Brahmana Kanchi Paramacharya
Terjemahan NG
Ahli politik dan cerdik pandai sekata menyatakan bahawa tata jati itu suatu yang tak bertamadun. Kenapa begitu? Siapa yang bertanggungjawab untuk perpecahan bagi jati yang sudah tersusun cantik sebagai warna dharma itu?
Persoalan yang aku timbulkan ini akan ku cuba rungkaikan sendiri jawapannya. Pandangan yang salah dikembangkan mengenai warna dharma ini sebenarnya datang dari kesilapan bangsa Brahmana sendiri. Mereka memang bertanggungjawab tehadap kebusukan rupakara masyarakat lama ini. Ia bukan sahaja menyumbang kepada kemajuan Atmika kita tetapi juga bangsa kita dan juga bangsa manusia.
Brahmana melepaskan tugasan jatiniyamnya mempelajari veda-veda dan melepaskan pengamalan upacara yang turun-temurun dari parampara vedika. Dia meninggalkan tempat jatinya, kampungnya, pergi ke pekan-pekan. Dia mengerat rambutnya dan mula berpakaian Barat. Meninggalkan segala veda, dia mengambil segala pelajaran biasa dari Barat. Dia pun terperangkap dalam pekerjaan yang disediakan oleh tuan Mat Salehnya dan menirunya dari segi pakaian, cara hidup dan perangai. Habis dilempar segala Arya Dharma yang diwarisinya dari resi-resi vedika turun-temurun diterimanya dari datuk nenek dan ditinggalkan habis kemuliaannya semata-mata keduniaan.
Dia pun tertarik kepada segalanya yang berbau Barat, sains mereka, gaya hidup dan hiburan. Sastera agama menyatakan bahawa Brahmana dilarang mencintai wang, dan jangan mengumpulkan kemewahan berkodi-kodi! Selama mana dia mengikuti dharma nya itu seperti yang digariskan sastra agama, dan selama mana dia membaca veda-veda dan menjalani yajna, maka dia pun membawa kebajikan dalam lokamaya, dan jati lain pun akan menghormatinya dan melayannya dengan penuh kasih. Hakikatnya juga, Brahmana yang Arya akan dipandang sebagai contoh tauladan dan pemberi petunjuk pula kepada jati lain-lain.
Yang lain-lain kini memerhatikan bahawa Brahmana sudah berubah. Melihat bagaimana gaya hidupnya pun menjadi bebeda dengan segala kelip-kelap dan tayangan dan bagaimana dia melalui semuanya dengan segala kepura-puraan pada jangkauan ketamadunan. Brahmana dilihat sebagai contoh terbaik merujuk kepada segala yang Arya namun kini Brahmana pun sudah tergelincir daripada Jalan Dharma. Dan dia mengikuti kebudayaan lain itu maka dia pun diikuti pula oleh jati lain kerana mereka mencontohi Brahmana. Mereka pun meninggalkan pekerjaan lampau mereka yang telah membawa kebahagiaan dalam kehidupan mereka ini dan meninggalkan kampung-kampung mereka masuk ke bandar-bandar baru. Seperti Brahmana, mereka pun terhegeh-hegeh mempelajari bahasa Inggeris untuk mendapat kerja dengan kerajaan British.
Beribu-ribu tahun lamanya, bangsa Brahmana terlibat dalam pencapaian Atmika dan kerja-kerja intelektual. Pada permulaan itu, segala pancaindera mentalnya dipergunakan buat kebajikan masyarakat dan bukannya dipergunakan buat memenuhi keperluan mementingkan dirinya sendiri. Disebabkan semangat pengorbanan diri ini lah, kecerdikan Brahmana menjadi tajam seperti pisau kerana ia sering diasah. Namun kini, kebajikan masyaakat tidaklah lagi menjadi tujuan hidup bangsa Brahmana dan kecerdasannya pun mulai suram disebabkan sikap mementingkan diri dan kecenderungan hati terhadap keduniaan. Dia yang dikaruniai dengan kecerdasan menonjol dan dikarunia dengan dharma oleh Sang Hyang Tunggal sedari jatinya itu mula meninggalkan dharmanya sendiri maka tak hairanlah jika kecenderungannya tehadap kecerdasan pun menjadi tumpul!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan