Cetera-cetera agama rakyat orang Persia merupakan cetera yang kini dianggap sebagai mitologi dan cetera terbitan purwa oleh orang samaya moden, melibatkan makhluk-makhluk ghaib yang luar biasa pula. Ia didapati dari lagenda-lagenda lampau di rantau Iran, mencerminkan sikap masyarakat yang ketika itu menyaksikan pergelutan kebaikan menentang kejahatan, tindakan para devata, yazatah (deva kecil), dan penglibatan makhluk-makhluk luar biasa serta adivira.
Pemahaman kita terhadap cetera-cetera ini membolehkan kita memahami sejarah purwa rantau tersebut dan rantau berjiran dengannya. Bagi tujuan ini haruslah kau lupakan terus sempadan politik samaya moden dan melihat menerusi kaca mata perkembangan sejarah dalam Persia Purwa yang merangkumi sebahagian besar Asia Tengah, yang sudah tentunya melampaui sempadan negara Iran moden.
Muka bumi rantau tersebut, dengan banjaran pergunungan tinggi melangit memainkan peranan penting dalam banyak cetera lagenda masyarakat. Milenia kedua SM selalunya dianggap sebagai samaya perpindahan disebabkan oleh kemunculan di Iran Barat yang mengamalkan kebudayaan pasu tanah liat, sama jugalah dengan sebelah Timur Laut Iran, yang memberi gambaran mengenai ketibaan orang Arya purwa.
Pasu tanah liat Iran, warnanya perang muda sampai kehitaman itu muncul sekitar 1400 SM. Ia digelar bekas perang awal atau Besi I. Nama Besi I itu menandakan permulaan Samaya Besi dalam rantau itu.
Sastera Kunci
Buat kau yan berminat hendak mengetahui, cetera lagenda Persia ada terkumpul dalam Shah Nameh oleh Ferdowsi, tertulis melebihi 1000 tahun lampau. Karya ini banyak dikaitkan dengan cetera-cetera dan watak-watak dalam ajaran Mazdak dan Zoroaster. Bukan semata-mata dari sastera suci Avestan sahaja, tapi juga dari sastera Bundahishn dan Denkard serta banyak lagi.
Latarbelakang Keagamaan
Watak-watak cetera Persia hampir selalunya jatuh dalam dua pihak. Sama ada pihak baik atau yang jahat. Kesan ini terjadi berdasarkan kepada konsep agama Zoroaster yang membicarakan dua sinaran terpencar dalam Ohura Mazda. Spenta Mainyu yang merupakan punca tenaga pencetus dan pembina manakala Angra Mainyu, punca kegelapan, kehancuran, kepanasan dan kematian.
Ditemui juga dalam kebanyakan cetera Persia itu menenai deva, yang ertinya itu kayangan atau kecerahan menyinari dari kayangan. Devata ini dipuja dalam kepercayaan Mazdak, yang wujud sebelum ajaran pembaharuan Zoroaster muncul di Persia, dan seperti juga dengan penganut ajaran Vedika di India purwa, pengikut Mazdak menganggap devata sebagai makhluk suci dan pavitra.
Hanya selepas pembaharu agama, Zoroaster atau Zarathustra muncul sahaja, istilah deva itu mula dikaitkan dengan setan-setan. Orang Persia yang tinggal di selatan lautan Caspia terusan memuja devata dan menolak tekanan menerima ajaran Zoroaster, dan lagenda yang melibatkan devata pun terselamat sampai ke hari ini menerusi mereka. Sebagai contoh lagenda mengenai Dive Sepid atau Deva Puteh dari Mazandaran.
Tambahan pula, Angra Mainyu atau Ohriman, yang pernah dianggap sebagai nama lain bagi kejahatan, hilang jati keagamaan Zoroaster atau Mazdak nya itu dalam sastera Parsi terkemudian, dan akhirnya digambarkan sebagai salah satu deva sahaja. Gambaran keagamaan Ohriman diperbuat dalam samaya selepasnya apabila orang Islam masuk ke rantau Persia yang menunjukkan bahawa Ohriman ini berupa seperti seorang gergasi dengan tubuh berbintat-bintat dan mempunyai dua tanduk.
Kebaikan dan Kejahatan
Watak lagenda terkenal sekali dalam epik Persia dan cetera mereka adalah Rostam. Di seberang pagar lagi adalah Zahhak (Aži Dahāka), lambang penindas yang, akhirnya ditewaskan oleh Kaveh Tukang Besi yang mengetuai pemberontakan terkenal melawannya.
Zahhak dikawal oleh dua ular yang keluar dari bahu-bahunya. Tak kira berapa kali dicantasnya ular itu pun, muncul lagi kepala baru yang mengawalnya. Ular, seperti dalam kebanyakan cetera lama menggambarkan kejahatan, namun, binatang lain seperti burung yang muncul dalam cetera Persia, menggambarkan tuah. Yang terkenal daripada ini adalah Simorgh, seekor burung besar dan cantik, dan Homa, burung jaya diraja yang kepalanya itu dihiasi oleh mahkota.
Peri atau Pairika dianggap sebagai wanita cantik tetapi jahat dalam cetera awal, namun ia berkembang menjadi kurang jahat dan lebih cantik sampailah ke samaya orang Persia menganut Islam kebanyakannya, ia menjadi lambang kecantikan lebih kurang seperti Houri dari Sorga dalam tradisi mistik orang Arab. Namun, ada lagi lambang wanita jahat, dikenali sebagai Patiareh, yang kini melambangkan betina jalang atau pelacur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan