Khamis, 16 Januari 2014

Agama Mesopotamia: Itihasa


Orang Mesopotamia umumnya terdiri daripada dua jenis bangsa iaitu Akkadia Semitik Timur dan Sumeria. Orang Akkadia kemudian terpecah menjadi bangsa Assyria dan Babylon. Mereka ini pada asalnya bukan bangsa yang bersatu, sebaliknya merupakan penduduk-penduduk dalam negara-kota berlainan pula. Ertinya bangsa pun berlainan.

Orang Sumeria

Dalam kurun ke-4 SM, apabila bukti pertama bagi perkara yang dikenalpasti sebagai agama Mesopotamia ini boleh dilihat dalam penciptaan rupakara tulisan sekitar 3500 SM. Ketika itu juga diketahui muncul bangsa Sumeria tapi tak diketahui sama ada mereka itu pendatang ke rantau Mesopotamia sejak samaya prasejarah atau memang penduduk asal di situ. Mereka berdiam di selatan Mesopotamia, di Tanah Sumeria. Mereka turut memberikan pengaruh besar kepada orang Akkadia yang berketurunan Semitik terutamanya dalam kebudayaan.

Orang Sumeria sangat maju dalam penciptaan tulisan, mereka pun membentuk ilmu kira-kira yang awal, kenderaan beroda, kaji bintang, tilik perjalanan bintang, dan penanggalan yang dicetuskan di negara-kota pertama di situ seperti negara Uruk, Ur, Lagash, Isin, Umma, Eridu, Nippur dan Larsa. Negara kota Abraham yang menjadi tokoh agama Yahudi, Kristian dan Islam itu datang dari negara-kota Ur.

Empayar Akkadia

Nama Semitik Akkadia pertama kali muncul dalam senarai raja-raja di negara-negara tersebut sekitar 2800 SM. Orang Sumeria yang bercakap dalam bahasa terpencil masih lagi merupakan penduduk yang ramai di Mesopotamia. Maka keadaan ini mewujudkan persenyawaan kebudayaan yang disebut dalam pengajian moden sebagai Sumero-Akkadia. Namun, selepas kebangkitan empayar Akkadia bawah raja Sargon dari negara Akkadia pada 2334 SM, semua negara dalam rantau Mesopotamia disatukan bawah seorang maharaja. 

Penyatuan ini menyegerakan lagi persenyawaan antara kebudayaan dan deva-deva semahan orang Sumeria dengan kebudayaan dan agama orang Akkadia. Bangsa Akkadia menyembah deva-deva sedikit sahaja tetapi deva-deva itu mempunyai kedudukan yang besar dan tinggi. Pada 2335 SM, raja Sargon menawan seluruh Mesopotamia, dan mereka mewujudkan empayar pertama di dunia menerusi empayar Akkadia. Empayar itu jatuh selepas dua abad berlalu. 

Perpecahan Empayar Akkadia

Berikutan empayar Sumeria dihidupkan semula, empayar Akkadia terpecah pula menjadi dua negara Akkadia. Negara Assyria menancapkan kuasanya di Utara dan dalam 1894 SM, negara Babylon dibangunkan di Selatan. Negara Babylon dibangunkan oleh orang Semitik dari Barat iaitu bangsa Amorites (Arab Dusun Utara). Sangat jarang sekali negara Babylon diperintah oleh wangsa tempatan jika diteliti sejarahnya. Beberapa lama kemudian, bangsa Sumeria hilang kerana diserap seluruhnya dalam kependudukan Assyro-Babylon. Raja Assyria (Suryani) dipercaya menakluki utara Mesopotamia dan Asia Kecil sekitar kurun ke-25 SM. Babylon kemudian menjadi negara sendiri bebas pada 1894 SM. Sekitar 1750 SM, pemerintah bangsa Amorite dari negara Babylon, raja Hammurabi, menakluki kebanyakan rantau dalam Mesopotamia. Tapi empayar Babylon kemudian jatuh pula selepas kemangkatan baginda disebabkan serangan penduduk bukit dikenali sebagai bangsa Kassite dari Asia Kecil. Mereka naik ke Babylon dan memerintah di sana selama 500 tahun.

Empayar Assyria

Assyria menjadi sebuah empayar sekejap saja dari kurun ke-19 sampai ke-18 SM. Mereka menjadi kuasa utama dengan kenaikan empayar Assyria Tengahan dari kurun ke-14 SM sampai seterusnya (1391-1056 SM) selepas menghapuskan pengaruh bangsa Hittite dan Mittani. Bangsa Hittite dan bangsa Mittani itu adalah bangsa yang sejenis dengan cabang-cabang bangsa Parsi, Saka dan lain-lain.

Empayar Assyria Baru (911-605 SM) kemungkinannya menjadi kuasa terutama di bumi antara kurun ke-10 SM sampai lewat kurun ke-7 M. Pengaruhnya melebar dari Pulau Cyprus di Barat ke Tengah di Iran dan di Timur dari rantau pergunungan Caucasus dan di Utaranya Nubia, Mesir dan Arabia sebelah Selatan. Kebudayaan Mesopotamia dan agamanya merebak jauh dan luas bawah maharaja-maharaja seperti maharaja Ashurbanipal, maharaja Tukulti Ninurta, maharaja Tiglath Pileser, maharaja Shalmanesser IV, maharaja Sargon II, maharaja Sennacherib, dan maharaja Esarhaddon.

Empayar Assyria Baru jatuh pada 605 M dengan kemangkatan maharaja Ashuruballit II selepas tempoh pemberontakan yang diikuti dengan serangan pasukan tentera bersekutu dari negara Babylon disertai bangsa Medes, bangsa Saka, bangsa Parsi, dan bangsa Cymmeria (Kambuja) yang diketuai oleh raja Nabopolassar, pemerintah Kaldani di Babylon dan Cyaxares di Media-Parsi.

Semasa pemerintahan empayar Assyria Baru, bahasa Aramia Mesopotamia menjadi bahasa perantara bagi penduduk dalam empayar dan juga di Mesopotamia. Catitan terakhir bertulis dalam bahasa Akkadia adalah sastera tilik bintang dari kurun ke-78 M ditemui di Assyria.

Seperti itihasa kebnayakan bangsa dalam Mesopotamia itu, Assyria itu asalnya, meupakan negara yang diperintah secara oligarki jika dibandingkan dengan pemerintahan monaki. Kekuasaan itu sebenarnya terletak pada "Kota" dan rantau yang berkuasa itu pula mempunyai tiga pusat kekuasaan iaitu Majlis Orang-Orang Tua, Pemerintah Warisan, dan tokoh yang didewakan kerana sumbangannya membuka Kota itu.

Pemerintah akan memperngurusikan majlis dan melaksanakan keputusan-keputusannya. Dia tak akan dirujuk dengan sabdavali biasa bahasa Akkadia iaitu šarrum yang bererti raja. Kata raja cuma diperguna buat devata penunggu kota sahaja, iaitu deva Assur yang suatu ketika dahulu merupakan seorang raja dan juga seorang pedanda agung negara.

Pemerintah negara cuma digelarkan sebagai iššiak Assur atau pelayan Assur, dan sabdavali iššiak (pelayan) itu sebenarnya dipinjam dari bahasa Sumeria, ensi(k). Pusat ketiga kekuasaan itu adalah Limmum (tokoh), yang namanya diberikan kepada tahun dalam penanggalan. Tokoh ini akan dipilih oleh lot dan bertanggungjawa bagi pengurusan ekonomi dan pentadbiran kota, termasuklah kuasa menahan orang ramai dan merampas harta bendanya. Limmum ini dijadikan sebuah institusi yang memakai nama deva penunggu kota dengan pelayan Assur itu akan bertindak dalam upacara negara-agama dalam rupakara awal ini secara pewarisan.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan