian berdebu terkena tatal. Keadaan ini bukanlah bererti yang pekerja kantin itu lebih tinggi kedudukannya daripada pekerja di bahagian jentera.   

Orang yang mengambil berat terhadap dirinya dan menjaga akalnya biar cerah itu, tanpa memikirkan kepentingan dirinya, mengamalkan puasa. Tentera pula kenalah kuat dan gagah jadi mereka pun mengambil daging. Kenapakah kena ada perasaan tak elok dalam kedua-dua pekerja? Kenapa saling ada rasa tak senang dalam kalangan bangsa Brahmana dan bangsa Kesatria??? Adakah seorang Brahmana kena bergaul dengan seorang Kesatria semata-mata hendak membuktikan bahawa dia tak berperasaan buruk kepada bangsa Kesatria? Kalau dia bergaul dengan bangsa Kesatria dan melepak-lepak selalu dengan mereka, pastilah dia akan tergoda juga buat merasa daging dan godaan ini nanti akan menariknya kepada jalan yang menyesatkannya dari dharma nya!! Setiap masyarakat itu ada dharma mereka sendiri, ada adat istiadat sendiri dan ada tabiat pemakanan sendiri. Jika semua jati bercampur baur terus kononnya sebab persamaan tanpa mengambil kira cara hidup peribadi mereka, segala pekerjaan pun akan mengalami masalah dan masyarakat sendiri pun akan menjadi keliru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan