Memaparkan catatan dengan label iraq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iraq. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Mei 2014

Jotisham Babylon

Pic: esotericonline.net

Jotisyam atau menilik bintang di Babilon dan begitu jua di Assyria sebagai pecahan kecil dari budaya Babilon mempunyai kedudukan yang resmi dalam agama penduduk di Mesopotamia dan Sumeria. Mereka mempunyai dua pedanda negara yang salah seorangnya itu bergelar bare (pemeriksa) yang memeriksa kehendak dan tujuan deva-deva atau makhluk lain menerusi hati binatang yang terlibat dalam upacara yajña mereka.

Terbitan Mulanya

Jotisyam berkembang pertama kalinya secara tersusun di Babilon sekitar kurun ke-2 SM. Terdapat juga spekulasi bahawa jotisyam beberapa bentuknya itu muncul juga dalam samaya orang Sumeria dalam kurun ke-3 SM, namun rujukan terasing bagi bentuk petanda kayangan purba untuknya itu masih dianggap tidak mencukupi bagi menjadi bukti untuk menunjukkan teori untuk jotisyam terjalin.

Itihasa pengkajian vidya tilik bintang umumnya dilaporkan bermula dengan sastra Babilon Lama (1800 SM), diikuti dengan pengumpulan kajian sampai samaya Babilon Pertengahan dan Assyria Pertengahan (1200 SM). Menjelang kurun ke-16 SM, penggunaan petanda dengan menurut jotisham boleh dilihat berlaku secara besar-besaran dalam himpunan karya rujukan berjudul, Enuma Anu Enlil. Karya ini mempunyai 70 papan batu tulisan cuneiform, mengandungi 7000 petanda-petanda kayangan. Sastera ketika itu juga turut merujuk kepada tradisi lisan - terbitan dan isi yang cuma boleh dispekulasikan.

Ketika ini, jotisham Babilon biasa-biasa saja. Sebelum kurun ke-7 SM pun, pengamal jotisham Babilon memahami astronomi secara kasar saja. Disebabkan ketidakmampuan mereka untuk meramal fenomena yang akan terjadi di kayangan (angkasa lepas) serta kurang jelas dengan pergerakan graham (planet), maka mereka membuat tafsiran-tafsiran sebelum berlaku sesuatu fenomena.

Menjelang kurun ke-4 M, kaedah-kaedah matematik mereka sudah cukup maju untuk pengiraan kedudukan planet dan pergerakannya dengan ketepatan munasabah, yang di titik itu, jadual pergerakan bintang yang lengkap pun muncul.

Dasar Tilikan

Itihasa jotisham di Babilon menunjukkan perkembangan pengetahuan astronomi dalam konteks tilikan masa depan. Sejumlah 32 model hati bertitik tulisan, dari tahun 1875 SM, merupakan sastra terperinci orang Babilon berkenaan menilik dan ia menunjukkan format penafsiran yang serupa dengan format penelitian petanda kayangan.

Parut dan tanda di hati binatang yang terlibat dalam yajna itu ditafsirkan sebagai pertanda atau pesanan dari deva-deva kepada raja. Deva-deva turut dipercayai menjelmakan diri mereka di rupa-rupa kayangan atau di bintang-bintang yang berkaitan. Takdir buruk yang berkaitan dengan sebarang planet itu dilihat sebagai petunjuk kepada ketidakpuasan hati atau gangguan yang melibatkan deva penunggu planet itu.

Petunjuk aras ditemui dengan perubaan-percubaan untuk menenangkan sang deva serta mencari jalan untuk mengetahui ungkapan sang deva itu tanpa memberi cedera kepada raja dan wangsanya sekelian. Laporan kaji bintang untuk raja Esarhaddon berkenaan dengan gerhana bulan Jan 673 SM menunjukkan penggunaan upacara dengan bahan-bahan ganti untuk raja atau  peristiwa yang digabungkan dengan kepercayaan penuh terhadap kesaktian dan petunjuk sekeliling serta pandangan bahawa setiap peristiwa perjalanan bintang itu mesti mempunyai perhubungan dengan loka semulajadi....

Pada permulaan tahun, air bah nanti akan membadai pembendung empangan sampai pecah. Bila bulan gerhana, sang raja, tuanku mesti menulis surat untuk ku. Sebagai gantian awak untuk baginda raja, akanku potong menerusi pembendung, di sini di Babilon, di tengah-tengah malam. Tiada sesiapa pun tahu mengenainya - (Simpanan Rekod-Rekod Assyria 8 250). 

Ulla Koch-Westenholz (1995), menulis bukunya, Tilik Bintang Mesopotamia, membincangkan bahawa gabungan drishti ketuhanan dengan pandangan semesta jentera ini menirvacanakan konsep untung rugi kayangan yang memberi kesan kepada pergerakan loka semesta, walaupun bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kesaktian, tetap bebas dari kesan-kesan daripada hukuman yang ditujukan kepada sasaran untuk tujuan membalas dendam. Keadaan sedikit sebanyak berkongsi ciri-ciri nirvacana kepercayaan orang Babilon ini dengan sains moden. Dari segi objektif dan bebas nilai, ia bergerak menurut peraturan yang memang diketahui, dan datanya dianggap sahih sejagat serta boleh dilihat tertulis dalam bentuk jadual tersusun.

Koch-Westenholz juga memberi perbedaan penting antara tilik bintang Babilon purba dengan disiplin tilikan lain dengan tilikan Babilon purba itu sebenarnya biasa saja, berpandukan muka bumi, dan berubah-ubah mengikut negara-kota. Ia lebih menjurus kepada kepentingan negara serta kedudukan baginda raja sebagai ketua pemerintah negara.

Bintang dan Deva Penunggu

Seperti jotisham Hindu, mereka di Babilon pun mempunyai rupakara graham. Mereka cuma ada lima saja iaitu Jupiter, Venus, Saturn, Merkuri dan Marikh. Susunan ini tersebut dalam prasasti pahatan tanah liat mereka. Dalam sastera terkemudian, kedudukan Merkuri dan Saturn berubah pula. Bintang-bintang ini dikenalpasti dengan penunggu-penunggu menurut nama Babilon....
  • Marduk, Jupiter.
  • Ishtar Devi, Venus.
  • Ninurta (Ninib), Saturn.
  • Nabu (Nebo), Merkuri.
  • Nergal, Marikh.
Pergerakan Surya, Chandra dan Panchagraham ini dianggap sebagai mewakili kegiatan panchadevata itu berhubung dengan Sin (Chandra) dan Shamash (Surya), yang menyebabkan bumi turut mengalami perubahan disebabkan pengaruh kegiatan-kegiatan ini. Jika, seseorang itu mampu membaca dan menafsirkan kegiatan-kegiatan sakti (kuasa) di semesta itu, maka bolehlah diketahui untung rugi yang disebabkan oleh devata itu.

Khamis, 16 Januari 2014

Agama Mesopotamia: Itihasa


Orang Mesopotamia umumnya terdiri daripada dua jenis bangsa iaitu Akkadia Semitik Timur dan Sumeria. Orang Akkadia kemudian terpecah menjadi bangsa Assyria dan Babylon. Mereka ini pada asalnya bukan bangsa yang bersatu, sebaliknya merupakan penduduk-penduduk dalam negara-kota berlainan pula. Ertinya bangsa pun berlainan.

Orang Sumeria

Dalam kurun ke-4 SM, apabila bukti pertama bagi perkara yang dikenalpasti sebagai agama Mesopotamia ini boleh dilihat dalam penciptaan rupakara tulisan sekitar 3500 SM. Ketika itu juga diketahui muncul bangsa Sumeria tapi tak diketahui sama ada mereka itu pendatang ke rantau Mesopotamia sejak samaya prasejarah atau memang penduduk asal di situ. Mereka berdiam di selatan Mesopotamia, di Tanah Sumeria. Mereka turut memberikan pengaruh besar kepada orang Akkadia yang berketurunan Semitik terutamanya dalam kebudayaan.

Orang Sumeria sangat maju dalam penciptaan tulisan, mereka pun membentuk ilmu kira-kira yang awal, kenderaan beroda, kaji bintang, tilik perjalanan bintang, dan penanggalan yang dicetuskan di negara-kota pertama di situ seperti negara Uruk, Ur, Lagash, Isin, Umma, Eridu, Nippur dan Larsa. Negara kota Abraham yang menjadi tokoh agama Yahudi, Kristian dan Islam itu datang dari negara-kota Ur.

Empayar Akkadia

Nama Semitik Akkadia pertama kali muncul dalam senarai raja-raja di negara-negara tersebut sekitar 2800 SM. Orang Sumeria yang bercakap dalam bahasa terpencil masih lagi merupakan penduduk yang ramai di Mesopotamia. Maka keadaan ini mewujudkan persenyawaan kebudayaan yang disebut dalam pengajian moden sebagai Sumero-Akkadia. Namun, selepas kebangkitan empayar Akkadia bawah raja Sargon dari negara Akkadia pada 2334 SM, semua negara dalam rantau Mesopotamia disatukan bawah seorang maharaja. 

Penyatuan ini menyegerakan lagi persenyawaan antara kebudayaan dan deva-deva semahan orang Sumeria dengan kebudayaan dan agama orang Akkadia. Bangsa Akkadia menyembah deva-deva sedikit sahaja tetapi deva-deva itu mempunyai kedudukan yang besar dan tinggi. Pada 2335 SM, raja Sargon menawan seluruh Mesopotamia, dan mereka mewujudkan empayar pertama di dunia menerusi empayar Akkadia. Empayar itu jatuh selepas dua abad berlalu. 

Perpecahan Empayar Akkadia

Berikutan empayar Sumeria dihidupkan semula, empayar Akkadia terpecah pula menjadi dua negara Akkadia. Negara Assyria menancapkan kuasanya di Utara dan dalam 1894 SM, negara Babylon dibangunkan di Selatan. Negara Babylon dibangunkan oleh orang Semitik dari Barat iaitu bangsa Amorites (Arab Dusun Utara). Sangat jarang sekali negara Babylon diperintah oleh wangsa tempatan jika diteliti sejarahnya. Beberapa lama kemudian, bangsa Sumeria hilang kerana diserap seluruhnya dalam kependudukan Assyro-Babylon. Raja Assyria (Suryani) dipercaya menakluki utara Mesopotamia dan Asia Kecil sekitar kurun ke-25 SM. Babylon kemudian menjadi negara sendiri bebas pada 1894 SM. Sekitar 1750 SM, pemerintah bangsa Amorite dari negara Babylon, raja Hammurabi, menakluki kebanyakan rantau dalam Mesopotamia. Tapi empayar Babylon kemudian jatuh pula selepas kemangkatan baginda disebabkan serangan penduduk bukit dikenali sebagai bangsa Kassite dari Asia Kecil. Mereka naik ke Babylon dan memerintah di sana selama 500 tahun.

Empayar Assyria

Assyria menjadi sebuah empayar sekejap saja dari kurun ke-19 sampai ke-18 SM. Mereka menjadi kuasa utama dengan kenaikan empayar Assyria Tengahan dari kurun ke-14 SM sampai seterusnya (1391-1056 SM) selepas menghapuskan pengaruh bangsa Hittite dan Mittani. Bangsa Hittite dan bangsa Mittani itu adalah bangsa yang sejenis dengan cabang-cabang bangsa Parsi, Saka dan lain-lain.

Empayar Assyria Baru (911-605 SM) kemungkinannya menjadi kuasa terutama di bumi antara kurun ke-10 SM sampai lewat kurun ke-7 M. Pengaruhnya melebar dari Pulau Cyprus di Barat ke Tengah di Iran dan di Timur dari rantau pergunungan Caucasus dan di Utaranya Nubia, Mesir dan Arabia sebelah Selatan. Kebudayaan Mesopotamia dan agamanya merebak jauh dan luas bawah maharaja-maharaja seperti maharaja Ashurbanipal, maharaja Tukulti Ninurta, maharaja Tiglath Pileser, maharaja Shalmanesser IV, maharaja Sargon II, maharaja Sennacherib, dan maharaja Esarhaddon.

Empayar Assyria Baru jatuh pada 605 M dengan kemangkatan maharaja Ashuruballit II selepas tempoh pemberontakan yang diikuti dengan serangan pasukan tentera bersekutu dari negara Babylon disertai bangsa Medes, bangsa Saka, bangsa Parsi, dan bangsa Cymmeria (Kambuja) yang diketuai oleh raja Nabopolassar, pemerintah Kaldani di Babylon dan Cyaxares di Media-Parsi.

Semasa pemerintahan empayar Assyria Baru, bahasa Aramia Mesopotamia menjadi bahasa perantara bagi penduduk dalam empayar dan juga di Mesopotamia. Catitan terakhir bertulis dalam bahasa Akkadia adalah sastera tilik bintang dari kurun ke-78 M ditemui di Assyria.

Seperti itihasa kebnayakan bangsa dalam Mesopotamia itu, Assyria itu asalnya, meupakan negara yang diperintah secara oligarki jika dibandingkan dengan pemerintahan monaki. Kekuasaan itu sebenarnya terletak pada "Kota" dan rantau yang berkuasa itu pula mempunyai tiga pusat kekuasaan iaitu Majlis Orang-Orang Tua, Pemerintah Warisan, dan tokoh yang didewakan kerana sumbangannya membuka Kota itu.

Pemerintah akan memperngurusikan majlis dan melaksanakan keputusan-keputusannya. Dia tak akan dirujuk dengan sabdavali biasa bahasa Akkadia iaitu šarrum yang bererti raja. Kata raja cuma diperguna buat devata penunggu kota sahaja, iaitu deva Assur yang suatu ketika dahulu merupakan seorang raja dan juga seorang pedanda agung negara.

Pemerintah negara cuma digelarkan sebagai iššiak Assur atau pelayan Assur, dan sabdavali iššiak (pelayan) itu sebenarnya dipinjam dari bahasa Sumeria, ensi(k). Pusat ketiga kekuasaan itu adalah Limmum (tokoh), yang namanya diberikan kepada tahun dalam penanggalan. Tokoh ini akan dipilih oleh lot dan bertanggungjawa bagi pengurusan ekonomi dan pentadbiran kota, termasuklah kuasa menahan orang ramai dan merampas harta bendanya. Limmum ini dijadikan sebuah institusi yang memakai nama deva penunggu kota dengan pelayan Assur itu akan bertindak dalam upacara negara-agama dalam rupakara awal ini secara pewarisan.