Isnin, 30 Disember 2013

Agama Orang Sarmatia


Cetera-cetera orang Ossetia (Sarmatia) di rantau Caucasus mengandungi warta mengenai beberapa deva dan makhluk ghaib lain. Ossetia Selatan merupakan rantau yang cuba diserap masuk ke dalam negara Georgia dalam rantau Caucasus dan pernah menjadi sebahagian daripada empayar Russia manakala Ossetia Utara, rantau Alan berada dalam Russia. Orang Ossetia juga ada yang berketurunan Saka. Nama Ossetia dalam bahasa mereka adalah, Iriyistan.

Agama ini dipercayai dianuti sendiri oleh orang Sarmatia, namun ia mengandungi juga unsur-unsur terkemudian dari ajaran Kristian, dan deva-deva Ossetia dikenalpasti dengan santo-santo Kristian. Deva ini semua memainkan peranan penting dalam cetera-cetera terkenal tentang satu bangsa separa deva dan adivira bergelar Narts.

Deva-Deva

Huykaw

Devata Mulia Raya, dikenalpasti setara dengan yang terdapat dalam agama Yahudi, Kristian atau Islam.

Vastyrdzhi

Pemelihara orang lelaki dan pengembara, penjamin vratam. Deva ini merupakan devata penunu di Ossetia Utara-Alania. Dikenalpasti sebagai Santo Jorge oleh yang beragama Kristian.

Vasilla

Deva hujan, petir dan guruh. Pelindung tanaman dikenali sebagai Khory Vasilla atau Vasilla Gandum. Sesiapa yang terkena panahan petir dianggaplah orang sebagai yang terpilih oleh deva. Kalau dia terselamat masih hidup, seekor kambing biri-biri akan dikorbankan bagi merayakan keselamatan mereka. Perayaan deva ini dirayakan dalam musim panas dengan korban biri-biri dan seekor lembu jantan. Orang ramai minum bir yan direneh. Kaum wanita membuat roti dalam diam sebagai tanda hormat.

Safa

Deva rantai sempadan lantai pendiangan. Deva ini antara yang terpenting bagi orang Ossetia.

Don Bettyr

Deva air, namanya itu merupakan gabungan perkataan Don (air) dengan Bettyr (Santo Pedro). Deva ini semacam hantu air yang menggunakan rantainya buat menarik sesiapa yang berenang lewat-lewat hari masuk ke alamnya di bawah dasar lautan atau tasik. Dia ada banyak puteri cantik, yang sebanding dengan Rusalki dalam cetera orang Slavia. Sampai ke kurun ke-19 M, hari perayaan deva ini dirayakan oleh anak-anak gadis pada Sauravara selepas Easter.  

Tutyr

Pelindung segala serigala. Dikenalpastilah bagi yang menganuti agama Kristian denan Santo Theodore of Tyre.

Faelvaera

Nama ini kemungkinannya gabungan nama dua orang santo iaitu Florus dan Laurus. Faelvaera merupakan pelindung kambing biri-biri dan perayaannya dirayakan sebelum mencukur bulu biri-biri dalam bulan September. Dia hanya bermata satu sahaja dan merupakan musuh kepada Tutyr.

Efsati

Pelindung binatan liar terutamanya, kijang, babi hutan dan kambing gunung.

Kurdalaegon

Tukang besi kahiyangan. Rakan rapat kepada Narts.

Satana

Devi bumi, ibunda kepada Narts.

Saubarag

Deva kegelapan pelindung penyamun, dikenalpasti oleh orang Ossetia yang menganut Kristian atau Islam sebagai setan.

Khuyaendon Eldar

Pelindun ikan-ikan. Ahli magi dan semangat yang bertindak seperti kepala bumi. Namanya bererti Kepala Selat, menurut kepada Abaev, kemungkinannya merujuk kepada Selat Kambuja-Bosphorus, iaitu Selat Kerch moden.

Barastyr

Penguasa alam bawah yang menentukan jiwa-jiwa yang sudah keluar dari tubuh ke sorgaloka atau ke alamnya iaitu alam neraka.

Aminon

Pengawal pagar dunia bawah.

Alardy

Penguasa wabak cacar kecil, yang mesti ditenangkan pula apabila wabah cacar menyerang penduduk.

Imbuhan Uac pada nama-nama deva seperti Vastyrdzhi dan Vasilla tidak mempunyai pengertian yang selari dalam bahasa orang-orang ini, dan biasanya dipahami cuma sebagai "santo" menurut tradisi Kristian. Istilah yang setara dengan perkataan "santo" walau bagaimanapun ada iaitu Syhdaeg yang berselari dengan bahasa Avestan, Yazata. Gershevitch (1955), menghubungkan kata Uac dengan perkataan Vac dalam bahasa Sanskerta kita atau bahasa Latin, Vox, dalam pengertian Logos atau "Kalimah Suci".

Kurys

Kurys atau Digor Burku merupakan alam mimpi, padang rumput menghijau jiwa yang meninggalkan tubuh, yang boleh pula dilawati oleh jiwa mereka yang masih hidup dalam tidur mereka. Pelawat-pelawat boleh membawa pulang pula benih-benih bertuah, yang kadangkala dicari oleh jiwa yang sudah pun melepasi ajal.

Jiwa yang kekurangan pengalaman rohaniah mungkin akan membawa pulang kesakitan atau demam kalau termasuk ke alam tersebut. Gersehvitch (dengan V. I. Abaev) membandingkan nama Kurys ini dengan nama pergunungan Kaoiris dalam Yasht 19.6 (bahasa Avestan, Karvisa), yang mungkin membayangkan bahawa nama ini mungkin merupakan nama tinggalan yang tersebar dari terbitan lagenda Airya Nem Vaejah orang Alana di sebelah Utara mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan